August 29, 2006

Orang dan haiwan je yg ada kromosom seks. Kerusi, baju, dapor dan shopping kompleks takde pun..

Korg ni sure ramai yg dah selalu isi borang kan. tak kira la borang daftar talipon maupun borang nak dpat free gift kat supermarket. Aku ni w/pun malas isi borang tapi mmg sah2 la ada pengalaman isi borang. Borang yg paling aku tak suka isi ialah borang OMR kalau nak masuk sekolah asrama. Nak kena tenyeh sesatu hurup dgn pensel 2B. Jenuh mennn.. Dan borang yg paling senang nak isi ialah borang masa aku dgn lin nak kawin sebelas tahun dulu.. *huahaha.. mmg la senang, takyah isi borang dah boleh kawen.. yabba dabba duuuu!!*
OK, ni bila cerita pasal borang2 ni, mmg ada satu field yg tak dapat tidak kena diisi, iaitu ruangan 'sex'. Dan kengkawan sekelian, jawapannya bukan tiga kali sehari, sekali seminggu ataupun dua kali seumur hidup, (lagi haru kalau ada yg tulis 'masih dara'... hahaha). Tapi jawapan yg betul utk field sex (ataupun sebenonya adalah 'gender') ialah lelaki atau pompuan. Hakikatnya manusia (dan jugak mamalia) ni takbleh lari dr jantina. Nak taknak kena pilih samada lelaki atau pompuan. The in-betweens hanya boleh diterima kalau ada bukti yg sahih.

Itu manusia la. Kita orang ni boleh diberi jantina, sbb ada faktor anatomi dan fisiologi yg membuktikan kita ni perempuan ataupun lelaki. Tapi sedar atau tidak kita manusia ni suka memberi jantina pada perbuatan dan jugak sifat.

Maksudnya ada perbuatan yg diklasifikasikan sebagai lelaki dan ada yg dikelaskan sebagai perempuan. Kiranya perbuatan berjantina lelaki adalah hak milik lelaki manakala perbuatan berjantina perempuan hanya dilakukan oleh perempuan sahaja... cheh! ini aku tak setuju labuu..
Mari aku melalut melebih2...

'Cerewet & suka shopping' = Perempuan
Mmg tak dinafikan org perempuan suka shopping dan pemilih (choosy), tapi aku rasa org lelaki pun cerewet dan suka shopping gak kan. Ada lelaki siap lebih2 cerewet sbb bila shopping taknak makan kat luar, nak balik umah jugak makan masakan isteri. Pastu cerewet jugak sbb bila isteri nak belikan baju/seluar, tak berkenan corak dan lebih rela takyah beli lagi senang. heheh.. Tak cerewet ke tu?

'Memasak, menjahit dan berkemas rumah' = perempuan
Hmm.. kalau ini semua keja perempuan kenapa nama2 yg glamer adalah seperti chef wan, chef ismail, dan jamie oliver? Dan siapa pulak versace, armani, zang toi, rizalman? Kenapa bukan siti versace, sharifah armani, Lina toi dan jugak zalina man. huahaha.. best best. Pastu yg tolong kemas2 rumah dalam casa impian tu kenapa plak eric dan bukannya camelia.. Dan takkan la semata2 diorg tu buat keja2 masak, jahit dan kemas rumah diorg kena jadik pompuan. Dimanakah keadilan!!? hehe.. Ok la.. mmg ada org pompuan yg jadik designer tersohor. Tapi cukupke itu membuatkan kita nak kata menjahit dan memasak adalah keja pompuan? Bila org tu terrer menjahit je kita kata pompuan, dan yg tak main aaa jahit2 ni dikatakan macho?? oh no setupit..

'Berkebun dan bertukang' = Lelaki
Cuba korg bgtau kat aku sapa kat sini pompuan yg langsung tak pernah pegang tukul? Tak pernah pasang langsir? tak pernah jugak tanam pokok bunga? Dan kalau betul korg tak pernah pegang bebenda berkaitan dgn perkebunan dan pertukangan ini, jgn ingat semua perempuan itu takleh buat keja2 camni. Tak adil la nak kata ini keja lelaki. Dan aku rasa tak logik gak pompuan yg boleh dan hebat buat keja2 camni terus2 nak mengaku dia lelaki kan. Apa barang...

