April 15, 2010

cik kapal.. camna nak tau gadis yg saya suka tu stret atau tak?

Aku masih ada blog? haha... sabo je la kan.

Anyway, reason aku memblog harini, adalah utk berkongsi ilmu utk mengesan pompuan senget di ruang darat, udara dan laut.

Skang ni, rasanya tiga suku badan aku dah terkeluar dr closet kat opis ni. Se-tak-flamboyant aku, org tau gak aku senget. Why!!??
Aku takde pun cam jejants, tak jugak macho.. malahan gediks lagi ada.

ok, sambung cite...

Skang ni aku gegeh mendonlod lagu2 yg menarik yg didengar apabila menonton kembali cite The L Word besama partner aku. So, selepas donlod, sbb aku suka guna itunes, kena la carik kaver album kan. Harus la ai letak kaver yg dipenuhi dgn cast the L word yg comel lote tu.

So, sesapa dtg tpt aku, tgk itunes aku dipenuhi kaver the L word, tanpa segan silu.. ditambah pula dgn patne aku yg suka becite pasal the L word (sbb dia kan dah out).

Sementelah bercita pasal the L word, maka ada la sorg kawan aku yg merupakan kpop fangirl, yg gay-friendly ni, teringin nak tgk bebetul. Maka dlm keta lepas balik mkn dia tanya boo...

kpop fangirl:
Korg ada cite L word tak? One season... nak pinjam. I nak tgk bebetul. Dulu tgk cam gitu2 je.

Aku (dlm ati sambil drive):
harus la aku ada semua season kan... cuma dlm media yg bebeza je...

boo:
Ada... tapi ada yg dvd, ada yg dlm avi

kpop fangirl:
Satu season complete ada? dvd pun takpe, lagi senang. (pause) ke korg ada semua season

boo:
Ada semua season.

kpop fangirl:
nak pinjammmmmm!!! i got a gay friend yg suka shane. Nak gak tgk Kate Moennig dlm cite tu

(my note: apparently my friend ni mmg tak ignorance pasal siri ni, sbb dia tau pasal Kate...)

boo:
Shane? how typical... my favourite is Bette and Tina. They cover more serious lesbian problem. real life problem...

(blablabla - insert boo ranting abt how bette and tina represents the lesbian community that we live in... bla bla blah... (ke$ha))

kpop fangirl:
tak kisah, i nak tgk gak..


tiba2... ada sorg kawan aku yg cam dah tau je kitorg ni senget... menyampuk... her comment is classic and kitorg tegelak macam gaban...

ayat dia...

"I dah tgk sikit L word. Tapi I mmg konfem I straight. Sbb masa tgk tu, I sentiasa tertunggu2 scene pompuan bersama lelaki."

hahaha...

Oleh itu, kalau korg nak tau semada awek yg korg suka tu stret atau tidak... ajak dia tgk the L word. Kalau dia cam tak selesa je, dan asek betanya pasal jenny dan tim... maka.. konfem la korg takleh mkn budak tu.

sekian ilmu gaydar yg saya mau turunkan harini... semoga berkesan

March 25, 2010

17 reasons why...

Perkembangan terbaru tentang diri aku...
Aku makin kembang.
Poket makin pokai. Tahun lepas satu sen takde pendapatan pasif.
Adik aku sorg lagi tak sesabar nak kawen.
Batuk dah nak masuk 3 minggu tak reti nak bebaik lagi.
Setiap hari aku spend 20 minit semata2 utk melarikan diri dr org yg aku tak suka kat opis.

eh, macam negatif je semua kan. hahaha.. Ada org suka tulis bebenda yg best2 yg belaku dlm hidupnye. Aku cam suka je tulis yg negatif. Ataupun aku sebenarnye yg psycho suka main reverse saikoloji. Korg paham? Kalau tak paham, anggap saja le korg tak mengalami masalah sisdeklia macam aku. Tak paham jugak? hahahaha..

Anyway, sebab aku skang ni suka pikir negatif. Byk negatif aura... maka aku sedang cuba untuk mengamalkan terapi '17 reasons why'

OK, sblm tu, meh aku citer dulu mana aku dpt teori tu. Korg tgk cite The L Word tak??? Tak tengok, takpe. Yg tengok, bagus. Alkisahnye kan Bette dgn Alice & Shane pernah mencuri signboard 17 reasons why ni dr bumbung sebuah kedai, untuk dihadiahkan kepada Jodi pada episod terakhir season 4. So, dr situ la aku dapat idea utk terapi ni.

Basically, apa yg diperlukan dalam 'Terapi 17 reasons why' ni ialah...

Setiap kali kita bertanggapan buruk, atau terasa ingin mengutuk serta menyampah dengan seseorang, sesehaiwan, sesetumbuhan hatta sesebenda sekalipun. Maka sila lah senaraikan 17 sebab kenapa korang menyampah dgn mereka dan keluarga mereka.

Sekiranya dapat cari 17 sebab yg membuatkan diorg tu mmg patut dimenyampahkan, maka... boleh la terus2an menyampah dan kutuk org tu dengan sesuka hati.

Akan tetapi, sekiranya tak dapat cari 17 sebab kenapa kita benci kat org tu. Maka, perasaan kita tu seharusnye dianggap sebagai 'null and void' dan sila lah berbaik2 dengan org itu, dan tolong berhenti kutuk dia. Korg tak diselubungi aura negatif, dalam masa yg sama, takde la korg tambah dosa mengumpat org lain.

Trust me, setakat ni aku try list kan 17 sebab kenapa aku bengkek dgn seduaorang bebudak kat opis ni, tapi masih tak mampu. So, aku kena bebaik gak dgn diorg. Sabo je la.

Kata2kejung di hujung entry...

Carilah 17 sebab untuk membenci,
Namun 1 sudah cukup untuk mencintai...

March 10, 2010

Listening to Lily Allen

When you first left me
I was wanting more
But you were fucking that girl next door
What cha do that for

I didn't know what to say
I never been on my own that way
Just sat by myself all day

I was so lost back then
But with a little help from my friends
I found a light in the tunnel at the end


Atau adakah Rachel Berry menyanyikan lagu ini dengan lebih baik? Haha.. GLEE lagik! demm!

March 5, 2010

The wonderful life of Musical!

Haha...



Haritu aku pegi rayau2 carik DVD dgn boo...



What's 'great' about us is... we enjoy different type of movie. So, compromisation is a BIG word. haha.. Kecuali citer seram la. Kitorg dedua mmg takleh tgk!



Dia suka tgk citer yg cam action2 gitu. Perang2 la, tembak2 la, yg ada pro dan antagonis yg nyata. Yg mana, di akhir cerita, orang jahat akan terima balasan, org baik pun sama. Tapi samada balasannye setimpal atau tak, tu terpulang pada sang penulis skrip.



Aku plak suka cite yg lite. Yg tak peningkan kepala aku nak tensen2 tgk org ni mati, org tu mati. Pastu watak baik kena seksa sampai nak mampus, dah nak abis baru leh berjaya. Tensen kan tu. Sambil menulis skang ni pun kepala aku leh sakit. Bagi aku, kalau nak peningkan kepala, baik tgk cerita penyiasatan yg twisting bebetul. Macam Dan Brown punye citer, Hercule Poirot series. Or, cerita tu melibatkan satu pengembaraan yg mistikal dan misterius. Dan sepanjang pengembaraan tu, watak utama berkembang dan mula mengenali diri sendiri.



Tapi kalau citer tu tahap box office dgn effect yg vog devas, yg tu aku terpaksa la suka gak kan. Because of the commercial value gitu! Cam Avatar, walaupun byk tembak2 dan robot2 dan senapang2 besar, tapi dia ada journey mamat lumpuh tu, maka citer itu aku suka.

Tapi Transformer??? Aiya.. terlalu kerobotan dan byk sgt besi. (I hate metal??!) So, jgn salahkan aku tetido kat panggung masa cite tu. hah!



Berbalik pada kedai DVD, time pilih2 cite, kitorg mmg dah make a pact, kena ada DVD yg aku pilih, dan ada yg dia pilih. Dan kami kena teman masing2 tgk. Kalau tak berteman, makanya tak bertengok la dvd itu.



So, bila dia pilih nak tgk citer RocknRolla, Queen of Langkasuka.. I was like.. Wut?! Tapi sbb dah janji kena terima pilihan dia, maka aku ok je la.



Then, pilihan aku plak cam, Hangover, All About Steve (and it is NOT because of Bradley Cooper!!).. ape2 citer lite2 le



Dan baru2 ni, kitorg beli satu cite pilihan dia (yg kitorg dedua dah lupa.. see how unimpactful?!). Pastu aku cam terpegang citer Cirque du Freak - The Vampire's Assistant. Aku sebenarnye takde la nak beli sangat pun citer tu, tapi sebab ada Penelope Cruz kan, cam okeh je. Pastu dia pun cam suka la plak. Then gi mari, gi mari, dia kata, ok.. beli cite tu.



Pastu aku nmpk la plak Nine. Citer muzikal yg jugak ada Penelope Cruz, dan Nicole Kidman. And I was like... "Baik beli Nine ni drpd citer sarkis ni"

And her remark was... "U ni memang suka citer muzikal kan? Takmo, kita beli sarkis!"



Dan aku terkelu dgn remark dia tu. Cam tetiba.. "Errr.. ermm.. ye ke?"



Haha.. motif tetiba takmo mengaku suka citer muzikal!!



Tapi sebenarnye, aku memang suka citer muzikal. It's fun; there's music! Dan karakter dlm muzikal semestinya takde 'orang jahat' dan 'orang baik'. Mereka semua adalah watak yang boleh kita temui dalam kehidupan seharian. So.. it's life! Berapa ramai di antara korang melalui setiap hari dengan ada muzik berkumandang di kepala korang? Cuma kadang2 kita terlalu malu untuk mengakui yang segala yg berlaku, dilagukan di dalam kepala. Dan dalam muzikal, lagu itu diperdengarkan... Hebat! hehe



Buktinye:


  • My favourite episode of Buffy is 'Once More with Feeling' (i.e. Buffy the musical!)

  • I was soo excited to watch High School Musical, coz its like... enlightening (?). Tapi tak berani nak ajak boo tgk wayang masa citer High School Musical III, dan aku tak lagi mampu nak bgtau dia aku nak beli DVD tu. haha..

  • Masa aku dah tejatuh cinta dgn Bette Porter, aku gegeh pi cari Flashdance punye DVD. And i liked it!

  • Aku ada tepikir nak cari DVD citer 'Fame' (... remember my name.. Fame!)

  • Skang aku dah terperosok menjadi salah seorang yg asyik dengan Glee!!! Aku dah ada kesemua 13 episod, aku dah ada jugak mp3 utk soundtrack Glee volume 1 dan 2. Yeahu..

.... don't stop, believin'! (go Kurt!!)

February 27, 2010

Kronisme...

Mari aku cerita satu cerita 'DI OFIS' saduran Sekapal.

Pada suatu masa dahulu, ada satu geng di opis ni. Ramai yg terpaku dengan meraka ini. Kebanyakan kami nampak mereka sebagai sangat cool dan haippening sebab diorang ni set yang kerja, kerja jugak, tapi... diorg yg menjadikan kehidupan di opis ini penuh dgn fun, fun and fun without the sun . Boss geng ini dikenali sebagai Mr.T.

Mr. T, mula mengumpulkan rakan2nya setelah dia pulang dari training di US. Balik dari sana dia memang terasa best gilerk ah!

Dalam group Mr. T ni, ada assistant utamanya, Miss J (ini bukan MizJ sengetians ye..!). Dan kemudian Mr. T mula mendapat lebih ramai pengikut, satu demi satu bebudak yg baru masuk, yg suka fun fun ni, jadi geng dia. Termasuklah Mr.Don, Mr.Ant, Miss Jo, dan ramai la lagi Mr. dan Ms. (tetapi bukan Mrs.). Setiap pagi lepas abis waktu kerja, Mr.T akan buat round, tengok ahli2nye, borak kekuat, gelak gembira2 dan suka2 suki2.

