Arahan utk pembacaan yg berkesan:
Sila baca entry di bawah dahulu.
OK, aku sambung...
Bbrp minggu yg lepas, aku dapat tau kawan aku yg paling last kawen ni akan menetap di KL selama beberapa lama atas urusan keja. Dgr cerita anak dia akan dijaga oleh husbandnya dan mereka terpisah oleh jarak beratus batu...
Dia contact aku dgn ChefD dan katanya kalau ada free2 tu, boleh la pegi mkn2 bersama. Kitorg bila dia call camtu sebenarnya berada dlm keadaan gembira bercampur cuak...
Cuak sbb takut terkeluar orientasi seks kami yg selama2 ini dibangga2kan bersama kawan2 yg memahami. Macamana kalau aku dgn ChefD terlajak kata, terbuat aksi terlebih2, tercerita kepanassssan Nicole PCD. ish ish ish.. seriau.
Tambahan pulak rumah kami skrg ni byk bhn2 rujukan yg berorientasikan kesengetan. Buatnya dia dtg rumah nnt, takut gak pecah rahsia. Maka kena la sorok bebenda yg membolehkan kesengetan kami terkeluar.
Disebabkan oleh kerana itu, aku dan partnerku kena la membuat sedikit housekeeping kat umah tu, supaya apa yg patut dok dlm gobok tak terkeluar.
Ini menyebabkan aku terpikir pasal isu yg pernah ala hangat di pasaran senget bbrp bulan lepas.."Betul ke org senget ni takde life lain?"
Aku dgn berat hati mengatakan bahawa partially benar bahawa org senget yg ala2 dah proudly closeted nih akan bermasalah apabila terkeluar drpd kepompong komuniti senget. Bermasalah nak mengawal diri, menjaga tuturkata dan tingkah laku. Pendek kata tak boleh lah berkelakuan seperti yg dikehendaki oleh diri sendiri.
Tapi ini takde la bermaksud keseluruhan aspek kehidupan akan menjadi kucar kacir bila tidak berkisar di sekeliling kesengetan. Tak jugak, cuma ada la sedikit rasa lain macam utk bergaul mesra dgn kawan2 yg stret bila dah selalu berkumpul dlm kepompong senget.
Maka moral yg aku nak sampaikan utk diri aku sendrik ialah.. apabila dah ada kawan senget, adalah tak patut utk aku putuskan hubungan dgn kengkawan yg stret dan dah beranak pinak.
Aku selalu nak org stret pandang kesengetan aku bukan penghalang utk aku jadi kawan diorg. Maka aku juga harus terima bahawa kestretan org bukan penghalang utk aku jadi kawan diorg..
Sekian rapuan dr org yg ngantuk teramatsss....