December 29, 2009
Senang ke dalam hati kalau beristeri dua?
Setelah ditimbang2 dan di belek2 sambil merenung passenger tercomel di sebelah aku tu, kompom la aku mmg tak mampu pasang dua.
Sebab sebabnye...
Satu:
Aku tak mampu dari segi financial. Gile betul la kalau nak ada 2 gelpren. Tiket wayang drpd 2, dah jadi 4. Karaoke 2 kepala, jadi empat kepala. Vacation dua kali... Kalau camtu baru la adil dan saksama kan. Kalau semuanya di spend dgn gelpren baru je, mana aci... Kalau tak mampu berlaku adil, watpe pasang dua kan? haha... Oh, tapi kalau gelpren tu yg tanggung, lain cerita la. Segalanya berkemampuan.. muahaha...
Dua:
Aku mmg konfem tak larat dr segi fizikal. Kehidupan aku adalah seperti ulo melengkor kat atas katil setiap pagi pabila balik keja. Ni kalau pasang dua. Harini kehulu, esok kehilior. Letih mak! Tu baru keletihan tak tido, belum masuk keletihan memandu kereta dan keletihan melayan kehendak ilmu kebatinan. Haiyah... takpayah la. Ini macam kalau rendam kasut Power dan minum airnya pun masih tak mampu. So, kensel. haha...
Tiga:
Dan ini rasanya yg paling valid la kot, kenapa aku takleh dan takmau pasang dua. Sanggup ke aku hancurkan hati org yg selama ni bertahan dgn aku, ketika aku selambe2 tukar keja malam. Dan dia jugak sanggup ikut sama, utk membolehkan kitorg spend masa lebih banyak setiap hari. Orang yg masih terima aku walaupun ada masanya aku tinggalkan dia time balik kg. Org yg menjaga makan pakai aku, walaupun aku di tahap kemalasan tergajah.
So, aku rasa, mmg tak susah nak pasang gelpren keliling pinggang (macam lagu ku jatuh cinta dgn setiap wanita tu...), tapi ingat senang ke nak maintain gelpren keliling pinggang? Kalau nak maintain selama seminggu je tu.. lain la kan.. huhu...
December 19, 2009
Happy Birthday Mak...
Mak tak pernah gagal buat aku rasa gembira bila saat aku down.
Mak tak pernah berhenti mendoakan kesejahteraan anak-anaknya.
Mak sentiasa buat kami rasa pulang ke kampung adalah perkara yang menggembirakan.
I never wish for a better mother. Just I wish I could be a better daughter.
Tuhan, sesungguhnya kebaikanku adalah hasil didikannya, dan kesalahanku adalah milik aku sendiri.
Selamat hari lahir, Mak. Semoga bertambah keberkatan dalam kehidupan mak!
December 18, 2009
jambu oh jambu...
It all started with the event we had today. Air yg kami minum ialah pink guava.
Cuba korg trenslet pink guava ke bahasa melayu.... 'jambu batu merah jambu' (pd aku ni kelako nih.) hahaha... sbb benda tu repetitive. Jambu pertama tunjukkan noun, jambu yg kedua adalah adjective. adjective kepada merah, tapi bukan kepada jambu.. haih haih..
Selepas mengwiki2 kat internet... aku dapat tau plak.. jambu air omputeh kata 'water apple'
so... soalan penaakulan mantik dr aku.
kalaulah...
benci ah bila aku kompius pasal bahasa nih.. ish ish
December 11, 2009
Label oh label...
Tapi... penglabelan aku tak sampai lagi tahap yg menyatakan perhubungan butch/femme adalah bukan lesbian. Bagi aku... perempuan yg suka perempuan, maka tetaplah kamuorang lesbian.
Boo shared something interesting. Di ambik dr blog randuany
...saya pernah bertanya kepada seorang teman yang sudah sangat lama bersama dengan pacarnya. Ia melabeli dirinya dengan butch dan pacarnya adalah femme.
Saya bertanya, "apa jadinya kalau besok pacar kamu berubah jadi tomboy?"Dengan lugas dia menjawab, "gue putusin, bru! Gue ga mau sama butch atau andro. Gue cuma doyan femme"
Saya meringis mendengar jawabannya.
Pertama, karena mendengar ia dengan lugas menjawab akan mutusin pacarnya kalau berubah label. Padahal hubungan yg dibinanya udah bertahun-tahun dan penuh perjuangan. Hanya karena label, ia bisa dengan mudah melupakan itu semua.
Kedua, karena dia memanggil saya dengan sebutan "bru!". Hehehehee.... saya ini wanita lho. Walaupun penampilan tomboy, tapi saya lebih menyukai di panggil dengan sebutan "sista!", "bu" atau "jeng" ketimbang "Bru!" atau "Bro!". Rasanya mendengar panggilan itu bikin perut saya jungkir balik...
Boleh la lawati blog dia utk pembacaan selanjutnye. Kalau tak paham sgt bahasanya, try ingat2 balik apa yg korg dengar dlm filim ada apa dgn cinta. heheheh.
p/s: Aku juga tak seswai dipanggil 'bro'. Jumpa aku, then u know why. ;)
December 9, 2009
Makanan, dan perempuan, dan televisyen
Anywhoo.. aku tetiba nak tertulis pasal cenel masak memasak. Haritu tertengok Rachel Ray kat ntv7, membuatkan aku teringat kat Food Network (US). Betapa aku merindui untuk menonton channel tersebut. Sbb, aku ni mmg suka tgk rancangan tv pasal makanan. Entah la, rasanya skang ni, cuci mata dgn tgk mknn kat dlm tv lebih memberangsangkan dr tgk pompuan2 seksi. Somehow, you cannot make those sexy girls yours (i mean, who needs sexy girls if you have... er.. never mind...). Tapi makanan, boleh aje dimasaki, dan ditelani. kan kan? haha... tahpape.
