September 3, 2008

kena tinggal ok lagi. Kalau dilupakan.. macam lagi haru la plak...

Huhu... smlm sbb masak lauk buka pose yg terrrsangat simple, maka kol 5.30 je aku dah siap tercanguk kat dpn tv tatau nak buat apa. Golek punya golek, sambil tekan2 remote, ada la plak anime sergeant keroro on air kat cenel Animax.

Mmg lawak bodoh la cerita tu. Baca translesyen utk lagu opening credit pun dah macam nak terjeluak aku gelak. haha.... "bila kau mengemas rumah, tetapi terlupa sampah di sudut.." lebih kurang camtu la bengongnya lirik dia.

Anyway, sesudah lagu opening yg tah pape tu, cam besa la, kuar plak intro utk tajuk anime. Dan semalam bercerita pasal "perkara yang amat ditakuti - Dilupakan". Huhu... which is sooo true.

Kalau dlm cerita semalam, ada hantu ni macam tensen sbb dia selalu ubah2 susunan barang dlm bilik, tapi takde sape pun yg perasan. So, dia cam bengkek la sbb dah dilupakan.

Tapi kalau kita letak dalam konteks sebenar. Memang sebenarnya kita manusia ni sangattt takut kalau dilupakan. Betul tak? Bayangkan la, tetiba family kita nak pi picnic kat satu tempat. Preparation dari berhari2 awal lagi nih. Lepas tu time depa semua siap2 nak bertolak, kita plak pi masuk toilet. Pastu depa bertolak je terus gi picnic. Terlupa kat kita yg kat dlm toilet ni. Sedar2, bila dah sampai kat tepi pantai... Laaa... mana si polan? Tertinggal. Terlupa la pulak. Warghh... Sadissss giler! Ala2 Home Alone gitu. hehe

Lepas tu sama gak la kesnya kalau akak kita tetiba balik dr London, pastu beli souvenir bagai kat mak abah dan adik badik yg lain, tapi tetiba kat kita, dia kata terlupa nak beli pape. Amik je la mana2 souvenir yg tak berpunya. Alahai... sedihnya mmg mcm tak terkata. Kerana kita dilupakan.

Sebab takut dilupakan ni la kengkadang manusia sanggup buat macam2 perkara utk menarik perhatian orang lain. Tak kira la perhatian itu yg positif, maupun yg negatif. Kalau yg positif contohnya macam bagi hadiah ke, sentiasa berpenampilan menawan ke, dan tah pape lagi la yg positif yg membolehkan org tak lupa kat dia.

Tapi yg negatif ni pun byk jugak. Contohnya, utk mengelakkan diri dilupakan oleh ex-gelpren, kita sanggup panjat tingkap umah dia, baling telor kat tingkap umah dia, dan jugak cari peluang utk kutuk/marah dia apabila diberikan masa. Hanto sms2 yg sakitkan hati. Blasah anak kucing dia ke. hehe This is especially true kalau sang ex tu yg tinggalkan kita kan. Haha.. harus la. Hati mak sakettt okeh. Tapi kemungkinan besar sebenarnya itu hanyalah reaksi org yg takut dilupakan. huhu..

Tapi kan, kalau korg pikir2 mmg horror sebenarnya kalau dilupakan ni. Sebagai contoh, tetiba kita fefeeling rindu kat gelpren yg firstttt kita pernah ngorat/tiduri. Dan setelah menggodam yellow pages dan menyesakkan bebudak operator telepon bagai, akhirnya dapat gak kita perolehi nombor talipon farmasi tpt dia bekerja (ini contoh la kalau ex kita tu sokrng pharmacist.. huuhu... macam ex akuu..).

So, dgn bangganya kita pun tipon la farmasi X itu.

Aku:
Alo... bley saya bercakap dgn cik Pura Chendana?


Pura Chendana:
Ye saya bercakap.


Aku:
Halo Pura, nak ucapkan selamat berposer. Selamat menyambut Ramadhan!


Pura Chendana:
Ni sapa ni?


Aku:
I la... Sekapal. Takkan tak ingat?


Pura Chendana:
Sekapal? Kapal mana? Sori. Ingat2 lupa la. U student Yunibersiti gajahbesar ke?


Aku:
Tak... kita kan pernah 'bersama' dulu


Pura Chendana:
Erm.. sori. I tak ingat la. Sori eh, I got client. Bye!


Kalau la aku kena macamtu.. sah2 aku bengkek tahap kek bengkak lah! Gile betul. Ada ke lupa kat bekas kekasih sendrik. Cheit!! Membazir ATP aku je gi godam telekom. Budss!

Tapi alangkah bestnya kalau lepas letak talipon terus si Pura Chendana itu mengalirkan air matanya, akibat terlalu sedih. Terlalu sedih utk mengaku yg dia terlalu rindukan aku. Terlalu perit mengingatkan kes kena tinggal kat puduraya sebab aku pi mendapatkan awek lain. hahaha...

Kalau lah...