June 18, 2008

"Bila pendapat yang diterima sebenarnya bukanlah yang terbaik.." (Apo2lah kapal...)

Huh... Aku dah gila nak menulis semula. dah lah website yg biasa aku baca macam takbleh bukak je dr opis nih. Lagi la membosankan. Huargh...

Question!
Siapa saja dalam dunia ni yang tak pernah berselisih pendapat? Walaupun manusia paling introverted dalam dunia ni pun sure pernah tak sependapat dengan org lain. Its just a matter of meluahkannya atau menyimpan di dalam hati.

Dan kita takde la semestinya berselisih pendapat dgn org yg kita tak suka je... dgn org yg paling kita cintai pun... sah2 la lagi selalu terjadi. Tapi kalau perselisihan pendapat yg membina minda, apa salahnya.

Macam aku dgn dia. Kitorg mmg banyak perkara serius yg langsung tak sependapat. Dari segi politik, aku loyalist UMNO-Johor. Dia plak jenis yg pandang dan lihat. Kes gaji dua kali sebulan.. aku setuju, tapi dia tak. Itu tak termasuk lagi kes pasal sembahyang kat surau dan kat masjid. Satu hari suntuk boleh berdebat, sampai kepala kami masing2 sakit. Last2 tido terlangak dedua keletihan. Cis...

OK... berselisih pendapat tu satu hal. Tapi mencapai kata sepakat atas sesuatu perkara itu satu hal yang lain. Dan sesungguhnya pencapaian kata sepakat ini bukan bererti kesemua org bersetuju dengan apa yg telah dicapai. Ia hanyalah satu consensus di mana, yang tidak bersetuju menjadi diam, akibat yang bersetuju berjaya menutup mulut orang lain supaya menerima cadangannya. Sebab tu la kalau satu keputusan di ambil, ada yg pendapatnya diterima, ada jugak yg kena rejek.

Kenapa satu pendapat itu diterima? Adakah kerana pendapat itu yang terbaik? Aku tak rasa macamtu. Bagi aku, satu pendapat itu diterima, kerana tiada siapa yang sudi nak lawan balik.
Kenapa takde sesapa yang sudi/berani/sanggup nak lawan balik? Ada banyak sebab...
  • Mungkin disebabkan personaliti seseorang yang sangat introvert dan lebih suka menerima daripada memberi. So, malas nak pepanjangkan cerita, terima je lah...
  • Mungkin juga disebabkan oleh status. Ye la.. bukannya senang2 kita boleh argue dengan pendapat CEO, maupun manager sendiri, sebab secara status, dia lebih tinggi daripada kita. Walaupun pada hakikatnya, betul sangat ke pendapat dia. Cuma.. siapalah kita utk melawan.
  • Mungkin jugak satu pendapat itu diterima sebab trend... go with the flow. Tak gerek la plak kan kalau tak ikut trend. huahaha... org nak pakai kasut Timberland, kita pun nak jugak. (erkk tetiba...)

Contohnya kes harga minyak naik. Sebagai pengguna yang mengikut trend, kita mesti marah sebab duit kita akan banyak habis kat petrol. Maka reramai la boikot Petronas sambil angkut sepanduk kat stesen minyak.

Tapi sebenarnya, kalau tak abis kat minyak, duit tu ke mana? Derma kat rumah kebajikan? Bagi kat parents? Belikan awek henpon baru? Shopping kasut Timberland sampai 600 (oopss! sapa tuu?? hahaha)

Then again bila belanjawan keluar naikkan cukai rokok, cukai arak.. takde plak sesapa yg berpiket tepi signboard rokok. Hmmm....

Anyway, ini hanyalah aku dengan ilmu cetek aku yang tak bijak menegakkan pendapat sendiri seperti Raja Petra, maupun Anwar Ibrahim. Aku mmg manusia yg sedikit gedik dan suka menggatal berfikir dr arah yang bertentangan, walaupun ada masanya kelihatan seperti menegakkan benang yg basah. Then again, betul ke benang yg kering itu boleh tegak? hahaha..