December 29, 2008

So?

Huhu... lama gile tak apdet (intro yg sungguh cliche dan membosankan tapi aku buat juge...)

Anyway, memang tetiba setelah aku hitung2 kembali, aku telah menghabiskan tiga minggu di melesia ini dgn program family gathering. Maka walaupun setelah tiga minggu aku balik, bebudak senget yg aku jumpa, cuma lah uL, boo cuk dan jugak bebudak senget kat opis.. kalau ada la kan. Selainnya, dgn keadaan siang mengantuk malam berjaga, hampeh... Langsung takde hasil.

Minggu pertama lepas tiba kat sini. Aku berkejar balik kampung, selepas attend dinner kampeni. Dan mmg aku agak bertuah jugak la sebab aku dapat hadiah slow cooker. Yeay! W/pun niat di hati nak dpt coffee brewer ataupun cake mixer.... tak apa lah. Ada slow cooker bley aku masak soto. wah. sodap! Boo plak mlm tu siap dapat award lagi. hehehe... tak sangka gopren aku tu. Funky jugak rupanya dia. haha..

Minggu yg kedua... aku demam. Hari sabtu tu, balik keja dah lah tghari. Balik2 je terus terbongkang. Pastu, ptg tu boo dtg, dia bagi aku telan dua bijik panadol. Sudahnye, dr pukul 3 ptg, aku tertido sampai kol 11 mlm. Dgn dia pun ikut sama tido. Setelah aku membebel kerana terlalu bengkek tertido sampai lewat malam, last2 aku pun tido je balik. Bak kata dia... rugi satu malam. haha.. nak buat acamna. Kata demam. Ahad sesiang buta aku dah kena pegi kenduri khatan kat umah makcik aku. Dan kelihatannya kazen2 aku yg dah dikhatankan tu sume dah sihat, dan muke tersenyum lebar dapat duit khatan. Siap ada yg bleh buat stetmen lagi tu..
"Kalau camni la, sunat lagi sekali pun takpe!"
hehe... sanggup ka dey? Apsal la masa aku dulu mak aku tak buat kenduri ek? huhuhu.

Ujung minggu ni. Mak aku dah book awal2 soh balik kampung. Nak menziarah arwah atok. Masuk je umah atok. Sumenye sunyi... dah takde sesapa. Masih terbayang2 dia berjalan dengan bangkunye keluar bilik dan duduk depan tv dgn kitorg. Macam terpandang2 dia duduk tepi katil, bertelekung berbual dengan kami, sementara menunggu waktu solat. Terngiang2 gelak tawanya dgn lawak2 bengong kitorg semua. Dan masih terbau lemaknya minyak rambut atok yang tak pernah lekang dari rambutnya.

Sangat sedih. Last aku jumpa dia krismas tahun lepas, masa kenduri kawen kazen aku. Dan cuti krismas kali ni, aku hanya mampu terpaku di sebelah pusaranya. Rindu atok. Ye... itu lah cuti krismas aku...

Dan ingatkan aku nak balik ke kl hari ahad. Last2 akibat rasa malas yg melanda, pagi ni baru aku sampai KL. Sampai2 je terus kelangkabut menyiapkan bebenda utk keja mlm ni. Ye... komputer opis aku hanco. Dan dgn bangangnya diorg tak berjaya nak selamatkan retabenda ku di dalamnya. Akibatnya, aku kena buat semula banyak benda, dan aku terlupa dah password aku utk access HR punya site. Camno den nak apply leave???? Adehh...

Sebagai summary...
  1. Sapa kata hias kubikel kat opis takleh dapat award?
  2. Bebudak bersunat leh dapat duit woo...
  3. Luangkanlah masa bersama keluarga dan org tercinta selagi masih ada kesempatan
  4. Selalu2lah backup retabenda kat dlm komputer opis
  5. boo.. ailebyu! (hahha... tetiba)

December 22, 2008

orang kalau dah tawar hati
dia taknak mintak apa2 lagi
takmau dah berharap menagih janji
tak ingin meminta, tak ada yang sudi
segalanya hanya untuk diri sendiri

orang kalau dah tawar hati
mungkin hanya menunggu mati...

December 19, 2008

bz nyer

haah.. skrg ni aku bz tido. kol 10 lebih baru balik dr opis... kol 9 mlm dah gi opis balik. Seriau betul.Masuk2 je opis dah terus kena training. Mmg sedikit huru-hara skrg ni.

