May 25, 2011

tetibe...

kenapa semua fanfic yg aku baca, semua nak 'wait for the right time' sblm sampai ke situ.

repressed tautak! repressed!!

nyampah betul.

Tapi kan, kalau aku yg tulis fanfic tu, pun akan jadi sama gak la. Kengkonon cliffhanger, saje nak mendera pembaca.

Ni tgk skang ni, aku yg terdera.

eh cop... kalau aku yg tulis fanfic, biasanya takde pun sexy times yg sampai ke tahap melakukan hubungan sex. sbb aku malu nak tulis...

hahaha... tulis malu konon. baca sama bikin tada malu ka? cheit

May 17, 2011

pindah rumah lagi? semoga betahun2 lagi la br pindah lagi

woot woot... terasa semua ototku kekar hasil mengangkat barang berkotak2 dr umah sewa boo, utk masuk ke umah aku.

Finally!!! Finally dia move in dgn aku secara official tanpa ada rumah kedua, ketiga dan keseterusnye. Punye la lama berkapel, sejak tahun 2007, tahun 2011 baru bebetul dok sama. (tapi sebelum ni barang je kat tpt lain, mana penah tido asing pun. ngehhehe).

Nak dijadikan cerita utk diceritakan kat blog ni, kes packing mempacking dah dimulakan sejak minggu yang lepas2 lagi. Pack sekotak, demi sekotak, demi sekotak. Nasib baik la kampeni aku ni keja main print2 atas ketas, maka byk la kotak2 ketas A4 yang kuning kemuning tu digunakan. Takyah menerabas cari kotak kat jusco, pegi ke kat printer room, dan punggah semua ketas dalam kotak. haha..

Sesi angkut mengangkut dimulakan pada tengah malam Ahad, naik Getz yg dah dimodify jadi pickup berbumbung. Hari ahad plak, sesi hangkut dengan lori. Tadi, aku dah nk separuh pengsan mengemas dan menyusun2 barang kat rumah. Bayangkan la... pindah ke rumah yang hampir fully furnished. Maka ada la belahan dedua utk barang2 seperti meja makan dan peti sejuk. huhu.

Cite2 pasal pindah ni, aku mmg dah serik pindah. Malassss.. Tak kose nak mengangkut2 barang kekdahnya. Setakat kehidupan aku kat KL/Selangor ni, aku dah pindah 4 kali kot. ampang-ampang-s.kembangan 1-s.kembangan 2-s.kembangan 3.

maksudnye, dah penah duduk lima umah.

perpindahan terakhir, dr umah ex aku ke umah yg aku duduk sekarang ni. Punya la byk reta benda aku, time pindah tu, sewa lori satu tan pun tak penuh. hahah... sewa lori sebab ada katil dan tilam. Kalau tak? hangkut naik keta je satu persatu. Jimat duit lori. ngahaha..

Bila boo berpindah dari rumah yg dia sewa dgn ex dia... cuba teka berapa tan lori yang dia sewa... 5 tan okeh!! Gile byk perabot!! Almari itu, almari ini, almari yg tu. Rak itu ini, katil itu ini. Haih... sendat. Terus penuh apartment yg dia duduk tu. Itu tak termasuk harta punah. Kalau campur dgn harta yg dah terpunah, maunye 5+1 tan dia sewa. hehe.

Pastu, bebarang dia dr umah sewa dia, ke umah aku, pun naik lori 5 tan jugak, tapi tak penuh la, sbb ada byk yg kena di let go... cian babyboo.

Skang ni, misi utk mensusun bebarang dlm kotak2 kekecik masuk ke dalam rak dan sarang masing2. Dan sepertinya macam kena beli sarang baru la plak. Terobang duit sampai ke Mutiara Damansara.

Apa2pun, walaupun penat, tapi aku happyyyy. Dia akhirnye dah move in. haha.. sabo je la entry ni.

May 7, 2011

Google chrome, siapa aku sebenonye?

