March 10, 2007

Bila aku berjalan sambil bercerita

Fuh... apa perasaan anda sekiranya terpaksa memblog dalam internet yg bertulis dengan karakter korea (aku tak tau nama karakter diorg)? Tapi memang sesungguhnya adalah mengharukan dan aku terpaksa menggunakan kepakaran visual placement utk membolehkan aku memblog dgn jayanya.

Alkisah sbb aku skrg ni jauh dr kengkawan dan juga rumahtangga di malaysia tercinta, so, bila terjumpa internet ni baik la aku apdet serba sedikit yg berlaku pada kitorg sepanjang pergerakan kami ke tempat lain.

Skrg ni aku berada kat seoul. Kitorg sampai kol 7 pagi tadi (waktu malaysia). Dalam flight keja aku tido, tido dan tido... chefD siap kata aku berdengkur lagi. haha.. tapi takpe, sbb bunyik kapal terbang lagi kuat dr bunyik kapal tido. hahaha...

Sampai je aku tidak melengahkan peluang untuk terus check in dalam transit hotel, mandi dan tidooo... Lepas bangun tido, baru la kitorg dok merayau2, sampai la terjumpa internet nih. hehe.. Perayauan kami bertujuan untuk mencari makan. Dan sesungguhnya mencari makanan yang tiada ber'khinzir' adalah tersangattt payah kat sini. Lepas ni aku kena je la berdoa bebanyak supaya bertemu dengan tempat yg hanya ada sayur-sayuran sahaja. jgn kurus sudah ler ek...

So... mlm ni akan berlepas ke Honolulu plak. Flight mengambil masa selama dekat 8 jam. Memang beku lagi la aku dlm flight yg takde lcd tuh. gambar takde la plak sbb aku guna kiosk. Nenanti bebila aku boleh jumpa wirelesss (yg free) aku akan usahaakan aplod gambo eh.

lastly, timakasih laaa yg teramat sangat pada atekk dan babang yang sudi nak tolong jaga rumah. Jgn gado2, jgn gatal2, dan jgn sakat saly. hehehe. Zu.tahir dan pires pun timakasih jugak sbb nak bantu tolong tgkkan umah kami. Dan tak lupa juga pada semua yang memeriahkan keadaan malam di klia semalam.. Dian, Dillie, Teennavy, shoe, NSeries, lone_, chidori, JHY. timakasih bebanyak. It's nice to have a bunch of thoughtful friends like u guys!

With love,
kapal+leen


*haha... terasa macam tulis surat la plerkkk...*