March 31, 2006

Mari mabuk2 sambil menyanyi

Di sini aku senaraikan 10 Situasi yg berlaku di dalam bilik karaoke yg boleh menyebabkan anda jadik hilang kawalan diri/mabuk/tak pedulik orang lain... dan jugak simptom2 kemabukan.

Situasi 1:
Anda menyanyikan lagu chenta yg ditujukan kepada kekasih yg jauh di mata.
Simptom Kemabukan:
Air mata mengalir dan berdiri dgn tangan bergerak2 ke atas ke bawah penuh penghayatan sehingga che'egu Fauziah Nawi pun boleh terpaku dgn persembahan anda.

Situasi 2:
Masuk bilik koroke bersama2 kengkawan senget dan juga adik kandung anda yg diragui kesengetannya.
Simptom kemabukan:
Tak tau nak buat apa, muka acam tikus tertelan kapur, menyanyi pun dlm keadaan ye tak ye, dan ganas menjeling kengkawan senget lain yg tak berapa haibat mengkaber line.. huhuhu

Situasi 3:
Salah sokrang dr rakan anda menyanyikan lagu Senggol2an Cubit2an
Simptom Kemabukan:
Anda akan terbangun dr tpt duduk dan berjaipong tak sado hengat sehinggakan tertumpah air yg tak bersalah di atas meja.. haru.. haru (nasib baik gelas tu tak pecah mambang)

Situasi 4:
Anda dgn gelpren anda dgn ganasnya menyanyikan lagu chenta korg berdua secara berduet.
Simptom kemabukan:
Mata anda tak berkelip2 pandang kat dia yg jugak tak berkelip2 pandang jugak. Sekiranya kemabukan mencapai tahap haibat, harus jugak buat drama ala2 Shane/Carmen.. huhaha

Situasi 5:
Tetiba awek dlm video klip karoke tu sungguh la deberide taste anda. Dah la taste, seksiii plak tuh!!
Simptom kemabukan:
Air liur boleh meleleh dan mata anda jugak bersinar2. Silap2 hidung pun bleh berdarah.

Situasi 6:
Geng koroke anda menyanyikan lagu PeterPan, Radja, Dewa, Padi, lepas satu, satu.. lepas satu, satu...
Simptom kemabukan:
Tetiba sahaja dirasakan bilik koroke tu jadik terlebih luasss... bumbung tercabut, rumput tumbuh atas tanah, ada satu stage kat depan anda, dan kengkawan anda semuanya bercakap macam makcik cleaner kat opis.. Oh, anda telah sampai ke indonesia rupanya.

Situasi 7:
Partner anda tetiba plak menyanyikan lagu chenta lamanya dgn penghayatan sungguh sungguh mantap tak hengat!!
Simptom Kemabukan:
Bangun dan merentap mikropon dr tgn partner anda dan menghentak2 mikropon tersebut ke kepalanya berkali sehingga bunyiknya mengalahkan hero tamil bergasak. eheh

Situasi 8:
Salah seorang ahlul koroke menyanyikan lagu 'Bunyi Gitar'
Simptom kemabukan:
Bertwist sampai tak cukup kepala lutut

Situasi 9:
Semua sekali kengkawan anda, yg senget2 belaka tu, menyanyikan lagu All the Things She Said beramai2.
Simptom kemabukan:
Anda dan juga sengetian yg lain melenting2 kegembiraan dan secara tak semena2 semua2 sekali tetiba cam terus memakai skirt kotak2 sambil menari dengan memusing2kan baju t-shirt atas kepala.. yeahaa!! Lesbians gone wild!!! hahaha

Situasi 10:
Apabila budak jaga koroke tu dtg mintak order air, anda tanpa pikir panjang dok cakap 'Yang paling mahalll sekali'
Simptom kemabukan:
Mabuk todi...

