April 27, 2009

Hati kering.... bukan hati masin

Haritu boo ada tensen dgn teammate dia. Bebudak tu punye la pemalas. Semua keja nak besuruh. Tapi kalau bborak kat gtalk takyah plak disuruh. Kalau nak mintak tolong, byk beno alasannye. Itu tak tmasuk lagi sorg mamat gipang dan takde pangkat pun. Semua dia nak kontrol, semua dia nak boikot.

So, nasihat aku kat dia... alang2 dia dah jadik senior sitizen kat team tu, aku kata, dia patut suruh je bebudak tu buat keja. Makanya, kalau sebelum ini soklan yg ditanya adalah..
"U bz tak? Nak mintak tolong buat tiga seksyen yg dah due ni..."

Kena tuko kepada

"Ok.. ini ada 3 section yg dah due. Kena siapkan by end of today..."

Suruh aje!!

Kalau org tu tau tanggungjawab masing2, dan sentiasa strive utk live up dgn bebenda alah seperti accountability, teamwork, dan sebagainye.. takpe la jugak.

So, kes suruh menyuruh ni ni applicable utk org2 yg taktau kat mana tanggungjawab dia la. Tau nak makan gaji. Keja sendiri takmau buat. Kampeni tak naikkan pangkat mengamuk, komplen... gile punye worang.

kesimpulannya... aku gitau boo, kalau nak jadik leader yg baik, kita kena la berpegang kepada prinsip Hati Kering. Lantak la depa nak kata apa, yg penting, foundation kena firm. Sbb lepas tu, senang je nak mould utk jadi lebih baik.

Tapi aku, mmg takleh jadik leader, sbb tak reti nak kering2kan hati ni. Cuma, kalau rasa cam diperlakukan dgn cara yg tak patut. Maka akan kering la hati aku ni, dan jgn harap ia akan basah kembali. Oh yea.. dan entah kenapa, lately ni aku suka je melayan emo dan ego sendrik.

hahaha...

April 25, 2009

Aku yg membujang beberapa bulan.

Aiyah.. motif mengexpose status skang ni? heheh...



Boo dah pun selamat mendarat kat Chicago awal2 pagi tadi. Timakasih Hotlink, kerana membekalkan automatic roaming kepada pelanggan2 mereka. Dan timakasih jugak di atas kadar rendah IDD untuk menge-call land line di US, hanya RM0.20 sahaja. Haha.. lebih murah daripada aku tipon org2 kat melesia nih.



So, sapa kata bercinta jarak jauh ni membazir sesangat? Takda la jugak kalau masing2 sanggup bertahan dengan perlakuan cinta secara virtual. Pelok ceom virtual, dan tah pape2 pun virtual jugak. Dan takde sapa kata perlakuan secara virtual ni tidak menggembirakan. Boleh je dapat apa yg patut didapati. hehehe..



oh yeah... timakasih jugak diucapkan kepada Telekom Malaysia di atas dua perkara.



Satu sebab memberikan perkhidmatan internet kepada rakyat malaysia. Walaupun servis boleh tahan jugak takbest. Tapi at least ada la jugak yg boleh digunakan. Kalau takde intenet... haru beb! Haru!! Macamana nak langsaikan perlakuan virtual? huh.. tak abeh2.



Satu sebab lagi ialah dengan adanye italk buddy. Application yg dulunye membolehkan aku mengecall melesia dari US dgn kadar 15 sen seminit. Dan skang ni, italk buddy ada, aku boleh call US dgn kadar 5 sen seminit!!

Gile kan? Call dalam melesia sendiri jauh lagi mahal. hehe... Tak patriotik langsung. haha.. tapi utk keadaan2 sekali sekala macam aku ni, ai oke je. Lagipun, maybe call sesama malaysia tak mahal sbb boleh jumpa selalu. Skang ni, aku kalau nak jumpa dgn boo dalam masa terdekat ni.. kalau takde namribu jangan harap le.

oke.. skang tukar mood jiwang plak...

Smlm, first day dia pergi.
Masa hantar dia, aku tak nangis pun. Walaupun dua tiga org mengusik aku dan menghulor tisu suruh aku nangis. But no... aku kuat je, dan terus pegi opis.. buat keja macam biasa (i.e. dalam keadaan malas!)

Pagi tu, aku balik dr opis, terus pegi Alamanda. Cari barang sket utk wedding adik aku. Sampai2 je kafu tak bukak lagi, so lepak2 dulu layan jiwang, tengok orang, dalam keadaan tidak mabuk todi maupun mabuk nasik lemak...

