Finally!!! Finally dia move in dgn aku secara official tanpa ada rumah kedua, ketiga dan keseterusnye. Punye la lama berkapel, sejak tahun 2007, tahun 2011 baru bebetul dok sama. (tapi sebelum ni barang je kat tpt lain, mana penah tido asing pun. ngehhehe).
Nak dijadikan cerita utk diceritakan kat blog ni, kes packing mempacking dah dimulakan sejak minggu yang lepas2 lagi. Pack sekotak, demi sekotak, demi sekotak. Nasib baik la kampeni aku ni keja main print2 atas ketas, maka byk la kotak2 ketas A4 yang kuning kemuning tu digunakan. Takyah menerabas cari kotak kat jusco, pegi ke kat printer room, dan punggah semua ketas dalam kotak. haha..
Sesi angkut mengangkut dimulakan pada tengah malam Ahad, naik Getz yg dah dimodify jadi pickup berbumbung. Hari ahad plak, sesi hangkut dengan lori. Tadi, aku dah nk separuh pengsan mengemas dan menyusun2 barang kat rumah. Bayangkan la... pindah ke rumah yang hampir fully furnished. Maka ada la belahan dedua utk barang2 seperti meja makan dan peti sejuk. huhu.
Cite2 pasal pindah ni, aku mmg dah serik pindah. Malassss.. Tak kose nak mengangkut2 barang kekdahnya. Setakat kehidupan aku kat KL/Selangor ni, aku dah pindah 4 kali kot. ampang-ampang-s.kembangan 1-s.kembangan 2-s.kembangan 3.
maksudnye, dah penah duduk lima umah.
perpindahan terakhir, dr umah ex aku ke umah yg aku duduk sekarang ni. Punya la byk reta benda aku, time pindah tu, sewa lori satu tan pun tak penuh. hahah... sewa lori sebab ada katil dan tilam. Kalau tak? hangkut naik keta je satu persatu. Jimat duit lori. ngahaha..
Bila boo berpindah dari rumah yg dia sewa dgn ex dia... cuba teka berapa tan lori yang dia sewa... 5 tan okeh!! Gile byk perabot!! Almari itu, almari ini, almari yg tu. Rak itu ini, katil itu ini. Haih... sendat. Terus penuh apartment yg dia duduk tu. Itu tak termasuk harta punah. Kalau campur dgn harta yg dah terpunah, maunye 5+1 tan dia sewa. hehe.
Pastu, bebarang dia dr umah sewa dia, ke umah aku, pun naik lori 5 tan jugak, tapi tak penuh la, sbb ada byk yg kena di let go... cian babyboo.
Skang ni, misi utk mensusun bebarang dlm kotak2 kekecik masuk ke dalam rak dan sarang masing2. Dan sepertinya macam kena beli sarang baru la plak. Terobang duit sampai ke Mutiara Damansara.
Apa2pun, walaupun penat, tapi aku happyyyy. Dia akhirnye dah move in. haha.. sabo je la entry ni.
No comments:
Post a Comment