Balik umah sibuk nak tido, nak spend time dgn dia, nak blasah videostreaming food network lagi. haha... I miss food network, i miss cooking... tapi skrg ni aku nak tido

December 13, 2008

rapuan orang ta'boley tido...!

Huh... bosannya.. Susah gile nak tido. Sebab panas sangat la kot. Skrg ni kalau aku sebut je panas, ramai je yg akan kata aku mengada. Bistu, mmg aku rasa panas. Padan la muka aku tak mampu nak pasang aircon kat umah kan. hehehe... Adeh.

Boo plak sibuk nak balik umah dia. Nak settlekan kain baju katanya. Ptg ni baru kitorg jumpa kejap, sebab dia kena pegi awal utk annual dinner company. AJK la katakan. Aku tensen sungguh sbb takleh pegi bedua bersaing bersama. Nampaknya, aku kena menurut tugas2 khas yg perlu dia lakukan. Janjinya, dia akan amik aku kat tpt parking kereta. hehe.. Dan yg pastinya, aku nak makan pree mlm ni. Kalau nak mabuk2 pun boleh. Tapi takut plak kalau drive balik, kena tangkap polis. Sesia je tido kat lokap. Macam Khloe Kardashian. hehe.. bley?

OK... nak cerita pasal annual dinner kampeni, takleh la plak. Sbb benda lom jadi. Tapi aku nak tulis balik (aka kopi pes) satu artikel ala fiksyen yg aku baca kat majalah senget. hehe.. maklumlah, ai memperabih duit beli majalah senget sampai tiga pat ketul. Tu baru dok sana dua bulan, kalau dok sana setahun, jawabnya penuh la blog aku ni dgn kes2 kopi pes.

Ini cerita pasal true love. Aku tertarik dgn cara sang penulis, tulis tentang true love yg ala2 unconditional itu. Dan ayat yg ala2 tajam membuatkan aku pun leh rasa 'adeh!' adakah selama ini aku true love utk si dia... dan adakah si dia juga bertindak sebagai true love utk aku. \

Nevertheless, definisi seseorang utk true love itu berbeza.
Ada yg kata...
"Kalau kao chentakan akoo, maka akan kao berusaha lebey gegeh untok memberikan segala kemewahan donia untokku..."
Ada gak yg kata..
"kalau kao chentakan aku, usah sekali kao mengubah kesederhanaanmu. Karena itulah chenta bagikoo..."

hhahha... style normadiah dgn sipoot sarawak la pulok...

Anyway, ini yg sang penulis itu tulis tentang true love. Dan sesungguhnya ia berjaya membuat aku tersenyum, tergelak, dan tersentak, ketika membacanya di dalam bilik termenung...

  • Anyone who starts a sentence with 'if you loved me you would...' is not your true love
  • Nothing is "wrong" with you, and if she uses that term, that she is wrong for you
  • When you find her, she won't need to keep sleeping around with other women just to "keep it interesting" (kalau ada yg macam ni, percayalah, ini semua alasan si gatal ratu poli. Sanggup... tahan, tak sanggup... jalan)
  • Neither one of you will be afraid to commit. You will just do it (nike... tetiba..)
  • You don't move in with a woman to see how it will work. You end up under the same roof without even realizing that you have moved in. (ha memang... tetiba je tgk macam alamak, penuh dah almari rumah aku ni? huahaha... bestnye...)
  • True love is inconvenient. It happens just before you are going to leave the country or six minutes after your last divorce (cheesy nyerrr!!!)
  • The woman you want to spend the rest of your life with does not belong to someone else (dalam erti kata lain, partner org lain yg ko tergila2kan tu bukan true love ko ek. toksah dok berangan..)
  • One of the best things about being really in love, is that the sex is wonderful, even when the sex is not wonderful.. (Demi cintaku padamu, sex takbest pun kau kan ku cinta, biarpun harus ku tonton porno berjutaa... sumpah, tak tipu. Ai rela.. auw!)
ish... aku harus tidur.

December 10, 2008

Pengalaman pulang yang menakjubkan

Hah! Akhirnye aku sampai jugak ke bumi Malaysia. Kalau diikutkan, aku sepatutnya tiba mlm raya haji. Tapi atas sebab2 adventure yg melampau, aku tiba hari selasa, touchdown kol 3 petang. hebat kan? haha.. macam nak pengsan dibuatnye.

