January 27, 2007

tanah kubur (ngeri x?)

Hari ini ialah hari melepak sedunia bagi kami berempat. Sesi hari ini dilengkapi dgn sesi mari menginsafi diri. Di dalam kesibukan dan keseronokkan hidup seharian, kadangkala kiter terlupa pasal mati. Iyer, kematian, the day we passed away. Tadi kami menonton cerita yg bertajuk..jeng jeng jeng ... tanah kubur. Hamik kau, tanah kubur. Cerita arahan rashid sibir dan ceritanya sungguh benar. Mengisahkan seorang hartawan dunia yang mati secara mengejut dan segala kepayahan utk dia dikebumikan.

Pada mata ramai org termasuk isterinya, dia tidak apa apa kurangnya, suami yg baik, romantik yg memberikan segala kemewahan dunia kepada isteri tersayang. Akan tetapi (ewah ayat bahasa melayu) dia byk membuat keburukkan didunia. Antaranya ialah mengambil yg bukan hak dgn cara penindasan, mengAli baba kan perniagaan dan tanpa segan silu memakan harta anak yatim yg merupakan hasil derma org lain. Pada mata masyarakat, dia cukup dermawan dgn mendermakan 600K tetapi hakikatnya dia telah menggelapkan duit lain sebanyak 1.4 juta, tanpa sebarang rasa bersalah. Itu belum lah lagi sebut tentang meniggalkan puasa, solat bla bla bla.

Memang saya pun bukannyer baik ke mana, tetapi pesan arwah datuk, setiap manusia mmg ada salah yg dibuat, tapi tak payah la semua kebaikan lain nak ditinggalkan hanya kerana keburukkan yg ada. Kiter teruskan kebaikan, mudah mudahan nnt akan tertutup keburukan atas kebaikan yg berterusan.

Apa apa pun hari ini at least dpt diisi dgn sedikit kebaikan dgn rasa keinsafan. Saya mengingatkan diri sendiri ni. Semoga tidaklah ada dihati ini niat utk dilihat cantik di mata other people tetapi hakikatnyer tuhan jugak yg tahu. kebaikan bukan untuk dinilai manusia. Apa apa pun, keiklasan penting, dan jgn sekali kali ada harta bukan hak yg akan menjadi darah daging. Cukupla dgn dosa yg dah sedia ada, tak payah la nak tambah dgn dosa bertali terutamanya yg menganiaya hak org lain.

Kami berempat tanpa segan silu (segan jugak benarnyer) terpaksa menangis. Malu tuuuuu, tapi sbb semua nangis kan ....ok la jugak ... bolah la jugak gelakkan each other ...

Sekian melaporkan dari bilik main pool sambil dengar lagu yg kuat mcm nak giler sampai rasa gegendang telinger ni nak pecah.

January 25, 2007

Entry semalam, baru pos harini...

Pagi tadi on the way nak gi keje dengar HotFM. Topiknya menarik. DJ tu kata topik tu ialah topik utama akhbar tempatan hari ni. Apa yer? Topiknya ialah “Lelaki yg sudah berumahtangga malas bekerja”. Interesting kan?

Lepas tu ada la sorang caller ni yg hanya mahu dikenali sebagai SY (bukan nama sebenar), dia kata suami dia sudah 10 tahun tidak bekerja. Lepas tu DJ tu tanya, mcm mana you boleh bertahan dgn suami yg tidak bekerja selama 10 tahun? Dia kata sbb dia memikirkan anak anak. Dia jugak selalu mengadu pada kawan2 dan adik beradik utk jln penyelesaian terbaik. Sabarnyer perempuan tu. Sabar lagi mak saya.

Saya di sini ingin la berkongsi sikit pengalaman mcm mana menjadi anak kepada bapa yg tidak bekerja dari umur saya 9 tahun. Best tak? Sekarang ni umur saya 30 tahun. 21 tahun bapa saya menjadi surarumah, yg boleh order mak saya utk “buatkan kopi”, “buatkan sambal ikan bilis”, “tahun ni kita masak rendang itik la” tanpa perlu sedia duit, magik kan? Marah mmg merupakan satu perasaan yg saya tak boleh buang dari dalam hati. Mmg tak baik saya ceritakan di sini tetapi saya rasa it’ll be good for others to at least know how it feels, and apa pun yg kita buat, rasa tanggungjawab tu kena la ada.

