August 6, 2010
Pre-Anniversary getaway Pt 1 - cari teh
Alkisahnya aku dgn boo cam pepening sbb anniversary kitorg jatuh dlm bulan pose. Bukan sebab kitorg nak buat kekeja lagha, tapi sbb kitorg nak pi mkn2 di siang hari, yg sah2 takleh dilakukan di time bulan Ramadhan al-mubarak.
Dan setelah Boo berjaya melarikan diri dari tugasan hariannya yang mengalahkan cikgu tadika, maka berjaya lah kami mengambik 2 hari cuti utk beronggeng2 di luar KL. Memula tu cam, mana la nak pi. Takkan balik2 Melaka je (sbb ada hotel murah), ataupun PD. Bosan heh PD. Tak byk spot amik gambo, dan takde pape mknn spesel pun. Pastu genting... huish, ai malas nak main, maklumla.. org tak adventurous. Ada jugak cadangan utk duduk di rumah je, dan buat pape yg patut dan tak patut, seperti melipat baju dan sebagainye.
Last2, memikirkan spot amik gambo yg byk, kitorg pun seawal kol 4 pagi besepakat ke Cameron Highland. Kol 5 pagi book bilik, kol 8.30 dah begerak ke tempat kejadian. Mmg macam cabut lari je kekdahnye. Tapi tu la, bila becinta dgn org yg dah masuk managerial line ni, mmg senang men cabut lari je, kalau di tahan2 kang, ada je masalah yg kena di settlekan... anak buah sakit la, kawen la, malas nak dtg keja la... huhu.
Anyways, time pegi tu aku naik lalu jalan Spg Pulai. Mmg jln cambest gak, tapi mak aih jauh. Dah la hotel kat tanah rata nun. Menggegel jugak la ai menekan2 brek semasa menuruni bukit tu. Bila sampai kat hotel, masuk2 je memang cantik hotel tu. Bersih, katil bersaiz super king, ada shower dan bath tub berasingan. Ada toilet yg ada hose. ahaha...
Tapi, utk price yg perlu di bayar, macam tak berapa berbaloi sbb takde complimentary mineral water, dan yg best sekali, takde air con!! Kipas pun takde.. maka pada waktu petang tu mmg aku agak stress sbb bilik cam stuffy. Tapi, time malam, hamik kau! Menggigil kesejukan. Beselubung bwh selimut jugak...
Ok, meh sini cerita aktiviti aku kat sana... Sesampainye kat sana, lepas check in sume, kitorg kebuluran dan bergerak mencari makan. Cari punye cari tpt makan kat Tanah Rata tu, yg ada byk kedai nasik kandar je. Lapar punye pasal, aku bedal nasik daun pisang, boo mkn beryani. Panas terus dada kat tpt yg dah tak berapa nak sejuk tu.
Lepas dah isi perut, Boo dah seawal2 naik kereta lagi bagitau yg dia nak aku bawak dia pi tpt yg ada byk pokok teh. Turun2 ke bawah tu, nmpk Bharat tea plantation, tapi hati semangat waja nak pi ke Boh plantation, dan gigih le aku mendrive terus turun ke bawah dan ke bawah mencari ladang teh boh...
Boo:
Rendah jugak tempat Boh ni. Biasanya teh rendah ni tak berapa sedap.
Aku:
Tapi i suka teh boh, I rasa macam sedap... Takkan rendah kot?? hmmm
Jalan punye jalan menuruni bukit, akhirnye smpi ke satu jalan kecik utk masuk ke dlm kawasan ladang.
Boo:
Tak nmpk pun ladangnye... Kecik je kot ladang dia.
Aku:
I baca artikel, Boh supply 70% teh di Malaysia... takkan la kecik.
Aku pun jadi curious jugak.. kecik sgt ke ladang boh nih... This cannot be. Ai suka itu teh!!
Pastu bila dah masuk ke jalan kecik tu, kitorg mula menaik. Tinggi, dan tinggi dan tinggi, dgn jln yg sempit, dan kena tekan hon kalau nak membelok.. baru aku dgn Boo tersenyap.. tinggi rupanye!! So mmg takde la alasan teh rendah tak sedap kan. haha.. Nasib baik aku bawak keta auto. Kalau manual... hadoi...
