Hmm.. hm..
Hujung minggu haritu aku dapat beli satu CD yg digembargemburkan di bbrp blog senget dan jugak di forum sengetians. Itu cerita 'Imagine me & u'.. Dan setakat semalam dah masuk empat kali aku dgn chefD dok sesama mempulun cerita tu. hehe.. bestnyerr lah tgk cerita tu. Hati berbunga. Dan satu yg aku suka ialah takde aksi2 revealing buka-bukaan yg menyebabkan mata membuat perkara lagha.. ahahah.. best best. Maka cerita ini boleh la ditonton di bulan pose ye. heheh. eh, boleh ke? blasah..
Dan aku punya blog ni takyah la aku tulis pasal sinopsis cerita tu. Sbb itu ramai org boleh tulis dgn lebih baik. Cuma aku nak komen pasal motif yg ingin disampaikan oleh cerita tu, yg pada pendangan mata kayu aku nih, melibatkan kes jatuh cinta pandang pertama. Yang mana sekali pandang je sudah boleh tau yg itulah manusia yg akan menggembirakan hidup kita sampailah kita mati. Adakah anda percaya dgn chenta yg sebegini??
Mungkin boleh dikatakan kalau jatuh cinta dgn sekali pandang je itu mungkin ada lebih menjurus kepada keadaan fizikal tanpa mengenal hati budi memasing. Iye la.. aku boleh je terserempak dgn Angelina Jolie dan terussss terjatuh chenta dgn dia sekali pandang. Tapi adakah dgn alasan itu aku boleh kata aku dgn dia mmg seswai sampai bebila. Berangan je la... huhuuu..
Tapi bak kata Luce dlm cerita tu. Memula pandang dan terasa kuch2 hota hai. Pastu akan berlakulah insiden2 yg membolehkan perasaan kasih sayang dan chenta makin berbunga.. ecehh.. yo yo je la.
Kalau kira pengalaman aku (tak abih2 nak cerita pasal diri sendirik nih...), mmg aku memupuk hubungan aku dgn chefD dr berkawan. Kawan kawan kawan.. kawin ;). Cenggitu la, cuma kami ni tak pernah kawin secara rasmi la kan..
Tapi lepas tgk cerita smlm tu.. bila dipikir2 balik, mmg hubungan aku dan chefD sebenarnya pernah la mengalami pengalaman pandang, suka dan kemudian mengalami insiden yg makin merapatkan kami berdua. Cuma pengalaman pandang tu bukan pandang pertama la. Sbb dia satu sekolah dgn aku, so mmg selalu la pandang2 takde makna. ehehe
Ni la aku nak cerita pasal pandangan yg best kuch2 hota hai tuh. Sapa taknak baca gi makan pisang salai eh...
Alkisah, aku baru sampai kat satu tpt utk mendaftar masuk belajar main2 selepas habis tgktn 5. Masa tgh dok melangut kat depan pintu pagar tu, aku perati la kat barisan org bebudak yg tgh beratur utk register. Ntah camna tetiba aku terpandang dia (ChefD la nih..) tgh beratur. Dia pun kebetulan pandang kat aku, dan tersengih (comei dia masa tuh, tak garang langsung. haha). Masa saling pandang memandang tu, aku rasa cam seronok sangat. Dan sebenarnya aku pun pelik, kenapa laaa boleh ada rasa camtu. Dan lepas tu aku simpulkan bahawa, aku just suka dia ada kat tpt yg sama dgn aku, supaya aku boleh berkawan dgn dia.
Lepas aku selamat register, aku pun pegi la ke bilik yg dah ditetapkan utk aku. Bilik tu ada empat org. Aku yg keempat, katil aku dok dihujunggg bilik tu, bersebelahan dgn budak katil ketiga.
Masa aku masuk tu budak katil satu dan katil dua ada tgh mengemas. Aku kenal diorg tu sbb kitorg sesama satu sekolah jugak. Pastu lepas barang2ku dikemaskan ala2 manjer, aku tanya la kat diorg..
"Sapa dok katil ni?"
aku tanya sambil tunjuk la kat katil yg sebelah aku tuuuh..
"ChefD..."
budak2 tu bgtau.
Masa tu aku rasa cam nak menyengihhhhhh keriangan dan melenting2 kegembiraan. Sbb aku rasa boleh la aku berkawan lebih rapat dgn dia. Sebelah katil lagi u... Inilah insiden pertama yg membantu merapatkan kami.
Insiden kedua plak berlaku pada ujung minggu pertama selepas mendaftar. Masa tu kengkonon geng2 kitorg yg bersepuluh ni berpakat2 nak pegi ke pusat bandar, jenjalan sambil makan2. Tapi aku terlewat abis kelas. Makanya dlm kol 2.30 baru aku sampai ke bilik. Sampai2 je semua org takde, yg ada cuma dia je, sbb dia pun baru je abis kelas. Dah tu kitorg terus la conclude bahawa kitorg berdua telah ditinggalkan oleh bebudak yg lain. So, kitorg berdua pun bersiap2 dan terus tunggu bas, dgn harapan leh la jumpa yg lelain tu kat sana (harap maklum masa tu takde henpon lagi, so takleh la koling2).
Dan sudahnya, mmg bebudak tu tak dijumpai pun kat bandar (pasal rupanya diorg semua dok tido kat bilik lain beramai2), maka kitorg pun merayau2 la berdua org sahaja. Itulah so-called 'date' pertama kami. And it went sooo well. Aku suka jenjalan dgn dia. We just clicked!
Lepas tu kitorg dah mula ketagih nak keluar berdua sahaja. Sbb tu pandai la plak kitorg berdua pantang ada masa free, teruss cabuttt gi jenjalan berdua sebelum ada sesapa org lain nak mengikut dan mengacau daun...
Skrg ni, dia masih bersama aku. Dialah yg tidur di samping aku. Dia juga yg bersusah dan bersenang bersama2 aku.
Tapi realiti kehidupan bukan semudah jatuh cinta dr pandangan mata, banyak halangan yg berlaku. Cuma aku akan berusaha utk memastikan hikayat aku ini ada happy ending.