Bila bukak Sengetians, google chrome kata dia dalam bahasa Melayu



Tapi kenapa blog aku Indonesian?? apekah?

apdet status FB, twit di twitter, drooling di tumblr...

Sekarang ni kawan baik aku bernama tumblr. Sbb aku dapat banyak gif, banyak comic strip, banyak banyak banyak gile reference pasal bebenda yg aku ship. Achele, Faberry, Emily, Spencer, Naya.... sume ada. Gumbira...!

kengkadang aku terpikir gak, skarang ni semua org membuka apa yg berlaku utk tontonan ramai. kat twitter, facebook.. blog toksah kira la kan... tapi still, kalau la ada org yg nk membaca. Kalau cam blog aku ni, tak ramai pembaca, so aku takyah tulis leklok sgt.. nguahaha..

Contohnya macam twitter... update2 seperti:
"Harini makan durian. yeay"
"Jem gile ok kat Federal Highway ni!"
"Esok pindah rumah"
"Time nak pindah rumah ni la plak sakit pinggang" (cam familiar kan twit ni. ngahaha)

Dan facebook status... lagi la cemacam kan, sebab takde limit perkataan. Org boleh update dari sependek2... "Yes!!!"
kepada status yg panjang seperti
"Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Donec sollicitudin scelerisque auctor. Morbi facilisis tristique laoreet. Nam ut sapien et neque tristique fermentum. Integer egestas tempor luctus. Phasellus massa ligula, dapibus eu aliquet eu, gravida et risus. Phasellus neque magna, bibendum non tristique ut, laoreet non erat. Quisque at est libero. Sed vestibulum metus purus, a pulvinar neque. Morbi consectetur vestibulum augue, eu rhoncus tellus semper vel. Nam eget lectus porttitor tellus adipiscing feugiat. Ut bibendum vehicula augue, nec ultrices ante mattis et. Proin porta, risus ut viverra semper, augue ipsum dignissim ligula, id posuere dui est ullamcorper libero. Etiam tortor enim, hendrerit nec accumsan in, pretium in nisi. Class aptent taciti sociosqu ad litora torquent per conubia nostra, per inceptos himenaeos. Nulla ultricies rhoncus imperdiet. Nullam fringilla, arcu eu lacinia molestie, dui purus adipiscing tellus, eu posuere mi magna suscipit urna. Vivamus quis odio elit. Pellentesque feugiat, ipsum vitae dignissim tempor, odio purus consectetur orci, id commodo purus lorem a odio."

Hamek kau, Lorem Ipsum terus.. huhuhu

Aku suka baca twitter sbb aku nk stalk celebrity, dan jugak kengkawan yg aku follow. At least tau la apa yg diorg tgh buat, walaupun aku tatau rupa org tu dah cemana skang ni.

Facebook status pulak biasanya lebih kepada agenda seseorang yg aku terima sebagai friend. Tau dia melancong ke obersi, mandi sungai, tengok wayang, tunjuk kecomelan anak sendiri, maupun menampal video Glee (aku la tu kan..)

Tapi kan, ada masanya leh jadi emo bila baca twit atau status org. Terutamanya yang seperti berikut:

Org yg hanya buat satu perkara sahaja dalam hidup:
harini dia tulis... "Yeay, harini makan durian!"
esoknye pulak... "Harini dapat makan nasik lauk ikan bilis"
lusanya... "Harini belum makan. Macam nak pi Ninja Joe mkn pork burger"

ok... semua org makan kot hari2. Maka, peringatan utk diri sendiri juga... pelbagaikan twit anda supaya org lain tau, keja korg bukannya makan semata2.

Org yg merasakan dia sorg je ada love life. piirah...
harini... "I love u @kakaebun"
esok... "@kakaebun, you made my day!"
lusa... "Misshu @kakaebun"
hari jumaaat.. "Yeay, happynye dapat buat sex! Thanks @kakaebun" *gile repressed wehh buat sex pun sampai kena bgtau org lain...*

apa ko ingat ko sorg je ada gelpren? Kalau dah hari2 nk tulis i lap yu kat twitter, baik la ko limitkan kepada seorang follower/friend sahaja

Org yg merasakan dia keja lebih kuat daripada biskut tiger...
harini... "Bekerja 18 jam harini, perlu tidur..."
esok... "Tak boleh tidur, bangun bekerja dari rumah, i love my company"
lusa... "4 more volumes to fix. Caiyok!"
tiga tahun akan datang... "mammmaaa... papppaaaa... aekr faebfeegrefjajd" *dah gile*


Org yg rasa org lain masih belum nampak kekayaan dia
harini... "Yes, confirm booking flight ke Spain bulan 3."
esok... "I will never naik AirAsia, NEVER!!"
lusa... "My 125418th Louis Vuitton arrives today!"
lapanblas tahun akan datang... "Tahniah anakku kerana menjadi orang paling kaya di Taman Dato' Senu" *_*


Org yg rasa mencarut tu cool
harini... "baaa#*&*^%."
esok... "Buuuu##@@!&#**&"
lusa... "Puuu%$#$#@^"

sekali tu, bila dah kenal2 baru korg tau rupanya dia ni ada masalah percakapan. tak mampu menuturkan kata2 carutan, pasrah la dgn menaip sahaja. Fahamilah mereka, duhai teman.

Org yg cari attention dgn meminta simpati
harini... "Aduh... gastrik. Takde sapa kat rumah, sapa nak bawak pegi klinik ni?"
esok... "Aduh... terpotong jari masa siang ikan salmon tadi"
lusa... "Ye, saya tau saya bodoh, bangang, tempang, sawan. Tinggalkanlah saya. Terima kasih atas segalanya..."

lepas tu terus ko pun dapat komen sampai 875! kan?


Org yg obses dgn Lea Michele
harini: "RT @msleamichele ____"
esok: "RT @msleamichele ____"
lusa: "RT @msleamichele ____"

eeeeii jeles tau jeles!!!


kesimpulannya, tak org tak aku, update la status anda dengan berkesan... tapi at the end of the day, org lain tu (terutamanya aku) semua tau mengata je!! Apa ingat diorg tak buat? Buat jugak! Apdet je la sesuka hati korg. Yg tak suka, akan remove sesuka hati. Dan sebagai org yg sama membuat dan sama membaca ni, best gak tgk bebenda tapape berkali2.. hehe

over and out!

May 4, 2011

Jenis2 ex dalam berjenis2 perpisahan kaum sejenis

Tetiba byk plak idea nk menulis mlm ni. Petanda baik? Atau petanda aku yg penuh sarcasm telah kembali... huahaha..

Okay, hujung mggu lepas, aku dok tolong member aku pindah rumah. Takde la tolong byk pun sebenarnye, borak2 je yg lebih. Sbb terlebih borak tu la maka aku dapat idea ni. Aku dan idea, kengkadang mencipta sesuatu yang baik, dan kebanyakan masanya, tercetus sesuatu yang tak baik.

So, ini aku nak cerita pasal perpisahan. Sapa kata berpisah itu best? Mungkin utk org yg dibayar utk berpisah ataupun berpisah utk dapat bercinta dgn Dianna Agron, mungkin itu best la kot. haha..

Anyway, perpisahan utk org yg dah bersekedudukan, lagi leceh sbb ada kes pembahagian harta. Dan kita takde kitab faraidh yg boleh dirujuk utk pembahagian harta ni. Dan korg2 semua takde terpikir nak bikin pre-nup sblm bersekedudukan kan?

Dr segi pembahagian harta ni, sebenarnya kaedah dan cara pembahagian tu, tertakluk pada jenis2 ex kita tu. Kat sini aku nak pikir dgn lebih melampau tentang jenis2 ex bila tiba bab pembahagian harta...

