Sekali lagi perbualan poyo aku dengan boo...
Aku: Camna kalau orang tu, dah ada partner, tapi masih tegila2kan ex dia?
Dia: Ermm (kena pikir plak?) Tu maksudnye dia masih sayangkan dedua la.
Aku: (sedikit bengkek) Aik? As simple as that? Maksudnye org tu boleh berlaku curang dgn perasaan dia, atas alasan... masih sayangkan dedua. Tak adil!
Dia: Ler, kalau pun masih sayangkan dedua, tapi org tu kena la tau yg dia dah ditinggalkan. Kalau masih tegila2kan ex dia tu, sama la cam menjilat ludah sendiri.
Aku: (pun bengkek) Ohooo! Maksudnye, org yg kena tinggal ni sama la macam kena ludah? Gitu?
Dia: (sama bengkek) Awak ni mmg saiko! (dah taktau nak ckp apa la tu kan? haha)
---
I rest my case.
Anywhoo... aku rasa, bukan senang nak memulakan satu relationship, dan mengekalkan keharmonian dlm hubungan. Dan bukan senang juga nak keluar dari satu hubungan yang tak menjadi.
Ada orang bertahan sbb komuniti dah asek nmpk korg bekepit ke mana2, dan takmau nmpk bad di mata masyarakat (i.e. tarnished by divorce and separation). Tambahan pula dengan komitmen yang dah terlanjur dibuat bersama. Dah beli rumah sama2 la, ada supplement kredit kad la, utang itu, utang ini...
Ada yg bertahan atas alasan tak mampu tinggal sorang, dan lebih baik stay dlm mulut harimau, daripada keluar, dan takmau take chance utk masuk pulak dlm mulut naga (ye, mulut naga lebih haru sbb ada api2 bagai... kot).
The thing is, sometimes we need to be selfish, in order not to be selfish. Camna tu? Kalau dah tak suka, tinggalkan. Jgn dera org tu, jangan tutup peluang dia utk disayangi dengan lebih baik oleh insan lain.
Berpisah memang susah (ceh, cam pantun plak!)
Tapi mungkin ada banyak hikmah (pantun lagik!!)
Tapi lain pulak kisahnye si tamak. Dia nak sayang yg itu, dan sayang yg ini, dan sayang yang masih di awang2an.
Org tetua kata, org tamak selalu rugi, tapi in certain cases, rasanya org tamak memang selalu beruntung. Sbb dia dapat banyak dan maybe dapat semua yg dia nak.
Rugi tu mungkin la ada, tapi maybe di hujung2 kehidupannya, yg mungkin berlaku dalam hanya 2-3 tahun. So, kalau umur si tamak menjangkau 70 tahun... 18 tahun hidup dlm celibacy (sbb takde gelpren), 2 tahun terakhir kehidupan, dia ada rugi... bakinya... 50 tahun, hidup dlm keuntungan.
Jadi patut ke kita tamak, untuk mendapatkan apa yg kita nak?
Ni sama cam konsep 'maafkanlah kerna aku cinta kau dan dia' (dan dia, dan dia, dan monyet)
3 comments:
ah, kalau monyet yang itu pun dia nak sayang jugak, dia memang sah tamak! *tiber
sir kapal,
sila bekalkan saya secebis nasihat.. bleh kan?
saya amat mencintai si dia.. dia hanya menganggap saya lebih dari kawan tp bukan sbg partner. means dia sayang tapi cinta tu tak sampai lagi. we've been together (like a couple) for almost a year now.
dia penah cakap there's something stop hers from loving me. she didnt go out and seeing anyone walaupun ramai yang tergila2 kan dia tu.. but she choose to stay and care for me (till this date)
what should i do sir-kapal? i cant help myself knowing the fact there's no commitment between us. but at the same time i dont her to stop treat me like this. how ya? how...
-with-hope-
sekapal, kalau dh peribahasa tu org tamak selalu rugi mmg akan rugi jg org tu walaupun pd awalnye dia untung...untung dlm keadaan yg terseksa emosi...
Post a Comment