January 30, 2009

Taikooooook!

Aku dah tak tahan stress byk sgt. Training tak sudah2!! Esok ai mauk memblasah sesuatu!
Jom Boo! Kita balun sampai pengsan...



January 29, 2009

7 things...

The 7 things I hate about you.. oooh you.

Your vain;
Your games;
Your incesure;
You love me,you like her;
You make me laugh, you make me cry; I don't know which side to buy...
Your friends, they jerks when you act like them, just know it hurts. I wanna be with the one I know...
And the 7th thing I hate the most that you do you make me love you...

p/s: kan aku dah kata... aku dah jadik peminat Miley Cyrus... adehhh...

January 23, 2009

serabut serabut

serabut serabut....


ye ye.. aku mmg sangat serabut skrg. Siang tadi la yg paling mengharukan. Niat asal nak bergolek2 sahaja di atas katil lepas balik keja. Balik pun dah lepas zuhur. Golek2 dgn bau yg mucuk2 dan mangee2... sekali tu ttido. Sedo2 je dah kol 8. Muka sorg2 dah masam mencuka. Tapi rasanya muka aku takde la mcm cuka. Bau badan ada la kot.. muahaaha.


Harini mmg ada training, tapi bukan kelas aku. Aku tunggu dan lihat dan lepak saje. Dan dalam masa yg sama macam nak menepuk dahi pun ada. Byk benda yg ttinggal... tapi malas la plak aku nak tokok tambah. Biar je la bebudak ni belajo time buat keja nnt. heish... Wargh... tensennn!! Tetiba aku rasa macam marah la plak. adeh.. Dgn baiknya, aku taknak la cakap bebenda kat treneng tu macam aku tau lebih, tapi... tanya aku soklan2 tah pape jugak. Mengantukk.

Pastu pagi tadi, kena lagi. Siap aku kena tanya pasal apa approach baru aku dlm training la, utk menyelesaikan masalah yg harubiru kat opis skrg ni. Dah la ini second batch lepas aku balik dr US. Diorg ingat aku apa? Robotica? Pastu ada lak kata tak perlu training yg aku dok plan selama ni, sbb takde plan nak amik org baru. Aku terus dumbfounded. Kang aku jadik malas kang.. baru sume org tau. Selama ni berapa byk benda yg aku leh kaver sendiri2 sbb aku tau nak buat. Kang aku buat2 tak tau kang.. merasa la sume org. huahaha..

Kengkadang aku rasa aku bagus, walau tak sebagus mana pun. Tapi kengkadang aku rasa... org lain lagi la takde bagus mana. Kalau setakat cakap pungpangpungpang... haih... Boo kata aku kena start pandai cakap. Kalau tak, mmg susah. Aku tahan mmg tahan, tapi bila ada org cakap bau2 macam aku tak capable... mula la aku naik hangin. Ingat org lain tu capable sgt ke? Kengkadang ED jugek.

Dan di sini aku suka nak tegaskan pendapat aku yg mmg tah pape nih... org yg pandai sgt cakap nih, tak berapa terer pun sgt nak keja2 mengadap komputer nih. Kalau mmg bakat mengayat, buat sale, lagi masyuk ribu2. Kalau pandai komplen sana sini, masuk parti pembangkang (pastu bila parti pembangkang jadik kerajaan.. keluar parti... jadik pembangkang balik...). Kalau pandai melobi, keja kat lobi hotel.. haha.. bongok.

Skrg ni, aku rasa, aku keja... sbb aku suka keja ni. AKu leh nampak bebudak yg aku train jadik terer. Tho bukan aku yg 100% btanggungjawab, tapi sukati aku la nak bbangga kan. Aku settlekan benda, buat keja aku, for the sake of wanting to make things better. Dan tetiba aku jadi bengkek bila aku terasa org2 lain settlekan benda, bukan utk kesenangan sejagat, tapi utk derrier sendirik. Mmg, sapa yg tak perlu jaga kesihatan punggung, aku pun takmo biarkan punggung aku kotor... tapi sudah2 la mengilatkan punggung sendirik. Karang, kalau licin sgt, ko gak yg jatuh tgelincir... licin...

Kesimpulannya... aku bukan buat benda for the sake of suka2 aku sbb nak nama. Tapi skrg ni, macam tetiba aku terpikir byk benda yg aku buat.. diperlekehkan. Haih... teringinnya aku nak cakap... let's wait and see...

January 16, 2009

crocs sale!!

waaaaaaaa... aku baru je beli kasut tadi.. tapi ini sangat mengujakan..