'Banyak bercakap' = Perempuan
Er.. agak2 kat dunia ni sapa yg lebih byk bercakap gedegang gedegung kalau bukan ahli politik. Berapa ramai pompuan yg jadik ahli politik? Toksah pikir juwwawoh sangat la. kat malaysia ni je. Kira la sendiri ye.
'Sayang dan cintakan perempuan' = Lelakihahaha... mmg aku akan sampai ke point ni jugak. Diversity rules! No doubt cinta antara manusia yg paling hebat adalah cinta antara ibu dan anak. Cinta ini tidak mengenal jantina dan kesempurnaan fizikal maupun mental. (Pompuan yg buang anak tu boleh buang buku la.. toksah masuk dlm ini cerita..)

Dan jugak kalau pikirkan kes cinta2 bohort2 pyaar, ramai jugak pompuan yg cintakan pompuan lain. Macam aku cintakan leen la. Dan sebagaimana aku tak perlu jadik lelaki utk mengecat rumah dan mengetuk paku ke dalam dinding, begitu jugalah aku rasa aku tak perlu jadik lelaki utk cintakan seorang perempuan.

So, dlm hubungan Sekapal dgn Leen, kalau ada yg tanya 'Siapa "lelaki" dlm hubungan kami?' jawapannya... kitorg dedua perempuan yg gembira memastikan kehidupan kami berjalan dgn lancar setiap hari tanpa perlu memikirkan sapa lebih pompuan yg sapa kurang pompuan. Sbb w/pun leen yg memasak dan menjahit langsir, dia jugak yg ketuk paku kat dinding, berkebun, mengecat rumah, dan drive utk bawak aku ke midveli.

Aku? Berlingkor depan TV tgk DVD sambil menganalisa perhubungan senget dr cerita2 yg aku tgk.. haha.. *keja macam aku ni kucing pun boleh buat..* huhuuu..

OK OK.. moral of the story...
Mmg sebenarnya perlakuan antara lelaki dan perempuan itu berbeza. Dan kecenderungan masing2 pun berbeza. Tapi tidak adil utk kita meletakkan gender pada perbuatan. Buat apa yg kita suka. Jgn kerana seorang suami terlalu macho, maka dia pandai dan suka masak pun tak mau tolong isteri masak, atas alasan.. 'Itu keja org pompuan, aku tgk je la.'Lain la kalau dah bebal sgt tak tau masak cam aku ni. Itu boleh diampunkan la.. huahaha..

August 21, 2006

Lame lame lame kena tinggal dua malam

Tajuk Lagu (setelah di edit): Dealoba-loba
Penyanyi tipu2: b'once't

Ini lagu ditujukan khas utk kekasihku lin pakai t-once't, dgn ucapan...*biarlah rahsia* huahaha..


Aku ingin menjadi budak rendah, dalam bilik tidurmu,
Aku takmahu pergi, beribu, batu jauh dari dirimu,
Karena, ku rasa lemau, tanpa dirimu,
karena, kredit pun cepat abih

Aku ingin menjadi, dak-comel, yg selalu bisa kau ge'am,
Aku ingin kau tahu, bahawaku kau, pun mengge'ammu,
Tanpamu, melepek2, aku jadik lembek
Bayangmu bukan boleh pegang..

Kau adalah seorang pompuan yg hebat menjahit, memasak, menyanyi.. wo wo wo
Seperti makanan dalam perut, kau selalu ada

Hanya dirimu yg bisa, membuatku kenyangg
Tanpa dirimu aku merasa bingaii
dan lampi

August 18, 2006

pakai kasut, jom nyanyi dgn aku.. yeahaa.. (sambil menspeku)

Fuh.. ada satu mlm tu kan, seronok sungguh main gin rummy dgn ahli mesyuarat bukak pose sambil menonton gadis2 tergelek2 main biola. ahaha.. Lama giler aku tak menurun main daun terup camtu. Terasa high terlebih la plak. muahaha.. *er..menurun vs high.. mmg tak seswai, tapi blasah je la.*

Dan atas kes ada salah seorang dr ahlul mesyuarat aku yg memberikan lirik lagu poyo... hari ni aku nak cerita pasal lagu2 dan nyanyi2. Er.. nak tau ke apa lirik poyo yg dikeluarkan oleh ahlul mesyuarat tersebut... meh aku stori.

