Best tak perasaan bercinta? hahaha... best! Kalau tak best, takkan la hampir kesemua lagu2 yg keluar kat muncung radio, dan kebanyakan drama dan filem dalam tv dan panggung wayang sume cerita pasal cinta... cinta... cinta. Kalau tak dibubuh elemen cinta tu, macam kurang umphh la plak kan.
Bayangkan la, ada cerita seram. Satu cerita ni pasal hantu jahat suka kacau org, tapi tetiba terjatuh cinta dgn sorg manusia. Ada satu cerita ni plak, kisah hantu jahat suka kacau org. Mana satu yg lagi best? haha... bagi aku, dedua takbest sbb itu cerita hantu. Aku mana tgk cerita seram2 nih! tapi dengan adanya elemen cinta tu, macam best la sket kan. Byk la plak konflik yg boleh dijana dlm jalan cerita tersebut. So, nak taknak, kena la jugak masukkan elemen cinta itu, walaupun sedikuiiittt aje jumlahnya. Jadilah daripada langsung takde.
Itu kes drama tv... even kat blog pun, mmg memana blog yg ada kisah cinta, mesti lebih seronok utk dibaca. Kalau hari2 setakat... aku pegi sekolah/keja, aku makan kat futkot, aku pegi tgk wayang, aku beri makan kucing, aku tido, aku mandi, aku bangun lambat... aku itu, aku ini... aku aku aku... heish... terasa macam takde pelakon tambahan la plak kan. Asyik cerita pasal akuuu je.
Cuba kalau aku makan dgn gelpren. Gelpren suka makan ini, aku suka mkn itu. At least ada dua isi cerita yg boleh diceritakan. Itu tak masuk lagi kes cinta sini sana. COntohnya; aku pegi tgk wayang dgn gelpren no. 1, pastu dlm masa yg sama, gelpren no.2 pulak asyik call... Aku plak terpaksa la kaber2 line pegi toilet utk jawab call. Ataupun, aku cinta kekasih gelapku, tapi aku tak mampu hidup tanpa kekasih terang. Kerana kekasih gelap ni seronok di raba. sbb tak nampak dlm gelap. Kekasih terang plak leh pegang2, geget2, lepuk2, blasah2... sbb dia terang. huhu...
Nescaya blog yg menceritakan perihal kecurangan dalam rumahtangga ni macam lebih best di baca. Byk konflik gituuu... Sbb tu jugak la, sesapa kengkawan kita yg baru clash, hit dlm blog mencanak2 banyaknye, sbb konflik itu la kan... Di samping ada insan2 yg berbaik hati mendermakan kata2 nesiyat dan pembina semangat. Haih... untung ada blog ni. hehe..
So... dlm ertikata lain. Manusia takboleh hidup tanpa cinta. Samada cinta sendiri ataupun cinta org lain. Dan, ada kalanya, kalau cinta kita tu lebih byk konflik, lebih banyak sandiwaranya... maka lebih banyak la asmaradananya... (ke?)
Memang cinta membuatkan kita menjadi buta. Kadangkala org lain nampak banyak giler flaw dalam relationship kita sendiri. Si dia terkurang itu, si dia terlebih ini, keadaan tak seimbang... Org ramai (termasuk aku jugak la ni) kengkadang bila mendengar sandiwara cinta pasangan lain, mungkin terfikir... kenapa laaa minah ni leh bertahan dgn pasangannya. Bukan takde org lain yg boleh membahagiakan dia...
Itu yg membolehkan terkeluar kata2 acamni...
"Camna la dia boleh bertahan dengan makwe mata keranjang tu?? Bukannya takde org lain nak kat dia!"
ataupun...
"Aku pelik la. Apa lagi yg dia tunggu? Kalau pompuan tu takleh decide nak pilih yg mana satu. Blah je la. Bunga bukan sekuntum..!"
ataupun...
"Awek stret??!!! Gile ke? Tak rasa insecure ke berkapel dgn pompuan stret?!"
Tapi itu kata kita. Kita org luar yg tak tau apa berlaku pada pasangan itu. Mungkin si dia yg kurang meriah di mata masyarakat, boleh memberikan kesenangan dan ketenangan yg tak terhingga kepada pasangannya. Kita tak tau macamana keadaan di sebalik kelambu. Kita tak tau jugak keadaan di dalam dapur... dan juga keadaan di dalam kereta yg sedang bergerak, maupun di atas kerusi lepak kat tasik Shah Alam...
Kesimpulannya... memang best baca kisah rumahtangga org ni. Sebab kita kemudian boleh amik iktibar, ataupun boleh mengkomen tentang ke-best-an atau ke-tidak-best-an rumahtangga diorg. Tapi sesungguhnya, tak semua org akan menceritakan perihal sebenar rumahtangga mereka.
Yg terlalu busuk dan yg terlalu wangi; tetap menjadi rahsia peribadi.
Tapi itu semua.. hanyalah pendapat aku sahaja...