Lepas beli barang, aku balik rumah terus. Campak semua benda kat bawah, pastu terus naik bilik...
...k.o.s.o.n.g...

Tengok kat tepi almari, beg besar dia dah takde. pandang atas katil, takde sesapa pun. Selalunye, aku akan ttinggal kat bawah, kemas2kan barang dgn budak2, dia terus naik bilik, dan terus tido. tapi harini, tiada lagi dia yang aku cinta di tempat yg biasa aku nampak dia setiap pagi. Tengok ke luar, ada tilam yg dia biasa tidor kalau pinggangnya sakit. Terdiam aje tilam tu kat situ. Mungkin takkan tersentuh utk beberapa bulan akan datang.

Lepas mandi, aku baring. sunyi. Tiada bunyi sendaran darinye. Takde jugak tetiba badan yg hangat meminta untuk berbaring di dada aku.

Aku capai baju yang last dia pakai sebelum dia pergi buat sementara ni. Dan masa ni lah.. tersentuh la naluri kewanitaan den. Sebak la pulak. Maka kekdahnye jadi la aku org yg mengesend sms ke talipon yg letaknya di awan biru.

Harap2 harini akan jadi better. Dia dah sampai ke rumah, dah boleh curi intenet, dan aku boleh la jugak menerai webcam yg dia baru belikan haritu.. huahaha...

so. Boo... u tido je dulu. Nnt kita borak. Rindu nak tenung senyuman u...

Nak balek!! terlebih jiwang la pulak! ceit!

April 21, 2009

Change... and pls ignore me ranting

Memang bukan senang untuk seseorang itu mengeluarkan diri dari zon selesa sendiri... Tak payah sesusah la nak buat analogi, cukup dgn contohnye, kalau kita mmg selalu pakai selipar bila pegi jenjalan, sekali tu kena suruh pakai kasut tomet tinggi.



Banyak aje alasan takmau yg diberikan... takut jatuh la, tak selesa lah, feminin sgt lah, cam gedik la pulak... ada aje alasan.



Itu baru hal kecik seperti pakai kasut. Tak temasuk hal2 di celah2 kehidupan seperti kerja, cinta, rumahtangga, dan sebagainya. Ada yg sanggup merana, kerana takmau keluar dari zon selesa (kononnya selesa...)



Aku pun takde la mengata org sesangat, sebab aku pun acamtu jugak dulu. Kononnye terlalu selesa dgn tpt keja lama aku, sanggup tu bekerja tanpa gaji selama beberapa bulan, dgn harapan, semuanya akan menjadi lebih baik selepas ini. Gaji kami akan di bayar, dan kebetulan pulak keja kat situ takde la stress mana.



Tapi dok pikir keja je tak stress. Tak pikir ke duit makin lama makin kering? Stress bila hari2 nak makan pun kena catu? Stress atau tak kalau terpaksa keja jadik tukang cuci pinggan kat kedai makan? semata2 nak cari duit utk alas perut.



Selesa la kononnye macamtu.



Masalahnya, kita manusia ni kengkadang tak reti nak timbang, yg mana banyak yg mana kurang. Yg tau.. malas nak berubah. Malas nak keluar dari keadaan sekarang. Malas...



Dan.. haha... makanya konsep malas itu tidak terbatas kepada kemalasan bangun tido dan kemalasan mengemas rumah aje lah rasanye (macam aku ni ha). Kalau malas nak berubah pun kira malas jugak la kot.



Alah.. org kita mmg suka buat alasan utk takmo keluar dari zon selesa ni. Sebab tu la ada pepatah, 'Nak seribu daya, taknak seribu dalih'. Kalau tak ramai org berdalih, takkan keluar pepatah ni.. kan?



So, kesimpulannya kalau nak atau taknak buat apa2, apekeheinye nak bagi alasan bebanyak. Kalau taknak, atau takbuat, cakap je..

'Sori boss, saya buat lagi benda ni. Esok sblm kol 5 pagi saya submit.'



Adalah lebih best daripada ayat...



'Sori la boss, tadi saya ingat nak buat, pastu tetiba datang la plak satu email, dah kena reply email. Pastu perut pulak lapar, kena makan. Pastu teringat plak, ada satu hal yg dua minggu lepas tu, tak sesiap lagik, so.. kena la pulak buat benda tu.. bla bla bla....'



Lagi best siap boleh smash boss tu pulak..



'Ha.. boss la. apsal haritu bagi assignment lambat. Kan dah saya pun lambat jugak siap...'