Flight kitorg semua bermula pada hari sabtu pagi dr Chicago. Jumaat malam tu salji turun lebat. Aku mmg dah cuak2 dah. Buatnye flight delay... mmg le haru! Mmg takut gak kalau tetiba airport tutup dan sume kapal takleh terbang. Tapi tawakkal je la, dan terus tido.

Aku bangun seawal kol 5 pagi. Terbau makanan sandwich telo yg dibuat oleh osmet aku. Jengah ke luar rumah, salji tebal je atas jalan raya. Heish... risau lagi. Buatnye bajak tolak snow tak datang? Macamana teksi nak anto kitorg ke airport. Dlm risau2 tu, aku gi je la mandi. Kuar dr bilik air, jengah luar, bajak dah datang.. Gumbira... Leh balik..

Siap2 pakai baju settlekan bag sume, aku gi kuar melilau kat apartment carik troli utk angkat beg. All in all, kitorg semua ada 5 org, dan sorg bawak 4 beg. Total 20 beg. Gile la kalau nak ngangkut acamtu je.

Dipendekkan cerita, setelah menghangkut beg ke lobby, cab dua biji pun sudah mari, maka menyumbatkan beg dalam cab tu, aku serahkan je la kat drebar teksi. Berat wo. Sampaikan pakcik cab Ukraine tu siap komplen lagik... 'Heavy, heavy!'.. huhuhu.

Kat O'hare Airport, sbb kitorg sampai pepagi buta dalam kol 7, maka org pun tak ramai le kat kaunter United Airline tuh. So, takyah beratur panjang utk check in. Dan maka tibalah masanye yg paling mendebarkan. Timbang beg! Masing2 beg mak aih berat. Limit utk checked in luggage, sorg 2 bijik beg, satu beg max 50lb. Angkat beg osmet aku... 54lb. Ahahah... Angkat kuar, bukak beg, kuarkan barang. Beg seterusnya 54lb, 57lb, beg aku, 54lb... adeh... Sudahnye, sume org bukak beg depan kaunter tu. Dok kuar dan masukkan barang kat beg2 org lain yg masih ringan. Aku terpaksa tumpang cokelat, kain sejadah dan jugak bukak beg aku yg kecik sikit tu utk letak bebarang lain. Haruuuu! Check in je dah amik masa dekat 30 minit. Rasain! Tapi, last2 selamat la jugak 10 beg kitorg check in, dan sorg hangkut dua carryon sorg.

Lepas boarding sume, dah naik plane. Aku gumbira gak la sbb kitorg dpt seat economy plus. Lega la sket nak letak kaki. Sementara tunggu nak terbang tu, aku pun tido... Pastu terjaga. Tak terbang lagik. Tido lagi... Terjaga lagi.. Masih atas tanah. Pastu pilot kata... enjin takleh idup. Setelah lebih 30 minit kitorg tersadai atas tanah. Dia kata, tunggu lagi 30 minit, sbb mekanik nak check. Lepas 30 minit.... Ada announcement, kitorg sume kena tukar plane. Masak!

Proses nak tukar plane tu je dah amik masa berjam2. Nak kuar balik dr plane, pastu nak gi prepare plane ganti, dgn kes beratur dan reassign seat lagi... Sudahnye, flight yg dijadualkan kol 1030 pagi, bergerak kol 3 ptg. Terbang 14 jam, dijadualkan sampai ke Shanghai kol 7 malam waktu shanghai. Connecting flight kitorg dr Shanghai ke KL naik China Eastern Airlines yang akan bergerak kol 6 ptg. So? Sah2 la kitorg miss connecting flight! Harapan hati, kalau2 ada flight malam, ok la kot. Leh gak la sampai paling koman pun isnin pagi. Leh le sambut raya haji dgn family.

Sampai kat Shanghai mmg kol 7 malam... nak kuar dr imigresen sume... debak debuk, dekat sejam. Berkejar la kami mencari flight ganti. Dah la airport shanghai tu hampeh. Signboard tak clear, semua kaunter takde org jaga, org2nya tak reti nak komunikasi. Tanya tiga soklan, satu pun takde dijawabnye betul. Tensen!! Tapi setelah berputar2 gi terminal2 yg berbeza2, naik bas, turuh bas. Dgn beg2 yg berlambaknye. Akhirnya kitorg dpt flight ganti, utk ke KL, tapi on the next day. Same airline, kol 6 ptg. Sementara tu, diorg bagi hotel. Dan yg bestnya, kitorg terpaksa gak mengangkut beg2 yg dah dicheck in tadi, ke hotel. So... 20 beg, 5 org, berjalan mencari shuttle utk ke hotel.