1. Ex yg waras dan adil lagi saksama
Ex camni adalah yang paling beruntung la kalau dapat. Dia ni akan kira semua harta sepencarian, dan seterusnya membahagikan sama rata. Kiranya kalau korg sesama beli komputer, ko dapat CPU, dia dapat monitor... camtu la kekdahnya. Ataupun kira dgn nilai wang ringgit, dan kemudian bahagikan sama rata. Dua2 pihak hati gumbira... ke?

2. Ex yg emosi tahap tertinggi
Org camni biasanya adalah yg ditinggalkan. Bila clash je, ayat pertama dia ialah...
"Biarlah saya pergi membawa diri sehelai sepinggang. Anggaplah hubungan kita hanya sebuah mimpi ngeri yang tak pernah diingini".
Eh, cenggitu plak. Ex camni bukan sahaja emosi, malahan juga bangang tak bertepi. Dah dia takmau segala harta sepencarian tu... ko hamek je la kan. hahaha... sapa yg untung, akakk jugak. Tapi jangan terkejut la pulak bila tetiba korg leh nmpk muka korg ditampal di stevens corner, blog, tumblr dan di tag sebagai #perosakwanita. itu tak termasuk lagi kes jaja cerita dlm facebook. hahaha...
Janji, segala rete mende korg dapat. hihi

3. Ex saiko pati ikan haruan
Ini worang biasanya set2 yg kena tinggal. Tak puas hati punya pasal, semua harta dia sita. Kunci dalam bilik stor, pastu telan kunci. kehebatan mereka melampaui kehebatan pati ikan haruan.
Kalau ikutkan dia ni, sorg pun takleh dapat harta sepencarian. hahah... puas hati? dia la puas hati. Kalau tak telan kunci pun, dia akan bakor reta benda yg menyakitkan hati dia. Walaupun sah2 la rete tu mmg hak milik korang yg korg bawak dari umah mak bapak korang!
Kiranya, dia rasa sbb korg tinggalkan dia... "this is the price that you have to payyyy for my painnnnn!!!!!" walaupun pada hakikatnye, dia tu yg pain in the ass.
So, sesapa yg ada ex saiko ni, toksah la berangan nak kumpol balik reta2 korg, apatah lagi reta sepencarian. Korg cari pun dah tak jumpa dah reta tu. haha. Maka, kalau ex korg saiko, korg leh la tergolong dlm ex golongan ke-4

4. Ex set2 pasrah
Diorg ni biasanya yg jenis lemah lembut, ataupun yg jenis malas nk layan. Set2 yg mengelakkan kontroversi.
Ko nak amik? Ko amik. Ko nak bagi aku? Aku amik. Ko nak bakor? Aku lari sebelum kena bakor. Bebenda camni je. Senang kalau korg dapat ex camni, sbb apa pun korg buat. Dia pedulik hape.
Kalau korg ada ex yg macamni, dan korg jenis ex no 5 (yg akan ditulis di bawah), maka semuanya akan jadi seimbang

5. Ex takde tong sampah
Ini ex yg paling best. Bila dah kena tinggal, dia buat2 lupa kat mana dia letak tong sampah. Maka sapa yg jadi tong sampah? Korg le. haha
Jgn tekejut kalau diorg dah siap2 tolong asing2kan barang. Kalau ada 4 bijik bantal kat rumah, korg dapat la bantal yang tebalnya 1mm, dan penuh dengan peta kenangan tempat2 yg korg pernah lawat bersama. Kalau ada 3 bijik kipas angin, bersedia la utk korg dapat kipas yg dah kena ikat dengan tali. Kalau ada beberapa set pinggan mangkuk, korg dapat la jenis yg made in Indonesia, sedangkan dia amik yg Corelle.
Diorg ni sanggup begaduh dan mengeluarkan hujah2 yg jitu demi utk membolehkan sampah diserahkan kepada yg berhak (iaitu korg le)
So, kalau korg ex yg jenis pasrah, maka korg boleh la upgrade sket title drpd ex pasrah kepada ex yg bangang. sbb sanggup jadi tempat pembuangan sampah.
Kalau korg plak jenis ex yg saiko... jadi la ia tempat pembakaran sampah. Bakor aje!