Diorg ni memang terer buat org lain rasa intimidated, dan rasa cam sooo un-cool. Sesapa yg rasa uncool bila tak dihampiri oleh Mr. T, akan datang mendapatkan Mr. T, dan berbaik2 dengannya dgn harapan dapat jadi salah seorang yg juga cool di opis ini.

Tapi seperti jugak artis paling popular di Malaysia (Siti, Mawi), ramai yg suka, maka ramai jugak la yg anti gila2 sebab terasa annoyed tahap gaban.

Korg boleh la imagine Mr.T ni macam Datuk Seri Anwar (sebelum kena guling). Terer bercakap, penuh karisma, semua org rasa.. ye.. dia lah yg boleh menjadi senior, memimpin kita, menjadikan tpt kerja ini fun di waktu tengah malam buta. Walaupun kerja tak seberapa tapi cara dia cakap macam dia lah yang terbest di seantero opis nih.

Jadi bila ada opening utk jawatan senior kat opis ni, Mr.T sesunggunyalah rasa dia yang paling layak. Akan tetapi walau dengan kelantangannya dan ke fefeeling terernye itu, Mr.T tidak terpilih menjadi senior. (padan muka dia, keja macam taaaa...)

Yg terpilih adalah Kak K yg memang sesungguhnya sangat annoyed dgn Mr.T yg ckp byk, keja tadak. Apabila Kak K terpilih, Mr.T mula menaburkan propaganda tentang pilih bulu yg ada di opis. Hampir kesemua kroninya memberontak. Semakin ramai yg didedahkan dengan political injustice di pejabat ni. Api mula marak. Silap sikit, kroninya yang lantang akan panas. Debat bermula dan cuba untuk tidak dipadamkan. Sesungguhnya radicality yg ditunjukkan olehnya menarik lebih ramai pengikut.

Dan ramai pengikut, bererti, bertambah ramai juga org yg menyampah dengannya. Terutamanya orang yg menyokong Kak K. Termasuk lah aku yg merupakan penyokong kuat angkat sepanduk utk Kak K. Dan oleh kerana Kak K sebenarnya memang layak naik, ramai juga ahli pejabat ni yg jenis malas nak gaduh, dan anggap kerja adalah satu perkara yg perlu dibereskan, dan bukan utk didebatkan, mula menjadi rapat... Tapi kami tidak kelihatan sebagai satu kroni. Kerana kami diam. Kami cuma nampak cam.. baik2 gitu2 je la.. Setakat pegi makan sama, share makanan sesama.. gitu2 je...

Tapi, berdasarkan trend Datuk Seri Anwar... korang boleh teka apa yang berlaku pada Mr.T sekarang. Dia buka minda negatif kroninye... dan penyokong kuatnye (Mr.Don dan Mr.Ant) mula keluar dari kampeni. Dan sebab mereka jenis yg open, loud, suka cari pasal... tercetus juga pergaduhan sesama sendiri di antara kroninye. Miss J yg menjadi penyokong kuatnye telah berselisih paham dgn Miss Jo. Dan sekarang Miss J bukan lagi kroni Mr.T. Ini membuatkan Mr.T kehilangan penyokong kuatnye dan watak yang paling loud di dalam groupnye.

Sekarang ni...apabila group Mr.T dah berpecah dan dia tidak lagi kelihatan sebagai satu entiti yang digeruni... Meja mula terputar...

Apa yg berlaku kepada kawan2 Kak K yang semakin ramai?

Ye.. sekarang kami pula di lihat sebagai pengamal kronisme di dalam opis ni. Aku boleh rasa la, bebudak opis ni nmpk kitorg sebagai grup yang loud dan berlagak.
Yes...

Tapi... kitorg mmg tak perlu berlagak.. memang anggota so-called kroni aku ni memang terer2 dlm bab keja.

Buktinye... hampir semua pernah terpilih utk training kat US, kitorg in charge buat product high revenue, dan kebanyakan daripada kitorg pernah dapat performer award. ada sorg tu pernah dapat dua kali lagi! (belagak ek ni? hahaha)

Aku tak rasa kitorg kroni yg mementingkan kawan dan mengenepikan kepentingan kerja. (atau mungkin sebab aku part of it, sbb tu aku tak rasa. haha.)
Yang bagusnye ialah, kitorg berlumba untuk menaikkan taraf masing2, dan berlumba buat benda yg best2, sebab semua org cambest. Malu la kalau tak best.

