Hmmm...
Lepas raya ni aku akan start keja siang. Huhu. Eh, sebenarnya start mggu depan aku dah start keja siang. Tapi takde la lama sangat, utk beberapa minggu sahaja. Lepas tu, bulan doblas, start keja malam balik. Bersama2 dgn keja2 yg menimbun utk aku selesaikan. So, sementara ada masa utk enjoy tido siang ni, harus la ai enjoy aje.
Dan sbb aku keja siang itu jugak la, aku tak dapat selebret raya. First time dlm kehidupan aku takleh sambut raya dgn family. Bengkek mmg la bengkek. Tapi dah kena keja, terpaksa la jugak. Sedih je bila tgk muka mak abah yg masing2 cuba utk cakap semuanya okay, tapi aku tau, diorg sebak. Itu tak campo muka boo yg kelat2 masam je bila memikirkan kitorg tak beraya bersama. Dah lah aku takde mood nak raya, dia pun terjejas sama. Kesian dia. Trip ke Jalan TAR pun langsung takdak tahun ni. Aku pun taktau la apa nasib aku bila dengar takbir raya nnt. Harap2 takde la bila bukak2 tv je terkena bab takbir raya... hahaha... boleh? Kejinye...
Tapi mmg betul la org kata, selagi kita tak kehilangan benda tu, kita tak terasa kenikmatannya. Skrg ni baru aku terasa yg aku cam rindu nak soping raya. Walaupun tahun lepas aku kata soping raya tu takyah pun takpe, sbb membazir. Tapi bila takde langsung trip bersoping raya tahun ni, macam kehilangan la plak. Tahun lepas dgn kepanasan bahang Ramadhan itu la aku dgn boo gegeh pegi mencari barang2 raya. And that was our first time celebrating raya together, tapi tahun ni, habuk pun takde.
Dulu time nak raya ni la sibuk bebeli barang utk buat kuih raya. Pastu balik kampung siap dah plan dgn adik badik nak buat kuih raya berjenis2. Siap ada kuih raya resepi blasah saje le pun ada. Haha... janji ada rupe macam kuih raya tu okay la. Jgn rupa kuih tepung pelita udah. Pastu sibuk2 buat kuih, sibuk2 jugak la nak balik kg jenguk atok dan beraya bersama2 dgn sepupu sepapat aku yg berjuta2 lemon banyaknya itu. Heish. Kalau dulu bleh la kata malasnyaaaaaaa nak balik kampung. Kali ni terasa nak la pulak join kemeriahan itu. Bbuka puasa sambil berdiri (sbb org ramai sgt, takde tpt nak duduk), berebut seterika di malam raya, dan jugak pada pagi rayanya, ada sesi fotografi utk setiap keluarga. Dan bilangan keluarga yg bergambar, lebih banyak daripada bilangan jari di kedua belah tangan.
Haih.. raya oh raya.
Kepada yang berpeluang sambut raya tu. Di harap dapatlah menyambutnya dengan penuh keikhlasan. Sambutlah sebagai tanda berjaya menamatkan perjuangan berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan, jangan lah menyambut dengan niat untuk menunjuk2 kelebihan diri, dari segi material, dan juga spiritual.
Aku pun nak memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang tahun ini, ada terkasar bahasa, tersalah kata, mengguris dr segi perbuatan dan terkutuk terumpat semua yang mengenali aku...
Selamat menyambut hari raya, maaf zahir dan batin. InsyaAllah, ada umur, boleh kita bjumpa di hari raya korban nanti.
eceh.. hehe