June 30, 2005

Waktu2 yang aku rasakan ingin memancarkan radiasi kesengetan..

Adehai, rasanya aku ni tak abih2 la suka merapu pasal kehidupan aku sebagai seorang lesbian yang tak keluar daripada gobok nih. Tapi dah ini blog aku, sukati aku la kan.

Ni nak tanya, agak2 pernahkah anda terjumpa mana2 perempuan yang secara senyap2 anda berharap..'Alangkah baiknya kalau dia tau aku ni senget...' Kalau aku tanya dgn diri aku sendiri, mmg aku mengaku pernah ada la perasaan cenggitu.

Biasanya rasa camtu boleh timbul dalam beberapa senario. Contoh2 senario adalah seperti di bawah (haha.. ayat budak skema..)

Senario 1:
Kalau aku tetiba terkenal dan terberkawan dgn sorang pompuan yang disyaki tidak begitu tegak. Dan selalunya aku akan terus berharap supaya dia tau kesengetan aku dan mengaku terang2an yang dia jugak senget. Dan dgn bestnya kitorg pun akan menjadi kawan baik dan sekapal. Pastu org2 kat opis pun mula la pelik apsal laaaa diorg ni boleh rapat.. Pastu aku pun gumbira la pasal ada opismate yg sama senget. yesss!

Senario 2:
Bila aku kenal dgn seorang perempuan dan tidak berhenti berharap yang dia tergolong dalam komuniti "straight until they're not". Dan bila dia dah tau aku ni baik hati dia pun suka la berkawan dgn aku. Masa ni aku nak sangat dia tau aku lesbian. Sbb apa? Sbb aku nak dia jatuh chenta dgn aku... muahaha! huhu..

Senario 3:
Apabila aku berjalan dgn partner aku dan ada la beberapa mat-yehyeh yg dok terpandang2 kat gelpren aku, cam ala2 nak ngorat la plak.. kalau perkara camni terjadi, mmg aku nakkkkkkkk sangat diorg tau aku ni senget, supaya aku boleh berkata kat diorg..."Kenapa? Tak percaya ke??"

Senario 4:
Bila aku tgh beratur panjang nak beli tiket wayang dan dari jarak 100meter lagi aku dah nampak yang penjual tiket wayang tu mmg sah2 senget. Masa tu kalau lah dia tau aku jugak senget, mungkin dia akan bagi aku potong Q dan lagi bagus dapat tiket free.

Senario 5:
Bila aku terserempak dgn selebriti yang diketahui/terlalu disyaki PLU. Paling2, kalau dia tau aku senget jugak, sure dia akan pandang aku dua kali lah! Macam apa yg pernah terjadi kat KLCC bila aku terserempak dgn ****.


Tapi dalam banyak2 senario tu ada jugak masanya bila aku taknakkkkkkkk org tau aku senget. Walaupun radar aku mengeluarkan radiasi terlebih. Masa taknak dilihat senget ini ialah apabila adik2, mak, abah dan sedara mara aku ada kat keliling aku. Time tu terusssssss jadik homofobik tanpa segan silu lagi.

Seperti biasa, ada ayat disclaimer.. ini semua pendapat aku, lain org lain pendapatnya. kalau semua dah sama pendapat, berebut gelpren la plak kita nanti.. kan kan?

June 28, 2005

bila cinta buta, tak mengenal jantina

Dosakah aku bila mencintaimu
Bila jalinan hati kini menderaku
Tapi haruskah diriku pasrah
Diriku mengalah


Memang cinta tiada bermata
Bisa ciptakan sedih juga bahagia
Aku kini terjerat kerananya
Susah lepaskan dia

Jalannya cinta nodai hati
Aku dicinta jalinan tiada pasti
Dan aku tak harus terkalahkan
Dan diriku terabaikan
Ku ikuti jalannya hati

Cahaya - Kris Dayanti

Lagi berumur lagi panas?!! yeahaha..