Since I was small (around 7), mmg my mak ambik upah jahit baju la apa la tetapi masa tu ayah saya masih bekerja. OK la utk membantu menambah pendapatan kot. Apa pun saya masih terlalu mentah utk memfully digest issue yg berlaku sekeliling saya. Tetapi as time went by, ayah dah tak kerja lagi. Duduk rumah aje. Mak lagi banyak buat kerja kerja lain, buat business kecik kecilan (pinggan mangkuk la, bunga la) utk sara kami. Mak mmg sorok dari kami sbb kami terlalu kecik kot, tapi bila saya umur 10 tahun, pakcik saya tolong mak mula berniaga, buka stall mknn kecik. I still remember how hard it was. My dad berkeras tak nak berniaga mcm tu sbb malu. My mak came from a rich family and willing to do that for her children and my dad scolded her by saying that dia “malu” utk kerja mcm tu. Boleh? Masa tu the things I experienced was my mak crying and crying and pray that god would help her to raise us. After those hard time, finally my dad nak la tolong (I think sbb dia malu dgn my young uncle (masa tu pakcik I baru kawin, muda belia la masa tu) yg beriya tolong my mak – Pak Njang, saya tak pernah lupa jasa Pak Njang). Time went by lagi... my dad ok la, tolong jugak tapi mmg nampak tak ikhlas. Setiap kali ramai org kat kedai, dia akan mengamuk, maki customer, baling barang kat kedai and finally my mak decided that better that she alone handle kedai sbb byk dah customer lari due to my dad’s rude attitude. So, dari kecik mmg saya biasa kerja kedai, tolong my mak bebila cuti until sekarang. Sekarang ni sbb mcm ala ala tolong tolong biasa je la. Do for the fun or it dan to show support to my mak. Until now my mak takleh dok diam; keep on working. My dad? Eheheh lucky man he is, surarumah, bangun pagi tolong my mak pegi pasar (dgn org pasar pun habis semua dia nak carik gaduh ckp org pasar kurang hajar, walhal dia yg tak betul; sbb? dia malas nak kena gi pasar, so buatla pasal, nnt my mak yg pegi sendiri), bukak kedai lepas tu dok rumah dan sepahkan rumah.

Actually kalau nak diikut rasa marah, mmg saya akan jadi anak derhaka. Setiap kali dia desak saya pasal kawin, dia akan ckp mcm ni “senang ada suami, ada org jaga, ada org ambik tahu, tak payah susah mcm sekarang ni semua benda buat sorang diri”. Dengan mudah dia terlupa what he did to mak, as if I’m blind. Bila dia keep on bugging me with that question, mcm ringan je mulut ni nak keluar “aah, mcm dad jaga mak? Is that what you call mudah bersuami? Ada org jaga semua ke? Mcm tu baik sorang sampai tua, at least tak payah kena buatkan air utk org lain bila penat balik kerja”. Or “I am never my mak”, tapi tak terkeluar semua tu dari mulut, tak mahu jadi anak derhaka. Paling marah pun, senyum, amik kunci kereta, keluar rumah. Nasib tak duduk sekali dgn parents sekarang ni. If not, mmg dah masuk jail kot, tak pun jadi syirik sbb either bunuh secara direct or santau. Nauzubillah. Yg penting, antara saya dgn dia saya bukan anak derhaka (yg saya mmg dari kecik tak pernah nak tinggi suara apa lagi nak tengking parents). Itu antara dia dgn tuhan, abai tanggungjawab dgn isteri dan dgn anak2. Jawabla sendiri.