Lagu yg dirosakkan ialah lagu PeterPan, Ada Apa Denganmu pada bahagian korus.. dgn tak semena2 liriknya jadik cenggini..

meh nyanyi sesama
two.. three..

Ku tanya 'mak lang'..
dapatkah kau lihatnya perbedaan,
yang tak terungkapkan,
tapi mengapa, kau tak berubah,
ada apaaaa denganmuu..

Ada ke nak tanya dgn mak lang. wat gapo? Macam nak gi meminang je.. ahaha.. jgn mare ye beng.. huhu..

Tapi kan, lagu2 endon skrg ni mmg melotup2 kat radio org malaysia. Mmg suka banget org melaysia dgn lagu endon. Adakah kita dah kekurangan lagu best? Oh tidak, aidontingso, cuma kita ketiadaan penyanyi yg best2. Setakat juara2 AF tu apa lah sangat. Semuanya lebih popular dr bakat. Stendet aaa. Astro. haha..

Berbalik kepada cerita lagu, adalah tidak salah kita buat speku pasal lagu kan. Kiranya speku2 utk meneka apakah sebenarnya inspirasi yg terselit di sebalik lagu tersebut. Ada la bbrp lagu yg aku dgn partner aku dok speku (tapi kebanyakannya aku la yg speku kan..). Mari la baca di sini.

Jika Kau Kekasih - Linda Nanuwil.

Setelah aku korban segala-galanya
Sanggup ku harungi hidup bersama dirimu
Meninggalkan semua yg aku cintai

Jika kau kekasih senangkanlah hidupku
Jgn biar aku begini
hidupku dlm kerungsingan kasih


Ini lagu mengisahkan seorang pompuan yg sanggup buang sedara mara, anak pinak, ayam itik kat kg semata2 sbb chentakan seorang pengkid. Last2 pengkid tu plak tinggalkan dia utk pergi ke awek lain yg lebih bergetah. (ataupun pengkid tu dah jadik stret..).
Sian kat Linda.. eheh, silap, kesian kat pompuan tu. Meh sini dtg umah aku meh, kita buka posa sesama.. ahahahkss

Jujur - Radja

Jujur lah padaku
Bila kau tak lagi suka
Tinggalkanlah aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku, lupakanlah aku
Selamanya.

Ini lagu dinyanyikan oleh seorang lelaki yg sedih apabila mendapat tahu isteri yg baru dikahwini selama beberapa hari sebenarnya telah jatuh chenta pandang pertama dgn seorang perempuan menjual bunga di hari perkahwinan mereka. Tapi isteri dia sebenarnya dah terasa bersalah dan nak balik semula dgn si suami tu. Tapi lelaki tu tak suka org yg tak jujur dgn perasaan sendiri. Maka terciptalah lagu ini.
Lagu ini jugak boleh diberi tajuk 'Hector's Song'. Sesapa yg tak lalu nak paham apa aku tulih ni tolonglah tgk cerita Imagine me & u. timakasih..!

Antara 2 - Farah AF

Bukan niat untukku mengelak menjauhkanmu
Itu hanyalah rancanganku
Pasti kau fahami seandainya bisa kau tahu
Ada udang di sebalik batu

Ini plak kes seorang pompuan yg sebenarnya dah bertunang dah. Tapi ntah macamana terjatuh chenta plak dgn sorang andro (pompuan jugak lerr). Yg bestnya kes main kayu tiga ni disimpan dan diikat ketat oleh tunang org nih. Jadi mmg giler ganas la dia mengkaber aktiviti main2 kayu dan batu nih. Kalu dibagitau kat tunang, karang tak jadik kawin. mana bley.. baju sudah pergi fitting, tukang tangkap gambar sudah order, pelamin pun dak nak pasang..