Jenuh la jugak tanya sume org.. last2 kitorg sampai gak ke hotel tu, kol 11 malam. Bayangkan betapa lamanya masa dihabiskan kat airport tu, semata2 sbb info kat airport, mmg tak reliable! Bebudak angkut beg kat hotel tu dok sengih2 je tgk beg kitorg yg memenuhkan van tuh. Hahaha.. nasib le. Dah mmg byk soping. Nak wat camna?

Masuk bilik, perut kebulur. Aku order nasik goreng. Time order tu dah la macam ayam cakap dgn itik. AKu nak nasik goreng.. No meat! No chicken! No pork! Last2 apa nasik goreng yg sampai kat bilik?? huhu.. aku takmo cakap. Biarlah rahsia....

Esoknya, lepas bfast dan tido setido2nya, kitorg check out dan tiba kat airport dlm kol 1. kaunter check in bukak kol 3. Melangak la lagi kat situ sambil main game dan buat bising satu airport. hauhaha.. Tepat kol 3 kitorg terus gi kaunter nak check in.. Dan dgn bangganya... diorg kata flight overbook! Kitorg hanya boleh naik kalau ada kosong lepas kol 5 ptg. Hampeh btol.

Maka dgn pantas aku pun bekejar ke terminal lagi satu, nak bambu org United Airlines yg mengebook flight overbook. Tapi bila sampai je, tak koser dah nak membambu... aku dah letih gile. Tau nak balik je time tu. Diorg pun carikan flight lain. Masa tu pandai la pulak bagi option kan. Samada nak fly malam tu, dan transit kat Singapore, pastu dari Singapore pagi2 balik KL, ataupun, nak fly keesokan harinya, naik Malaysian Airlines, kol 10 pagi.

Aku dah seriau dah bab transit2 nih, buatnya sangkut kat Singapore jugak. Sesia je! Maka aku rela la amik flight keesokan harinya, untuk balik ke KL. Dan kembali la kami berbondong2 ke hotel itu semula. Nampak la muka org hotel yg cam dah bengkek kena ngangkut beg kitorg. Apa?! Ingat kitorg tak bengkek ke tgk muka depa??!!!

Mlm tu, setelah aku bergaduh dgn org United AIrlines dlm tipon, maka dapat la kitorg dinner free. Dan aku bgtau budak front desk tu...

Aku: We vegetarian.
Budak front desk: Vege????
Aku: Vegetarian. Eat vegetables. No chicken, no meat, no pork!
Budak front desk: Vegetables?? Ooooo.. ok. Vegetables...

Ngeng betul la. Aku nak gak cakap but we can eat seafood, fish, blabla... Tapi kang, makin dia tak paham. AKu dah la letih tahap gaban.

Dan kol 7 lebih tu, kitorg turun amik dinner... dia pegi bantai serve nasik dgn berjenis2 sayur! Uwek!! Tak koser dah weii aku nak makan sayo!!! Tapi sebab lapo... telan saje la labu..

Esok pagi, lepas bfast, kitorg terus ke airport. Dan nasib baik tak byk sgt adegan2 memunggah beg semasa check in. Semua beg lepass je. Maka dapat la kami akhirnya naik dlm kapalterbang hak milik Malaysia.

Dalm flight masing2 happy gile! Maklumla, dah dua hari tersangkut kat shanghai. Dan bila tiba time serve makanan tu, ada pilihan nasik lauk kari kambeng. AH! kambeng pun kambeng lah. Janji aku nak makan daging! Brader pramugara tu cam pepelik je kitorg cam eksaited mkn nasik dgn daging. Dia kengkonon nak beramah mesra la.. dan tanya cam... 'Korg ni tak masak ke?'
Aku cam... jgn tanya la.. its a loooooong story.

Ye.. setelah long story itu, maka akhirnya sampai di airport. Yg tunggu parents dan adik aku, boo, dgn uL. Sampai umah, aku makan rendang yg mak aku buat utk raya. Pastu mlm tu, aku blasah ayam goreng kat kedai mamak, dgn teh tarik 2 gelas. Bfast, dah 2 hari bturut2, makan nasik lemak ayam goreng. haahahah...