Akan tetapi, sekiranya tukang masak itu adalah perempuan, dan kendu, maka, bertambah lah selera utk menontonnya.
Kat AFC ataupun Travel and Living tu, kebanyakan rancangan2 yg glamer2 ni tukang masaknya ialah lelaki.
- Jamie Oliver (u know who!)
- Rob Rainford (Licence to grill)
- Michael Smith (Chef at home/at large/abroad)
- Emmanuel Stroobant, yg sentiasa bebaju itam
- Chef Wan (hehe)
- Martin Yan (duh.. dari kecik dah ada)
- Antony Worral Thompson (host Saturday Cooks yg sarat dgn English accent itu)
- Curtis Stone (yg boleh dibawak balik rumah -- Take Home Chef)
- Anthony Bourdain, yg tak memasak sgt pun. Dia mkn aje
Dan kalau nak cuci mata pun, dgn macik Nigella Lawson (yummeh!!) dan Laura Calder (French Food at Home). Oh, dan Anna Olson rancangan Sugar tuh...
haih...
Alangkah bagusnye kan, kalau AFC tu amik la serba sedikit rancangan dr Food Network US. Ni kebanyakannya Food Network Canada. Lagi murah ke? ehehe.. sesuka ati je aku komplen channel tv nih. haha...
Anyway, kalau kat Food Network US tu, aku sangat2 rindukan akak Cat Cora yg senget itu bertanding dlm rancangan Iron Chef America. Kalau dia masak, aiyo, ai pun terasa kebest'an nya. Cam takde kaitan kan, tapi aku suka gak.
Selain tu,
- Rachel Ray, of course.. dgn EVOO nye dan masak macam kilat, 30 minit siap 3 meal.
- Makcik Paula Deen yg suka masak sambil makan, sambil gelak.
- Anne Burrell yg selamba cakap lepas dan tak takut taruk garam dlm masakan (dan amat terer bikin pasta utk Mario Batali!!)
- Alex Guarnaschelli - resepi ayam gorengmu tetap menjadi pojaan hatiku!!
- Aida Mollenkamp - sambil masak, sambil respons soklan2 kat email, sambil kelihatan kendu
- Giada de Laurentiis - aku cam so so je tgk masakan dia, tapi aku suka tgk rancangan dia sbb dia kendu... haha
Dan ada la beberapa lagi yg aku tak mention kat sini sbb aku tak melangut tetiap pagi ahad utk tunggu rancangan depa kuar kat tv.
So kan, sebenarnya kalau la byk rancangan Food Network yg leh ditonton di melesia ni, mesti la hidup aku riang gumbira. bangun pagi awal2, nguap2 sket, bukak tv.. sampai tghari.. turun bawah beli brg2 utk dimasak.. masak dan makan. (Hmmm... i need to renovate my dapur!)
So, kesimpulannya, aku pun taktau, aku rindu rancangan masakan kah, ataupun aku rindu untuk memasak...
Yg pasti, aku rindukan sesuatu berkaitan dengan makanan....
December 1, 2009
ROCKBAND Unplugged.. jejenggjengg!!
Jadi, utk itu, kalau nak exit, terus je tekan power button. Habis cerita. Bila bukak balik, semuanya still in place. Gitu..
Dan game ni jugak bagus kalau korg takmo org pinjam PSP korg. Bukak je rockband ni, pastu tekan Home. Dan voila.. game ilang. So, leh cakap kat org yg nak pinjam.. 'Ala PSP aku problem la. Pehal tah semua game ilang.'
Dan cara nak membetulkannya semula, tak sampai seminit. Nak tau cemana, leh call aku ek. muahahaha...
Oh, kenapa aku addicted main game ni. Kerana aku mmg suka game berunsurkan muzikana (is there such a word???), compared to boo yg suka men game2 besukan (kan takbest tu!). Dulu aku main Patapon. Dan aku ada je jumpa Patapon2 kat kedai. Tapi cam tak terbeli je. Samada aku takut nak beli (sbb takut stuck tak reti nak continue cam skang...) ataupun takut addicted, sampai kang, gelpren gesel2kaki pun tak pasan. Bahaya tuh!!
Dan skang ni kalau bosan aku mintak boo bwk psp gi opis. tapi time keja aku soh dia simpan. Sbb kalau aku pegang, alamatnye makan gaji buta la aku kat opis nih. huahaha.
Selain muzikana, game ni best sbb kita diberikan 4 anggota. Korg leh decide gender dan nama rockband korg. So, kalau tetiba terasa nak letak ahli rockband tu nama korg dan juga 3 org ex korg, amat lah dialu2kan. Fefeeling reunion dgn ex gitu! aahha.. (er.. tapi aku tak lak buat benda ni... Kalau nama ex pun, yg satu tu je la yg aku suka. gaaaaaaah!)
Dan 4 anggota tu, setiap sorg tu bassist, guitarist, singist dan drummist.. (aka singer dan drummer... funny how language ni langsung takde standard!). Pastu bila duit korg dah byk sbb byk bikin gig, bleh la beli baju memahal dan seseksi utk ditepekkan kat ex2 korg yg bermain muzik tu.
Lepas tu, main muzik dan lagi dan lagi... sampai korg letih dan tetido.
Kesimpulannya, adalah lebih baik gila men game drpd gila men pompuan ataupun men tipu ataupun men blasah je. Sbb men game, leh sambil baring kat perut gelpren. (hmm.. kalau men pompuan leh gak baring kat pompuan.. ish.. komfius dah ni).
Anyway, sayangi hidup anda, dan jauhi diri dari dadah dan minuman keras (kecuali ice blended yg separa keras itu). sekian mekasih!