kengkadang aku terpikir gak, skarang ni semua org membuka apa yg berlaku utk tontonan ramai. kat twitter, facebook.. blog toksah kira la kan... tapi still, kalau la ada org yg nk membaca. Kalau cam blog aku ni, tak ramai pembaca, so aku takyah tulis leklok sgt.. nguahaha..
Contohnya macam twitter... update2 seperti:
"Harini makan durian. yeay"
"Jem gile ok kat Federal Highway ni!"
"Esok pindah rumah"
"Time nak pindah rumah ni la plak sakit pinggang" (cam familiar kan twit ni. ngahaha)
Dan facebook status... lagi la cemacam kan, sebab takde limit perkataan. Org boleh update dari sependek2... "Yes!!!"
kepada status yg panjang seperti
"Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Donec sollicitudin scelerisque auctor. Morbi facilisis tristique laoreet. Nam ut sapien et neque tristique fermentum. Integer egestas tempor luctus. Phasellus massa ligula, dapibus eu aliquet eu, gravida et risus. Phasellus neque magna, bibendum non tristique ut, laoreet non erat. Quisque at est libero. Sed vestibulum metus purus, a pulvinar neque. Morbi consectetur vestibulum augue, eu rhoncus tellus semper vel. Nam eget lectus porttitor tellus adipiscing feugiat. Ut bibendum vehicula augue, nec ultrices ante mattis et. Proin porta, risus ut viverra semper, augue ipsum dignissim ligula, id posuere dui est ullamcorper libero. Etiam tortor enim, hendrerit nec accumsan in, pretium in nisi. Class aptent taciti sociosqu ad litora torquent per conubia nostra, per inceptos himenaeos. Nulla ultricies rhoncus imperdiet. Nullam fringilla, arcu eu lacinia molestie, dui purus adipiscing tellus, eu posuere mi magna suscipit urna. Vivamus quis odio elit. Pellentesque feugiat, ipsum vitae dignissim tempor, odio purus consectetur orci, id commodo purus lorem a odio."
Hamek kau, Lorem Ipsum terus.. huhuhu
Aku suka baca twitter sbb aku nk stalk celebrity, dan jugak kengkawan yg aku follow. At least tau la apa yg diorg tgh buat, walaupun aku tatau rupa org tu dah cemana skang ni.
Facebook status pulak biasanya lebih kepada agenda seseorang yg aku terima sebagai friend. Tau dia melancong ke obersi, mandi sungai, tengok wayang, tunjuk kecomelan anak sendiri, maupun menampal video Glee (aku la tu kan..)
Tapi kan, ada masanya leh jadi emo bila baca twit atau status org. Terutamanya yang seperti berikut:
Org yg hanya buat satu perkara sahaja dalam hidup:
harini dia tulis... "Yeay, harini makan durian!"
esoknye pulak... "Harini dapat makan nasik lauk ikan bilis"
lusanya... "Harini belum makan. Macam nak pi Ninja Joe mkn pork burger"
ok... semua org makan kot hari2. Maka, peringatan utk diri sendiri juga... pelbagaikan twit anda supaya org lain tau, keja korg bukannya makan semata2.
Org yg merasakan dia sorg je ada love life. piirah...
harini... "I love u @kakaebun"
esok... "@kakaebun, you made my day!"
lusa... "Misshu @kakaebun"
hari jumaaat.. "Yeay, happynye dapat buat sex! Thanks @kakaebun" *gile repressed wehh buat sex pun sampai kena bgtau org lain...*
apa ko ingat ko sorg je ada gelpren? Kalau dah hari2 nk tulis i lap yu kat twitter, baik la ko limitkan kepada seorang follower/friend sahaja
Org yg merasakan dia keja lebih kuat daripada biskut tiger...
esok... "Tak boleh tidur, bangun bekerja dari rumah, i love my company"
lusa... "4 more volumes to fix. Caiyok!"
tiga tahun akan datang... "mammmaaa... papppaaaa... aekr faebfeegrefjajd" *dah gile*
Org yg rasa org lain masih belum nampak kekayaan dia
esok... "I will never naik AirAsia, NEVER!!"
lusa... "My 125418th Louis Vuitton arrives today!"
lapanblas tahun akan datang... "Tahniah anakku kerana menjadi orang paling kaya di Taman Dato' Senu" *_*
Org yg rasa mencarut tu cool
esok... "Buuuu##@@!&#**&"
lusa... "Puuu%$#$#@^"
sekali tu, bila dah kenal2 baru korg tau rupanya dia ni ada masalah percakapan. tak mampu menuturkan kata2 carutan, pasrah la dgn menaip sahaja. Fahamilah mereka, duhai teman.
Org yg cari attention dgn meminta simpati
esok... "Aduh... terpotong jari masa siang ikan salmon tadi"
lusa... "Ye, saya tau saya bodoh, bangang, tempang, sawan. Tinggalkanlah saya. Terima kasih atas segalanya..."
lepas tu terus ko pun dapat komen sampai 875! kan?
Org yg obses dgn Lea Michele
harini: "RT @msleamichele ____"
esok: "RT @msleamichele ____"
lusa: "RT @msleamichele ____"
eeeeii jeles tau jeles!!!
kesimpulannya, tak org tak aku, update la status anda dengan berkesan... tapi at the end of the day, org lain tu (terutamanya aku) semua tau mengata je!! Apa ingat diorg tak buat? Buat jugak! Apdet je la sesuka hati korg. Yg tak suka, akan remove sesuka hati. Dan sebagai org yg sama membuat dan sama membaca ni, best gak tgk bebenda tapape berkali2.. hehe
over and out!
6 comments:
yang "Org yg rasa org lain masih belum nampak kekayaan dia" tu mmg kena la ngan member fb sorang ni. org laen dah tawaf duni x kecoh, dia yg baru g aussie n baru nk tgk dunia luar msia, asek update je la trip nk g mana, beli tiket dah ke belom, dah tukar duit berapa. almost setiap status mesti ada nilai wang lah. urgh~~!
haha betul at the end of the day update je ape kau suka, sapa tak suka boleh hide atau unfriend jer, tapi post kau memang klakor, bergema rumah kosong ni aku gelak
: hahahaha...menarik post neh..kekadang bila fikir, ye la...kelakar ek bila orang post jek..Ada sesetgh mmg nak show tah2 yang lain tak sedar pun telah mem-post topik berkaitan sentiasa...
Matey ler gelak sensorang..Great post.. -Darasunti-
hahahaha, gile poyo org2 seperti kategori diatas.. skrg berada di genting, ade shooting.. poyo nk mampuz, sape yg nk tau tu??? BORRING!
sekapal, aku ske gler post ko, bykkan lg cz aku nk glak guling2.. ;-)
hahaha... best post nie...
Post a Comment