In a way, aku jadikan kronisme sebagai platform utk kitorg menjadi yang lebih baik.

Tapi... pandangan luar yg memandang kronisme kami sebagai perkara negatif, tetap tak boleh dielakkan. Ada juga remark2 takbest yg terkeluar secara sarkastik kepada kak K especially. Tapi sebab kitorg skema, memang kitorg tak kuasa nak kaver2 salah kroni sendiri. Ada yg silap, kita share knowledge. Len kali jangan buat lagi. Motif kaver2? Nak jadikan kroni sendiri bodoh?

Sebenarnya, aku lebih suka dilihat sebagai "sekumpulan manusia yang mempunyai minat dan disiplin yang sama" dan bukan kroni.

Hmmm.. tapi dengan keadaan yang berlaku sekarang, betul ke aku tak mengamalkan kronisme?
Dan... bilakah masanya kami pula akan berpecah dan digantikan oleh kroni lain?

... ini hanyalah politik di pejabat kecil yang memiliki pekerja kurang daripada 50 orang. Bagaimana organisasi yang lebih besar? Sebuah negara? Semua yang naik, boleh turun. Hanya masa yang menentukan... :)

FYI...

Kronisme merupakan bahasa malaysia, yg disadur dr bahasa inggeris, yg sebenarnya mungkin berasal dari perkataan greek.

Perkataan asal dalam bahasa Greek... chronios bermaksud long-lasting, atau tahan lama.

Dalam bahasa Inggeris, Crony membawa maksud, "a close friend especially of long standing"

Dalam bahasa melayu pulak.. bila aku rujuk kamus dewan... Kroni bermaksud "kawan atau teman yg rapat (biasanya digunakan dlm situasi negatif atau yg melibatkan kepentingan peribadi.)"

Kronisme pula memberi maksud "amalan mengutamakan atau memen­tingkan teman rapat dlm pelantikan sesuatu jawatan, pemberian sesuatu projek dsb."

kenapa dlm bahasa melayu kronisme ni terpusing jadi negatif??? hmm..

January 22, 2010

FOTZ - kengkawan kebun binatang (bukan kakakebun ye)

FOTZ adalah kesingkatan bagi Friends of the Zoo. Aku tau ni sbb dulu ada satu sekolah kat melesia ni yg letaknye di Tepeng yg ada kelab ni. Dengar cerita depa ni mandikan gajah semua. Betul atau tahyul, ntah. haha.. (aku dulu sekolah kat melake okeh, ape aku tau?!)

Anyway, akibat teringin mandikan gajah, sbb rasa cambest, maka aku pun pegi la merayau2 kat website Zoo Negara. Mana la tau kot2 ada volunteer program yg boleh mandikan gajah ke. Sbb pastu leh naik gajah. Ala2 Karisma Kapoor dlm citer Hum Saath Saath Hain.

Pastu bila aku tgk, cam takde plak task mandikan gajah. Tapi kat tpt beruk, beruang, harimau dgn burung ada la.. hmmm.. tapi i nak gajah.

Apa2pun, di atas sebab research punya pasal, dan sebab suka mengklik2 kat website tu, aku pun tgk la borang utk jadik volunteer kat Zoo negara. Sesapa nak jadi volunteer, boleh la melawat ke website Zoo Negara di http://www.zoonegara.org.my/volunteer.html

So sbb borang tu cambest, aku pun try2 la isi, seperti dlm gambar di bawah.
Tapi harap maklum, ini merupakan contoh borang yg diisi salah ye kengkawan, yg pasti direjek. Jadi jangan tiru macam saya...

January 16, 2010

Ape ni?

Skang ni mmg banyak pening. Sampai nak update blog pun takde idea. Kengkadang melangut kat depan blog form kosong sampai bermenit2, sbb taktau nak tulis apa. ha tgk, pasal aku melangut pun aku leh tulis. hahaha...