Kalu bgtau dgn si andro ni plak karang, kena tinggal, langsung takde can nak meningkatkan 'thrill' zaman bujang. haru2..
Ending cerita ni tak tau, pasal dlm lagu ni tak bagitau. haha


*tajuk aku tak tau* - Akma AF3

Semenjak pertemuan itu
Ku rasa hadir sesuatu
Bagai pelik rasa di hati berdegup hati ku ini
Mungkinkah ini rasa kawan atau sebaliknya
Tapi aku kian merasa ada cinta di dalam hati

Ini kes yg biasa berlaku kat sekolah asrama nih. Memula kawan.. pastu kawan kawan kawan.. kawin.. Eh blum lagi. Kawan2 sampai tersuka2. Tapi cam ala2 malu dan rasa cam pelik. Acamna laa boleh jatuh chenta sesama pompuan. ish ish.. Last2 kawin jugak la. Sampai berbelas2 tahun lagi sesama.. ahaha..

Jangan kau Mimpi - Sarah

Diriku kau cinta, diriku kau puja
Kerat gambarku di majalah
Peraga bajuku, kau tiru gayaku
Itu tak bermakna diri aku engkau punya.

Ini sebenarnya kes sorg pompuan yg diminati oleh seorang drag queen yg stret. Abih segala stylo mylo pompuan ni ditiru oleh drag queen ittew. Tapi sayangnya pompuan ni mmg tak berminat kat org menyerupa2 ni. So, drag queen tu pun skrg ni tgh meng'contemplate' samada utk kekal stret atau beralih arah.. ececehh..


Diriku Tapak Sulaiman - Elyana

Bagaikan diriku tapak sulaiman
Terdampar di pantai berlagu sepi
Rindukan laut rindukan hidup

Ini adalah lagu sengal seorang manusia yg pernah disumpah jadik tapak seleman oleh sang kelembai sbb mengintai pompuan mandi. Last2 jadik tapak seleman, ha.. rasakan, kat tepi pantai tu tgk la org mandi pepuas. Tapi lepas tu si tapak ni ok balik la, jadik org semula. Kalau tak takkan la plak dia cipta lagu ni plak. ye tak?

huhu... udah le aku merapu. Doakan aku gumbira w/pun partner aku keluar negeri selangor selama dua hari.. arghhh stress.. hehehe

August 16, 2006

Today I am a crying baby ...


To one of my precious………

Am I senseless to just see her go?
But I want her to be happy.
Hope that she’ll be happier there with the new ambience she is searching for.
Go girl, go chase your dream, go chase your peace,
God, she is a pure decent soul, a twinkle little star,
I want to see her shine, I want to see her shimmer,

Give her a guardian angel to protect her from the ugliness of this world,
Give her a lover to love her to the fullest,
Please give her the best world could offer.

Yin, I can’t say much in front of you,
I am so sorry but I just can’t,
It’s tormenting to see you go.

Yin, the world is ugly, it will test you to the max,
Hanging there, one day you’ll find your groove,
Wish you happiness, you are one of my precious.

-leen-

August 9, 2006

Aku yg pegi klinik utk amik MC sahaja yg benonya

Aku adalah manusia yg mmg tak suka pegi klinik. (Kecuali la kalau nak amik MC.. muahahah). Jadik kalau ada apa2 masalah kesihatan, aku biasanya akan pegi ke farmasi dan beli ubat sendiri. Cuma satu je la... kalau nak ke farmasi dan beli ubat, rajin2 lah bertanya kepada ahli farmasi supaya anda tidak terbeli ubat yg salah.

Satu perkara yg aku suka bila beli ubat kat farmasi ni ialah kita boleh terus beli ubat tu lagi dan lagi dgn harga ubat tanpa memikirkan harga preskripsi doktor. Sbb doktor kalau kita pegi pun dok bagi ubat2 yg boleh dibeli di farmasi tanpa perlu preskripsi. Drpd membazir duit, baik aku beli ubat sendirik je.. Lagipun, sambil ke farmasi, boleh gi jenjalan ke shopping kompleks, sekaligun boleh cuci mata tgk harimau.. ye tak?

OK, ada banyak masalah kesihatan yg sebenarnya boleh cuba dirawat sendiri. Salah satu masalah yg paling kerap melanda manusia sejagat ialah 'diarea' ataupun boleh diringkaskan menjadi 'cirber' atau CB. Mari lah baca apa aku buat sekiranya aku dilanda permasalahan cirber ataupun sakit2 perut ini...

