April 25, 2009

Aku yg membujang beberapa bulan.

Aiyah.. motif mengexpose status skang ni? heheh...



Boo dah pun selamat mendarat kat Chicago awal2 pagi tadi. Timakasih Hotlink, kerana membekalkan automatic roaming kepada pelanggan2 mereka. Dan timakasih jugak di atas kadar rendah IDD untuk menge-call land line di US, hanya RM0.20 sahaja. Haha.. lebih murah daripada aku tipon org2 kat melesia nih.



So, sapa kata bercinta jarak jauh ni membazir sesangat? Takda la jugak kalau masing2 sanggup bertahan dengan perlakuan cinta secara virtual. Pelok ceom virtual, dan tah pape2 pun virtual jugak. Dan takde sapa kata perlakuan secara virtual ni tidak menggembirakan. Boleh je dapat apa yg patut didapati. hehehe..



oh yeah... timakasih jugak diucapkan kepada Telekom Malaysia di atas dua perkara.



Satu sebab memberikan perkhidmatan internet kepada rakyat malaysia. Walaupun servis boleh tahan jugak takbest. Tapi at least ada la jugak yg boleh digunakan. Kalau takde intenet... haru beb! Haru!! Macamana nak langsaikan perlakuan virtual? huh.. tak abeh2.



Satu sebab lagi ialah dengan adanye italk buddy. Application yg dulunye membolehkan aku mengecall melesia dari US dgn kadar 15 sen seminit. Dan skang ni, italk buddy ada, aku boleh call US dgn kadar 5 sen seminit!!

Gile kan? Call dalam melesia sendiri jauh lagi mahal. hehe... Tak patriotik langsung. haha.. tapi utk keadaan2 sekali sekala macam aku ni, ai oke je. Lagipun, maybe call sesama malaysia tak mahal sbb boleh jumpa selalu. Skang ni, aku kalau nak jumpa dgn boo dalam masa terdekat ni.. kalau takde namribu jangan harap le.

oke.. skang tukar mood jiwang plak...

Smlm, first day dia pergi.
Masa hantar dia, aku tak nangis pun. Walaupun dua tiga org mengusik aku dan menghulor tisu suruh aku nangis. But no... aku kuat je, dan terus pegi opis.. buat keja macam biasa (i.e. dalam keadaan malas!)

Pagi tu, aku balik dr opis, terus pegi Alamanda. Cari barang sket utk wedding adik aku. Sampai2 je kafu tak bukak lagi, so lepak2 dulu layan jiwang, tengok orang, dalam keadaan tidak mabuk todi maupun mabuk nasik lemak...

Lepas beli barang, aku balik rumah terus. Campak semua benda kat bawah, pastu terus naik bilik...
...k.o.s.o.n.g...

Tengok kat tepi almari, beg besar dia dah takde. pandang atas katil, takde sesapa pun. Selalunye, aku akan ttinggal kat bawah, kemas2kan barang dgn budak2, dia terus naik bilik, dan terus tido. tapi harini, tiada lagi dia yang aku cinta di tempat yg biasa aku nampak dia setiap pagi. Tengok ke luar, ada tilam yg dia biasa tidor kalau pinggangnya sakit. Terdiam aje tilam tu kat situ. Mungkin takkan tersentuh utk beberapa bulan akan datang.

Lepas mandi, aku baring. sunyi. Tiada bunyi sendaran darinye. Takde jugak tetiba badan yg hangat meminta untuk berbaring di dada aku.

Aku capai baju yang last dia pakai sebelum dia pergi buat sementara ni. Dan masa ni lah.. tersentuh la naluri kewanitaan den. Sebak la pulak. Maka kekdahnye jadi la aku org yg mengesend sms ke talipon yg letaknya di awan biru.

Harap2 harini akan jadi better. Dia dah sampai ke rumah, dah boleh curi intenet, dan aku boleh la jugak menerai webcam yg dia baru belikan haritu.. huahaha...

so. Boo... u tido je dulu. Nnt kita borak. Rindu nak tenung senyuman u...

Nak balek!! terlebih jiwang la pulak! ceit!

3 comments:

Anonymous said...

sabar yer, nanti boo awak tu balik la:)

uLat said...

osmet, tetiba aku rasa sebak plak baca entri ko ni. terkenang zaman eden ldr dedulu..

tunggu ko free dan aku free, kita karok oke..

sekapal said...

hehe.. sebak ldr nih.. kan uL kan?

jom kita karok kat tpt baru yg kat sunway tuh jom!!