Kenapa suka melengah2 dgn alasan, sedangkan target resolution tu takde?

Seronok sangat ke menyalahkan orang/benda/budak tadika lain di atas kekurangan diri sendiri?



Kalau tak pandai main bowling, jangan salahkan tangan yg lari alignment. (aku jugak la nih. huahaha..)



All in all.. skang ni aku tgh dilema. Taktau nak rasa apa, sebab boo pegi ujung mggu ni, dan aku akan kesaorangan selama beberapa bulan.. haru.. haru...



Uwaaa.. nak ikot! Nak gi soping jugak!! huu huu...

April 5, 2009

Cuti2 M'sia Memperabih Annual Leave - Bab Akomodasi

Wahaha... tetiba nak buat promo ala2 cuti2 malaysia yg aku rasa boleh la kot dibuat pedoman utk sesapa yg nak bercuti2 Melesia kat Kuching Sarawak.

Utk ke sana, aku pergi nam orang. So, yg paling logik sekali ialah mengambil apartment yg biliknye ada tiga orang. Jadi, setelah di belek2, macam apartmentyg terdekat sekali dgn Kuching Waterfront ialah Somerset Gateway Kuching. Masa aku memula buat booking, aku dah ada high expectation utk tempat ni. Sbb ntah cemana aku rasa macam amenities apartment ni tak jauh beza dr apartment yg aku duduk masa kat Deerfield dulu. Ntah dari mana dapat idea ni pun aku tatau.

Dan bila aku sampai sana, ternyata apartment ni memang memuaskan hati.
  1. Yg first sekali layanan staff dia memang bagus. Semua nye pkat2 cakap yg membuatkan aku kena capangkan telinga lebih lebih besar sket sbb terlalu lembut, termasuk la cakap2 dr insan berjantina lelaki
  2. Lepas tu, keadaan apartment mmg aku suka. Sbb kami mintak apartment tiga bilik, maka depa combine two room apartment dgn one hotel room. So, ada la semuanya.. .bath tub, dapur, periuk belanga, washing machine, dryer, tv (ada 2), dvd player, meja makan, peti sejuk, sofa... ahaha... kiranya, lagi lengkap lah dr umah aku sendirik.. hahaha...
  3. Pastu apartment ni ada jugak health center yg boleh digunakan sesuka hati dr jam 9pagi sampai 9 malam. Ada sauna, steam bath, gym dan yg terutamanya... swimming pool setinggi pinggang aku. hehe.. senang! tak lemas!
  4. Lokasi plak..walking distance sahaja dari tempat2 menarik seperti Kuching Waterfront, foodcourt makan sifut, soping kompleks dan panggung wayang, dan jugak tugu kuching.
  5. Dan last sekali, duit duit.... harga utk kami duduk kat sini, etelah dibagi2 enam, sorang bayar tak sampai RM150.. utk dua malam. huhu.. sukaa!!
Hah... kalau semuanya best, apa plak yg takbestnye? Yg paling kurang best, ialah breakfast buffet spread yg very de limited. (maybe kena la dgn reganya yg tak sampai limablas hengget tu..). Buffet bfast cuma ada bubur dgn kondimen2nye, satu makanan goreng2an, roti&bun, buah, kopi dan jus. Mmg kurang. So, baik korg pi jalan kaki ke bazaar tu, cari la roti canai ke, mi kolok ke... baru pueh tekak.

Oh, view dr bilik pun tak berapa best, ssebab kena mengadap kekedai, dan lorong2 di antaranya. eheheh

All in all, terima kasih kepada kelebihan internet yg membolehkan aku mencari tempat2 yg menarik utk di duduki dgn rasa puashati.

Dapur serba lengkap. oh ya, mikrowev pun ada...

Master bedroom yg attach dgn bilik air, ada jugak kerusi senggama. haha

Second bedroom, queen bed, bilik ni pun lengkap dgn iron dan board dan hairdryer


Bilik tidur ketiga, utk pasangan yg masih belum dipastikan statusnye. hahah... (eh, henbeg sapa tu??)

Ini second bathroom, letak kat luar.

Gegambo lain takde, nnt aku mintak kat toke kamera lagi satu. Gambo ruang tamu plak, dipenuhi dgn manusia2 yg menghuni apartment ni, so... takleh letak. Takut kantoi dgn makpakadikbadik..

Apa2pun.. selamat bercuti. Dan nnt kalau aku tak malas aku apdet plak pasal makanan! yeabba!