March 23, 2006

Asal usul entry hari ini

8.15 a.m.
Fuh... hari ni mood aku cam ala2 ok w/pun jln jem. Aku pun sempat la pegi beli sarapan. Aku makan dlm keadaan gumbira. Aku kat opis pun cam ala2 ok je sbb takde sampah yg menyumbat otak aku nih. So, idea boleh keluar dgn laju je la. Aku pun buat keja aku lagi dan lagi sambil berborak2 pasal penurunan harga keta dan jugak poligami. Terima kasih kepada baju aku yg tak perlu digosok hari ini.

10.00 a.m
Ada perkara yg menyebabkan hangin aku tetiba bertiup sesepoi bahasa:

Budak kat opis: Kapal, kena tgk balik ke benda yg dah direview tu?
Aku: kena la, haritu aku dah ada bgtau kat dlm meeting kan?
Budak itu: Mana ada! Tetiba aku bukak database aku nampak kau ada bagi komen. Tapi kau tak bgtau pun kena tgk balik benda tu. Kenapa kau buat pastu tak bgtau aku?
Aku: Ada lah aku bgtau, dlm meeting bbrp minggu lepas.
Budak itu: Takde, mmg kau takde bgtau dlm meeting.

Apa yg aku rasa:
Aku malas nak cakap lelebih. Mungkin ada silap aku la. Aku ni cakap jarangnya yang terang. Tapi sah2 la dlm minit meeting tu ada tulis 'to analyse all suggestion by reviewer'. Dah la sindri buat itu minit. pastu klu org komen ayat tunggang terlungkup pun nak marah jugak. Kalau sendiri tak mau jaga keja sendiri jgn la plak nak menyalahkan org lain tak bgtau kau suruh buat keja. Dah tetua bangka pun nak jadik cam pahat. Aku ni bukannya penukul. Pepandai buat keja sendiri boleh?

1.00 p.m.
Ini adalah masa aku boleh surf internet. PC aku takde internet. Time lunch baru leh hack memana pc yg ada connection. Sbb tu aku selalu bermasalah nak update blog, menyebuk kat forum, membaca email, mengaplod gegambo utk blog aku yg ketandusan gambo nih, dan jugak membaca resipi kuih raya. Tapi tghari ni aku dok seronok sbb tiket nak pigi melbourne takde la mahal sangat. Cuma yg takbeshnya aku tak koser plak nak pegi bulan ni. Kena la tunggu tahun depan. Ada tambang murah lagi ke? Makanya kemungkinan aku pegi ke sabah/sarawak je la dlm masa terdekat nih.

2.00 p.m.
Projek Menejer aku panggey. Tokei kedua beso di dalam ini kompeni suda reply email meraban2 tanya kenapa kitorg yg taknak buat bebenda yg dia mintak. Dah dia mintak benda merapu. Sapa nak buat?

Cuma hangin aku melanda utk kali keduanya sbb bebudak team aku ni tetiba start buat cerita mengumpat dan mengata lelebih. Sebagai org tetengah, mmg aku stress. Pihak atas dan jugak pihak bawah kena dipuaskan hati. Nasib baik aku andro, berpengalaman dok di atas dan di bawah. Ingat la... nak kutuk boss boleh, tapi jgn sampai mulut je bergerak, tangan kaki tak jadik keja. Makan gaji jgn sampai jadik buta.

3.00 p.m.
Aku sudah tak tahan lagi. Rasa nak pecah kepala aku menahan perangai bebudak kat opis ni. Boleh tak agaknya aku soh diorg carik org lain utk mengadu? Boleh tak agaknya diorg tak kacau aku utk mengadu masalah? Lain la kalu masalah hal2 kesengetan. Boleh gak aku pakai topi cik sri sekapal aku. Disebabkan rasa ketepuan kepala hotak yg terlebih, di tambah plak dgn partner aku tak sempat nak angkat tipon aku, terhasil lah entry ini. Sekiranya korg berjaya membaca entry ini, ketahuilah bahawa aku menghack pc org lain di masa keja semata2 utk mengupload entry ini.

