Hmmm... dah berjuta2 jam aku tak mengapdet blog aku nih. Skrg ni kehidupan aku mmg tak keruan. Dlm kontrak keja kata keja seminggu lima hari, sehari lapan jam. Tapi skrg ni keja delapan hari seminggu dan doblas jam sehari.
Dan adalah sepatutnya kalau dah keja teteruk tu patut2nya boleh la kurus sket. Tapi ni hampeh! Bukan kata nak kurus sket, sket pun tak kurus.. ahaha..
Tapi dlm pada sibuk2 tu sempat jugak la aku pegi melepak2 sampai tengah mlm buta pd hari jumaat dan jugak sabtu. Lepak sambil cuci mata dan seperti biasa la, agenda yg takkan dilupakan, iaitu 'makan nasi'. Ataupun dlm bahasa penuhnya 'Melakukan spekulasi'.. (kalau nak cerita panjang, mengumpat org kata menganyam ketupat, maka melakukan spekulasi aku bagi nama makan nasi, supaya takde yg leh paham...) er, paham ke? haha.. blasah!
Seperti biasa spekulasi2 yg dibuat ialah...
- betul ke artis tu senget?
- sejak bila dia menyenget?
- siapakah ex2 mereka?
- ada tak org buat kenduri kawen baru2 ni?
- siapa bebudak senget yg tak tau nak cover diri sampai kena interbiu tu?
haaa, sebenarnya part yg last tu aku nak komen sket. Aku tau benda ni mmg dah lama dan dah lepas, tapi sebagai manusia yg taknak la nampak cam poyo sesangat kat luar (w/pun sebenarnya kepoyoan aku dah melampaui had kenyal...), aku nak cerita sket benda yg pernah di lihat dek mata kepalo partner aku sendiri...
Mari kita bercerita..
Pada suatu hari, di shopping kompleks yg berjarak dua jam dr plaza tol PLUs sungai besi, berjalanlah partner aku ni dgn seorang stret yg dirahsiakan identitinya. Dalam shopping kompleks ni, ada tangga bergerak dan jugak ada food court.
Dan seperti biasa, dekat futkot tu mmg lah ramai org yg dtg dgn family, mak bapak, budak2, tok nenek dan jugak makcik jual nasik ayam. Sewaktu partner aku ni naik tangga yg bergerak sendirik tu menuju
ke futkot, tiba2 dia dikejutkan oleh bunyik yg sungguh tidak sedap didengar.
Gaya dan style macam lelaki, tapi suara sungguh halus, sehalus rambutku. ahaha. (pompuan la tuuu)Apa yg didengar? Mari aku tulis balik. korg baca la dgn intonasi yg terlebih seswai.
Budak 1: "Wei.. pehal lu lambat?"
Budak 2: "Biasak aa.. ni ha makwe baru gua ni. Org pompuan, kena mekap dulu!"
Budak 1: "Fuiyooo, best aah lu, makwe baru! Lu pekabo skrg?"
Budak 2: "Gua sehat beb. Dgn awek2 gua pun sihat."
Makwe Budak 2: "er.. eh.. hai hai. Ini la buifren i.. ehehehe"
Dan bukan sahaja ada bebudak tu, malahan ada sebanyak penumpang bas ekspres di hari raya gamaknya geng2 diorg tu. Di samping bercakap, tangan juga merayap.. ayamaa... baguss!
Er.. aku bukan nak tego, nak nesiyat ataupun nak jaki. Tapi dekat kawasan org ramai tu, kalau ye pun nak berbangga dgn awek baru ke cakap pempelan boleh tak? Bebisik ke. Takpun dok kat bumbung soping kompleks tu, dan bukannya di kawasan yg penuh dgn org2 biasa yg dtg utk melepak2 dgn keluarga.
Aku paham... ada rasa nak bangga, nak tunjuk dgn semua org. Tapi dgn wat camtu apa yg korg dapat? Pingat emas olimpik ke, piala FA? Lagi best awek tu kena kebas org. Baru padan muka! Tayang lagi!
Dan terus terang partner aku yg sah2 dah berkapel sesama pompuan selama berbelas tahun ni pun naik berbulu hidung menengoknya. Adeh hai.
Sebenarnya, disebabkan oleh kerana taknak nampak obvious di mata masyarakat lah ada disediakan chatroom, bloghost, forum host dan jugak komuniti di alam siber ni yg membolehkan perkara2 yg kita
tak patut tunjuk depan khalayak ramai, boleh di uar2kan dgn gumbira dan bangga. Tak payah la menyakitkan mata masyarakat yg tak suka tgk bebenda yg dianggap tidak normal bagi mereka. Belakang kita kena kutuk, kita gak yg marah.
Apa2pun, sebenarnya mmg seronok kalau leh jenjalan dgn gelpren di soping komplex sambil berpegangan tangan dan minum dr gelas yg sama. Tapi kita kena pandai buat bebenda camtu tanpa menyakitkan
mata masyarakat.
Aku pernah jadik manusia yg menyakitkan mata masyarakat masa aku berkapel dgn my first gelpren dulu. Berkepit ke sana ke mari dan bercinta tak pandang kiri kanan. Kebodohan aku mengakibatkan kehidupan aku tak keruan, aku hilang kawan, dan aku kehilangan respek dr masyarakat sekeliling. Aku jugak kena panggil dek
warden sepanjang hari. Takde satu pun benda yg aku buat nampak cam betul di mata diorg.
Ye la.. dah aku pun dungu sangat tak hiraukan mata pandangan diorg. Sure sakit mata diorg tgk aku masa tu.
Itu pasal laa..
Oleh sebab itu, aku taknak ada di antara korg jadik bodoh macam aku. Sbb kebodohan seorang akan menyebabkan seluruh persatuan penyamun akan mengambil tindakan.. Eh bukan, akan menyebabkan
seluruh masyarakat senget akan terjejas.
Nak seronok ada gelpren, boleh. Nak tunjuk pun boleh. Tapi kena tunjuk dgn berhikmah.