July 10, 2006

Escapism. Takde kaitan dgn siri PrisonBreak

Beberapa lama lepas aku dok seronok menggunakan perkataan 'escapism'. Kalau ikut kamus omputeh atas meja aku ni, perkataan tu bermaksud perangai ataupun perbuatan ala2 fantasy atau menyeronokkan yg dilakukan utk melupakan sesuatu perkara. Di antara contoh escapism yg diberi ialah seperti mabuk2 minum todi, dan jugak isap dadah tepi longkang. Kiranya escapism ni cam kes nak lari dr masalah dgn melakukan2 perkara2 yg tak berapa bermoral la..

Dan sebenarnya, dalam relationship, tak kira la stret ataupun senget, atau senget sebelah, maupun hubungan persahabatan, pun istilah ini boleh diambil kira jugak.

Senang kata kalau satu hubungan tu takbest mmg sah2 la mau lari dr masalah tersebut. Contohnya kalau ada budak kat opis kau ni yg berlagak tak hengat, ataupun ada kekasih yg sokmooo nak memukul dan membantai. Mmg sah2 la nak escape. Dan memacam cara la utk melaksanakan escapism ni. Ada yg pegi calar keta opismate tu, ataupun ketuk kepala dia setiap kali lalu kat sebelah dia. Kalau nak lari dr partner yg kaki bantai, pegi la naik lrt sensorang ke memana kedai yg boleh benarkan aktiviti mengirai CD senget. OK la, well known la kalau ada benda takbest sure mau lari kan..

Tapi jgn terkujat lak kalau aku katakan bahawasanya kapel yg hidup ala2 cam rancangan sinderela, snow white maupun barney and friends (ala.. kisah chenta dna kehidupan hapily ecer after la nihhh!!) sebenarnya juga mengalami pembelengguan dr segi escapism nih.

Camna? Ni apa yg aku rasa..

Cuba lah bayangkan kalau dgn partner kita sendiri kita masih lagi nak mengontrol2 byk benda. Kan takbest tu. Lama2 sendiri akan rasa mau lari dari satu hubungan yg penuh kepura2an. Rasa nak lari tu dah berat tuh..
Satu lagi masalah rumahtangga yg boleh menjurus kepada rasa escapism yg melulu ialah apabila terlau byk emosi, tenaga, tanggungjawab dan perasaan terpaksa dicurahkan utk memastikan satu hubungan itu mencapai kejayaan. Kiranya kalau tak byk effort yg ditumpahkan, hubungan tu sensenang je boleh gegerrr dan hancor. Letih.. penat.. takkan takde rasa macam 'ARGHHHHHHHH!! keluarkan akuuuu!' eheheh..

Aku pun kengkadang ada rasa nak lari gak dr hubungan nih. terutamanya bila time aku malasssss nak buang sampah ke luar rumah, sepah stokin merata2, nak tido sepanjang hari.. masa tu aku ada la rasa nak hantar partner aku tu ke bulan kejap, biar takde sapa nak tego aku.. Aman dunia..
Tapi kadang2 rasa nak lari ni hanya muncul time akal tu cam ala2 hilang tetiba. Sbb kalau dipikir balik. Tak ramai manusia yg sanggup lari dr masalah/kenyataan/partner yg disayangi.. unless... takde apa yg boleh diperbaiki lagi.

Pokok pangkalnya, mmg takde benda dalam dunia ni yg kita boleh dapat wan-handred-persen. Kenalah ada lebih dan kurang. Dan kalau rasa best yg lebih, boleh la kekalkan. Kalau rasa takbest yg lebih, timbang2kan lah semula. Lagi bagus, guna penimbang yg boleh bercakap kat tepi tangga2 KLCC tu.. :)