MAKAN!!!

December 6, 2008

BALIK!! (ke.. cerita pasal boardgame?)

Harini last day keja. Smlm dah timbang2 beg... alhamdulillah, macam tak obese. Harap2 timbang tu tak tipu aku la. huhu... Kalau terlebih berat gak taktau nak kata apa. Masa pegi bawak 2 beg. Balik ada 4 beg. haha... bukan sbb byk beli barang pun (ye ke????). Masalahnya aku beli barang yg besor dan berat. Reason aku terpaksa beli beg lebih, selain dr masa aku dtg dulu, baju2 aku je dah overload, so kena la bahagi dua beg baju2 tu. Dan sbb aku dok beli buku/magazine dgn board game. Macam berats la plak board game tu kan. Nak beli dgn amazon, kedekut kredit kad. hehe..

Oh yeah, aku nak cerita pasal board game yg aku beli. Bila baca review kat intenet, diorg kata, ini board game silly, utk org2 yg boleh berpikiran silly aje. ntah.. sbb belum main lagi, so aku taktau la sejauh mana ke'silly'an nye. Board game yg aku beli tu bernama Quelf.


Nak main game ni kena ada minimum 3 org. Setiap kali baling dadu, dan jatuh kat memana petak berwarna. Pastu, pemain kena amik kad ikut kaler petak tuh. Ada 5 jenis kad.
  1. Kad kuning: Stunt - kena buat adegan stunt
  2. Kad purple: Showbiz - kena jadik entertainer utk buat org lain gelak
  3. Kad ijau: Quizzle - kad paling senang, jawab soklan putar belit
  4. Kad biru: Roolz - ada undang2 tertulis kat kad tu yg org kena ikut
  5. Kad merah: Scatterbrainz - ada soklan yg semua org kena jawab
Sesapa yg gagal membuat arahan2 atas kad tuh, maka kena penalti, iaitu, mengundur sampai sudah!

Dan semestinya aku nak gegeh kumpulkan kengkawan aku yg baik hati utk main sesama kan. Yg pasti uL dgn Boo la jadik mangsa terawal. hehehe... Dan harus jugak aku men dgn adik badik aku dulu time raya haji nanti. Lepas main nnt leh la kot aku apdet kebungukan game nih.

Harap2 aku pun 'game' la nak main. Macam ngeri pun ada nih. Adehh..

December 4, 2008

Hujan batu di negeri sendiri. tak apa lah. Janji aku leh mkn ayam.

I miss home. 10 minggu kat sini mmg rasa macam nak pengsan. Balik2 mengharap pada aktiviti bershopping aje la yg membuatkan aku cam occupied. Oh, dan jugak aktiviti meng'video streaming' dgn internet berkelajuan 16MBps.. muahaha... Mampos la balik nnt guna streamyx 1MBps, ntah apa la nasib aku kang.

Apa yg aku tak dapat 10 minggu:

10 minggu aku tak tgk insan2, kucing aku dan benda2 lain yg aku sayang dan jaga selama ni.
10 minggu jugak la segalanya hasil bantuan teknologi terkini untuk berkomunikasi dan menjaga dari jauh.
10 minggu aku tido sensorg. Kalau dulu aku akan menghimpit ke kanan, tapi la ni dah tido kat tetengah katil, samada menegak maupun melintang.
10 minggu aku takleh kacau org mandi. Gile ke kalau tetiba nak kacau osmet aku mandi!!?
10 minggu aku tak peluk saly, dan bagi dia makan, dan buang bulu2an serta bahan buangan dia.
10 minggu aku tak makan masakan melayu yg sedap.
Selama 10 minggu ini, makan tak byk pilihan. Setiap kali pegi mana2 tpt makan, aku terpaksa membaca menu berminit2, hanya kerana nak pilih salah satu daripada 3-4 menu yg berasaskan ikan.
Selama 10 minggu ni jugak, semua benda yg aku makan... tawakkal aje lah. Memang tak boleh nak elak cross-contamination yg berlaku tuh. Balik ni kena mintak ampun dgn lebih banyak, dan kena telan air tanah. huahaha.. Tolong!!
10 minggu aku tak dapat minum kopi free kat opis. Sume kena beli
10 minggu aku tak tengok cerita melayu kat tv, dengar berita bahasa malaysia (haha.. mcm la aku tgk berita pun kan?), dengar fafau membebel tetiap pagi balik keja.
10 minggu aku takde keta. Naik public transportation aje.
10 minggu ni aku langsung takde peluang nak gi kelab/kedai senget kat sini. TENSENNN!!

