A lot of interesting things happened bbrp hari kebelakangan ini, yang membuatkan aku rasa cam pepening lalat dan jugak nak tergelak sendiri. Tapi aku dgn ngengadanya taknak cerita kat sini. Sbb aku nak menukar haluan blog ni, nak kurangkan bercerita pasal bebenda yg aku buat, tapi lebihkan tulis apa yg aku rasa. dan kurasakan pudar dalam hatiku.. eheheheh.
OK, ni nak tanya sket nih. Pernahkah korg berjumpa dgn seorang manusia yg segala2 dalam hidupnya mmg berjalan seperti yg diimpikan oleh masyarakat majoriti? Segalanya adalah indah belaka dan boleh membuatkan orang lain terasa cam.. alamak haiii jelesnyaaaaa!! Kalau lah kita pun boleh ada life cenggitu kan best. Ada keja ganaszz. Ada umah beso. Bawak keta Merccccck (haha). Pastu berketrampilan hensem/chantek, mempunyai ciri2 ala2 romantikus de'mampus, belajar sampai tahap haibat2 kat obersi, dan bermacam2 lagi lah. Pokok pangkalnya, segala cerita dia pasal diri dia mmg best giler, dan mungkin lebih best drpd pengalaman dapat kissu carmen de la pica morales (fuhh panasss!).
Tapi kan.. selepas beberapa lama kita kenal dgn org tu lelama. Satu demi satu perkara yg ala2 tak best muncul. Dan pastu plak kita nampak org tu macam beria2 nak menutup bebenda yg tak best tu sbb dia rasa benda tu acam mencacatkan keperibadian dan kesempurnaan hidupnya. Lagi byk yg terbukak, lagi byk plak attempt dia utk menutup lobang2 yg makin membeso.
Sekali pandang kita sudah tentu dgn bangganya mengata org ni adalah yg cakap tak serupa bikin, kuat berlagak dan kaki kelentong. Tapi sebenarnya, pernahkah kita semua terfikir bahawa org camni mengalami masalah inferiority complex yg sungguh kronik?
Masalah inferiority complex; (ataupun ommelayu kata apa ek? Kompleks Kemalu2an eh? boleh? *huh! len macammm je bunyiknya!*), adalah satu perkara yg kita biasa dengar. Dan biasanya org yg ada kompleks kemalu2an ni akan jadik senyap, tak byk berkata2 sbb taknak dimalukan kalau tetiba kata2nya itu dirasakan tak setaraf dgn org lain.
Aku sendiri sebenarnya mengaku, mmg aku ada memiliki kompleks ni. Malu. Terutamanya bebenda yg melibatkan pendapat2 bernas di tempat kerja. Di tambah plak dgn sikap aku yg tak berapa reti bercakap dgn betul (sbb ayat aku selalunya terbelit2), membuatkan aku rasa kengkadang cam ala2 takut utk menyampaikan apa yg aku rasa. Tapi rasanya kompleks camtu adalah biasa boleh dijumpai.
OK, berbalik kita pada masalah inferiority yg kronik nih. Pada pendapat aku, sesungguhnya orang sebegini terlalu malu utk menerima dirinya sendiri sehinggakan terpaksa membuat cerita2 ala2 gah untuk membolehkan dia nampak setaraf dgn manusia lain. Senang kata, dia sangat2 rasa dirinya tak layak utk bergaul dgn org lain, sampai terpaksa menipu. Kesian kan? betapa hinanya mereka memandang diri mereka sendiri.
Pokok pangkalnya, kita sepatutnya rasa bertuah memiliki diri kita ni. Takyah la nak tipu2. Er... btw, tipu dgn tak cakap tu dua benda yg berbeza ye. hehehee.
Ikhlas dgn diri sendiri, org lain juga akan ikhlas dgn kita, dan yg tak ikhlas tu akan hilang dgn sendirinya. Kalau lepas ni ada org yg berlagak dgn kita, jgn la marah.. kasihanilah mereka. Dan kalau korg rasa aku pun ada berlagak2, mahapkan je la, aku pun ada kompleks kemalu2an ni jugak. Beso keciknya tu tak tau la plak.