Life is not easy, but don't make it hard.
Bebudak kat opis aku ni mmg nak kena suntut sekor2!!!!! Geram betul laa... haaiyaakkkkk!!

Nasib baik baju aku tak perlu digosok hari ni..

March 22, 2006

Masalah org malu yg tak malu bercakap

A lot of interesting things happened bbrp hari kebelakangan ini, yang membuatkan aku rasa cam pepening lalat dan jugak nak tergelak sendiri. Tapi aku dgn ngengadanya taknak cerita kat sini. Sbb aku nak menukar haluan blog ni, nak kurangkan bercerita pasal bebenda yg aku buat, tapi lebihkan tulis apa yg aku rasa. dan kurasakan pudar dalam hatiku.. eheheheh.

OK, ni nak tanya sket nih. Pernahkah korg berjumpa dgn seorang manusia yg segala2 dalam hidupnya mmg berjalan seperti yg diimpikan oleh masyarakat majoriti? Segalanya adalah indah belaka dan boleh membuatkan orang lain terasa cam.. alamak haiii jelesnyaaaaa!! Kalau lah kita pun boleh ada life cenggitu kan best. Ada keja ganaszz. Ada umah beso. Bawak keta Merccccck (haha). Pastu berketrampilan hensem/chantek, mempunyai ciri2 ala2 romantikus de'mampus, belajar sampai tahap haibat2 kat obersi, dan bermacam2 lagi lah. Pokok pangkalnya, segala cerita dia pasal diri dia mmg best giler, dan mungkin lebih best drpd pengalaman dapat kissu carmen de la pica morales (fuhh panasss!).

Tapi kan.. selepas beberapa lama kita kenal dgn org tu lelama. Satu demi satu perkara yg ala2 tak best muncul. Dan pastu plak kita nampak org tu macam beria2 nak menutup bebenda yg tak best tu sbb dia rasa benda tu acam mencacatkan keperibadian dan kesempurnaan hidupnya. Lagi byk yg terbukak, lagi byk plak attempt dia utk menutup lobang2 yg makin membeso.

Sekali pandang kita sudah tentu dgn bangganya mengata org ni adalah yg cakap tak serupa bikin, kuat berlagak dan kaki kelentong. Tapi sebenarnya, pernahkah kita semua terfikir bahawa org camni mengalami masalah inferiority complex yg sungguh kronik?

Masalah inferiority complex; (ataupun ommelayu kata apa ek? Kompleks Kemalu2an eh? boleh? *huh! len macammm je bunyiknya!*), adalah satu perkara yg kita biasa dengar. Dan biasanya org yg ada kompleks kemalu2an ni akan jadik senyap, tak byk berkata2 sbb taknak dimalukan kalau tetiba kata2nya itu dirasakan tak setaraf dgn org lain.

Aku sendiri sebenarnya mengaku, mmg aku ada memiliki kompleks ni. Malu. Terutamanya bebenda yg melibatkan pendapat2 bernas di tempat kerja. Di tambah plak dgn sikap aku yg tak berapa reti bercakap dgn betul (sbb ayat aku selalunya terbelit2), membuatkan aku rasa kengkadang cam ala2 takut utk menyampaikan apa yg aku rasa. Tapi rasanya kompleks camtu adalah biasa boleh dijumpai.

OK, berbalik kita pada masalah inferiority yg kronik nih. Pada pendapat aku, sesungguhnya orang sebegini terlalu malu utk menerima dirinya sendiri sehinggakan terpaksa membuat cerita2 ala2 gah untuk membolehkan dia nampak setaraf dgn manusia lain. Senang kata, dia sangat2 rasa dirinya tak layak utk bergaul dgn org lain, sampai terpaksa menipu. Kesian kan? betapa hinanya mereka memandang diri mereka sendiri.

Pokok pangkalnya, kita sepatutnya rasa bertuah memiliki diri kita ni. Takyah la nak tipu2. Er... btw, tipu dgn tak cakap tu dua benda yg berbeza ye. hehehee.