Smlm boo tanya aku lagi. Camne aku leh juggle tgk blog/forum/fesbuk/keja/gtalk dlm satu masa. Jawapannya.. tak boleh. Kalau time aku keja, ingat sempat ke nak berbebenda networking tu? Jangan haraps. Sesikit setakat tgk status org tu boleh la. Nak belek main game cafe world lah, petani moden, bela kucing.. hampeh. Tak berapa reti dan aku selalunya lupa. pet aku kat fesbuk tu dah jadi rumah langau kot. haha.. lama sgt tak tengok.

Dan blog ni cam lama tak ditulis, sbb cam aisehmen bznye. Alkebetulan mak aku skang ni ada kat sini, sbb menjaga adik ipar aku yg baru lepas besalin. Alkekdahnye aku dah dapat anak sedara, yang pertama! Sbb aku anak sulung yg almaklum seperti tidak almampu nak memberikan cucu kepada mak abah aku. Aiyaiya.

So, skang ni tetiap hari, samada lepas balik keja, ataupun sblm pegi keja, aku mesti nak singgah umah adik aku dulu, jumpa mak, dan tgk baby. Baby tu tecitttttttttt aje. Sbb dia lahir sblm cukup bulan. Borderline katanya. Namanya rahsia. Sbb kang korg tau siapa aku. (boleh, masih nak berahsia identiti?? haha). Dan sbb baby tu tecit, aku taberani la nak picit2, dan menguak dan bedecit, lari la ai mencicit2... gitu. (makcik mmg suka pantun walaupun makcik tapernah masuk petandingan pantun)

Sampai tpt keja plak skang, cam rajin sambil malas buat keja. Semorg takde semangat sbbpe pun taktau. Tapi kampeni cam menerima blow perletakan jawatan yg menderu2. Aku pun seriau tah berapa ramai manusia baru yg aku kena bwk naik ketapi. Dan kekdahnya skang ni hr dgn manager asek amik bebudak yg ada rupa dr segi fizikal. Kalau lelaki, muka macam boyband korea. yg pompuan, ala2 bermanja2an dan kecomel2an.

Korg kata, suka la aku kan, bawak bebudak kendu masuk ketapi? Tapi hakikatnya kawan2, aku lebih tertarik dgn minda yg bernas, berbanding rupa yang kendu. Kalau setakat cun tahap gaban tapi bila keja cam sakit2 ati je nak ajar and re-ajar.. apekah pekdahnye. Bak kata Marina al-Ferrer, great mind is such a turn on gitu...

Jadi kesimpulannya, pilih la sendri... great mind? great body feewitt nyam nyam? great account balance? hahaha...


oh, btw... saya mengalu2kan korg pegi Gathering SengetianS 2010 yg bakal dilaksanakan pada bulan 6 atau 7. Book cuti cecepat. Ajak kengkawan datang ramai2. Kroni or no kroni, ini masa utk buang yg keruh, ambik yg jernih!!

Kalau ada org lama sengetians yg takmo datang sbb menyampah tengok muka sekapal... nnt aku pakai topeng pi gathering. This is not about me, it's all about us (cheh.. macam tAtU la plakkks..). hehe...

Lupakah korg pada keseronokan gathering yg lampau, yg memberikan korg geng utk buat open house dgn dibanjiri manusia lain/bukak bisnes/jenjalan pi genting/mengeteh kat kakendu? (tetiba aku emo??)

Sila lawati http://sengetiansgath2010.blogspot.com/ yg dibukak oleh boss2 gathering tahun ini. Salurkan pendapat dan cadangan anda!!

dun wory pasal privasi.. bila dah ada more info, blog ini akan dibuka utk yg berkatalaluan sahaja.. harap maklum..

January 5, 2010

Boo tanya, mana entry 2010 aku. First thought aku, does it matters? hehehe.
Okay la... selamat tahun baru 2010. Happy new year.. dusyum, deching, kebabom.. (bunyik mercun da)

Anywhoo... azam aku tahun baru ni, nak jadi rajin dan takmau procrastinate. Mmg susah sebenarnya utk org yg memilih 'sloth' sebagai favourite deadly sin, tapi... kena la jugak. Skang makin tua, saiz suar dah makin besar, banyak kain nak kena pakai.