Pastu semakin kitorg menaik.. mula la pemandangan kami dipenuhi dgn pokok teh semata2... teh dan teh dan teh lagi dan lagi.. ha kau..!! Bila melihat keadaan di kiri kanan jalan tu, mmg sah la supplier utk 70%. Ni baru satu ladang... yg BOH tea plantations. Belum ladang2 kat tempat2 lain di Cameron tu. haih haih...
Ladang BOH ni hanya dibuka dr pagi sampai kol 430 petang sahaja. So, nasib baik la kami masih berkesempatan. Dr lorong ke ladang BOH tu, kitorg mendrive 6km utk sampai ke puncak.
Sampai ke puncak, (setelah berjenuh memutar stering) kitorg pegi tour ke dalam kilang selama 3 minit, dan seterusnye apa lagi, makan dan minum la. Aku yg fefeeling omputeh (harus la kan, sbb populasi omputeh kat atas tu lg ramai dr org Mesia...), minum teh dgn Scone. Boo seperti biasa, mesti nak yg perisa stroberi...
Lepas minum, selepas begambo sedikit sebanyak di celah2 pokok teh, sambil kengerian ditakuti kain dimasuki crawling insects, maka kami pun balik.
On the way balik, singgah plak kat kedai minum teh di ladang Bharat. Fuh, yg Bharat tu mmg lebih cantek dan lebih komersil kekdahnya. Dan seperti biasa, aku dgn boo minum jugak la teh kat situ kan. Kali ni kitorg order seteko kecil teh stroberi utk dua org.. Sambil nak bergumbira mengambil gambar, tetiba ujan la pulak.. aiyoh, kensel sesi bergambar di dalam ladang. Di tepian je la jawabnye...
Dah abis sesemua tu... dah petang pun kan, harus la balik ke bilik hotel, sebelum meneruskan sesi seterusnye.. iaitu makan steamboat yg letaknye di sebelah Hotel De la Ferns.
Steamboat kat situ katanya authentic highland steamboat. ntah tang mana authenticnye aku pun tatau. Bukan ke steamboat ada di mana2? ahahha... Tapi yg bestnye dgn RM23 sekepala, kitorg dpt ikan, sotong, ayam, udang, mihun, mi, sayo ijau, salad (bole iceberg tu depa buat steamboat...), cendawan dan bol2 yg belambak2.
Aku:
Byk ni boo.. leh abis ke?
Boo:
Boleh, kita mkn la pelan2.
Setelah makan dan makan bersama sup dia yg mmg maha sedap tu, last2 mmg tak mampu pun kami nak memperabis. Kalau la boleh ditapau, kan best. haih.
Oh ye.. aku cam nak letak gambo kat sini. Tapi tu kena tgk kamera. Sbb org kuat mkn ni, biasanya teringat utk amik gambo, apabila mknn dah tinggal separuh. Sangat tak feel kan? ahaha..
Ok, hari berikutnye, aku pi joourney mencari stroberi pula.. harap2 aku berdaya menyambung entry part 2. caiyok kapal!!!
July 5, 2010
The tongue in cheek message on work ethics
Harap harap tak de lah antara kiter ni ygt attitude keje (yg actuallnyer bermula daripada attitude diri sendiri) teruk sgt mcm haram. Bukannyer nak kena jadi pekerja contoh atau super employee ker apa, tapi at least tolonglah timbang rasa dgn org lain yg susah sbb korang korang yg teruk ni.
Dan sesungguhnya bumi ini bulat. Keja elok2 ye kengkawan. Jangan sampai menyusahkan orang lain! :)
July 2, 2010
Who am I?
Yes, I am a lesbian.
No, I am not a man, I am still female!
Aku teringat masa aku kecik2 dulu, masa zaman aku primitif, zaman jahiliah katanya. Aku memang suka perempuan. Dan dalam kejahilan itu, aku rasa, hanya lelaki yang boleh sukakan perempuan. So, secara tak langsung, aku terasa macam nak jadi lelaki, untuk memuaskan kehendak aku yang suka kan perempuan. Aku jalan cam gangster. Aku potong rambut pendek2. Aku malu dengan buah dada yang semakin bertumbuh dan tak mampu di sorok. Aku pakai seluar sepanjang masa, even aku suka pakai kain pelikat. Just to imitate men... in order to get women.