Ikhlas dgn diri sendiri, org lain juga akan ikhlas dgn kita, dan yg tak ikhlas tu akan hilang dgn sendirinya. Kalau lepas ni ada org yg berlagak dgn kita, jgn la marah.. kasihanilah mereka. Dan kalau korg rasa aku pun ada berlagak2, mahapkan je la, aku pun ada kompleks kemalu2an ni jugak. Beso keciknya tu tak tau la plak.

March 14, 2006

Jenama2 yg diragui. eheh

Hujung minggu haritu (yg dedolu) aku dgn partnerku pegi berjalan2 ke luar KL. Sebenonya dah bosan dok melangut kat dlm umah tu je dan sesi berjenjalan tu merupakan satu cara utk melarikan diri dari keriutan katil kat umah tu. Maka dgn sungguh impulsivenya kami berdua pun melarikan diri ke tempat yang berjarak lebih kurang sejam setengah je dr umah kami.
Dan seperti biasa, aku kalau lelama dok dalam keta dgn partner aku musti lah akan keluar perbualan2 yg mempunyai tahap kepoyo'an yg boleh lah dikatakan tinggi. haritu kitorg tak berborak pasal kesengetan tapi kami sesama memerah otak memikirkan mengenai jenama2 barangan yg jika dijual, akan mengalami masalah utk laku.... Dan org2 cam aku insyaAllah takkan tertarik utk menggunakan. Mengutuk ada la kot. hehe. Contoh jenama2 yg tak patut digunakan dalam barangan atau servis adalah seperti berikut.

Kedai Makan 'Sabar Menanti'
Tagline: Biar lambat asalkan dapat makan

Hotel 'La'cucaracha'
Tagline: Kehidupan selesa utk manusia bersama serangga

Kereta 'Proton Wifey'
Tagline: Mekap dulu sebelum tunggang

Tayar kereta 'Baldy G20'
Tagline: lebih botak dari biasa

Ekspres 'Gear Satu'
Tagline: Gear satu sepanjang waktu

Kedai Buku 'Bubuk Bookstore'
Tagline: Anda baca, bubuk pun baca

Sayur '100% Organic'
Tagline: Segar dari lembu terus ke atas sayuran

'Biskut cap Hidung'
Tagline: Deliciously salty

'Sandal cap Kapal'
Tagline: Untuk kaki sebesar kapal

'Kopi cap Kuali'
Tagline: Seenak kopi Belalang

'Sardin cap Kucing'
Tagline: Makanan seimbang untuk anda dan kucing

Kedai Perabot 'Sengetians'
Tagline: Perabot senget, utk org2 senget. Dijamin tak berkeriut!

huh.. dah cukup la tu aku melalut kot. Karang ada kena seypak dgn org2 advertisement plak. Merosakkan tagline semesta. huhaha..

March 9, 2006

Perbezaan kematangan fikiran V umur

Pagi pagi lagi hari ni aku dah boleh nak bergaduh kalau difikirkan. Aku keluar je pintu bilik (dlm jam 7:10am), adik aku terus je tanyer “kau ada letak kucing dlm bilik aku ker?” dgn nada yg marah giler dgn muka yg bengang giler. “tak” aku jawab. Mmg tak pun. “Kau jgn letak kucing dlm bilik aku la, habis barang barang aku sepah dgn rosak” masih dgn nada singa. “abih tu kau bukak pintu bilik aku apa hal? Kau nak letak kucing dlm bilik aku kan?” “tak” jawab aku, dgn muka yg terpinga pinga. Tak fikir pjg, aku pun keluar turun bawah, start keta, jln gi keje la. Dlm kereta baru aku terfikir, apa hal tetiba nak hangin lak. Dah la balik rumah pun jarang jarang entah biler tahun sekali sekala. Aku jenguk bilik dia sbb tetiba terang sbb selalunyer gelap sbb dia mmg tak balik rumah. Ikut hati aku mmg nak sepak je dia. Tapi aku fikir balik tak de makna nyer. Buat bergaduh pepagi je, aku dah la nak cepat gi keje. Ada product nak clear hari ni. Dah la semlm balik pukul sepuluh mlm. Aku fikir fikir, hhhmmm itu la agaknyer org yg boleh rationalize dgn tidak. Adik aku tu mmg cantik. Aku tak tipu ler, dlm adik beradik aku, yg pompuan lain lain tu mmg lawa taraf layak masuk TV. Aku ni mmg muker second class la kat rumah. Dah la tak feminine (tapi aku bukan peng OK, aku cuma pompuan tak feminine full stop). Baju kat rumah aku selalu share dgn yg lelaki ler. Tapi still takleh sbb diorang lelaki ni tinggi dgn besar. (Tapi kalau desperate aku belasah je).

