Aku perlu berehat. Letih giler la sejak tuko keja baru ni. Dah le takleh cuti selama 3 bulan. MC pun kena unpaid. Hampeh btol. Mmg la takde byk ke mana gaji aku sehari tu, tapi sebab tak banyak tu la takleh monteng. Isk...
Relationship pun macam dalam kapal. Kejap2 goyang2. Kejap2 macam nak tenggelam. Kejap2 plak berlayar kencang. Aku ke yg semakin emo sbb terlebih tido siang, atau dia yg terlebih hormon? huhu... Tapi selagi kekuatan utk bersama tu masih ada, cinta masih utuh, apa lah sangat goyang2 mabuk2 naik kapal tu kan..? teruskan je la pelayaran. Kot2 berlayar punya berlayar jumpa harta karun, makcik kayoo! Takyah keroje! Yahuu..
Tersangatlah scattered pemikiran aku skrg nih. Mmg takleh nak fokus kat satu benda. Hasilnya, satu benda pun takleh nak siap. Shush...
Waktu tanah masih belum diterangi cahaya matahari, aku sampai depan rumah. Keluar dari kereta, anak betina aku yg menjadi mangsa paedophiliac itu tanpa gagal menunggu aku di tepi kereta. Membongkok aku seketika mengucapkan selamat pagi kepadanya. Kepalanya menggesel manja ke kasut bermulutku. Aku berjalan mendekati pintu rumah, terjengol dua kepala kecil dari celah longkang. Aku hentak kasutku di tepi longkang. Mencicit mereka berdua lari. Lawak giler. Sekurang2nya mereka boleh menghiburkan aku yang sesungguhnya sangat letih dan kengantukan.
Sampai di muka pintu, aku seluk2 poket seluar, tiada langsung mampu ku raba kelibat kunci rumah. Ah.. tertinggal dalam kereta la pulak. Cis cis. Bergegas aku ke kereta kembali untuk mengambil kunci. Sejenak pengembaraan aku dari pintu ke kereta, si kecil yg mencicit lari tadi sudah mendongak di depan pintu. Sedih la pulak tengok muka diorang.
Maka aku letak la segala kunci, beg dan kasut ke tepi, untuk memberikan makanan kepada mereka bertiga. Macam kucing puasa tiga bulan, semua menerjah. Masa tu kaki aku pun siap boleh kena langgar. Kaki diorang pun siap boleh tercelup dalam makanan, tapi diendahkan pun tidak semua itu. Yang penting.. mereka mahu makan! Aku juga yang belum makan.
Masuk ke rumah... si jantan very lovely plak mengiau tak sudah. Aku pun kena la jugak melayan kerenah anak aku yg paling peramah ini untuk makan. Sedang dia seronok makan, aku pulak yang tak seronok tengok keadaan dapur. Pinggan yang masih tak berbasuh di dalam sinki. Sampah yang belum berbuang sejak siang semalam. Aku basuh dulu. Kalau dibiarkan, harus sampai tiga hari tak berbasuh.
Lepas basuh pinggan yang langsung tak mengeluarkan peluh itu, aku pegi minum air. Pintu peti sejuk renggang. Aduh. Habis la makanan dalam tu terjejas. Aku ambil botol air kosong... gelas pulak takde. Pandang kiri kanan, takde sesapa yang nampak, aku togok je la dari dalam botol. Sapa minum lepas ni, kalau nak terjatuh cinta pun, nasib la. Aku cinta boo aku sahaja. Mungkin selama ni dia pun yang banyak minum air dari botol itu. Hu hu hu... Patut lah...
Selesai minum, aku tutup pintu peti sejuk. Aik? Renggang jugak. Aku tutup lagik. Masih takmau lekat pintu tu. Aku hempas manja. Degil jugak. Lepas tu aku buka pintu besar-besar, aku hempas dengan kuasa mr muscle. Hampeh. Lagi besar nganga dia. Maka aku pun tendang2 pintu peti sejuk sambil menyumpah seranah di waktu pagi. Last2 pintu tu tak tahan kena maki, tertutup juga dia seperti yang sepatutnya.
Naik ke bilik, mandi, gosok gigi, sedia untuk tidur. Aku sms boo, bagitau dia aku nak tidur. Itu pun nasib baik teringat. Kalau tidak, merasa la dia membaca sms yang ditulis dalam keadaan tanpa sedar. Ye, aku sangat beruntung dikurniakan minda separa sedar (subconscious mind) yang agak kuat. Sambil tidur aku boleh bersms, sambil tidur juga aku boleh menjawab panggilan telefon. Tapi apabila sedar, semuanya luput dari ingatan aku. Memang seronok. Rasanya seperti melakukan one night stand. Boleh commit dengan menjawab sms/call, tapi kemudian boleh berlalu tanpa sebarang rasa tanggungjawab.
Ye.. aku akan terus tidur. Dengan harapan tidurku tak terganggu. Dengan harapan malam yang mendatang memberikan aku kekuatan untuk menyengkang mataku dengan lebih luas, dan juga menajamkan mindaku setajam pensel yang tajam.
Tersedar apabila matahari sudah pun terbenam, aku dibebani dengan kepala yang berdengung. Bakul baju semakin menimbun, habuk2 masih melepak2 atas lantai. Aku pula membazirkan masaku dengan tidur yang berlebihan. Mandi, makan magi, gosok baju dan bersiap. Aku terus pergi ke pejabat semula.
Aku perlu lari dari rutin yang menjengkelkan ini. Aku perlu pergi. Aku perlu cari masa untuk bertenang. Masa di mana proses kejar mengejar itu sangatlah berkurangan. Masa untuk aku mampu membelai mesra rambutnya, dan menghidu harum kulitnya. Masa untuk dia genggam erat tanganku sewaktu kami melangkah dengan tenang sambil merasai kelembutan pasir yang mengelus jemari kaki kami. Aku perlu kamu...
Weh.. aku nak pi cuti la!! Tensennyaa!!