Wah, harini besday boo. Dah makin tua dia ek. hehe... Umur aku gak yang masih tak meningkat naik. ahaha.. Namun dengan sedihnya, malam nak selebret 12 tgh malam of september 18th, kitorg tak besama la pulak. Dia kat rumah terbaring kedemaman, aku plak kena standby kat opis. Kan sebenarnya lagi best kot kalau aku standby kat umah je. Tetiba congress ni nak pass bill la plak harini. Timing baek sungguh.
Anywehoo... pejam celik2, dah 3 tahun lebih ropenye aku dgn dia besama. Masa memula bekapel dulu cam tak caya la jugak nak jadi lama sampai camni. Ye lah.. benda yang tak bermula dengan kaki kanan la katakan. Time aku memula nak kapel dgn dia dulu, ada la jugak naik bunyi2 kontroversi yang mana aku dan dia mengambil keputusan untuk buat dek je, dan lebih memikirkan tentang kedegilan hati masing-masing yang nekad untuk mencuba memulakan satu kehidupan bersama. Nekad je ni, taktau la akan menjadi atau tak...
Baru2 ni (dlm tahun ni la), ada jugak kawan kami yg tanya.. camna korg boleh start. haha...
Susah nk jawab soklan ni sebenarnya. Susah sebab cam... hmm... where do i begin...
Bila masa aku suka kat dia? Kalaulah aku boleh jawab soklan ni, memang semuanya senang nak diceritakan.
So, bila?
Adakah masa kali pertama aku nmpk muka dia? Ataupun pada hari di mana kami ditinggalkan berdua oleh ex-partner masing2 yg bikin hal sendrik, dan dia makan nasik lauk sadin yg aku masak? Ataupun selepas kitorg terpisah selama 2 bulan baru masing2 dapat sedar perasaan masing2?
Tengok, soalan aku sendiri aku tak dapat jawab. But whatever it is. She is a great friend, and I cannot help but to fall for her kindness and charm... over time.
hmmm... pikir punya pikir, to sum it up... kami berdua merupakan dua orang kawan yang sepi dari rasa cinta, dan mengambil keputusan untuk mencuba hidup bersama. Following sex, laughter, happiness, lies, betrayal, and hurt.... love ensues. Dan nampaknya, keputusan nekad kami adalah yang terbaik.
Tiga tahun lebih dah, dan hati masih berbunga ria..!
No comments:
Post a Comment