Perawatan awal CB akibat keracunan.
Kalau anda rasa cam terambil makanan ye beracun, itu maksudnya anda kena keracunan mknn. Mkn beracun ni bukan nasik yg campo puradan ataupun baygon, tapi adalah mknn yg dah ada bakteria. Bukan mknn basi je yg ada bakteria. Tapi termasuklah mknn yg dah jadik toilet lalat ataupun yg tak dimasak dgn betul.

Sebenarnya dgn melihat keadaan hasil pengeluaran anda sudah boleh agak apa jenis bakteria yg menyerang anda dan mknn anda. Tapi aku taknak la cerita detail plak pasal tu, karang ada yg tak lalu nak mkn plak.. heheh

Abih tu kalu dah cirber tu apa nak buat? Aku biasanya akan makan pil charcoal yg mmg ada dijual di farmasi dgn harga lebih kurang RM3 sepapan. Tujuan pil arang ini adalah utk menyerap toksin/racun yg telah menyebabkan perut anda sakit.

Kalau ada yang sakit perut memulas2 sampai tak menahan tu boleh lah jugak pegi jumpa ahli farmasi dan mintak ubat utk mengurangkan pergerakan otot perut. Ataupun cakap je kat pharmacist tu nak ubat 'lomotil'. Pandai la dia bagi.. hehe. Ubat ni boleh mengurangkan pergerakan perut dan seterusnya akan membolehkan rasa sakit perut tu berkurangan.
Dan kalau anda sokmo terbuang2 air besar dgn banyak, silalah ganti air yg dibuang dgn besar itu dgn meminum rehydration salt ataupun togok je la air kosong bbnyk. InsyaAllah cara ni boleh melegakan keracunan yg menyebabkan CB.


Masalah angin2 dalam perut.
Anda selalu mengalami masalah macam perut senak sbb makanan cam tak hadam? Pastu rasa cam bloated semacam je? Aku mmg selalu bermasalah macamtu. Lepas tu mula lah rasa perut cam takbest. Bila perut berangin, mula lah senang naik hangin! haha..

Untuk mengelakkan perut aku yg kuat makan ni berangin, aku sentiasa sediakan ubat anti-flatulence yg boleh dikunyah dgn mudah. Kira pil ni acam pil gastrik la, cuma biasanya dia ada dua kaler.. putih dan kuning berlapis.

Selepas dikunyah, angin akan keluar dr perut dgn maju jayanya...

Satu lagi amalan yg baik utk memudahkan penghadaman ini adalah dengan memakan/minum yoghurt ataupun apa2 minuman yg ada bakteria can yakult, nutrigen, dan jugak vitagen. Perut mudah jadik lega.

Ini boleh lah dijadikan langkah berjaga apabila anda memakan makanan yg tinggi kandungan protein macam daging dgn banyak tak hengat. Sbb perut ni ada masanya tak cukup terrer utk menghadamkan makanan perprotein tinggi ni dengan mudah. Kalau setakat makan sikit tu takpe jugak.. Ini sekali sekor kambing korg bedal... silalah bantu perut anda. hehe.

Maka dekat2kan lah diri dgn farmasi terdekat. Bukan setakat boleh membeli pencuci muka dan jugak fer and lebli, tetapi jugak boleh membeli ubat masalah perut. Lgpun awek2 yg jadik pharmacist ni sebenarnya comei2 belaka. Masa aku belajar dulu, ramai jgak student farmasi yg mengancam2 dan berpotensi disengetkan. haha. ex aku dulu pun student farmasi jugak. Silap2 skrg ni dia ada di mana2 farmasi terdekat dgn anda. jengjengjeng.. boleh la try ngurat ek.. hahaha.. huhuuu.

Apa2pun, sayangilah perut anda.. tanpanya takboleh la anda makan. Sekian.

Sekiranya ada masalah kesihatan yg memerlukan nesiyat tak bertauliah aku, boleh la bubuh kat komen/tagbod. hehe (macam la aku pandai jawab pun.. )

yeahaakk!

August 8, 2006

Adik semua dah kawin, kakak dia bila lagi?

Inilah soalan yg paling selalu aku dengar dari pelbagai pihak. Kiri, kanan, atas, bawah. Penatlah nak jawab.

