Karma adalah pasti.
Iye?
Iye la kan. Mmg Tuhan pun dah janji... buat baik balasannya syurga. Maksudnya, setiap apa yg kita lakukan, mmg akan dapat balasan. Baik, buruk.
Kalau kita bernasib baik, balasan itu akan datang kat dunia ni jugak. Yang baik ke... yang buruk ke. Sume boleh ada.
Itu kata karma yang berdasarkan perbuatan baik jahat kita.
Karma juga akan kembali, bak kata pepatah melayu kerana mulut badan binasa.
Kalau dulu kita mengata anak pompuan org sebelah rumah tu yg pakai tak ubah macam jantan. Tapi jangan terkejut kalau anak pompuan kita sendiri usung satu demi satu anak dara orang ke katil...
Dulu kita kutuk orang yang kebas makwe kita. Tapi tetiba orang tu la pulak yang berbaik hati pulangkan makwe tu balik kat kita. Takkan taknak cakap terima kasih?
Tapi pepatah melayu ni pun bukannya 100% betul.
Katanya kerana mulut badan binasa, tapi ada banyak masa mulut membuatkan badan gembira. Hatta lebih banyak gembira daripada binasa kot?
Contohnya...
Hari panas terik. Tekak dahaga. Kita nampak orang yang sedang jual air.
Mulut berkata: "Air singgit bang!"
Mulut juga kemudian meneguk air.
Bukankah itu bermaksud kerana mulut badan gembira?
Sampai bila nak hidup dengan pepatah, kalau kita sendiri tak tau masa bila ia patut dipatahkan, dan sampai bilakah ia kekal tak patah-patah?
Kesimpulannya, karma bukan setakat pengembalian yang jahat, ia juga pengembalian yang baik, sebagaimana ayat pertama entry aku tadi.
Akhir kata... kata untuk harini ialah skru.
Perabot ada skru.
Manusia pandai skru.
Ada yang menskru.
Ada yang kena skru.
Ish, jangan nak tipu.
Ada perabot yang takde skru.
Tapi ada paku.
Life is like furniture (????)
If you can't nail it, screw it!
Haha... see... aku kriptik lagik. Terima kasih estrogen!