Segala gala yg saya buat utk my mak. Tak mau lukakan hati my mak. Tapi indirectly mmg la I ni nampak obvious sgt lebihkan mak. Semestinya la kan. Sedang la my mak keep on ckp “jgn la nampak dingin dgn your dad, sebab dia tu your father, tanpa dia you all tak kan nampak dunia (well...sedap je kan buat anak? Bukan kena beranak pun mcm org perempuan)” yg dia ckp bila dia rasa anak anak lebihkan mak ialah “awak la ni ajar anak supaya tak suka saya”... ooo tuhan, kenapa tahap kesabaran itu yg ada pada my mak? Mungkin ada jugak silap my mak, biar sgt dia dgn perangai “konon laki” tu. Kalau my mak buat preventive measure dari awal, mungkin OK (still mungkin je kan ?) Sememang la perkara dah lepas tapi kesannya sangat dalam dalam hati saya.


So, kalau ada org lelaki or org yg “menjaga anak org” baca ni, tolongla ... jgn la buat mcm tu, effect dia sungguh besar... jagala isteri atau teman hidup anda bebaik. If diorang buat sesuatu yg anda rasakan pelik, sila periksa diri anda sendiri dahulu sebelum terus menyalahkan dia, sila la buat checklist diri OK? Species my mom tu dah nyaris takde dlm dunia ni, tak perlu pun sbb itu akan lebih me`mua’kan lelaki. Last last diorang (lelaki lelaki itu) jugak yg dibenci kan?

-lin-

January 24, 2007

Jalan dan makan sampai pengsan

Beberapa hari yg lepas ini byk benda yang menggumbirakan berlaku pada aku dan jugak partner aku.

Semalam aku dapat satu berita baik dr gelpren aku. Dengan bestnya dia telah terpilih sebagai salah seorang daripada Kumpulan Pencapai. haha.. ataupun perkataan yang lebih sesuai ialah Achievers' Club. Tahniah lagi sekali aku nak cakap pada dia. Nampaknya segala penat lelah dan juga ketegangan jiwa yang telah dia tempuhi selama ini agak berbayar juga la dgn acknowledgement yang telah diterima. Dan aku tumpang gembira, dan juga tumpang la jugak apa yg patut.. huhuhu..

OK.. ujung minggu haritu aku dan dia juga telah pergi breakaway (bukan berakaway ye..) ke bandaraya Islam, iaitu di Kota Bharu Kelantan. Lega giler rasanya bila dapat melarikan hidung daripada oksigen ibukota dan juga melarikan body drpd katil nak patah aku tuh. Sebagaimana segarnya aku pegi menonton cerita berbagi suami, begitu juga segarnya aku semasa di sana. Nasib baik la leen pernah dok sana selama beberapa bulan dolu. So... takde masalah sgt la klu kami nak jenjalan. Tambahan pulak ada sorang adik angkat comei lagi tinggi yg menunggu kitorg kat sana dan sudi menjadi pemandu pelancong sepanjang masa kami kat sana.

Dan seperti biasalah.. bila aku dgn leen pegi berjalan2.. apakah aktiviti kami? Ye.. kami suka makan. hahaha. Sesapa yg berjaya meneka dgn tepat, sila urut dada sendiri. huhuhu. (takkan nak aku urutkan plak..!)

Marilah aku cerita aktiviti kami makan!
Sesampai di KB, kitorg yg tak sempat nak bfast kat KL ni terus la menunggu adik angkat cik leen ni sampai. Bila sahaja dia sampai, terus kami mintak tolong dia bawak kami pi mkn. So, mkn pagi aku pd pagi itu terdiri daripada nasik lemak berlauk ayam goreng. Cik Leen plak bila sampai kat sana takleh tinggal la gulai ikan aye' yg mmg payah nak jumpa kat sini.

Lepas sarapan pagi, kitorg pegi check in dan tido. Tghari ni kitorg keluar lagi utk makan nasik lauk tetap. Menurut adik angkat kitorg tuh, nasik ni lauk dia tetap sama, cuma kuantiti lauk sahaja yang dibezakan dengan harga. Dan dgn harga RM2.50, aku dah kekenyangan. Dah la tu, nasik dia sedap la plak.. ish. Boleh teringat2 sampai hari ni lah! Adeh..

Hala ke petang plak, kitorg pakat2 pegi Kompleks Bebas Cukai. Kat mana? hehehe.. cari kat internet la. Klu org lain klu pegi sana sakan membeli baju2, tudung2, dan juga berlian2... tapi mengenal makcik leen aku itu, dia tetap menuju ke kedai perkakasan rumah. So, dapat la kami beli periuk, hiasan2 rumah, alas meja dan segala benda utk rumah dan bukannya utk orang.

Balik dr kompleks bebas cukai tu.. dlm perjalanan balik ke KB semula, singgah la sebentar kat kedai2 tepi jalan. Sebenarnya bukan sebab perut lapar, tapi keadaan gerai tu sungguh menarik minat kami. Dgn pondok beratap nipah, angin sepoi2 bahasa, rumput di kaki, pisang di atas meja.. kami pun terpanggil la utk minum air kelapa sambil makan kepok leko dgn pisang goreng. ahaha.. bestnya makan!

Balik je KB, lepas isyak, baru la pegi makan kat kedai nasik kerabu. Tapi sbb dah mlm sgt kan.. lauk dah nak abih dah. yg ada cuma ayam je. Maka ayam lah lagi utk aku, dan makcik leen yg suka ikan pun terpaksa mkn ayam. tapi selepas mendengar berita yang mengatakan harga ayam telah naik, kami takde la rasa terkilan sgt makan ayam.

Lepas mkn, pegi plak ke pasar malam beso kat Wakaf Che' Yeh. Wah wah wah! Mmg seronok pegi pasar malam tuu. Byknyerr barang. Daripada VCD cetak rompak versi orang dewasa, sampai lah ke beras dalam guni. Semuanya ada. Pastu nampak org2 jual makanan terujala lagi nak makan. Tapi last2, atas tuntutan perut yg dah penuh, kitorg beli buah je la... Mkn buah la plak.

Esok pagi.. mkn sarapan kat hotel macam omputeh, sebelum kami berdua berjalan kaki berdua2an ke shopping kompleks yg besar kat KB tu iaitu KB Mall. Masuk dlm tpt tu ada la rasa mcm kat KL sket. hehe.. Cuma mknn tapau-buang dlm supermarket tu yg tak macam kat KL. Ada jual nasik goreng pataya tapau-buang lagik! Dah lah harge tak mahal. Penyudahnya? Kitorg pun beli la jugak, walaupun tak banyak. Sbb dah janji nak mkn tghari kat umah adik angkat cik leen tu.

Tapi dlm byk2 mkn, yg tghari tu jugak la yg paling best. Ikan bako cicah air asam dgn kacang boto buat ulam dan jugak pucuk ubi masak lemak. Pergh! Merembes kelenjar liur aku sambil menulis nih. Sedap betul masakan kampung. Sampaikan ayam dah tak lalu nak sentuh dah!

Habis je makan.. kitorg pun balik la semula ke KL. Di mana mlm tu w.pun makwe aku masak ikan keli bakar dengan kacang boto.. aku tak boleh makan. Sbb aku tak sedarkan diri dek kerana kesakitan kepala akibat terlebih makan. Inilah dia yg betul2 dikatakan sebagai makan sampai pengsan...

January 18, 2007

Satu hari, yang satu tahun..

Semalam, 17 Januari, besday cik leen makweku. Selama2 kami bersama, ini adalah besday kali ke.. er... *kira jap*.. ke doblas (rasanya la) yg aku sama2 dok selebret sesama dgn dia sebagai alkisah seorang partner. pada pendapat aku, setiap kali umur dia bertambah, setiap kali itu lah kematangannya juga bertambah. Semakin tahun, semakin byk perkara2 yang membuatkan aku lebih kagum terhadap dia.

So.. that's it. Happy Birthday utk Leen. Dan terima kasih juga kpd yg dok memberikan hadiah2 yg berguna utk dia. hehe.. Jgn risau, insyaAllah aku juga boleh guna sama hadiah2 tu.. hehe.. amik ksempatan sungguh nih. Er.. cuma, kecualilah seluar maha-giler-gaban-yaampun besar tu.

Dari bahagian hatiku yg terbawah, terima kasih kepada semua pelakon dan crew yang dekat dan juga yg sanggup dtg dr jauh, kerana melibatkan diri dalam adegan yang mencemaskan dan menggumbirakan semalam.
Ingat... jangan pandang belakang. muahahah..

January 16, 2007

January 2007 yg tak best

Permulaan tahun ni dah tak best, dihujani dgn peperangan pelbagai pihak dlm masa nak siapkan buku utk end year book project. Tersangatla bodoh dari awal hingga akhir la makanyer. walaupun yg "terbesar" dan "termahal" sudah settle, tetapi ada lagi yg 4 volume tak settle2 dgn masih lagi memakan hati beberapa org hinggakan rasa nak bunuh diri.

On top of that, ada jugak urusan lain yg bodoh dan bertangguh sehingga menusuk ker tulang hitam, mengganggu tidur. Ada jugak rasa nak bunuh diri tapi dah dgn dosa yg sedia ada, nnt mati kena jadi hantu (sbb roh tak diterima bumi, ye la kan bunuh diri), tak jadi la (dah tu kalau jadi hantu nnt susahkan org lain jugak). So, see, 2007 with a very gloomy start and this is only January. Yes, obviously I hope that the other days would be better but yeah, guess number "3" is not that "ong" la for me. Still hoping for the happy 348 more days in 2007.

So friends, I would like to apologise for my "cancellation".

Lucky I have my partner and our closest friend/s. You know who you are and thank you so much (from the deepest part of my heart). I understand; to look at things positively, but yeah... I am human being. God created human with heart, feelings, emotion. Plus my unstable hormone, all this things... uuurrrgghhh....bad timing.

Time to beranganApa nak berangan utk hilangkan rasa serabut yg mencengkam ini???? Cdgn? Bercuti is not an option. Balik kg? lagi not an option. Buat bodoh? best jugak tu. Main pool sampai nak giler? Mungkin an option la. Main pool sampai jadi juara terhebat? bagus jugak. Kalau boleh pegi bunuh beberapa org tertentu lagi seronok. Bunuh dan kasi mkn kat buaya.

Therapeutic effect of shopping?off course, tapi di masa masa nak pakai duit agak byk ni? Not an option. Oh awan yg kelabu di atas kepala saya, tolongla kamu pergi dan jgn la kamu kembali merosakkan hati ini. ehehehhe... mcm budak kecik punyer wish je. Solat dan minta ditenangkan hati? Yer, sbb tu la masih bertahan ni. Kalau tak de tuhan, dah pegi membunuh, meracun dan sekaligus memusnahkan alam semesta ni (boleh tak jadi sailor galaksia?) Kalau tak de tuhan utk mengadu, rasanyer dah jadi giler kot skrg ni... ataupun mentally ill la for few weeks pun. dah few nights tak dapat tidur bebetul, jadi keje pun, "pokes" (focus) dah jadi kurang. Otak mcm lembab bak gamat berjln (or siput babi?? anak beranak la tu).

Kepada partner saya : terima kasih sbb bertahan dan bersabar dgn keadaan saya yg agak merepek kebelakangan ini. Saya tahu saya dah mcm org kurang siuman sikit.
Kepada anak angkat saya (yg dah besar) : terima kasih sbb offer pertolongan itu (yer saya kena terima, tapi partially), dan rela bersama berkongsi masalah. maaf juga yg saya pinta sekiranya ada apa apa yg tak patut saya ckp keluar dari mulut (yg dah jugak mengalami tekanan) ni.

