8.15 a.m.
Fuh... hari ni mood aku cam ala2 ok w/pun jln jem. Aku pun sempat la pegi beli sarapan. Aku makan dlm keadaan gumbira. Aku kat opis pun cam ala2 ok je sbb takde sampah yg menyumbat otak aku nih. So, idea boleh keluar dgn laju je la. Aku pun buat keja aku lagi dan lagi sambil berborak2 pasal penurunan harga keta dan jugak poligami. Terima kasih kepada baju aku yg tak perlu digosok hari ini.
10.00 a.m
Ada perkara yg menyebabkan hangin aku tetiba bertiup sesepoi bahasa:
Budak kat opis: Kapal, kena tgk balik ke benda yg dah direview tu?
Aku: kena la, haritu aku dah ada bgtau kat dlm meeting kan?
Budak itu: Mana ada! Tetiba aku bukak database aku nampak kau ada bagi komen. Tapi kau tak bgtau pun kena tgk balik benda tu. Kenapa kau buat pastu tak bgtau aku?
Aku: Ada lah aku bgtau, dlm meeting bbrp minggu lepas.
Budak itu: Takde, mmg kau takde bgtau dlm meeting.
Apa yg aku rasa:
Aku malas nak cakap lelebih. Mungkin ada silap aku la. Aku ni cakap jarangnya yang terang. Tapi sah2 la dlm minit meeting tu ada tulis 'to analyse all suggestion by reviewer'. Dah la sindri buat itu minit. pastu klu org komen ayat tunggang terlungkup pun nak marah jugak. Kalau sendiri tak mau jaga keja sendiri jgn la plak nak menyalahkan org lain tak bgtau kau suruh buat keja. Dah tetua bangka pun nak jadik cam pahat. Aku ni bukannya penukul. Pepandai buat keja sendiri boleh?
1.00 p.m.
Ini adalah masa aku boleh surf internet. PC aku takde internet. Time lunch baru leh hack memana pc yg ada connection. Sbb tu aku selalu bermasalah nak update blog, menyebuk kat forum, membaca email, mengaplod gegambo utk blog aku yg ketandusan gambo nih, dan jugak membaca resipi kuih raya. Tapi tghari ni aku dok seronok sbb tiket nak pigi melbourne takde la mahal sangat. Cuma yg takbeshnya aku tak koser plak nak pegi bulan ni. Kena la tunggu tahun depan. Ada tambang murah lagi ke? Makanya kemungkinan aku pegi ke sabah/sarawak je la dlm masa terdekat nih.
2.00 p.m.
Projek Menejer aku panggey. Tokei kedua beso di dalam ini kompeni suda reply email meraban2 tanya kenapa kitorg yg taknak buat bebenda yg dia mintak. Dah dia mintak benda merapu. Sapa nak buat?
Cuma hangin aku melanda utk kali keduanya sbb bebudak team aku ni tetiba start buat cerita mengumpat dan mengata lelebih. Sebagai org tetengah, mmg aku stress. Pihak atas dan jugak pihak bawah kena dipuaskan hati. Nasib baik aku andro, berpengalaman dok di atas dan di bawah. Ingat la... nak kutuk boss boleh, tapi jgn sampai mulut je bergerak, tangan kaki tak jadik keja. Makan gaji jgn sampai jadik buta.
3.00 p.m.
Aku sudah tak tahan lagi. Rasa nak pecah kepala aku menahan perangai bebudak kat opis ni. Boleh tak agaknya aku soh diorg carik org lain utk mengadu? Boleh tak agaknya diorg tak kacau aku utk mengadu masalah? Lain la kalu masalah hal2 kesengetan. Boleh gak aku pakai topi cik sri sekapal aku. Disebabkan rasa ketepuan kepala hotak yg terlebih, di tambah plak dgn partner aku tak sempat nak angkat tipon aku, terhasil lah entry ini. Sekiranya korg berjaya membaca entry ini, ketahuilah bahawa aku menghack pc org lain di masa keja semata2 utk mengupload entry ini.
Life is not easy, but don't make it hard.
Bebudak kat opis aku ni mmg nak kena suntut sekor2!!!!! Geram betul laa... haaiyaakkkkk!!
Nasib baik baju aku tak perlu digosok hari ni..