Tapi sekarang, bila mata dah banyak tengok dan baca macam2 benda, kepala otak pun dah terbuka, aku rasa... apa perlunya untuk aku menyerupai lelaki, semata-mata untuk mendapatkan perempuan yang aku idamkan? Sesungguhnya, dengan perwatakan dan susuk badan seperti perempuan, aku mampu memiliki cinta seorang perempuan lain (yang juga selesa dengan fizikal seorang perempuan), dan aku bahagia.
Kesimpulannya, konflik utama dalam diri aku ialah. Aku seorang perempuan yang sukakan perempuan. Kalau nak di label... aku seorang lesbian. Dan aku tetap seorang perempuan yang merelakan sifat fizikal keperempuanan aku teserlah, tanpa perlu di tutup oleh pakaian dan bengkung bagai.
Itu aku.
Kalau org yg peka dgn perkembangan LGBT, mesti at least korg tau apakebenda LGBT tu.
Lesbian - perempuan yg sukakan perempuan
Gay - lelaki yang sukakan lelaki
Bisexual - lelaki/perempuan yang sukakan kedua-dua jantina
Transgender - lelaki/perempuan yang mengalami konflik jantina
Dulu aku pernah kata, kalau kau perempuan, kau sukakan perempuan, then kau lesbian lah. Tapi sekarang ni aku terfikir balik... untuk seorang female yg trangender, yg tidak merasa dirinya belong dalam badan seorang perempuan... so, kalau dia tak pernah rasa dia perempuan, apatah lagi untuk merasa dirinya lesbian...
hmmm
Their initial conflict is clearly different from mine.
They argue about not being able to be a man. Which then leads to them loving woman.
I argued about not being able to love a woman. Which then leads to me acting somewhat mannish.
To a certain point, yes we are both homosexual, but we still have much differences especially conflict-wise. To me, I don't feel offended if people call me 'akak' atau 'perempuan'. But that might not be acceptable by a trans person. They even refuse to wear baju kurung, and wear baju melayu instead!!!
Jadi, lain kali, kalau ada orang tanya... who are you? Adakah anda mampu menerangkan siapa diri anda, dan apa konflik sebenar anda?
Apa2pun, kita semua LGBT tetap non-heterosexual, dan tetaplah juga kita berbangga menjadi orang yang 'senget'.
p/s: Thanks to boo for this enlightening pillow talk this morning.
June 25, 2010
pa wau ya wau - pi oo wai ooo -- poyo
Yang pertama: Tidak matang. Ini berasal dr video game Kirby yg comel itu. Poyo!Poyo!Poyo!! haha
Yang kedua: slang bagi org kaki kelentong, ataupun yg ntah apa2 (i.e. takde substance) dan macam bagus
Persoalannye sekarang, adakah anda poyo? Atau kawan2 anda poyo? Bagaimana mengesan org yg poyo.
Aku pernah sekali terserempak dgn sorang mamat ni. And selfishly I said he is poyo from top to bottom. Kenapa? Sebab...
- Dia pakai baju polo yg kolar terangkat
- Kuda kat baju Polo tu mak bapak punye besar, sampaikan gajah pun malu
- Jeans levi's style yg kocek londeh bayek punye. yg cam dua lapis tu. Aku nak terang pun tak reti
- Lepas tu kat bhgn kaki jeans tu dia lipat ke luar, menampakkan garisan merah yg kat tpt penyambung jeans tu. Tah apa tah istilah utk benda tu, aku mmg taktau, sbb aku mmg naif sket pasal jeans2 nih
- Oh.. belt. Kepala belt tu punye besar tulisan 'Timberland' yg memang boleh nampak dari Cyberjaya. Lagi besaaa dari belt Timberland yg aku beli kat Petaling Street dulu, yg dah koyak rabak skang
- Kasut... this is interesting... dgn gaya sebegituan rupa, mamat ni pakai Crocs yg berupa seperti selipar jepun, yg design tu cam aku tak pernah nmpk kat mana2 website Crocs sebelum ni. And I thought I know everything abt Crocs... liar!
Bila aku ckp kat Boo findings aku ni... dia cuma kata cam kata, "Laaa.. awk tau ke semua design Crocs?" Tapi bila aku cakap pasal saiz KUDA! dia gelak aje.
Memang bukan hak aku utk judge org tu, yg aku cuma jumpa masa aku beratur nak kuarkan duit kat bank. Ntah2 dia memang masuk pertandingan pakaian beragam, ataupun ada kawan dia 'dare' dia utk pakai acamtu. Ataupun dia cam tak berada sangat, tapi teringin nak pakai pakaian branded.