Yer, mungkin tuhan nak soh saya belajar satu lagi lesson di hari jadi saya yg ketiga puluh ni (yer la saya dah tua)... tapi mmg saya masih lagi cuba terima.... susahla lesson kali ni... mcm nak mati je rasa. Sakit sampai ke tulang hitam. Mungkin tuhan menduga saya, terima kasih kepada satu peminta sedekah yg memberi saya ayat seribu dinar di satu masa dulu (saya tak ingat bila)... masa tu saya kasi duit dia kasi kertas photostat. Saya dlm hati ada jugak terdetik mcm "takyah la kasi kertas photostat, baik kasi tisu" (tgk, hati ni jahat jugak).. tapi ayat tu la yg saya baca lepas subuh every morning. Minta "seribu dinar" dari tuhan di saat memerlukan. Semoga pertolongan tuhan tak putus, walaupun saya ni tak la sebaik mana. At least saya tahu (eh mcm nka menitik lak air mata ni), tuhan masih sayang saya, sbb tu dia uji saya mcm ni, dan dikurniakan kepasa saya manusia manusia yg sayang kat saya bebetul (yer tahu korang mmg sayang sgt kat saya). At least dia ingat kat saya. (alamak sebak la..ish ish).
Mungkin saya ni masih kurang rasa tawakkalnyer... yg ni belum lepas la ... tahu kena ada rasa ni kuat dlm hati ... tapi just not there yet rasanyer... yer.. saya akan cuba lagi utk kuatkan rasa itu dan learn to "tawakkal" bila segalanyer saya dah cuba. Apa pun manusia boleh buat, tuhan jugak yg kawal semuanya, termasuk hati mereka. huwaaaaaaaaaa... mcm ustazah la.

Byknyer merepek walaupun byk keje lagi ni..

-yg kena belajar lagi apa makna tawakkal yg sebenar, LIN-

January 11, 2007

Ho-yeay!

Untuk kekasihku yg tak berapa jauh di mata. ..
Saya nak ucapkan TAHNIAH sebab awak dahberjaya menyiapkan keja2 yg memaksa awak menyengkang mata selama beberapa bulan ini. Hari ini sila lah tido sahaja di rumah ye..

p/s: klu dlm gambo tu saya yg bawak pedang tau! Awak yg pakek gaun seksi itu.. huhuhu

January 10, 2007

Pencarian aku tentang Berbagi Suami

Aku nak ucapkan timakasih kepada acik uL sebab membuka mata tentang Berbagi Suami cerita ini. heheh.
Oleh sebab itu juga lah aku dok menerawang di sekeliling laman sesawang yg byk sawang nih mencari sinopsis yg agak decent utk cerita ke dua dlm filem itu. Hasilnya, aku jumpa satu artikel yg ada penggunaan ayat yg unik, yg menarik perhatian aku..


Siti is a Javanese village girl who has high hopes for a better life in the metropolitan city of Jakarta. Her dreams are shattered once she realizes that living in the slum of the city in a polygamous household of her own uncle will not take her anywhere. The notion of three women living under one roof and serving one husband itself is constantly disturbing her. The only reason for her to survive is the growing intimacy with one of the other wives. One night Siti has to help the second wife deliver her baby unassisted by a doctor or a mid-wife when the master of the household barges in unannounced, stone drunk with a stranger hanging on his arm. The stranger is introduced as his newly acquired fourth wife. His insensitive behavior enrages Siti and this urged her to explore the new possibilities of freedom and choices that she makes with her life.


Interesting use of words, in my opinion la kan...
However, in my current situation, choices yes, but not freedom...


January 9, 2007

Orang yg tak kurus, nak kurus, dan nak makan banyak..

Malam tadi tamat satu lagi sesi exercise yg diakhiri dengan episod mari makan di kedai mamak. Nak kurus? Hampeh. Sesungguhnya utk org yg debab cam aku nih, menjadi kurus adalah satu cita-cita yang sukar untuk di capai. Tambahan pula aku merupakan seorang yg mempunyai hobi makan makanan yang berbeza2 setiap hari. Maka adalah seharusnya bagi mereka yang boleh membuat agakan yg diorg akan jadi gemuk, seharusnya, di dalam kad biodata kaler biru masa sekolah dulu, meletakkan cita2 'Kurus' sebagai cita-cita yang ketiga. Baru betul!

