Yeahaaa... Mlm tadi aku ditinggalkan oleh partner aku.
Huish! Bukan ditinggalkan selama2nya laa... dia pigi balik kg selama satu hari. hehe... simpang Y, jgn la dia tinggalkan aku, pinsan aku nnt. Baru kena tinggal satu hari je aku dah jadik cam ilang punca. Tido tak lena (guna tilam murah), mandi tak mau (sejuk daa), mkn tak lalu (malas nak gi kuar mkn).. tau2 je cirit birit pg ni.
Meh aku cerita sket kenapa dia blk kg. Alkisahnya parents dia buat kenduri. Kenduri apa, aku pun takde la tanya lelebih. Tapi yg aku seriaunya ialah kenduri tu dibuat di siang hari. Lepas asar klu aku tak silap. Dan waktu tu pun menyebabkan partner aku pun cam pelik2 la. Aku dah cuak gakk. Sbb kecuakan aku, berlakulah perbualan kami yg camni..
Aku:
Apsal wat kenduri ptg ek? entah2 ada org nak meminang awak tak?
Dia:
Heish! takkan la meminang kot. Sapa?
Aku:
Mana la tau *cuak nih!* Tapi kalau betul awak kena pinang, apa awak nak buat? *cuak lagi dan lagi*
Dia:
Saya amik kunci kereta dan terus balik KL...
Aku:
*fuhhh.. lega*
haha.. takut partner kena pinang. Aku tau dia dah bbrp kali dikenenkan oleh sedara mara dia utk dijadikan isteri lelaki2 pilihan diorg la. Iye la, partner aku tu klu pakai kebaya mmg vogdevas, especially klu tgk dr blkg la (itu pandangan aku la, pandangan korg aku tak tau...). Dah tu, ada keja elok, pandai bawak keta, pandai masak, hormat org tua, mmg la makcik2 dia nak mengenenkan je. Aku gak yg pening.
Ha.. korg plak acamna? Apa reaksi korg kalau partner korg bebetul kena pinang? Nak mengamuk? Nak pasrah? Aku bila pikir2 benda acamni mmg ala2 buntu sket. Aku cam taknak la kasi dia kawen. Sbb kalaupun kengkonon kawen sbb nak kaber2 dgn family, tapi lepas tu real2 punya terjatuh chenta, sapa yg melopong? Aku jugakk la.
So, mmg aku takut. Tapi aku skrg ni mmg malas nak pikir. Bila tiba waktunya, aku pikir la. Harap2 takyah la tiba waktu2 yg aku kena pikir camtu. Dlm dunia ni, klu kita pikir semua benda, last2 sendiri yg jadik
mengong. Kalau tak pikir satu benda pun, mengong jugak. So, pikir la bebenda yg ada di atas pinggan anda sahaja.
Atas pinggan aku ada ayam goreng nih, sat aku nak pikir...
*chomppp chommppp*
burppp.. alhamdulillah...