Semalam merupakan hari jem yang paling teruk pernah dihadapi dek sejarah aku balik bekerja di area TPM nih. Bayang2 je la, perjalanan balik dr opis aku ke umah yang biasanya mengambil masa 45minit bila jalan setakat jem besa2 tetiba semalam hampir 2 jam atas jalan baru sampai umah. Disebabkan ketensenan yang melampaui batas, kitorg pun berenti kat gerai jual deghoyan tepi jalan dan beli bbrp bijik. Niat di hati nak dok bersila kat tepi jalan tu je, tapi takut tgh sedap2 mkn, pungkok kena sambar lori. Karang sapa yang takdak pungkok? Akuuu jugak. kena guna stoma la plak nnt. heheDan amazingly lepas beli deghoyan tu, rasa stress pasal jem tu menjadi berkurangan dengan signifikan la jugak. Maka, moral kat sini ialah, kalu tensen2 jem teteruk, jgn makan roti, sebaliknya makanlah deghoyan...haha

OK la, abih la cerita deghoyan, tak abih2 aku ni pun. Ni aku nak tanya sket, sapa di antara korang ni yang rasa pompuan yang lebih berumur tu 'hot!', sila angkat tangan..
*angkat tangan secepat kilat*
Secara peribadi, aku mmg lebih berminat dgn perempuan yang lebih tua. lebih tua tu tak kisah la samada tua bertahun2 atapun hanya satu dua bulan sahaja. Janji lebih. Rasanya mmg bukan aku sorang je kot yg nampak pompuan tua ni hot. Tu nampaknya ada tagi dua tiga org yg angkat tangan tu. Dan ada jugak yg malu2 (pasal tgh dok kat cc), main angkat jari je. takpe ah tu, still boleh kira tuu.. heheh

Kenapa? Kenapa ada yg rasa pompuan tua lebih hot? Bagi aku mungkin kematangan yang ada. Ataupun karisma dan cara pembawaan diri. Dan selalunya orang yg dah berumur ni lebih berpengalaman, so... lebih byk pengalaman lah kan. Dan bila kita bercinta dgn org yg lebih tua, at least boleh la nampak cam dimanjakan la bila dok pi dedating kat memana. Walaupun pada hakikatnya di balik kelambu sapa manja dgn sapa tu, lantak korang la kan...

Kalu dok tgk TV (TV lagi!!!) mmg boleh nampak banyak la contoh pompuan2 berumur yang hot2 belaka. Sesapa yang pernah tgk The L Word sure la tau makcik 'Cherie Jaffe'. Alah mak aih.. mmg best sungguh tgk dia. Pasal tu jugak la akak Shane sampai tertambat dan susah nak lari.
Pastu ada video klip Maroon 5 - She will be loved, ada mengisahkan si penyanyi utama yg dok berrminat kat mak kepada gelprennya. Watak mak tu dilakonkan oleh Kelly Preston yang juga merupakan perempuan dah berumur yg masih hot. Aiyoh, itu jugak la penyebab aku suka dengo lagu tu.

Satu lagi, kalau ada sesapa yg pernah tgk cerita Flashdance dan The L Word (macam aku), musti la korang dapat bezakan perbezaan pada Jennifer Beals dulu dan sekarang. Dia berlakon cerita flashdance masa dia masih berumur 20 tahun. Dan dia berlakon The L Word bila dah berumur 41 tahun. Bandingkan
sket muka dia. Mmg masa The L Word tu nampak lebih gerrrr gerrrr. Time umo 20 tahun nampak macam bebudak naive je. Bila dah berumur plak, nampak cam ada ummph!! heh.. yo yo je aku nih.

Tapi taste semua org berbeza. Sapa nak lebih santan, cari la yang tua. Kalau nak lebih getah, kena la cari yg muda.. hehe.

DULU...

Image hosted by Photobucket.com

SEKARANG...
Image hosted by Photobucket.com

June 27, 2005

Aku mabuk AF??? Mungkin tidakk...

Heh, aku tulis lagi.
Nih, sebenonya sesaja je ni, tetiba teringat la plak kat Konsert Akademi Fantasia yang ke-4 haritu. Takk.... aku taknak la tulis pasal kes pengeluaran Idayu. Walaupun secara hampehnya pelajar yang buat persembahan macam Bedah atas tangga tu yg patut keluar, tapi nak buat camno kan... dah takde rezeki. Takpe, at least dapat gak Idayu duduk bawah dgn Elliza.

Aku rasa teori pengeluaran pelajar sebenarnya masih boleh disamakan dgn AF2.
Yang pertama keluar bermula dgn huruf 'E' - betul la tu, edlin dan elliza
yang kedua keluar bermula dgn huruf F - betul jugak, Fitri dgn Fuad
yang ketiga keluar pulak bukan yang bermula dgn huruf A, tapi merupakan pelajar yang paling rapat dgn pelajar yang pertama terkeluar.. - Masa AF2, Anding yang ke3 terkeluar pasal dia yang dilihat paling rapat dgn Edlin. Idayu pulak merupakan pelajar yang dilihat paling rapat dgn Elliza.. so, still boleh betul jugak la..

hahaha.. ni apa hal la plak aku tetiba masuk geng peminat AF nih!! hancusss rasanya diri ini..