OK la.. macam-macam cara yang dilakukan utk kurus. (eh.. apsal cam pernah tulis je cara2 kurus nih? Klu dha pernah baca la lagi ek.. huhu). Selain dari melakukan prosedur invasif iaitu potong dan tampal perut, satu lagi teknik yang selalu diamalkan oleh org yang nak kurus ialah dengan mengamalkan diet tinggi protein, dan rendah karbohidrat, satu cara yg juga merupakan basis untuk Atkins Diet.

Untuk memperolehi diet tinggi protein ni, seorang manusia yang nak kurus tu kena la makan makanan yang tinggi kandungan protein, dan megurangkan mengambil makanan yang tinggi karbohidrat. Makanan tinggi protein adalah seperti dedaging dan iikan. Karbohidrat utama utk masyarakat kat Malaysia ni pulak ialah nasik, nasik dan nasik. Samada putih, digoreng ataupun di tambah santan lemak berkrim. Mmg banyak kes yg aku pernah dengar/lihat tentang orang yang ambik diet tinggi protein ni. Mmg masing2 tak sentuh nasik sampai berbulan2. Hasilnya memang memuaskan hati. Kurus beb!!

Hasil pembacaan malasku di internet, org buleh kurus dengan cepat apabila mengamalkan diet seperti ini ialah atas sebab2 berikut:
  1. Mknn tinggi protein kaya dgn lemak yang boleh memberikan rasa kenyang dengan cepat, tanpa perlu melantak lebih banyak
  2. Lebih banyak protein di makan, lebih banyak la air keluar daripada badan. Ini kerana, dalam badan, protein yg diambil menghasilkan asid urik dan urea yang dibuang melalui sistem perkumuhan. Sambil berkumuh, air juga dibuang sama le.. (harap maklum berkumuh adalah tidak sama dgn berkumur.. huhuhu)

Walaubagaimanapun, sebab kita tidak mengambil makanan dengan seimbang, memang akan ada la kesam sampingan yang boleh menyerang, seperti:
  1. Mknn tinggi protein, terutamanya dari sumber haiwan, mengandungi lemak yang tinggi juga, yang menyumbang kepada masalah kenaikan aras kolesterol darah dan seterusnya serangan jantung
  2. Dengan banyaknya air yg dikumuhkan, juga mengeluarkan berjenis2 mineral yang diperlukan dalam badan termasuklah kalsium. Masalah batu karang juga mungkin timbul sebab byk kalsium yg beratur utk dibuang dok beramai-ramai melepak dekat buah pinggang dan termendap di situ.

So, disebabkan oleh masalah acamni, maka ada jugak la saranan yang diberikan untuk membolehkan seorang manusia tu menjaga makan untuk mencapai berat badan yg diingini oleh anda, ataupun oleh partner anda.. Berikut adalah cara2 lain yang rasanya juga boleh menguruskan badan:
  1. Ambik protein dr sayur dengan banyak sebab protein sayur ada kolesterol baik yg mengurangkan kolesterol montel. DI samping itu, protein sayur juga boleh membantu kalsium dikekalkan dalam badan.
  2. Bersenam la weh! Sesungguhnya aktiviti fizikal itulah yang terbaik untuk kesihatan badan dan mengelakkan obesiti
  3. Minum/makan bebenda yang berserabut tinggi sebagai makanan rapu sewaktu kelaparan di dalam opis, kerana sesungguhnya snacking adalah satu teknik memggemukkan badan yang berkesan
  4. Minum teh2 diet yang juga boleh membantu anda melawaskan pembuangan big-water. Ini lebih sesuai kepada sesiapa yang mengalami masalah susah membuang.
  5. Telan bakteria banyak2 sampai kena keracunan makanan yang teruk. Sebab orang yang keracunan ni biasanya akan membuang bebenda yg ada dalam badan, dam dalam masa yg sama takde selera makan. Sekiranya nyawa masih panjang, nescaya boleh kurus, samada di rumah ataupun di wad icu.
  6. Suruh makwe anda pegi menggatal cari orang lain, supaya korg bergaduh besar dan anda akan rasa malas nak makan, dan asyik nak bertelefon sahaja sampai lupa nak makan. Tau2 body pun jadik kurus, dan makwe tu akan balik semula kat kita.

-yang hujung @ the end-