So, kawan aku ni pun mengeluarkan la kata2 yg cam ada masanya pelik didengar oleh org yg berpikir seperti lawyer.
Ayat pertama dia.. dia kata... dia anti-crowd. Takmau tgk wayang time weekend. ramai org katanya. Fine...
Tapi, dalam masa yg sama, dia kata aku tak sporting sbb tamau join diorg. Dan diorg tu aku tak pasti la berapa ramai yg pi, yg pasti lebih dari 3 org. (bukan ke 3's a crowd) ngehehe..
errm... kengkadang aku merasakan 'anti-crowd' tu definisinya cam tak lari jauh dr 'tak sporting'. Sapa yg tak sporting? hahaha...
Anyway, mmg aku selama ni dgn bangganya mengaku aku anti-sosial. tapi sebenarnya, kalau dipikir2 balik, pada suatu masa dahulu, aku cam selalu gile kot berjejumpa dgn kengkawan sengetians. Samada di umah pakcik steven, kak kendu, maupun rumah yg dulu aku duduk tu.
Sebenarnya sejak keja malam ni lagi la aku tak byk masa nk bersosial berlebihan. Sabtu siang dan malam pakat main tdo2. Nak kuar ahad malam, ramai yg takmau atas alasan kena keja Isnin pagi. So, time limited pada siang hari Ahad.
Pehtu, bila dgn Boo ni, kitorg dedua saling bersama menyertai family event masing2 yg kekerapannya sebulan sekali. Satu minggu, kitorg balik kg aku kat Johor. Minggu seterusnya, aku plak ikut dia balik terengganu atau gathering kat area2 KL ni je. So, mmg sebulan ada 2 weekend je yg boleh di spend dgn kengkawan gitu.
Haih... dulu ke mana ada aktiviti makan2, jalan2, ada gak la muka aku. walaupun dulu aku tak se'sihat' sekarang (ok.. skang suka pakai baju ketats ye.. dulu ai selebet takde virgo yg dress kan.. haha)
Kengkadang terpikir gak, adakah aku dah tak happening (ok, dulu pun takde la happening, tapi something happened gak la..). Skang ni, nak make things happened pun ntah. yg jadi pun selalunya perkara2 yg tak di rancang. Macam.. mlm ni sms.. jom pegi. Esok tu terus pegi. haha.
Memang ada terasa... i miss my friends. Dan bila tak selalu melepak bersama sengetians lain, rasa cam dah tak best. Dah terkeluar dari clique.
tp pikir2 balik (oh my, itunes aku kuar lagu Rachel Berry, hit me baby one more time.. sexy la plak dia time ni... lea oh lea oh lea) eh, tetiba tertukar topik.
ok.. restart
pikir2 balik, clique adalah mereka yang memiliki banyak persamaan. Samada dari segi masa, geografi, hobi, akaun bank, IQ, nafsu makan, dan sebagainya.
Jadi, aku tak mampu memaksa diri aku semata2 utk memenuhi tuntutan bersosial. Tapi, itu tak bermakna bila terserempak aku akan buat2 tak nmpk.
I still treasure the friendship, and am honored to have friends who understood my limitations.
Thank you, everyone. Gathering sengetians nnt kita jumpa ye, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment