January 23, 2009

serabut serabut

serabut serabut....


ye ye.. aku mmg sangat serabut skrg. Siang tadi la yg paling mengharukan. Niat asal nak bergolek2 sahaja di atas katil lepas balik keja. Balik pun dah lepas zuhur. Golek2 dgn bau yg mucuk2 dan mangee2... sekali tu ttido. Sedo2 je dah kol 8. Muka sorg2 dah masam mencuka. Tapi rasanya muka aku takde la mcm cuka. Bau badan ada la kot.. muahaaha.


Harini mmg ada training, tapi bukan kelas aku. Aku tunggu dan lihat dan lepak saje. Dan dalam masa yg sama macam nak menepuk dahi pun ada. Byk benda yg ttinggal... tapi malas la plak aku nak tokok tambah. Biar je la bebudak ni belajo time buat keja nnt. heish... Wargh... tensennn!! Tetiba aku rasa macam marah la plak. adeh.. Dgn baiknya, aku taknak la cakap bebenda kat treneng tu macam aku tau lebih, tapi... tanya aku soklan2 tah pape jugak. Mengantukk.

Pastu pagi tadi, kena lagi. Siap aku kena tanya pasal apa approach baru aku dlm training la, utk menyelesaikan masalah yg harubiru kat opis skrg ni. Dah la ini second batch lepas aku balik dr US. Diorg ingat aku apa? Robotica? Pastu ada lak kata tak perlu training yg aku dok plan selama ni, sbb takde plan nak amik org baru. Aku terus dumbfounded. Kang aku jadik malas kang.. baru sume org tau. Selama ni berapa byk benda yg aku leh kaver sendiri2 sbb aku tau nak buat. Kang aku buat2 tak tau kang.. merasa la sume org. huahaha..

Kengkadang aku rasa aku bagus, walau tak sebagus mana pun. Tapi kengkadang aku rasa... org lain lagi la takde bagus mana. Kalau setakat cakap pungpangpungpang... haih... Boo kata aku kena start pandai cakap. Kalau tak, mmg susah. Aku tahan mmg tahan, tapi bila ada org cakap bau2 macam aku tak capable... mula la aku naik hangin. Ingat org lain tu capable sgt ke? Kengkadang ED jugek.

Dan di sini aku suka nak tegaskan pendapat aku yg mmg tah pape nih... org yg pandai sgt cakap nih, tak berapa terer pun sgt nak keja2 mengadap komputer nih. Kalau mmg bakat mengayat, buat sale, lagi masyuk ribu2. Kalau pandai komplen sana sini, masuk parti pembangkang (pastu bila parti pembangkang jadik kerajaan.. keluar parti... jadik pembangkang balik...). Kalau pandai melobi, keja kat lobi hotel.. haha.. bongok.

Skrg ni, aku rasa, aku keja... sbb aku suka keja ni. AKu leh nampak bebudak yg aku train jadik terer. Tho bukan aku yg 100% btanggungjawab, tapi sukati aku la nak bbangga kan. Aku settlekan benda, buat keja aku, for the sake of wanting to make things better. Dan tetiba aku jadi bengkek bila aku terasa org2 lain settlekan benda, bukan utk kesenangan sejagat, tapi utk derrier sendirik. Mmg, sapa yg tak perlu jaga kesihatan punggung, aku pun takmo biarkan punggung aku kotor... tapi sudah2 la mengilatkan punggung sendirik. Karang, kalau licin sgt, ko gak yg jatuh tgelincir... licin...

Kesimpulannya... aku bukan buat benda for the sake of suka2 aku sbb nak nama. Tapi skrg ni, macam tetiba aku terpikir byk benda yg aku buat.. diperlekehkan. Haih... teringinnya aku nak cakap... let's wait and see...