Dah lama aku tinggalkan arena menulis blog ni. haha.. sebulan pun leh kira lama ke? Lama la jugak utk org yg selalunya akan ada perkara utk di ekspresi di sini.
Di antara sebab kenapa aku terberhenti, ialah sbb aku cam tak reti nak menyambung entry yg sebelum ini, pasal pegi pre anniversary celebration. Atas alasan malas nak upload gambo kekdahnya. Dan kemudia tiba pula bulan Ramadhan yang mencabar dan menuntut utk aku tidur dan tidur dan tidur... Makanya.. satu hapah tak jadi keja.
Tapi sekarang aku kena menulis balik. Sebab otak ni kena kasi tajam sikit. Kalau asek tidur dan tidur, manakan ada pergerakan minda. Maka tidak bercamtum la sel-sel otak, dan harus la aku minum susu yg mengandungi gangliosida... (ini segitiga... ini bintanggg!!)
Entahla, selalu terasa alpa. Apa alasan aku menulis ni ye?
Dan sesungguhnya, apabila kita menulis, semuanya kena ikhlas. Datang dari hati. Sekiranya ada perkara yang menempel di sebalik keikhlasan itu, secara tak langsung jiwa dalam penulisan itu juga akan hilang. Adakah aku telah hilang jiwa menulisku? Ataupun sekarang jiwaku terlalai dan sebaliknya berbunga di atas alasan lain?
As time goes by... I am not who I used to be. Aku rasa, sekarang memang aku dah lain. Masa terluang untukku, tidak sama dengan manusia normal. Tambahan pula, pemikiran aku sudah tak boleh sama dengan orang lain. Aku ada minat yang dah tidak semestinya boleh diterima oleh orang lain. Aku mula menjadi kritis dengan apa yang aku baca. Aku mula hilang minat terhadap perkara yang pernah menjadi obsesiku.
Sekarang aku happy dengan apa yang aku pilih. Dan semoga aku terus berbahagia dengan kehidupan aku. Aku mahu memerdekakan diri dari melakukan sesuatu untuk menggembirakan orang lain, dan seterusnya mengabaikan kepentingan sendiri.
Life must go on. Dan aku menunggu saatnya untuk aku menjadi boss untuk kehidupan aku sendiri.
Selamat menyambut Hari Malaysia. Semoga kita dan negara kita terus maju. Sesiapa yang rasa Malaysia takbest, byk lagi negara lain kan?
No comments:
Post a Comment