Di sini aku senaraikan 10 Situasi yg berlaku di dalam bilik karaoke yg boleh menyebabkan anda jadik hilang kawalan diri/mabuk/tak pedulik orang lain... dan jugak simptom2 kemabukan.
Situasi 1:
Anda menyanyikan lagu chenta yg ditujukan kepada kekasih yg jauh di mata.
Simptom Kemabukan:
Air mata mengalir dan berdiri dgn tangan bergerak2 ke atas ke bawah penuh penghayatan sehingga che'egu Fauziah Nawi pun boleh terpaku dgn persembahan anda.
Situasi 2:
Masuk bilik koroke bersama2 kengkawan senget dan juga adik kandung anda yg diragui kesengetannya.
Simptom kemabukan:
Tak tau nak buat apa, muka acam tikus tertelan kapur, menyanyi pun dlm keadaan ye tak ye, dan ganas menjeling kengkawan senget lain yg tak berapa haibat mengkaber line.. huhuhu
Situasi 3:
Salah sokrang dr rakan anda menyanyikan lagu Senggol2an Cubit2an
Simptom Kemabukan:
Anda akan terbangun dr tpt duduk dan berjaipong tak sado hengat sehinggakan tertumpah air yg tak bersalah di atas meja.. haru.. haru (nasib baik gelas tu tak pecah mambang)
Situasi 4:
Anda dgn gelpren anda dgn ganasnya menyanyikan lagu chenta korg berdua secara berduet.
Simptom kemabukan:
Mata anda tak berkelip2 pandang kat dia yg jugak tak berkelip2 pandang jugak. Sekiranya kemabukan mencapai tahap haibat, harus jugak buat drama ala2 Shane/Carmen.. huhaha
Situasi 5:
Tetiba awek dlm video klip karoke tu sungguh la deberide taste anda. Dah la taste, seksiii plak tuh!!
Simptom kemabukan:
Air liur boleh meleleh dan mata anda jugak bersinar2. Silap2 hidung pun bleh berdarah.
Situasi 6:
Geng koroke anda menyanyikan lagu PeterPan, Radja, Dewa, Padi, lepas satu, satu.. lepas satu, satu...
Simptom kemabukan:
Tetiba sahaja dirasakan bilik koroke tu jadik terlebih luasss... bumbung tercabut, rumput tumbuh atas tanah, ada satu stage kat depan anda, dan kengkawan anda semuanya bercakap macam makcik cleaner kat opis.. Oh, anda telah sampai ke indonesia rupanya.
Situasi 7:
Partner anda tetiba plak menyanyikan lagu chenta lamanya dgn penghayatan sungguh sungguh mantap tak hengat!!
Simptom Kemabukan:
Bangun dan merentap mikropon dr tgn partner anda dan menghentak2 mikropon tersebut ke kepalanya berkali sehingga bunyiknya mengalahkan hero tamil bergasak. eheh
Situasi 8:
Salah seorang ahlul koroke menyanyikan lagu 'Bunyi Gitar'
Simptom kemabukan:
Bertwist sampai tak cukup kepala lutut
Situasi 9:
Semua sekali kengkawan anda, yg senget2 belaka tu, menyanyikan lagu All the Things She Said beramai2.
Simptom kemabukan:
Anda dan juga sengetian yg lain melenting2 kegembiraan dan secara tak semena2 semua2 sekali tetiba cam terus memakai skirt kotak2 sambil menari dengan memusing2kan baju t-shirt atas kepala.. yeahaa!! Lesbians gone wild!!! hahaha
Situasi 10:
Apabila budak jaga koroke tu dtg mintak order air, anda tanpa pikir panjang dok cakap 'Yang paling mahalll sekali'
Simptom kemabukan:
Mabuk todi...