Macamna masalah ni boleh berlaku? Ia akan menyeranggg mereka yg berikut:
- pemalas nak makan mknn2 yg berserabut tinggi seperti sayur, buah2an dan jugak sabut kelapa.
- terlalu2 sangat menahan angin2 tak bagus drpd keluar atas alasan, malu, segan, takut dan sebagainya
- Ada jugak kengkadang masalah ini disebabkan oleh elemen besi dan batu yg ada pada perut sampai perut jadik majal taknak memberi kerjasama kepada sisa2 mknn yg ingin keluar. Utk memastikan kehadiran elemen batu dlm perut korg, silalah rujuk kepada mak bapak dan jugak tok nenek korg (omputeh kata 'ancestor'). Kalau diorg ada masalah yg sama, mmg sah korg pun dah tertelan kromosom 'perut batu'. haha..
Tapi kengkadang kita tak perasan pun yg bahawasanya kita ni dah berhari2 tak mengunjungi toilet. Ye la.. kot2 terlalu khayal tgk vcd, tgk chefwan masak mknn laut, ataupun dok mengunjungi bazaar Ramadhan je dan makan la apa2 yg seronok dibeli seperti murtabak, roti bom, ayam percik dan jugak lecikang (dgn isi2 yg tak dapek dikenalpasti itu). Maka sekiranya korg ada mengalami simptom2 seperti
- rasa senak dan ketidakselesaan pada perut
- rasa kekembungan yang melampau
- macam dah rasa keracunan sampai kepala rasa senoneng.. (jgn tak caya, simptom ni boleh jadik..!)
Ha.. kalau tetiba korg ada rasa camtu, baik ingat balik.. bilakah kali terakhir korg menziarahi tandas. Kalau kira punya kira dah tiga minggu lepas, mmg tak dapek nak nolong la...
Abeh tu? Kalau mmg dah sakit perut tu apa nak buat? mana boleh putar masa kebelakang utk melawat toilet. Mmg la tak boleh putar masa ke belakang. Tapi korg boleh melajukan pengeluaran bhn toksik dalam badan tu dgn menghukur sedikit bantuan kepada para2 usus besar..
Ada byk cara nak menggalakkan pengeluaran sisa toksik tersebut. Cara yang paling cepat dan berkesan ialah dgn menggunakan satu bendaalah yg digelar sebagai 'enema'. Sesapa yg rasa benda ni cam giler2 outer-space, meh aku bagi sedikit maklumat. Enema adalah cecair yg dibubuh dlm tiub plestik yg kecik je. Di hujung plestik tu ada muncung. Obat ni kena digunakan dgn cara memasukkan ke dlm rektum. Mmg dlm beberapa minit je resa utk mengeluarkan sisa toksik akan tiba dan legalah perut anda. tapi jgn ambik masa tgh pose. Batall pose karang.. hehe. Kos utk membeli enema ini juga tidak mahal. Di farmasi ia dijual dgn harga RM1.50 utk dua tiub kecik yg comel.
Tapi ada jugak yg sedikit ngeri utk melakukan aksi memasukkan enema (macam aku laa..) maka terpaksa la pilih obat yg diambil secara oral, iaitu dgn dimasukkan ke dalam mulut, kemudian telann! Tapi obat camni mengambil masa yg agak lama utk bertindak. Agak2 dlm 6-7 jam baru resa utk membuaang tu boleh tiba. Dan kalau org yg tak tahan, resa tu sungguh kuat sehinggakan rasa sakit dan berpeluh2 jadiknya. Tapi bila sisa tu dah kuar, ok dah. Takde la sakit2 lagi. Maka, peringatan bg yg ambik ubat ini, pastikan anda berada berdekatan dgn toilet pada masa sisa dijangka akan dibuang, untuk mengelakkan masalah yg lebih buruk drpd timbul. heh heh...
Obat yg aku biasa guna diberi nama Beacolux. Kat luar botol tu ada gambo saluran pencernaan, dijual pada harga tak lebih drpd RM4 sebotol. Dlm tu ada brp bijik aku tak kira plak. tapi ada byk jugak la. Di samping itu ada jugak obat2 lain yg fungsinya lebih kurang camtu tapi berjenama/harga yg berbeza.
Bagi mereka yg ala2 takut nak mengambik bahan kimia bebanyak masuk dlm badan, sure la takut nak amik obat2 yg ala berkimia ni kan. Org camtu, kalau mengalami masalah constipation nih aku sarankan supaya ambik la obat2 yg ala2 naturale gitu. Obat2 naturale ni biasanya adalah fiber/serat yg telah dibuat dlm bentuk pil ataupun serbuk yg boleh diminum. Contohnya cam Fybogel, Senokot ataupun yg lelain dan sewaktu dgnnya. Teh2 kuruskan badan pun boleh jugak mengaruh pengeluaran sisa toksik, tapi kalau yg perut batu tu payah sket la..
Apa2pun, ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar aku yg sememangnya pembeli setia ketiga2 jenis obat yg aku dah tulis kat atas. Kepada sesapa yg rasa2 tak caya cakap aku, takpe gak. Boleh tanya kat doktor korg. Tapi sebenarnya tanya kat ahlul farmasi pun boleh jugak. Empat tahun diorg belajar, kalau tak reti2 tu boleh suruh diorg keja kat kaunter je la. OK.. dah, pasni kalau sudah tau ada masalah2 sebegini, sentiasalah bawa obat kemana sahaja utk mengelakkan yg kurang teruk menjadi parah.
Ingat! cegah sebelum parah.. huahaha..
Selamat berbuka pose..