So, bottom line is. Perpisahan memeritkan, begitu juga bila mengetahui korg salah seorang dari jenis2 yg aku listkan kat atas. Kalau ada yg terasa, maksudnya... deria rasa korg masih lagi berkesan, Alhamdulillah.

At the end of the day, I have myself to blameeeee!!!

Anti-crowd

Haritu ada opismate aku ajak aku dgn Boo pegi tgk wayang. Dan nasib tak baik la masa tu aku terasa sangat2 anti sosial, iaitu, malas gile nak pegi menonton beramai2. Maka respons aku ialah... aku nk tgk ujung mggu, sbb nak guna kupon tgk wayang buy 1 free 1, yg valid time weekend je (menarik tak? haha)

So, kawan aku ni pun mengeluarkan la kata2 yg cam ada masanya pelik didengar oleh org yg berpikir seperti lawyer.

Ayat pertama dia.. dia kata... dia anti-crowd. Takmau tgk wayang time weekend. ramai org katanya. Fine...
Tapi, dalam masa yg sama, dia kata aku tak sporting sbb tamau join diorg. Dan diorg tu aku tak pasti la berapa ramai yg pi, yg pasti lebih dari 3 org. (bukan ke 3's a crowd) ngehehe..

errm... kengkadang aku merasakan 'anti-crowd' tu definisinya cam tak lari jauh dr 'tak sporting'. Sapa yg tak sporting? hahaha...

Anyway, mmg aku selama ni dgn bangganya mengaku aku anti-sosial. tapi sebenarnya, kalau dipikir2 balik, pada suatu masa dahulu, aku cam selalu gile kot berjejumpa dgn kengkawan sengetians. Samada di umah pakcik steven, kak kendu, maupun rumah yg dulu aku duduk tu.

Sebenarnya sejak keja malam ni lagi la aku tak byk masa nk bersosial berlebihan. Sabtu siang dan malam pakat main tdo2. Nak kuar ahad malam, ramai yg takmau atas alasan kena keja Isnin pagi. So, time limited pada siang hari Ahad.

Pehtu, bila dgn Boo ni, kitorg dedua saling bersama menyertai family event masing2 yg kekerapannya sebulan sekali. Satu minggu, kitorg balik kg aku kat Johor. Minggu seterusnya, aku plak ikut dia balik terengganu atau gathering kat area2 KL ni je. So, mmg sebulan ada 2 weekend je yg boleh di spend dgn kengkawan gitu.

Haih... dulu ke mana ada aktiviti makan2, jalan2, ada gak la muka aku. walaupun dulu aku tak se'sihat' sekarang (ok.. skang suka pakai baju ketats ye.. dulu ai selebet takde virgo yg dress kan.. haha)

Kengkadang terpikir gak, adakah aku dah tak happening (ok, dulu pun takde la happening, tapi something happened gak la..). Skang ni, nak make things happened pun ntah. yg jadi pun selalunya perkara2 yg tak di rancang. Macam.. mlm ni sms.. jom pegi. Esok tu terus pegi. haha.

Memang ada terasa... i miss my friends. Dan bila tak selalu melepak bersama sengetians lain, rasa cam dah tak best. Dah terkeluar dari clique.

tp pikir2 balik (oh my, itunes aku kuar lagu Rachel Berry, hit me baby one more time.. sexy la plak dia time ni... lea oh lea oh lea) eh, tetiba tertukar topik.

ok.. restart

pikir2 balik, clique adalah mereka yang memiliki banyak persamaan. Samada dari segi masa, geografi, hobi, akaun bank, IQ, nafsu makan, dan sebagainya.

Jadi, aku tak mampu memaksa diri aku semata2 utk memenuhi tuntutan bersosial. Tapi, itu tak bermakna bila terserempak aku akan buat2 tak nmpk.

I still treasure the friendship, and am honored to have friends who understood my limitations.

Thank you, everyone. Gathering sengetians nnt kita jumpa ye, InsyaAllah.