Lagi saploh menit pukul doblas tengah malam. Aku nih dgn baik hati dan rajin diri sedang berada di opis buahati aku pasal meneman dia buat keja. Ciann cik leen. Tapi takpe, kampeni dia suda bagi gaji bebanyak lagi ada hati mau malas2?? Tak patut... tak patut.
haha.. kira2 dah berapa lama aku tak apdet blog. Lamer giler rasanya. Sampai ada jugak yg bertanya..'Sekapal tu mmg selalu takde ek?' hehe.. padahal aku ada je gi minum2 tey tarik. kan kan? adehhh. Beberapa minggu dan hari kebelakangan ni mmg ada terbz dgn hal keja la, bz apa lagikk.. Itu yg membuatkan kengkadang ku rasa seperti mau mengaum dan meminum segala apa yg lalu depan mata (kalau yg lalu depan mata awek gerekkk tuu.. nasib diorg ler.. ehehe). Ada gak yg ingat aku dok bz kat forum sengetians. Takde pun sebenarnya. Sampaikan ada bbrp keja2 admin yg aku tak sempat nak buat. Harap mahap je la ye.
Tapi kalau ada yg kata aku bz menonton TLW season 3... sangkaan anda benar belaka. Buat keja kat opis cecepat, pastu balik, pastu pulun.. hehe.. Timacih cik lily kerana sudi mengiraikan bagi pihak saya.. *tunduk tunduk*.
Berdasarkan pemerhatian aku sepanjang penontonan cerita ini, season 3 ini sarat dgn emosi yg membuak2. Sampaikan tak terlarat rasanya menahan rasa bergelocak di dada.. haha poyo! Dan sebagai peminat fanatik Bette/Tina, aku sungguhhhh sungguhhh hampa pasal season ni takde scene 'orgasama' diorg berdua. Cis! Mementang Jennifer Beals mengandung, takmo la plak makcik ilene chaiken memberi makan kepada peminat diorg ni. Dah la Bette tak pakai baju stylo mylo kali ni.. Takpe ler, aku sabar menunggu season seterusnya.
OK, bagi aku la, kenapa hati rasa meruntun2 bila menonton siri ini adalah sebab isu yg diketengahkan sungguh menyentuh rasa realiti kehidupan seorang lesbian. Dan mmg aku percaya kita para2 sengetians ni mmg penuh dgn kehidupan yg berpancaroba, w/pun di luar kita kelihatan poyo cam tak makan nasik sebulan. Ini dikuatkan lagi dgn proses perkenalan aku dgn geng2 sengetians yg dtg ke micro gathering haritu.. yeabbaaaa!
Berbalik kepada TLW tadi, meh sini la aku tetiba nak tulis pasal konflik yg dialami oleh watak2 di dalam siri itu, yg aku rasa mempunyai kaitan dgn diri aku, diri korg yg membaca blog aku, maupun yg berkait mait dgn lesbian yg dok sebelah umah korang tu. Haa.. yg tu la, yg naik keta kaler biru tuu.. kan kan..Sesapa yg rasa sesungguhnya tak hingin membaca spoiler utk S3 nih, aku cadangkan berenti la membaca di sini, pegi buat teh pastu sambung keja, takpun pi baca forum.. haha
orait... here goes.. huh.
Konflik cam-Bette
Bersama selama 7 tahun lebih. Menanggung kehidupan bersama dgn pasangan yg disayangi. Dah pernah cam nak pecah rumahtangga, namun akhirnya bercantum kembali. Dan la ni dah ada anak pun. Tapi lepas je anak lahir dah la diberentikan keja. Pastu pasangan plak yg kena keja menyara kehidupan.. Dah la selama ni menjadi ketua rumah, terpaksa lak tukar role drpd yg lebih byk bercakap, kepada yg lebih banyak menurut. Konfiden takde, hidup tak keruan. Lagi mengharukan apabila sang partner kata..'Saya sukakan lelaki..' Aduhhhhh bisaaaa!
Camna nak buat tu? Pasrah ke? Pergi bertapa? Carik keja? Lepak kat umah buat bodo? Perlukah berpisah terus dgn pasangan hidup tu? Ataupun tunggu masa menentukan?
haha.. tunggu la season depan
Konflik cam-Tina
Memula mmg pompuan stret. Tapi lepas terjatuh chenta dgn pompuan, mmg tak dapek nak ditahan2 rasa bestnya. Dan mula lah bersusah payah mempertahankan rumahtangga, tak pernah bersama dgn pompuan maupun lelaki lain. Sekali tu monogamous partner buat hal. Hantu betol. Pastu bila dah pregnant, berbaik la plak semula. Sekali anak dah lahir, partner pulakkk kena buang keja. Dah la nak susukan anak, nak keja lagi. Sang partner plak mementang dah lama jadik ketua rumah, asyik laaa besar kepala. Dah la dok melangut tak keja kat umah.. Cheh!
Pulak tu, mmg org cam Tina ni selalu mengimpikan hidup sebagai seorang isteri yg menjaga partnernya (tak kisah la suami ke isteri ke...). kemas umah, masak, menghiasi diri, lepak2 minum kopi dgn kengkawan. Sekali tu kena plak mencari rezeki. Ini macam sudah ala2 tak best. Cenggitu kalu, baik berbalik pada lelaki. Sah2 laaa akan dijaga. Almaklumla.. org pompuan.. huhu.
Tapi hakikatnya mampukah seorang lelaki 'melayan' dia sebaik seorang perempuan? Adakah ini satu perubahan sementara ataupun satu jalan lurus menuju keinsafan? Camna dgn anak yg diusahakan sesama tu? Kalau la si lelaki plak pasni buat hal.. nak carik lelaki ke.. atau nak berbalik pada pompuan? hmmm hmmm...
dah la tu, dua konflik cukup la buat apdet kali ini. Karang pepanjang kang korg main skrol je taknak baca kan. Tak teruja la aku kalu camtu. Kita jumpa di hari berikutnya yea.. ehehe babaiii..
dr aku, Sekapal -speku- Duasen...