Pada satu masa dahulu di zaman awal semilan pulohan, ada seorang budak pompuan yg baru berumur 17 tahun. Ini budak sangat gatal kerana kecik2 lagi dah ada gelpren.
Kisahnya bermula apabila dia menyertai satu kursus yg jauh lebih best dr Khidmat Negara. Dapat duit, dapat makan dan jugak dapat keluar dr umah mak bapak buat sementara waktu.
Nak dijadikan cerita, budak ni tak dapat berkursus bersama gelprennya. Kalau tidak, sah2 la diorg ni berketontel berdua2 sahaja tanpa budak ini hingin nak berkawan dgn org lain. Maka oleh sebab takde gelpren, dia ni terpaksa la berkwn2 dgn kengkawan yg lain sbb taknak la plak digelar kera sumbang.
Apabila dah mula berkawan2 ni, ada la sorg pompuan yg rapat dgn dia, sehingga tahap bespren. Ntah cemana, lama kelamaan dia ni cam dah ala2 terjatuh hati dgn si bespren. Tapi sbb gatal tak hengat, dia masih lagi ala2 berchenta dgn sang gelpren dan dlm masa yg sama sudah pandai bersayang2 dgn si bespren.
Si gelpren pulak sudah terbau itu kes sayang2. Apalagi, si gelpren pun hangin la dan menghalang budak poyo itu berkawan dgn si bespren. Tapi budak ni pun namanya dah poyo, dia buat bodo je, dedua dilayannya, atas alasan... 'ala, si gelpren tu jauh, bukannya dia tau punnn'...
Maka hidup la budak ini dgn perasaan riak dan takabbur mementang ada dua org yg suka kat dia. Nasib baik dua, buatnya ada delapan org yg suka, sah2 budak ni belagak tak hengat!
Setelah tamat kursus yg best gedebest itu, budak inipun pulang la ke umah mah bapak nya utk menantikan keputusan SPM. Di rumah dia masih lagi hidup bahagia melayan gelpren yg jeles dan bespren yg
best tetapi pasrah. Si gatal tu pun sempat lagi berjejanji dgn gelpren dan bespren utk sesama amik keputusan SPM. Kengkonon nak jumpa2 melepas rindu la nih.
Tapi mlm sebelum dia nak amik keputusan SPM, budak ni rasa sungguh tak sedap perut, dia rasa hidup tersorok2, kaber sana sini, kengkonon nak bagi2 kasih ni cam meletihkan diri sahaja.
Dah la dia pun rasa cam gelprennya makin lama makin lorat, manakala besprennya makin lama makin haibat.
Maka dlm durasi satu malam itu, dia membuat keputusan, barangsiapa yg terlebih awal menelefonnya malam itu, org itu yg akan dipilih menjadi kekasih hati. Beberapa detik selepas itu, telepon pun berdering, dan dengan redhanya dia bertekad utk memilih si-penelefon dan meninggalkan si-tidak-menelefon.
Selepas keputusan SPM diamik, budak poyo ini pun terus mengakui perasaannya terhadap sang bespren yg dgn harapan supaya dia terpilih menjadi kekasih hati si bespren dan bertindak utk langsung tidak mahu berjumpa dgn si gelpren yg sanggup singgah di daerah kediamannya utk berjumpa, semata2 sbb budak poyo ni rasa, dia tau apa yg dia mahu, maka dia perlu tinggalkan apa yg dia tak mahu.
Sekian cerita..
Ulasan aku:
Ini bukan cerita pasal aku. Kalau ada pun kaitannya sikit2 sahaja. Dan aku mmg kenal budak ni sejak dahulu lagi. Sekarang bila aku ingat2 balik cerita dia, aku mula terasa bahawa ada moral di sebalik cerita ini. Di antara moralnya adalah:
- Jgn menggatal nak pasang2 dua
- Tinggalkan je gelpren tu kalau dia dah tak best, jgn stay for the sake of taknak single
- Bespren pun boleh jadik kekasih hati
- Telekom malaysia byk membantu mencantumkan dua hati
- Jgn bercinta sebelum SPM sbb nanti nak amik result tu hanyalah menjadi objektif kedua sahaja.
- Kalau kita boleh tinggalkan org, jgn ingat org takleh tinggalkan kita.. *ish... takuttt!!*
haha...Sekian dr aku yg merapu setelah lama tak menulis.