Hujung minggu ini menjadi satu hujung yg boleh la dikatakan hectic di dalam kehidupan kitorg berdua.
Hari Sabtu, kengkononnya boleh la nak bgn lambat, tapi dah seawal kol 8 aku dikenakan berada kat Putrajaya. Alkisah aku kena bertugas menerbangkan flyer kat PICC tuh. Ini semua gara2 Malaysian Job-Hunt la. Kemain ramai lagi la manusia yang memenuhkan PICC tu. Dan yang paling best sekali, ramai bebudak fresh grads la yg datang utk mencari kerja. Sodap sungguh la menjamu mata.. ahahaha..
Kebetulan plak partner aku dok ikut sekali. Apa lagi, dah kena ikut tu kompom la kena tolong aku kan. Akak2 opismate aku pun siap cakap kat dia lagi..'Ha chefD, ni dah datang ni habis la kau kena tolong..' Dia pun dgn relahati menolong la aku dan bekerja free utk kompeni yg aku keja nih. TImacih bbnyk la sayang, nasib baik laaa awak ada. Kesian buahati aku kena berdiri berjam2. Dgn poyonya PICC tu tak cukup kusi la plak... Takpe ah, nnt saya banjer awak mkn sushi ye.. hehe.
Tapi dah kata alang2 sampai ke putrajaya tu, tidak sah la kiranya kalu tak singgah ke Alamanda.. hehehe. W/pun takde benda sgt sebenonya kat situ, tapi seronok jugak pasal populasi penyinggah kat sana tak begitu ramai, jadi dapat la berjalan dengan setenang air di kali. Satu perkara yang boleh dikatakan best kat sana ialah fut-kot nya. Mknn sedap, banyak dan tak berapa mahal. Pulak tu dapat makan dgn buahati terchenta, bertambah sedap la jadiknya mknn tuh...
Tu cerita pasal hari Sabtu. Ni kita cerita plak pasal kesibukan hari Ahad. Hari Ahad plak kitorg berdua dok menemankan adik ChefD utk membeli barang2 persiapan untuk nak jadik pengantin. Seriau dan sakan sungguh kitorg bertiga merambu. Sampai tiga tempat pegi tuu... Putrajaya, Bangsar dan jugak Jln TAR, KL. Tapi Alhamdulillah la pasal byk dapat brgn yg good bargain gitu..
Hmmm... cerita pasal shopping2 nih, aku dgn partner aku sebenarnya takde la sakan sangat ska bershopping. Tapi kami boleh dikatakan sungguh leceh bila memilih barang. Terutamanya bebenda yg memaksa duit keluar bbnyk la. Pasal aku ni bukan lah boleh dikatakan seorang yang ber'uang'. Takat2 anak kucing je setakat nih. Jadi kitorg berdua ni sanggup lah merambu ke beberapa tempat semata2 utk mendapatkan good bargain. Kalau benda tu takde diskaun, kena pikir dua tiga lapan puluh kali sebelum beli.
Aku ada la jugak kenal dgn bbrp org budak pompuan yang menghabiskan beratus2 hengget setiap bulan untuk beli mekap. Ada jugak yang akan membeli baju baru setiap bulan. Bila ada apa2 event je, akan shopping utk beli tiga pat pasang baju baru yang hanya akan dipakai sekali je... Pada aku, benda cenggitu merugikan je, tapi kalau org lain suka buat macamtu, mmg bagus, at least dapat menyumbang pendapatan negara utk mengaut untung daripada mega2sale yg sokmo tak reti nak abih. huhu
Cuma kengkadang tu, seronok jugak la bila dapat menemankan awek2 yg sakan shopping nih. Dapat memberi pendapat, berkongsi pandangan dan secara tak langsung, dapat jadik promoter shopping kompleks yang berkenaan... Nak mintak aku tolong pun boleh, Tapi jadik tukang angkat beg boleh la, nak suruh aku bayar... Kena la keja jadik tukang masak aku. hahahaa...