“Pegilah mandi bunga (diorang ni lagi prefer syirik dari tak kawin)… usaha je tu bukannyer apa.” Heiii…letih la. Masahnyer bukannyer tak nak kawin, tetapi mcm mana nak kawin pun tak reti nak pikir. Kalau betul aku ni nak kawin rasanyer dah lama dah kawin. Kadang-kala, parents punyer kata2 dah sampai tahap menyakitkan hati. Like my mom, pantang ada tersebut ada anything to do dgn lelaki (eventhough org buat plumbing) pun tanyer sama ada mamat tu bujang atau suami org. Sick. So sicko! Bukannyer nak kata plumbing tu tak bagus, tapi kalau hati dah tak nak, nak buat mcm mana. Di masa yg sama, partner kiter punyer parents pun asik la nak kenenkan dgn org itu ini. Parents kiter lagi tak habis habis bising, parents dia lagi. I mean it would be very easy kalau kiter ni mcm org lain. Kenal kenal lelaki, jatuh cinta dan decide nak kawin. Senangkan. Ini masalahnyer nak suka kat lelaki… bukan tak cuba…dah berkali kali cuba…tapi still takleh…. Nnt kalau beri harapan susah pula. Lagi tak baik permain hati org. Dia ingat kiter bebetul, rupanyer berlakon. Kalau kena org baik..kesian dia memendam rasa, kalau kena org jahat, kena ilmu lah pulak …lagi giler.

Kalau iman tu sgt kuat mungkin boleh la …benci tgk muka suami pun boleh la lagi nak layan buat ala ala suka. Memikirkan ganjaran syurga nnt. Cabaran yg tuhan kasi yg ini mmg susah rasanyer nak overcome. Kat sinilah saya fail.

I never had any issues with man, OK je, kawan OK, baik OK je …layan pun OK, cumanyer nak menjadi isteri tu, mmg tak de momentum. Tgk org lain ada anak seronok. Anak mmg ada hati nak, tapi proses sebelum tu bersama lelaki tu …ish … tak masuk otak la. Tak de chemistry. Tu sbb kalau saya tertahu ada org yg ala ala nak jadik senget, cecepat saya akan hentikan. This is never an easy path. Never. Penat, letih, melawan arus adat, lawan arus agama lawan segala gala dlm dunia ni. Penat.

Rasanyer even if I am not with any woman, I don’t know how to be with god creation called man. I never tried to be man, I am so thankful that god created me a woman. I am very happy with that, I never wanted to be a man. I like my hair short or long, I like to dress-up for functions, to wear heels, I like to be simple, I like to be seen as woman but I can’t bring myself to “more than just like and have chemistry” with man. I’m not “man-prone” area. *sigh*

-chefD menulis-

August 7, 2006

Awak kena bangga dapat tumpaskan playgirl mcm saya ni… kalau salah sikit phrase ni--sorry yer tuan punyer statement.

Last Friday night we had an “extra late steamboat” with a couple of friends. It was very urgent decision from one of those two. Overall we had had a super fun late dinner. (Blue was suppose to join but fail due to some bigger responsibility. ehhehe

Out of a sudden….. jeng jeng jeng ….
“awak kena rasa OK dapat playgirl mcm saya ni” … was this a blunt statement or what… for a moment kapal and I were having a momentary brain lapse. Than we burst into laugh like no one’s business in the middle of that night. Lepas midnight ni.

OK la …memula it was another statement, lepas tu partner dia ckp, korang tahu, ni lagi satu lagi poyo punyer statement … “awak kena rasa bangga dapat tumpaskan playgirl macam saya ni” …ekekkekeke…kami gelak mcm tak cukup perut la. Guys, you both rock la. … itu tak tahu la kalau blue dgn tn Nikos ada, musti jadik lebih gamatlah mlm itu. Bertambah tambah lagi adik kapal tak de …so lagi syiok takyah cover line. …kalau adik dia ada, ckp semua “faking it” aje le.

BTW, guys, nnt bebila kiter buat lagi keje mcm tu, harap harap blue dan tn nikos dapat join, lagi seronok.

-chefD menulis-

August 2, 2006

Kapal update.. w/pun bz sampai terbatuk2.. huahaha

Fuh... Ompek hari den cuti. Best sungguh mengharukan diri kat rumah. Rasanya ramai yg dah tau, dan ramai jugak yg tak tau ataupun tak diberitahu yg bahawasanya aku ni dah pindah rumah.. lagi.. W/pun umah baru ni tak jauh sgt dr umah yg dulu tu, tapi kepenatan memindahkan barang2 tu tetap jugak sama. Dah la skrg ni brg makin banyak, guna lori tiga tan pun still kena pindahkan sendiri jugak guna kereta kebal.