All in all.. 2009 mmg di antara yg terburuk bagi aku terutamanya hubungan aku dengan Tuhan. So, tahun 2010 ni kena perbaiki lagik. Dapatkan tempat berpijak yang lebih nyata. Harap2, aku dapat menjadi hambaNya yang lebih baik dengan amalan yang diterima.

2009 jugak, aku banyak abis duit. haha.. tapi kalau abis duit dapat barang, takpe gak kan. At least nampak barang tu depan mata. Cuma yg takbestnye, utang pun makin keliling pinggang katanye. So, tepaksa la gegeh tahun ni carik keja part time yang aku dah tinggalkan pada tahun lepas atas alasan takleh cope dgn keja malam. It is still hard, dan aku masih struggling, tapi takleh berenti mencuba.

2010... is just another year. Hopefully this year I will still fall deeply in love with her.
Aku mahu terus larut...

December 29, 2009

Senang ke dalam hati kalau beristeri dua?

Sat2ni time nak pi opis, aku dengar lagu Madu Tiga yg dinyanyikan semula oleh Ahmad Dhani. Tetiba tepikir, camna ek agaknya kalau aku ni nak pasang dua? Mampukah aku.

Setelah ditimbang2 dan di belek2 sambil merenung passenger tercomel di sebelah aku tu, kompom la aku mmg tak mampu pasang dua.

Sebab sebabnye...

Satu:
Aku tak mampu dari segi financial. Gile betul la kalau nak ada 2 gelpren. Tiket wayang drpd 2, dah jadi 4. Karaoke 2 kepala, jadi empat kepala. Vacation dua kali... Kalau camtu baru la adil dan saksama kan. Kalau semuanya di spend dgn gelpren baru je, mana aci... Kalau tak mampu berlaku adil, watpe pasang dua kan? haha... Oh, tapi kalau gelpren tu yg tanggung, lain cerita la. Segalanya berkemampuan.. muahaha...

Dua:
Aku mmg konfem tak larat dr segi fizikal. Kehidupan aku adalah seperti ulo melengkor kat atas katil setiap pagi pabila balik keja. Ni kalau pasang dua. Harini kehulu, esok kehilior. Letih mak! Tu baru keletihan tak tido, belum masuk keletihan memandu kereta dan keletihan melayan kehendak ilmu kebatinan. Haiyah... takpayah la. Ini macam kalau rendam kasut Power dan minum airnya pun masih tak mampu. So, kensel. haha...

Tiga:
Dan ini rasanya yg paling valid la kot, kenapa aku takleh dan takmau pasang dua. Sanggup ke aku hancurkan hati org yg selama ni bertahan dgn aku, ketika aku selambe2 tukar keja malam. Dan dia jugak sanggup ikut sama, utk membolehkan kitorg spend masa lebih banyak setiap hari. Orang yg masih terima aku walaupun ada masanya aku tinggalkan dia time balik kg. Org yg menjaga makan pakai aku, walaupun aku di tahap kemalasan tergajah.

So, aku rasa, mmg tak susah nak pasang gelpren keliling pinggang (macam lagu ku jatuh cinta dgn setiap wanita tu...), tapi ingat senang ke nak maintain gelpren keliling pinggang? Kalau nak maintain selama seminggu je tu.. lain la kan.. huhu...

December 19, 2009

Happy Birthday Mak...

Harini hari lahir mak. Yg ke berapa, aku selalu takmau ingat. Sebab umur dia tak pernah penting. (But Hari lahir dia, yes.)

Mak tak pernah gagal buat aku rasa gembira bila saat aku down.
Mak tak pernah berhenti mendoakan kesejahteraan anak-anaknya.
Mak sentiasa buat kami rasa pulang ke kampung adalah perkara yang menggembirakan.

I never wish for a better mother. Just I wish I could be a better daughter.

Tuhan, sesungguhnya kebaikanku adalah hasil didikannya, dan kesalahanku adalah milik aku sendiri.

Selamat hari lahir, Mak. Semoga bertambah keberkatan dalam kehidupan mak!