September 15, 2006

aku yg katun tak tau nak tulih apa

Hua hua.. Skrg ni aku ala2 takde masa nak mengapdet blog. nak menengok pun takde masa, apatah lagi nak menulis. huhu.. Kesibukan kota aku skrg ni bukan sahaja disebabkan keja kat opis, malahan jugak kesibukan tetiap malam. Ada je appointment yg berlaku. hari ni jumpa org ni, esok org lain plak. Jumaat ni dah nak bersiap2 utk satu event tuh. Adeh.. loteh den.

Haaa.. ada jugak lagi satu perkara yg menyebabkan aku sibuk. Ini semua javabeans punya pasal. Dia dgn baik hatinya meminjamkan aku sekebat komik sailormoon. Aku pun apa lagi. Pantang ada masa terluang je la. Sblm tido, sblm meeting, masa makan, sokmo aku membaca. Dan rasanya kalau aku mmg mengadap benda tu je, tak sampai sehari dah abih. Tapi sbb ala2 takut kena sound dgn makwe aku, makanya berpada2 jugak la aktiviti pembacaan aku itu.

Bukan sbb apa, kalau aku dah membaca tu, apa saja org cakap pd aku, jawapan aku hanyalah sebagaimana yg tersenarai di bawah ini:
"haah"
"ok"
"apa?"
"ntah"
"tu la"
"betul"
"heheh"

haha.. mana tak gelpren aku berbunyik camni..
"Dia ni kalau dah dapat sailormoon, mmg tak pandang kiri kanan"

Bila dah kuar remark ni, maka, aku start la berpada2 dan menumpukan sedikit perhatian kepada kata2 makwe ku.. huhu..

Mmg sebagaimana yg telah diketahui oleh bbrp org rerakanku, kalau org lain ada masalah jiwa kacau, aku ada masalah jiwa katun. Mmg semenjak aku dah jatuh chenta dgn Michiru, masalah kejiwaan ini semakin teruk. Di antara simptom2 masalah jiwa katun selemun yg dialami oleh aku adalah seperti berikut:

  • Tidak menghiraukan gelpren yg bercakap di tepi telinga
  • Sanggup bangun pepagi tetiap hari ahad pd tahun 2000 semata2 nak tgk selemun kat tv
  • Terasa lebih 'teruja' dgn watak2 perempuan anime yg seksi berbanding perempuan2 yg bebetul manusia. Kiranya air liur boleh meleleh bila tgk Michiru tapi tidak terasa apa2 langsung bila tgk Beyonce.
  • Boleh berbicara seorang diri sewaktu membaca manga maupun menonton anime
  • Tetiba boleh tergelak bila tgk satu scene di mana Setsuna makan aiskrim. Lawak sangat ke? Mmg lawak kalau tahu karakter Setsuna itu.
  • Tau apa dia makanan kegemaran, cita2, tarikh lahir, jenis darah dan juga perkara yg ditakuti oleh Michiru
  • Dok hapal lagu Moonlight Densutsu, Tuxedo Mirage, Otome no Policy tanpa sbrg masalah.. Nak dengar aku nyanyi? haha..
  • Frasa 'Dead Scream' disebut dalam bunyi "Det-to Sukurim" dgn menggunakan suara nada yg rendah.
  • Cermin cabut jerawat makwe aku dapat nama 'Cermin Michiru' (dia pun bersekongkol sama bagi nama utk cermin tu)
  • Berpotensi utk bergaduh kalau ada yg kata aku dah terlalu tua utk tgk katun. Helloooo sailormoon tu kalau kat malaysia ni rating dia 18PL tau. premarital sex, superpower yg a-la tahyul, nudity, homosexual portrayal.. apa lagi mau..?
  • Boleh menganalisa nama watak2 sailormoon dan mengaitkan makna nama mereka dgn perangai dan kuasa masing2 satu persatu.. Contohnya, watak Sailor Venus, adalah Minako Aino. 'Ai' membawa maksud 'cinta' sesuai dgn watak Minako yg merupakan 'Senshi of Love'. Segala serangan2 sailor venus pun bernama ala2 cinta jugak, seperti 'Venus Love Me Chain'. Tambahan pulak kalau kita perasan la, ada yg percaya 'women are from venus', so.. boleh la dikira2 perkaitannya, venus-wanita-cinta-ai-minako aino-sailorvenus-senshi of love.. bla bla bla.. Ok itu baru satu je drpd watak sailormoon, tak kira semilan lagi senshi.. wahaha..
  • Boleh tulis giler2 babas ala-detail-macam-bagus pasal watak sailormoon sedangkan korg yg baca pun ntah paham ntah tidak. kan? haha..

Begitulah katunnya jiwaku.. hu..