September 27, 2010

Harga sebuah (sebiji, sekeping?) orgasm

Bila aku letak perkataan orgasm. Apa je bezanya dengan kepuasan? Kita mungkin berfikir secara seksual... almaklum lesbian merupakan makhluk penuh seksual. Tetapi sekiranya diletak pemikiran itu bukan pada aras yang cetek... apakah bezanya orgasm dan kepuasan. Dan apakah tiada kaitannya hidup, seks dan makanan?

Secara seksualnya...

Ada orang yang berkat usaha dan ketentuan takdir yang menyebelahi, dia diberi kelebihan untuk memperolehi orgasm secara halal. Dapat pasangan yang direstui, dan pasangan mampu memberikan orgasm.

Ada yang pasrah dengan ketentuan. Ada pasangan yang halal, tetapi orgasm bukan satu perkara yang mudah untuk diperolehi. Namun mereka mampu hidup dengan pasrah.

Itu kes pasangan halal... bagaimana kita yang sah2 tak dihalalkan perhubungan kita ni?

Ada yang bernasib baik juga kerana mereka memiliki pasangan setia... yang mana pasangannya mampu memberikan orgasm. Seronok rasanya bila kita memperolehi orgasm daripada insan yang kita cintai, yang pada masa yang sama mencintai kita kembali.

Ada yang membeli orgasm. Menggunakan kelebihan dalam diri, untuk mendapatkan orgasm dari berbilang pasangan, maupun pasangan orang lain. So, tak kisah la tentang cinta. Yang penting puas!

Tak kurang pula yang tersalah beli orgasm. Dah habiskan masa tenaga dan wang untuk mendapatkan perempuan yang disangka boleh memberikan orgasm, tetapi sayangnya, tempoh sah orgasm itu kurang daripada setahun. Tapi apa boleh buat? mahukah di sia-siakan usaha untuk mendapatkan objek orgasm tersebut.

Maka, oleh itu... ramailah sebenarnya di antara kaum wanita yang pasrah hidup tanpa orgasm.


"Saya cintakan dia. Apa pentingnya orgasm? Kami saling mencintai... Itu semua sudah cukup! CUKUPPP!!!"


So, penting ke orgasm? Dan ramai juga yang akan berkata, shopping pun boleh orgasm. Jadi, berkapel dgn org yang berduit, pasti puass! (ye ke?)

Dalam keadaan konkusi...
Kepuasan dalam kehidupan tidak akan datang dengan sendiri. Kita mesti berusaha untuk mendapatkannya. Cuma intensiti usaha yang di laburkan untuk memperolehi satu kepuasan itu tidak sama pada setiap individu. Dan perkara itu berlandaskan rezeki dan ketentuan. Kalau pun pada usaha yang berbeza, intensiti tahap kepuasan individu sendiri juga berbeza, membuatkan ada manusia itu lebih cepat mencapai kepuasan, berbanding individu yang lain.

Semoga kita semua berbahagia...

3 comments:

Bintang D'hati said...

kes mcm ni la yg aku ketengahkan kat fb pastu kena hentam huhuhu. Suka la entry ni.serius.

Tah Le said...

pernah bgtau seorg girl,
kalo sy x tdo dgn awk dulu pon...sy masih sygkan awk...die ni asyk igt dlm otak aku ni nak bnd tu je... x la
ade je org aku syg sgt2, tp x pnh pon nk sentuh2...sbb hormatkan die

Anonymous said...

love = orgasm. it comes in many ways.