Boyfriend adik aku tu mmg giler sabar dgn perangai dia. Baru aku sedar, dia belum matang lagi kot. Sbb tu la asik asik nak marah je. Dia mmg jenis marah tak usul periksa punyer. Kalau mood dia baik, waaaaa terlebih la baiknyer di sana sini pulak. Dulu mak aku cakap she is not mature enough, its hard for me to accept, but now it became so visible to my eyes. Maturity is so much more than just “not watching cartoons and not to listen to rock music”. It means much much more and now, since I consider myself old, thus I appreciate maturity.

What young people can hardly understand ….
I think, despite of so many things, among the prominent things are:
1) They get angry too immediately, and regret it later on
2) They are really fast in “jumping into conclusion” business
3) They can hardly understand others condition
4) Sorry to say but they are self-centered most of the time.

Why I can be so sure, yeah I was young previously so that I know. Yet, I am also aware that some of you out there are more mature compare to your age due to some other contributing factors. Psychologically, first child in a family normally will be more patient compare to others. This is logic; they always have to, so call “prioritize” (my current favorite word) their younger sisters and brothers first. Therefore, they learn to be patient.

One more thing, mungkin mereka yg tua ni keje dan tanggungjawab mereka lebih byk compare to mereka yg lebih muda. Contohnyer kesibukan tugas harian. Ada kalanyer org org yg muda ni fikir bila kita kata bz. We are actually trying to avoid them etc etc. Sebenarnyer mmg dah sibuk sampai mkn pun tak sempat, dah tu nak buat cam ner. Kebanyakkan org takleh paham. For me tak nak paham sukati korang la.
Katalah kiter berkasih dgn seseorang yg byk muda dari kiter. Katalah saya ni umur 33 tahun dan mempunyai so called “teman rapat ala ala nak mengurat” whom aged 23. Bukan ker susah kalau dia asik nak ajak jumpa or buat itu ini apa entah dan kiter tak dapat turuti sbb mmg keje tgh bz mcm setan. Apa yg kiter boleh buat? Tak keje kang kena buang keje mcm mana, sah kena tinggal sbb tak de duit kan?. Nak nak pulak keje yg mmg berkejar dgn deadline yg sungguh ketat.

So kesimpulannyer, cuba lah berfikiran matang sikit (ingatkan diri sendiri jugak ni). Try to consider org lain mcm mana. Mmg OK kalau kiter nak fikir yg negative, tapi bila ada pilihan positive dan negative, kenapa mesti nak amik yg negative jugak? Bukan ker itu akan menambahkan syak yg tidak elok utk kesihatan mental.
Katalah kalau betul org tu mmg elakkan kiter, then you should know how to read the sign la. Or org mcm tu mmg mungkin tak sesuai la utk kiter. Tapi kalaulah org tu mmg bebetul ckp apa keadaannyer sekarang, bukankah anda telah mengeruhkan air yg jernih dan telah meletakkan nila ke dlm seperiuk susu? Or even worse, cucuh puntung rokok dlm Horlick Ice org?

March 1, 2006

Cakap2 bermasalah dgn Cik Sri Sekapal.