Sebenarnya, motif utama aku tulis pasal AF ialah korang tgk tak Amy masa konsert tu? Dia merupakan pelajar pertama yg menyanyi, dan bawak lagu 'Bilang Saja'. wokeh, satu, dua, tiga, empat... lapan lagi...
Malam tu Amy arrramak tuan aih!! Kemain chantek lagi!!! Mmg boleh bergetar jiwa raga la jugak aku tgk dia. *puh, puh, lap peluh*
Dgn pakai low-cut jeans, dressing ala2 andro2 jelita, memang sungguh mengesankan. Dah berkali2 jugak aku tgk dia, takde la cun cam mlm haritu. Aku terpikir jugak.. apa yg cantik... rambut dia kah? ataupun kening dia? ataupun jugak kekompidenan dia menyampaikan lagu mlm tu. Tapi apa2pun, dia mmg cun mlm tu.

Image hosted by Photobucket.com

Hmmm.. nampaknya cam seluar dia lah yg menampakkan dia cun... ^_^;;

jalan jalan sampai pinsan

Hujung minggu ini menjadi satu hujung yg boleh la dikatakan hectic di dalam kehidupan kitorg berdua.
Hari Sabtu, kengkononnya boleh la nak bgn lambat, tapi dah seawal kol 8 aku dikenakan berada kat Putrajaya. Alkisah aku kena bertugas menerbangkan flyer kat PICC tuh. Ini semua gara2 Malaysian Job-Hunt la. Kemain ramai lagi la manusia yang memenuhkan PICC tu. Dan yang paling best sekali, ramai bebudak fresh grads la yg datang utk mencari kerja. Sodap sungguh la menjamu mata.. ahahaha..

Kebetulan plak partner aku dok ikut sekali. Apa lagi, dah kena ikut tu kompom la kena tolong aku kan. Akak2 opismate aku pun siap cakap kat dia lagi..'Ha chefD, ni dah datang ni habis la kau kena tolong..' Dia pun dgn relahati menolong la aku dan bekerja free utk kompeni yg aku keja nih. TImacih bbnyk la sayang, nasib baik laaa awak ada. Kesian buahati aku kena berdiri berjam2. Dgn poyonya PICC tu tak cukup kusi la plak... Takpe ah, nnt saya banjer awak mkn sushi ye.. hehe.

Tapi dah kata alang2 sampai ke putrajaya tu, tidak sah la kiranya kalu tak singgah ke Alamanda.. hehehe. W/pun takde benda sgt sebenonya kat situ, tapi seronok jugak pasal populasi penyinggah kat sana tak begitu ramai, jadi dapat la berjalan dengan setenang air di kali. Satu perkara yang boleh dikatakan best kat sana ialah fut-kot nya. Mknn sedap, banyak dan tak berapa mahal. Pulak tu dapat makan dgn buahati terchenta, bertambah sedap la jadiknya mknn tuh...

Tu cerita pasal hari Sabtu. Ni kita cerita plak pasal kesibukan hari Ahad. Hari Ahad plak kitorg berdua dok menemankan adik ChefD utk membeli barang2 persiapan untuk nak jadik pengantin. Seriau dan sakan sungguh kitorg bertiga merambu. Sampai tiga tempat pegi tuu... Putrajaya, Bangsar dan jugak Jln TAR, KL. Tapi Alhamdulillah la pasal byk dapat brgn yg good bargain gitu..

Hmmm... cerita pasal shopping2 nih, aku dgn partner aku sebenarnya takde la sakan sangat ska bershopping. Tapi kami boleh dikatakan sungguh leceh bila memilih barang. Terutamanya bebenda yg memaksa duit keluar bbnyk la. Pasal aku ni bukan lah boleh dikatakan seorang yang ber'uang'. Takat2 anak kucing je setakat nih. Jadi kitorg berdua ni sanggup lah merambu ke beberapa tempat semata2 utk mendapatkan good bargain. Kalau benda tu takde diskaun, kena pikir dua tiga lapan puluh kali sebelum beli.

