Kalau nak dibandingkan di antara dua karya Habiburrahman El Shirazy yang dah di angkat jadi filem, Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih (1 & 2), aku lebih suka dengan Ketika Cinta Bertasbih.
Mungkin kerana ceritanya lebih lite. Tapi ini cuma pendapat aku yang hanya menonton filemnya sahaja. Mungkin kalau aku baca novelnya, aku akan berfikiran sebaliknya. Tapi setakat ini.. itu sahaja yang di dalam kepala aku.
Tapi yg feveret aku KCB 2 la... sebab last2 diorg kawen. aakakak... aku mmg suka cite ala2 hindustan kot. Yg penting happy ending. Takyah sakit kepala nak tensen2 mengenangkan objektif yang tak kesampaian. Aku kan mmg jenis yg tak suka susah2 dan pening2. hehe...
Terlintas aku tentang novel ini, apabila mendengar Hot Chat pagi semalam. Kisah seorang perempuan yang bertunang dengan seorang penagih dadah tegar. Yang mana, selepas bertunang bagai, baru la si perempuan ni tau kisah sebenar. Dan kisah sebenar ni pun dah diketahui oleh keluarga perempuan, tapi semua org sorok, sbb nak bolehkan lelaki tu jadi baik selepas perkahwinan... cit!
Dilema si perempuan ialah samada nak teruskan atau tidak dengan perkahwinan. Pelbagai pendapat pendengar ada. cam biasa la.. ada yg menyuruh meneruskan, ada yg suruh tinggal, tak kurang juga yg di atas pagar, suruh empunye diri buat keputusan sendiri.
Kalau pendapat aku... seharusnya si lelaki penagih ni tolong jangan 'jual ikan' boleh? Kenapa la selfish sangat ek. Kau perguna dan perjudikan masa depan seorang perempuan, atas alasan 'mana la tau, kot2 lepas kawen boleh berubah...' Dan perempuan tu pun, kalau tak kawen dgn lelaki tu, apa masalahnya plak kan.. Bukannya lelaki tu dah jadi suami. Tunang je kot...
So, sebenarnya instead perempuan tu yg patut kompius bagai, lelaki tu sendiri kena pikir2 balik. Kenapa taknak betulkan diri dulu sebelum beristeri? Takut perempuan tu lari? Takut kang tak dapat kawen? So.. nak tangkap dulu, yg lain kita ejas kemudian.. citpodah. Kalau dah takde jodoh tu, ko kepit pompuan tu celah ketiak pun tercabut jugak dia bersama bulu2 ketiak... Tapi kalau ada jodoh (macam Khaerul Azzam dan Anna-atopon-Nisa), terpusing ke ceruk mana pun.. akan ketemu jugak!!
Kes lelaki penagih dadah ni tak byk beza la pun dgn kes Furqon dgn Anna-atopon-Nisa dlm KCB. Ko dah tau ada kemungkinan HIV (haa--ee--veh), lagi mau kawen. Dgn alasan, takmau malukan keluarga, sbb dah terbertunang. Bila dah cerai, apa tak malu?
Lagi ngengnye, si Furqon ni takmau la plak verify ha ee veh dia tu samada konfem atau palsu. Bengong je.. Ini lah kekdahnya manusia yg susah nak menerima kenyataan.... Kalau kenyataan itu memusnahkan diri sendiri, takpe gak... Tapi kalau kenyataan tu membunuh mereka dan keluarga mereka....? haih.
Kesimpulannya?
Kalau dah cinta, kita akan sanggup menerima kebaikan dan keburukan pasangan kita. Tapi adakah cinta perlu dibalas dengan satu penipuan?
1 comment:
salam.
i silent reader u. i sokong apa u ckp tu..pasal pompuan yg terbetunang ngan drug addict coz i pun terpikir ms dok dgr Hot Chat pagi tu. pd i, pompuan tu baik blah je. sapa bleh jamin laki tu akan berubah? wohooo..kita x tau apa nk jd masa depan, right? so jgnla dok p tanggung biawak idup kt belakang anda :)
act, i pun menghadapi situasi yg sama, cuba my x fiance x tegar. tp ada tambahan masalah lain plak..kuat menipu! so, x payah tgu lama, cukup sume bukti. i blah dr idup dia. baik putus tunang dr jd janda siap pakej HIV ke hape ( kita x tau kan..)
Post a Comment