Apa yg aku dapat dalam masa 10 minggu ni.

10 minggu aku dapat tido malam.. berturut-turut-turut...
10 minggu aku tgk tv US (walaupun standard cable je..) yg ada close caption. So, takyah bukak telinga, baca je.

10 minggu ni aku keja penuh. Takde amik cuti sakit pun!
10 minggu aku dapat mengumpat terang2an.
Setiap minggu dlm 10 minggu ni, Iron Chef America, Dancing with the Stars, dan Girls Next Door jadik rancangan feveret aku.
Hari2 terakhir dlm 10 minggu ni aku dapat tgk salji dan buat snowman.
10 minggu aku dapat elaun traveling, yg membuatkan aku terasa cam wah.. makcik kayo!

Hmm... mmg betul la kot. Org kata, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Sbb mmg kat sini semuanya tak susah. Duit org bagi. Pegi soping beli barang sendiri sampai tak cukup jari nak bawak beg.

Tapi negeri sendiri lagi best, walaupun hujan batu. org yg kita sayang ada kat sana. Ada rasa sense of belonging kat tempat sendiri. takde la org bank nak brush off aku sensenang semata2 sbb aku macam pendatang. Yg penting, makanan kat malaysia mmg heavenn....

Ironically, last week, on the way nak carik bebarang batu keras utk partner aku... tetiba hujan turun. Dan sebab terlalu sejuk, yg jatuh dr langit bukan air... tapi air batu.

It hits me. That's the sign.

Kat negara asing ni, ada hujan emas.. dan jugak hujan batu. So, apa lagi reason utk aku dok kat sini?

I'm coming back home.
Straight to her arms.

yeay! Esok last day keja kat sini. Pastu BALIK!!!!

when clinton met palin (as if??)

This is definitely my favourite SNL moment!



mmg aku tau dah ketinggalan zaman benda ni, tapi aku paste sini sbb senang aku nak tgk balik benda ni nnt.. wahaha...

December 2, 2008

Entry berbunyik aku yg pertama!! yeahu

Wuhu! First time. My first attempt, untuk membuat entry berbunyi. hehe... Ntah kenapa sejak aku asyik je doktgk the L word, di zaman2 kegersangan sonsorg ni, macam aku gile tertarik la pulak dgn bebenda yg dibuat dek dak Alice Pieszekci.

Apa yg adia buat yg aku suka sgt. Iaitu... podcasting. Member siap leh jadi kaya dan glamer thru podcasting. Giler kentang! Tapi tu alice la kan. kat tpt omputeh yg ramai je nak sponsor bebenda yg berbaur kesengetan nih. Kita kat sini...? Kena la carik alternatif yg bukan cara hidup alternatif utk melampiaskan daya kreativiti. Whoa.. tu lagi best. be IN the box, and be creative. Hmmm... payah tu.

Apa aku melalut nih. Berbalik kepada podcasting tadik. Kat Malaysia aku rasa mmg tak mendapat sambutan sangat la kot, sebab org melesia tak ramai yg ada ipod. Sedangkan, kalau kat US nih, aku rasa semua org yg naik tren tu ada bendalah putih melekat kat telinga depa. tak.. bukan kotombad ye kengkawan, tapi ini earphone berjenama apple. Budak yg mai sini dgn aku pun sibuk beli ipod. Aku pun takde ipod jugak... haha.... macam membazir la plak kan?

Apa2pun, tgk je la sejauh mana aku leh mampu nak buat entry berbunyi macamni. kepada sesapa yg tak pernah dengar sore aku. Nah... hamek! Dengar la sampai pinsan. Kepada sesapa yg rasa cam pernah dengar je suara sekapal ni... oh no. AKu tak pernah jadi DJ, maupun daun jambu.

So, finally... jom podcast!! Sesapa yg berminat, jom kita dating kat kakendu. Jom jom!!












ye... embeddable player aku ni acam pupu sket. nak kena research lagi la plak.. haih...