Aku ada la jugak kenal dgn bbrp org budak pompuan yang menghabiskan beratus2 hengget setiap bulan untuk beli mekap. Ada jugak yang akan membeli baju baru setiap bulan. Bila ada apa2 event je, akan shopping utk beli tiga pat pasang baju baru yang hanya akan dipakai sekali je... Pada aku, benda cenggitu merugikan je, tapi kalau org lain suka buat macamtu, mmg bagus, at least dapat menyumbang pendapatan negara utk mengaut untung daripada mega2sale yg sokmo tak reti nak abih. huhu

Cuma kengkadang tu, seronok jugak la bila dapat menemankan awek2 yg sakan shopping nih. Dapat memberi pendapat, berkongsi pandangan dan secara tak langsung, dapat jadik promoter shopping kompleks yang berkenaan... Nak mintak aku tolong pun boleh, Tapi jadik tukang angkat beg boleh la, nak suruh aku bayar... Kena la keja jadik tukang masak aku. hahahaa...

June 23, 2005

umah baru, hari baru, entry lama..

Aiseh, rumah baru..
tgk atas sket,
tgk bawah.. tgk kiri dan kanan. eheheh.
biasa2kan ler masuk umah baru aku ni ye, yg masih belum disempat2kan dimekap lelebih. Dibawah ialah entry aku yg dah merumur dua hari tapi masih belum berjaya diupdate..

Berhari2 jugak la sebenonya aku tak masuk opis. kalu campo tolak hari sabtu dan ahad, ada la dalam empat hari tak bekerja. muehkehkeh.. Syiok betul tido kat umah. Ni dua hari lagi cuti balik semula.. yes lah. Mmg skrg ni tahap kemalasan aku pegi keja dah makin membuak2. Bila sampai opis je, tak sempat aku on pc, menderu2 org mencari aku. kena buat itu la, ini la.. Ini lah padahnya kalu jadik org suruhan. Kepada adik2 di luar sana, belajar lah rerajin, nanti beso leh jadik boss, takyah sesebuk kena buat keja utk org lain. huhu.. haruuuu.
Semalam, pun my beloved partner muahmuah yg tolong updatekan. Terharu jugak la kejap aku baca tulisan dia. Tetiba terasa betapa kerdilnya diri aku sebagai insan, dan betapa megahnya aku rasa bila berada di hati dia.. ecewah, jiwang lagik!!

Ok la, mari kita tegak ke titik.. (heh, straight to the point). Hari ni aku nak bermain dgn bahasa lagi. Hmm.. harus jugak la aku bukak kelas 'Berbahasa Gaya Sekapal'. Apa2pun, hari ni aku nak memperabih masa mentranslate lagu2 omputeh ke bahasa melayu. Tapi bukan la translation org bijak pandai, aku ni sijil translasi pun takde. Ini terjemahan tegak dari bahasa ke bahasa.. mari kita..

Goodbye to You (Michelle Branch)
Boleh Blah

Right Here Waiting (Richard Marx)
Di Kanan Sini Menanti

Hole in the Head (Sugababes)
Kepalaku Berlubang

Lucky (Britney Spears)
Selamat (er.. kalu nak seswaikan dgn nama pompuan, boleh tukar kepada Salamiah)

I'm Under Your Spell (Amber Benson)
Aku di bawah, Kau Mengeja

That Kind of Love (Alison Kraus)
Cinta yang gitu-gitu

I don't wanna miss a thing (Aerosmith)
Aku taknak rindu satu barang.


Huh, tu je la lagu2 yg aku jumpa. Kalu korang ada idea lagi, boleh la bagi lagi ye.
Hmm, sebenarnya bukan setakat lagu je kita boleh translate, banyak lagi perkataan2 omputeh yang boleh menjadi poyo kalu diterjemah ke bahasa melayu. Contohnya, aku haritu balik2 je dr keja, dapat satu katalog jualan murah kat dalam peti surat umah aku. Siap ada pertandingan lagi yang dinamakan sebagai 'Big Spender Contest'. Dan sebagaimana korang boleh agak la... aku pun dgn bangganya mentrenslet pertandingan tu sebagai 'Pertandingan Spender Besar'.

Mmg la boleh nampak cam lawak, tapi bayangkan org yg mmg tak tau maksud sebenar spender dalam konteks tu, tapi tau perkataan 'big' tu bermaksud besar. Boleh jadik insiden yang mengharukan tuh.. eheh.
eh jap, ada ke sesapa kat sini yg tak tau apa yg ommelayu maksudkan dgn spender???