May 4, 2011

Jenis2 ex dalam berjenis2 perpisahan kaum sejenis

Tetiba byk plak idea nk menulis mlm ni. Petanda baik? Atau petanda aku yg penuh sarcasm telah kembali... huahaha..

Okay, hujung mggu lepas, aku dok tolong member aku pindah rumah. Takde la tolong byk pun sebenarnye, borak2 je yg lebih. Sbb terlebih borak tu la maka aku dapat idea ni. Aku dan idea, kengkadang mencipta sesuatu yang baik, dan kebanyakan masanya, tercetus sesuatu yang tak baik.

So, ini aku nak cerita pasal perpisahan. Sapa kata berpisah itu best? Mungkin utk org yg dibayar utk berpisah ataupun berpisah utk dapat bercinta dgn Dianna Agron, mungkin itu best la kot. haha..

Anyway, perpisahan utk org yg dah bersekedudukan, lagi leceh sbb ada kes pembahagian harta. Dan kita takde kitab faraidh yg boleh dirujuk utk pembahagian harta ni. Dan korg2 semua takde terpikir nak bikin pre-nup sblm bersekedudukan kan?

Dr segi pembahagian harta ni, sebenarnya kaedah dan cara pembahagian tu, tertakluk pada jenis2 ex kita tu. Kat sini aku nak pikir dgn lebih melampau tentang jenis2 ex bila tiba bab pembahagian harta...

1. Ex yg waras dan adil lagi saksama
Ex camni adalah yang paling beruntung la kalau dapat. Dia ni akan kira semua harta sepencarian, dan seterusnya membahagikan sama rata. Kiranya kalau korg sesama beli komputer, ko dapat CPU, dia dapat monitor... camtu la kekdahnya. Ataupun kira dgn nilai wang ringgit, dan kemudian bahagikan sama rata. Dua2 pihak hati gumbira... ke?

2. Ex yg emosi tahap tertinggi
Org camni biasanya adalah yg ditinggalkan. Bila clash je, ayat pertama dia ialah...
"Biarlah saya pergi membawa diri sehelai sepinggang. Anggaplah hubungan kita hanya sebuah mimpi ngeri yang tak pernah diingini".
Eh, cenggitu plak. Ex camni bukan sahaja emosi, malahan juga bangang tak bertepi. Dah dia takmau segala harta sepencarian tu... ko hamek je la kan. hahaha... sapa yg untung, akakk jugak. Tapi jangan terkejut la pulak bila tetiba korg leh nmpk muka korg ditampal di stevens corner, blog, tumblr dan di tag sebagai #perosakwanita. itu tak termasuk lagi kes jaja cerita dlm facebook. hahaha...
Janji, segala rete mende korg dapat. hihi

3. Ex saiko pati ikan haruan
Ini worang biasanya set2 yg kena tinggal. Tak puas hati punya pasal, semua harta dia sita. Kunci dalam bilik stor, pastu telan kunci. kehebatan mereka melampaui kehebatan pati ikan haruan.
Kalau ikutkan dia ni, sorg pun takleh dapat harta sepencarian. hahah... puas hati? dia la puas hati. Kalau tak telan kunci pun, dia akan bakor reta benda yg menyakitkan hati dia. Walaupun sah2 la rete tu mmg hak milik korang yg korg bawak dari umah mak bapak korang!
Kiranya, dia rasa sbb korg tinggalkan dia... "this is the price that you have to payyyy for my painnnnn!!!!!" walaupun pada hakikatnye, dia tu yg pain in the ass.
So, sesapa yg ada ex saiko ni, toksah la berangan nak kumpol balik reta2 korg, apatah lagi reta sepencarian. Korg cari pun dah tak jumpa dah reta tu. haha. Maka, kalau ex korg saiko, korg leh la tergolong dlm ex golongan ke-4

4. Ex set2 pasrah
Diorg ni biasanya yg jenis lemah lembut, ataupun yg jenis malas nk layan. Set2 yg mengelakkan kontroversi.
Ko nak amik? Ko amik. Ko nak bagi aku? Aku amik. Ko nak bakor? Aku lari sebelum kena bakor. Bebenda camni je. Senang kalau korg dapat ex camni, sbb apa pun korg buat. Dia pedulik hape.
Kalau korg ada ex yg macamni, dan korg jenis ex no 5 (yg akan ditulis di bawah), maka semuanya akan jadi seimbang

5. Ex takde tong sampah
Ini ex yg paling best. Bila dah kena tinggal, dia buat2 lupa kat mana dia letak tong sampah. Maka sapa yg jadi tong sampah? Korg le. haha
Jgn tekejut kalau diorg dah siap2 tolong asing2kan barang. Kalau ada 4 bijik bantal kat rumah, korg dapat la bantal yang tebalnya 1mm, dan penuh dengan peta kenangan tempat2 yg korg pernah lawat bersama. Kalau ada 3 bijik kipas angin, bersedia la utk korg dapat kipas yg dah kena ikat dengan tali. Kalau ada beberapa set pinggan mangkuk, korg dapat la jenis yg made in Indonesia, sedangkan dia amik yg Corelle.
Diorg ni sanggup begaduh dan mengeluarkan hujah2 yg jitu demi utk membolehkan sampah diserahkan kepada yg berhak (iaitu korg le)
So, kalau korg ex yg jenis pasrah, maka korg boleh la upgrade sket title drpd ex pasrah kepada ex yg bangang. sbb sanggup jadi tempat pembuangan sampah.
Kalau korg plak jenis ex yg saiko... jadi la ia tempat pembakaran sampah. Bakor aje!


So, bottom line is. Perpisahan memeritkan, begitu juga bila mengetahui korg salah seorang dari jenis2 yg aku listkan kat atas. Kalau ada yg terasa, maksudnya... deria rasa korg masih lagi berkesan, Alhamdulillah.

At the end of the day, I have myself to blameeeee!!!

4 comments:

chenta said...

tapi kalau harta sepencarian adalah sebuah rumah..mcmane tu?heheh

Pencari Hati said...

sekapal: kalau ex yang duk cari kiter balik bila dalam kesusahan camno tue

Anonymous said...

ex set2 pasrah: mls nk layan,mls nk pk.yg sudah tu sudah katanya.x koser nk terhegeh2.x yah pk harta bende.x yah nk packing itu ini.sehelai sepinggang bwk diri.maruah je lipat simpan baik2.soo true kapal..hv a bless future ahead my friend :)

Anonymous said...

sokong komen atas, no. 4, pasrah n redha.. ko amekla ape yg ada 2, tpi aku amek balek cinta aku yg aku bg ko dulu.. adilkan?? hahaha..