Sebenarnya masa kecik aku ada bercita2 nak jadik org yg mendengar masalah org lain. Makanya aku kengkonon nak jugak la belajar sampai leh jadik Ahli Psikologi. Tapi tah bagaimana aku menyumbatkan diri masuk ke aliran sains tulen saaampai lah ke matrikulasi. So, kat situ aku tetiba mengubah cita2 aku utk jadik Psychiatrist la plak. At least, boleh la jugak diusahakan kot2 boleh menyumbatkan diri dlm fakulti perubatan. Tapi akhirnya filem 'Sayang Salmah' betul2 menyebabkan aku jadik freak out utk jadik doktor sakit jiwa, dan terus aku kuburkan niat aku utk amik bidang yg melibatkan interaksi secara langsung dengan pesakit. Ey, apa aku membebel pepagi ni. Ada point sebenarnya nih... jap aku carik.

ah, ok, entry hari ni sebenarnya aku nak test power sket. w/pun tak belajar, tapi rasanya aku masih boleh mendengar masalah2 yg berkaitan jiwa kacau dan jugak boleh memberi jalan penyelesaian. Tapi jgn harap la aku akan selesaikan dgn cara yg ala2 skema. Takde maknenyeeee.. So, mari kita baca masalah2 yg aku buat sendiri, dan jugak aku sesaja cuba selesaikan sendiri. huhuuu... *dey kapal.. macam baguss!!* heh..

Cik Sri,
Saya perempuan, dan saya sukakan perempuan jugak. Cuma masalahnya ialah saya kelihatan terlalu stret sehinggakan takde pun perempuan yg nak approach saya. Yg lebih takbestnya, kengkawan lesbian saya yg lain byk yg dah berpasangan. Yg single tu mmg ada, tapi saya tak berminat la plak nak jadi pasangan diorg. Soalannya, bagaimana saya nak membolehkan perempuan senget lain mengenali diri saya sebagai seorang yg berpotensi utk dibuat awek.
yang mengharap, teh O ais limau (bukan nama sebenar)

Cik Teh,
Sebenarnya mmg susah nak tunjukkan yg anda tu berpotensi jadik awek senget, namun ada beberapa tips yg boleh diaplikasikan utk menunjukkan bahawa anda mmg suka perempuan, di antaranya ialah:
  • cop kat dahi/baju/seluar yg bertulis 'I love women'
  • melepak2 dgn geng2 yg mmg sah2 nampak senget w/pun dr jarak 500 meter.
  • berkepit bayekkkk punya dgn sorg perempuan lain kat tpt awam
  • Kalau ada jejantan mengacau, jerit kekuat "Saya suka perempuan la!!!"
Tapi ini pun tidak menjamin anda boleh di approach oleh org lain. Nesiyat saya yg utama ialah, jadik berani! Kalau rasa2 anda suka kat sorg perempuan tu, approach saja, takyah tunggu dia yg approach, dan toksah kira dia tu gay ataupun stret. Klu ada takut2 sket, cuba jadik kawan saje. Tapi kalau anda mmg bebetul layak utk masuk Fear Factor Malaysia, cakap je terang2. Ingat tak camna Bette approach Tina? Dia main cium je, w/pun sah2 dia tau Tina ada buipren masa tu. Pastu terus jadik, monogami lagi u! Itu la dia cik Teh, di harap dapat membantu. huhu..

***

Cik Sri Sekapal,
saya ni selalu tgk korg borak2 kat blog pasal cerita2 dan buku2 senget. Kat mana korg dapat ni? Acamna nak cari? Saya ni malu nak tanya kat org yg jual DVD tu. Dan kalau asyik nak main kirim2 je, takbest la plak. Nak gak kepuasan menjumpai sendiri. Korg ni mmg ada kumpulan bawah tanah yg beroperasi tanpa diketahui ke??
- yang tak jumpa2, Sehabis Kirai.

Cik Sehabis Kirai (macam sejambak bunga la plak nama awak ye),
Mengirai musti ada objektif. Kalau tidak, sama la tarafnya macam roti kirai (nyum! nyum! sedap dimakan). Saya cadangkan awk baca la website2 yg ada tulis pasal movie2 dan jugak buku2 yg berorientasikan gitu2, buat list, pastu baru lah mula mengirai. Kalau tak koser nak kirai, tunjuk je list tu kat tokei kedai DVD, pandai la dia tolong carikan, itu pun kalau diorg tau la. Kengkadang tokei DVD ni main jual je. Ntah hapa bijik butir yg dijualnya tu pun bukannya dia tauu. Apa2pun, kalau tak dicari tangganya, acamna nak memanjat kan? tak gitu cik kirai?

***

Cik sri,
Aku ni bukan nak mengadu, tapi nak lepas geram. Dah bertahun2 aku dok sama dgn partner aku. Dah memacam susah senang yg kitorg hadapi sesama. Tapi family dia tak pernah nak hargai aku macam menantu2 dia yg lain. Tak aci la labuu!! Kenapa diorg taknak terima yg hubungan aku dgn anak diorg tu mmg sama berat cabarannya cam hubungan perkahwinan org lain? hah?! kenapaaaaaaaa?!!
- yang terbuang, menantu berduka.

Haiya cik menantu,
kes geram ni kena dijawab dgn rasa kegeraman. Memula aku nak tanya dulu, kau ada ke mintak izin utk jaga partner kau tu drpd mak bapak partner dia? Pastu mak bapak kau sendiri boleh ke terima partner kau tu macam menantu? Family korg mmg boleh menerima yg korg ni pasangan lesbian ke? Kalau jawapan kau 'tidak' utk kesemua soklan di atas, takde maknanya nak berduka ataupun geram. Kalau nak diterima dan dilayan mmg real2 punya macam menantu, pi kawin bebetul. huhahaha.. *aku pun geram jugak nih!!*

**

Cik Sri,
Saya pelik la. Kenapa cik sri ni membahasakan diri sebagai makcik? Tak macho langsung, macamana nak pikat awek? Awek2 skrg ni nak org yg protective, macho, gentleman.. baru ada kelas. Ni jadik makcik. Ada ke awek yg nak kat org makcik-like macam awak? Tak paham den.
- yg macho, mr han-chos

Sukati aku la nak jadik makcik ke, lembek ke, pompuan solehah ke.. ada aku curik henpon kau? Aku tak pernah nak kisah pun org yg macho, gentlemen, berpakaian macam lelaki (w/pun hakikatnya dia tu pompuan..). Itu hak diorg la. Diorg beli baju pun bukannya mintak duit aku. Maka diharapkan pakcik hanchos jgn la jugak ingat org perempuan yg taknak menyerupai lelaki ni takleh digilai oleh pompuan lain. Boleh... its entirely possible. Tak caya? jgn tak caya dan jgn belagak beb!

***

Cik Sri,
Gelpren saya seorang yg gatal. Dia dok bgtau saya yg byk benda yg kurang pada diri saya. Dan dia pun bising nak pasang steady lagi satu. Saya ni terlalu sayangkan dia utk menghalang dia dr melakukan hal2 kegatalan yg sebegitu. Apa harus saya buat?
- yg tak berapa gatal

Cik tak berapa gatal,
kalau dia dah sibuk nak menggatal, awak pun menggatal je la. Ingat kalau kita pun pasang steady lagi satu dia boleh repot kat tok kadi ke? Dah, toksah susah2 hati. Awak pun pegi je la menggatal. Nanti bila masing2 sudah kengkononnya ada partner lain, barulah kita boleh lihat siapa yg kenaa!!

---

sekian sahaja rapuan aku yg telah lama tido ini.. huhuhu.
*soalan2 di atas adalah hasil rekaan aku dan tiada kaitan dgn org, mak org ataupun korg2 semua, segala persamaan adalah kebetulan dan jugak kes tergigit cili semata2. Harap maklum.*