Dah beberapa hari dah masuk ke tahun 2009. Dan aku sesungguhnya tak sabar menunggu hari berlalu dengan cepat, terutamanya untuk mencecah 15hb, kerana itu adalah hari masuknya duit gajiku. keh keh keh... bengkang bengkok dah ni. Gara2 byk sgt makan ayam! haha...
So, apakah azam tahun baru aku? AKu pun sambil menulis ni, sambil nak memikirkannya.
Azam aku bukannya sesukar berhenti merokok. Sebab aku mmg tak merokok. Aku terlalu sayangkan tekak, dado dan jugak bau badan yg aku ada skrg ni. Untuk mereka yg berazam utk berhenti merokok, tahniah aku ucapkan, kerana anda dalam perjalanan untuk menjadi seorang jutawan tak lama lagi. (hmm.. kengkadang terpikir gak, kalau aku isap rokok, pastu aku berenti, mungkinkah aku juga bakal berjaya mengumpul duit? haha... tak merokok pun tak kaya, apatah lagi...)
Anyway, selain berenti merokok, di antara azam2 yg popular apabila menjelang tahun baru ialah untuk menguruskan badan. Huhuh... Yang ni, mmg pun susah, tapi kalau komitmen kuat, dan sanggup tahan risiko, takde la sesusah mana. Suruh je partner korg main kayu tiga, bikin affair dgn org lain. InsyaAllah, boleh la kurus sbb asek makan hati aje. (jgn tak caya, ini terbukti berkesan pada aku dua tahun lepas... wah! 2 tahun lepas, maksudnya dah lebih setahun aku dengan boo. harap2 sumenye dan selesai dan dah move on la yea. Apekah?? Hihihi..)
Hmmm.. azam nak memajukan diri, dan nak mengkayakan diri... Ini pun glamer jugak. Sesungguhnya tetiap tahun aku berazam nak mengkayakan diri. Tapi walaupun btukar keja, simpanan dlm kwsp bertambah, terasa diri kaya.. haih... kaya itu sangat lah jauh untuk di kejar. Byk mana pun kemewahan yg ada, tetap tak cukup. So, motivasi mengkayakan diri, kena ditukar dengan meletakkan satu objektif yg tangible. Contohnya, tahun ni aku nak tambah duit simpanan sebanyak sepuluh ribu kat ASB, supaya total sume duit ASB jadik seblas ribu. Ataupun, tahun ni aku akan ada rumah aku sendrik!
Ataupun, tahun ni aku nak kawen, so that tetiap pagi ada insan yg aku sayang dok tercongok kat sebelah aku setiap kali aku bangun tidur. Itu la rasanya yg paling tangible sekali kot bila masuk bab kawen mawen nih. haha..
Apa2pun, di tahun baru ni, aku nak realign kehidupan aku (ye... azam aku takde la tangible mana sebenonya.. hahaha). Aku nak cuba untuk sort out my priorities, dan berikan tumpuan kepada perkara2 yang lebih priority, berbanding yg kurang. Di antara perkara2 yg perlu aku susun semula termasuk lah career, love, family, social life, dan jugak private-properties-no-trespassing punya hal. huahaha... mateila nak main susun2 semula nih... adehh... Oh, dan jugak azam dari tahun2 sebelumnya... aku nak jadi garang. Tetiap tahun tak tercapai2 azam yg ni.. huhu.
Anyway, apa2 pun azam tahun baru diri sendiri, ataupun org lain, kita takleh la perlekehkan. Kalau pun ada yg berazam utk belajar naik beskal dlm umur 35 tahun... apa salahnya? Harus ke nak gelak? Sekecil atau sebesar mana pun kemahuan seseorang itu, yg penting... determination.
Bak kata pepatah... Kalau kail panjang sejengkal, jgn la mancing kat laut, mancing la dalam akuarium. Yg penting, objektif mendapatkan ikan itu tercapai. Dan tak jugak bermaksud sesapa yg takde joran tak boleh dapat ikan... kan? Paham? hehehe...
Selamat merealisasikan azam tahun baru anda!