Tapi apa yg aku katakan kat sini, adalah first impression. Pertama kali nmpk terus rasa cam.. poyonye! Pastu kalau kenal, mungkin dia tak poyo kan.. mana lah tau.
First impression memang tak selalu betul. Tapi ada masanye betul. Dan siapalah aku nak kata org tu poyo, kalau aku sendiri tak konfem yg aku tak poyo, dan aku sndiri tak pasti makna perkataan poyo itu... kan.
Apa2pun, walaupun kehidupan kita dipenuhi manusia poyo, yg terasa cambest walaupun hakikatnye dia diketawakan oleh orang lain... yang penting, kita sendiri, sebagai manusia (tak kira la poyo atau tak), terima orang itu seadanya. Poyo atau tidak, hebat atau tidak.
Memang kita suka org yg ikhlas, tapi keikhlasan selalu disalaherti jugak. dan ramai je org yg tak ikhlas.
Akhir kata, apa pun yg aku cakap kat sini, bila aku pandang cermin, aku tetap nampak muka aku sendiri.
Dan, dengarkan lah... poyo!poyo!poyo!poyo!poyo! hahaha
June 24, 2010
Bersempena FIFA World Cup 2010
June 17, 2010
oh oh bee
...start with me...come with me...end with me...
3 years in the making... almost... and will be more
June 15, 2010
Hari ini aku puas.
Harap kamu tak leka. Harap kamu tak lalai. Harap kamu akan terus maju, dan buktikan diri kamu unggul.
Sesungguhnya, aku adalah insan yang paling berbangga dengan kamu.
Baby Boo... this proves that nothing goes to waste. Congratulations!
June 9, 2010
Bila nak buat benda tapape, sentiasa ada alasan...
Best kan kalau boleh pikir macam tu? Tak perlu pikir tanggungjawab dengan manusia lain. Yang penting, wa happy. Wa ley wat ape wa sukee!!
hehehe. jiwa kacau.
Yang paling bestest sekali tu, tiket yg digunakan utk berhubungan rambang tu yg aku cam tertarik utk kopek kat sini. Kenapa tiket senget? Apabila ada manusia2 macamtu. Yg dengan loud and proud mengaku diorg suka 'f' around. Yang berbangga apabila ramai pompuan boleh jatuh dalam ranjang diorg (ataupun diorg yg jatuh kat ranjang pompuan tu sbb diorg takde rumah yg decent pun... )
Dan sebab mereka ni loud and proud.. atau org utara kata 'hingaqq!', maka masyarakat umum akan nampak, golongan lesbian ni, memang jenis org takde tanggungjawab, dan jenis manusia yg tak pikir sangat pasal benda lain, selain daripada... berapa banyak gambar yg boleh di letak di wall of fame depa. Secara tak langsung, org2 camni, membuatkan ramai kengkawan senget aku, yg memang serius nak comitted dengan seorang perempuan sahaja, akan turut sama mendapat bahananye. Bak kata org tetua, seekor kerbau membawa lumpur, semua terpalit. Mmg hampeh betul kerbau2 itu.
Kalau nak pikir logik, memang la kaum2 senget ni akan di pandang takbest di mata masyarakat. Tapi harus ke menambahburukkan lagi keadaan?
The thing is, kalau memang korg jenis suka pasang banyak, berbilang pasangan, melakukan seks rambang, jangan gunakan tiket senget utk buat bebenda tu. Buat je.
Tapi maybe ada jugak yg jenis ingat macam nak berkomitmen, tapi effort tu sangat minimal. Masa nak cari gelpren, mau yg itu, mau yg ini, tamau yg gitu2, tamau yg gini2... sudahnye... tak sampai tiga bulan, abis. Sebabpe, atas sebab2 yg tidak diketahui umum, dan sebab2 yang tidak mahu diterimapakai oleh sang empunye badan...
Pastu... selang seminggu, eh.. ada yg baru la plak kan. haha...
Baca status fesbuk je dah boleh tahu.
