Tapi sebenarnye, selain mknn sedap, faktor pertama utk mengunjungi sesebuah kedai makan ialah nama kedai yg juga menarik minat. Jadi, tak perlu la kot letak nama restoran tu seperti Restoran Ayam Tergolek, maupun Kedai Makan Balacan Bacin. Memang tak sesuai.
Kebanyakan kedai makan menggunakan nama taukei seperti uncle McDonald, uncle Tony Roma, Haji Tapah, Mali, dan sebagainya. Kalau nama org, memang takde bias sangat la dengan maksud makanan. Cuma kalau letak nama orang, tak perlu lah bubuh adjective seperti Restoran Ali Malasmandi contohnye...
Anywhoo... haritu masa pulang ke kampung, aku nmpk satu kedai jual ayam yang diberi nama Warung Tawakkal, which I find funny... dan boleh dijadikan sumber lawak bodoh.
Seperti berikut.
Pada satu hari, mak saya suruh membeli ayam di Warung Tawakkal. Disebabkan basikal saya rosak akibat dibedil meriam buluh jiran, maka saya pun pergi berjalan kaki ke Warung Tawakkal. Jalan punya jalan, akhirnya sampai ke warung tersebut setelah singgah di beberapa kedai lain untuk membeli aiskrim, dan juga bermain tikam.
Sampai sahaja di warung tersebut, satu ekor ayam pun saya tak nampak. Yang ada hanyalah barang-barang yang dibungkus dengan suratkhabar. Semuanya kelihatan se-fesyen... Pakcik pekedai pula sedang sibuk membersihkan perkakasannya...
Maka saya pun bertanya...
"Pakcik, saya nak beli ayam. Ni semua yang dah berbungkus ni ayam la ek?"
(saya akan menggunakan 'ek', kerana saya kan orang Johor...)
Pakcik pun menjawab...
"Tu semua cecampur tu. Ada bungkusan ayam, ikan, daging dengan sotong. Kamu pilih la mana-mana."
Saya pun pelik...
"Tapi saya nak ayam. Yang lain saya takmau."
Pakcik pun menjawab...
"Ala kau pilih aje. Kalau dapat ayam alhamdulillah... Kalau tak, maksudnye takde rezeki la tu. Tawakkal je la..."
Maka saya pun bertawakkal memilih beberapa bungkusan. Semoga saya tak tersalah pilih dan tidak dibelasah oleh mak sekiranya tersalah pilih...
Patutla nama kedai ni Warung Tawakkal...
-the end-
3 comments:
: Wakakakakakaka.. kelakarlah...
Saya nak letak nama kedai saya
Restoran Asam Pedas Claypot SAKA
Rasanya ok ke...
Saya nak letak nama kedai saya
Restoran Asam Pedas Claypot SAKA
Rasanya ok ke...
Post a Comment