July 25, 2006

Jangan bergaduh, sbb ia tak bagus

Harini aku nak merapu pasal cerita Buffy. Ini semua sbb smlm aku tgk dvd Buffy Season 5 dlm keadaan lalok kemabukan ubat batuk kungkingkungking. Si ChefD tgh melangut atas katil menyiapkan kerja umah yg diperolehi dr hotel (mmg pelik bunyiknya kurasa..).

Anyway, dlm pada melalut kemamaian tu sempat jugak la aku buat sedikuit komen kat ChefD pasal Willow/Tara. Komen aku ialah..
"Kalau Willow dgn Tara bergaduh, mesti lepas tu ada perkara buruk yg berlaku kat Tara.."

Kenapa aku komen camtu? Sebab...
Sepanjang2 aku tgk Buffy secara ekstensif utk episod yg ada diorg berdua, hanya dua kali je diorg gaduh yg rereal menyentap tangkai jantung diorg dan jugak tangkai kipas2 susah mati cam aku nih. Dan setiap kali selepas gaduh ni ada je benda yg tak best berlaku.

GADUH NO 1
Pergaduhan pertama Willow/Tara adalah disebabkan Tara tersilap cakap. Basically Tara cam tak konfiden la Willow ni akan setia dgn dia sampai bebila. Sbb Willow ni pompuan stret yg disengetkan oleh Tara. So, Tara ni cam ada rasa insecure la. Dahtu, sapa yg tak rasa insecure kan?? Aku pun ada rasa acamtu.. Mana kita nak melangut kalau dia berbalik jadik stret? Kan ke horror tuh..

Bila Tara rasa cam poyo2 tu, Willow pun marah ler. Dia kata (setelah ditrenslet ke bahasa melayu..)
"Mementanglah kau je satu2nya perempuan yg aku cintai, takyah la kau amik port pasal aku nih.. Cenni aa, dulu okeyy.." Camtu la Willow cakap (paling2 pun camtu la bunyiknya dlm kepala aku nih..).

Lepas je dia gaduh tu, Tara pun dengan sedih hatinya pegi la ke funfair sensorang. Tgh melepak2 kat kusi tu sambil melayan blues, dtg sorang pompuan seksi habiss dok sebelah dia dan menggenggam jari jemari Tara. Punya la kuat tgn pompuan tu sampai krupkrap bunyik tulang jari patah. Pompuan tu mmg org jahat dlm cerita Buffy yg nak carik kunci. Dia ingatkan Tara kunci, tapi sebenarnya bukan. Sbb pompuan jahat ni sudah geram, dia pun masukkan tangan dia dlm kepala Tara dan menyedut segala kewarasan fikiran yg ada. Maka Tara pun jadik gila.. Willow cuba menyelamatkan dia, tapi tak sempat. Sampai2 je kat funfair tara dah jadik menyol.. Ciann dia...

GADUH NO 2
Di dalam musim keenam siri Buffy si pembunuh pelesit, Willow dapat dilihat sudah mula meningkatkan kepowerannya sebagai seorang witch. Dia pun sudah mula naik setakuk dan sokmo laaa buat magic utk mendapatkan sesuatu. Pakai baju punnn guna magic. Ini menyebabkan Tara rasa tak suka dgn perangai Willow yg tak menahan2 kalau nak wat magic tuh. Bila Tara tegur, Willow pun janji taknak buat magic lagi. Tapi sbb dia mungkir janji, Tara pun tinggalkan Willow dan mereka berpisah. Ini gadoh yg kedua dan terbesar dlm hubungan diorg berdua.

Pastu bila dah masing2 ala2 rindu2, Willow pun dah menyesal, Tara pun dah tableh tahan tgk Willow yg makin lama makin hott, maka mereka berdua pun berbaik la semula setelah berbulan terpisah.

Paham2 je la bila org baru merujuk kan.. Mmg ler takleh tido dibuatnya. Dan di pagi hari honeymoon diorg yg indah gemawan itu, mereka ni pun bermesra2an la di depan tingkap. Sekali tu dgn tidak semena2 sebutir peluru menyasar masuk ikut tingkap tu dan tepatt kena ke dada Tara sekaligus menyebabkan Tara terbunuh begitu sahaja...
Sedih... mmg sedih.

Moral of the story merapu ni ialah...
  1. Kita tidak seharusnya bergaduh2 dgn partner kita sbb kita tidak tahu apa yg bakal berlaku di hari muka. Laluilah hari2 bersamanya dgn penuh rasa kasih sayang.
  2. Org stret yg disengetkan mungkin akan berasa sedih kalau kita sokmo rasa tak percaya kat dia
  3. Jangan pegi funfair sensorang lepas gaduh dgn gelpren
  4. Pompuan seksi tak semestinya best. Kengkadang diorg mungkin sebenarnya adalah org jahat
  5. Bermesra2lah atas katil supaya takde peluru yg sesat dan terus menikam jantung anda maupun partner anda.