Harini... 'Bibah is in a relationship with Munah'
Tiga bulan berikutnye...'Bibah is single'
Selang 5 hari selepas itu... 'Its Complicated'
Tambah lagi 2 hari... 'Bibah is in a relationship with Ropeah'
Selang sebulan... 'Bibah is married to Ropeah'
Selepas 2 bulan... 'Bibah is single'
begitulah seterusnye Bibah mengapdet status relationship di fesbuknye...
Rasanya aku nak suggest kat fesbuk lah... suruh tambah satu relationship lagi... iaitu, 'F*buddy'
So, selalu la boleh tuka2 status.
Harini... 'Bibah's F*buddy is Sepiah'
Tiga hari kemudian... 'Bibah's F*buddy is Maria Mariana'
dan lagi.. dan lagi.. dan lagi.
Sure seronok bibah leh selalu2 update status di fesbuknye!
Oh, kalau tetiba apa yg aku tulis ni tetiba menjadi karma dan balik kepada aku semula. ye, korg boleh ketawakan aku. Tapi macam la kita semua tak biasa meludah ke langit... kan?
June 3, 2010
Orang tamak selalu untung, dan kadang2 rugi.
Aku: Camna kalau orang tu, dah ada partner, tapi masih tegila2kan ex dia?
Dia: Ermm (kena pikir plak?) Tu maksudnye dia masih sayangkan dedua la.
Aku: (sedikit bengkek) Aik? As simple as that? Maksudnye org tu boleh berlaku curang dgn perasaan dia, atas alasan... masih sayangkan dedua. Tak adil!
Dia: Ler, kalau pun masih sayangkan dedua, tapi org tu kena la tau yg dia dah ditinggalkan. Kalau masih tegila2kan ex dia tu, sama la cam menjilat ludah sendiri.
Aku: (pun bengkek) Ohooo! Maksudnye, org yg kena tinggal ni sama la macam kena ludah? Gitu?
Dia: (sama bengkek) Awak ni mmg saiko! (dah taktau nak ckp apa la tu kan? haha)
---
I rest my case.
Anywhoo... aku rasa, bukan senang nak memulakan satu relationship, dan mengekalkan keharmonian dlm hubungan. Dan bukan senang juga nak keluar dari satu hubungan yang tak menjadi.
Ada orang bertahan sbb komuniti dah asek nmpk korg bekepit ke mana2, dan takmau nmpk bad di mata masyarakat (i.e. tarnished by divorce and separation). Tambahan pula dengan komitmen yang dah terlanjur dibuat bersama. Dah beli rumah sama2 la, ada supplement kredit kad la, utang itu, utang ini...
Ada yg bertahan atas alasan tak mampu tinggal sorang, dan lebih baik stay dlm mulut harimau, daripada keluar, dan takmau take chance utk masuk pulak dlm mulut naga (ye, mulut naga lebih haru sbb ada api2 bagai... kot).
The thing is, sometimes we need to be selfish, in order not to be selfish. Camna tu? Kalau dah tak suka, tinggalkan. Jgn dera org tu, jangan tutup peluang dia utk disayangi dengan lebih baik oleh insan lain.
Berpisah memang susah (ceh, cam pantun plak!)
Tapi mungkin ada banyak hikmah (pantun lagik!!)
Tapi lain pulak kisahnye si tamak. Dia nak sayang yg itu, dan sayang yg ini, dan sayang yang masih di awang2an.
Org tetua kata, org tamak selalu rugi, tapi in certain cases, rasanya org tamak memang selalu beruntung. Sbb dia dapat banyak dan maybe dapat semua yg dia nak.
Rugi tu mungkin la ada, tapi maybe di hujung2 kehidupannya, yg mungkin berlaku dalam hanya 2-3 tahun. So, kalau umur si tamak menjangkau 70 tahun... 18 tahun hidup dlm celibacy (sbb takde gelpren), 2 tahun terakhir kehidupan, dia ada rugi... bakinya... 50 tahun, hidup dlm keuntungan.
Jadi patut ke kita tamak, untuk mendapatkan apa yg kita nak?
Ni sama cam konsep 'maafkanlah kerna aku cinta kau dan dia' (dan dia, dan dia, dan monyet)
Will shiny car gets you far? w00t!
aanyway... walaupun paling utama ai laik Santana yg hottie de mottie itu, nyanyian Rachel Berry tetap menjadi pojaan hatiku. haha.. (dan boo plak suka Miss Corcoran, mak rachel berry. I think she got a thing for older ladies la.. ahahaha)