Kasi can la aku lak cerita sket ek pasal hal pindah2 nih. Tadi versi chefD, ini versi aku plak.

Bermula hari sabtu seawal jam delapan pagi aku dgn chefD dah bangun dan mula mengangkut brg guna kereta ke rumah baru (yg takde la baru pun...). Bukan setakat mengangkut barang, mengemas rumah dan jugak mengecat dapo merupakan aktiviti hari sabtu tuh. Huhu.. comei gak aa kitorg berdua dgn bdn comot2 kena cat..

Aktivi punggah memunggah dan hangkut mengangkut berterusan sehinggalah ke hari ahad jam delapan malam. masa tu la baru pulang kunci rumah lama yg tak lama sgt tu kat tuan rumah. Fuh lega... balik rumah boleh tido. Cuma skrg ni.. sampai la ni aku menulis blog nih, keadaan di dapur masih lagi macam tongkang pecah.. ataupun boleh la dikatakan bersepah macam dapor yg paipnya pecah. huahaha.. takpe, pelan2 kitorg akan kemas la.

Ni aku nak memanjatkan rasa terimakasih ataupun omputeh kata extend gratitude (betoi ka?) kat kengkawan aku yg sudi berhempas pulas membanting tulang membantu kitorg pindah. Jasa korg membantu meminjamkan tenaga dan jugak ilmu pengetahuan menyusun barang dlm kereta dgn sepadatt padattnya mmg hanya Tuhan je yg boleh balas dgn setimpal.

Lone_ yg dr hari sabtu ptg tu dah mai sampai naik lrt dan diamik oleh dua org nyonya. Len kali bawak la 'rakan' ye, boleh dibuli sama.. ehehe

jhy85 & chidorri yg muncul sabtu mlm depan umah kami tanpa kesesatan walaupun jalan dah tutup sana tutup sini. W/pun jhy kena keja ahad tu sudi gak dtg tolong dan meminjamkan 'rakannya' utk membantu sampai lah ahad petang.. eheh

along & partner yg tiba ahad ptg tu sudi gak dtg w/pun partner along keletihan sampai trtido2 atas kusi.. sian dia, comel je ek. ehehe

Timakasih yg kengkawan. Nnt soh chefD wat makan2.. aku tak goti nak masak.. eheh. Nnt sesapa yg kitorg jemput housewarming jgn lupa dtg ye...*tapi nak jemputnya tak tau la lepas pose ke.. lepas raya ke.*

Ha.. lepas ni sesapa nak dtg umah aku baik la bgtau ye, sebab jalan dah lain, rumah pun dah lain. Dan kalu nak tgk kucing aku jadik sarkis, jemputla dtg. ehehe.

cheers.. aku nak tido jap. letih gilerr lagi nih. huhu..

Lama tak update- Kapal BZ

Hujung minggu lepas kami selamat berpindah Alhamdulillah.
First and foremost, terima kasih kepada “JHY dan Chidori”, Yati serta “Along dan partner” sbb sudi membantu. JHY dan Chidori, nnt you all pindah let us know. Kalau tak de perkara yg bebetul berat, InsyaAllah kami tolong.

Dalam pada penat penat pindah tu, lawak tak lawak la mlm kemarin masa sedang seronok “mengrill” benda utk sangkut sangkut, kami pun dgn empty mindednyer telah mandrill tpt yg ada main pipe. Apa lagi, jawabnyer berbanjirlah satu kitchen kami… ehehhehe.. habis dapur yg hampir siap kemas menjadi sawah. Nak nyesal; dah jadi nak wat cam ner kan. Pasrah je la. Mlm tadi dekat pukul 12:30 pagi baru plumber siap buat keje. Itu pun kenalah kami cat semula dgn undercoat dan cat semula dgn kaler yg sama. Mlm tadi simen tak kering lagi Dah hitam setompok kat dinding tu, sungguh tak menarik…

Apa apa pun kgkwn, nnt kami buat house warming, sila la dtg yer. TQ :-)