16 to 18 January 2009

Time : 9am to 6pm

Location (Tel 603 5632 3919)

25 Jalan SS15/5A

Subang Jaya

47500 Selangor

January 13, 2009

Debonaire of Slumdog Millionaire - Freida Pinto

Kebungukan mozilla firefox yg sokmo soh org donlod version baru yg tak stabil membuatkan aku tetiba teruja utk menukar arah menggunakan Google Chrome. Sesapa yg tak tau, google chrome ni web browser baru hasil keluaran kaum kelorga google la.. sapo laie. Laju mmg laju, tapi suka bebeno retain history. Bukak2 je tab baru, terpampang la sume2 website yg baru je ditonton. So, sesapa yg share addicted to porn, atau asek menggugel gadis2 idaman, pastu share plak pc dgn gelpren sendiri, maka rajin2 la membuang history sblm di kantoikan oleh si dia... Kalau guna mozilla takpe lagi, dia leh auto delete sume history. So pilihan web browser feveret aku ialah.... ? hehe

Anyway, abis intro. Smlm baru abis Golden Globe Award. Nasib
 baik la tahun ni dapat buat gempar2. Tahun sebelum ni, writer strike, majlis hanyalah seperti sidang akhbar sahaja. So, tahun ni dapat la jugak tgk baju2 red carpet, dan jugak perangai2 selebriti yg bermacam kekdahnya. But that's that je la. Apa yg menarik minat aku ialah filem Slumdog Millionaire yg menang best movie, best director dan best screenplay.... 

Setelah digugel2, cerita ni cam cerita industan cakap omputeh. Pasal sorg budak, nama dia Jamal yg takde pelajaran, duduk kat kawasan slum gitu, masuk pertandingan Who wants to be a millionaire. Kekdahnya, dia dapat jawab sume soklan... tapi lepas tu kena tangkap polis, sbb disyaki terlibat dlm sindiket penipuan. Mana mungkin budak lo-class itu dapat jawab sume soklan... katanya... So, sepanjang cerita ni, ditunjukkan pen
galaman kehidupan budak tu yg membolehkan dia jawab soklan2 utk jadi jutawan itu. Mmg lepas ni, harus aku gi mencari ini cerita... youtube pun youtube lah!

Tapi, satu perkara yg lebih mengujakan, ialah heroin cerita itu, merangkap gelpren si Jamal. Watak Latika ini dilakonkan oleh Freida Pinto yg bila ku tenung2 macam gerr la pulak... haish. Satu lagi reason (yg kuat oke!!) kenapa aku harus mencari cerita ini dan meneruskan pengembaraan meneroka kisah awek ini dgn lebih mendalam... (cis ayat!) Dan sebagai seorang yg mmg minat kat pompuan2 tinted, dan high cheekbone, dan berketurunan ke'asia'an... Ai mmg suka tgk muka dia! A 25 year-old Libra, lahir kat Mumbai dan Slumdog ini merupakan filem pertamanya. Sblm berlakon, Freida pernah jadi model. Dan ada jadik pengacara rancangan Full Circle kat Zee TV. So, kekdahnya, mmg patut la dia ni comel.. huhu...

Ini lah dia Freida Pinto... Nak tulih lelebih, tunggu aku tgk dulu pilem ini...  huhu



January 12, 2009

Tak mudah... bisa membutakan... memakan hati... tapi cinta; lebih konflik, lebih menarik!!

Best tak perasaan bercinta? hahaha... best! Kalau tak best, takkan la hampir kesemua lagu2 yg keluar kat muncung radio, dan kebanyakan drama dan filem dalam tv dan panggung wayang sume cerita pasal cinta... cinta... cinta. Kalau tak dibubuh elemen cinta tu, macam kurang umphh la plak kan.

Bayangkan la, ada cerita seram. Satu cerita ni pasal hantu jahat suka kacau org, tapi tetiba terjatuh cinta dgn sorg manusia. Ada satu cerita ni plak, kisah hantu jahat suka kacau org. Mana satu yg lagi best? haha... bagi aku, dedua takbest sbb itu cerita hantu. Aku mana tgk cerita seram2 nih! tapi dengan adanya elemen cinta tu, macam best la sket kan. Byk la plak konflik yg boleh dijana dlm jalan cerita tersebut. So, nak taknak, kena la jugak masukkan elemen cinta itu, walaupun sedikuiiittt aje jumlahnya. Jadilah daripada langsung takde.

Itu kes drama tv... even kat blog pun, mmg memana blog yg ada kisah cinta, mesti lebih seronok utk dibaca. Kalau hari2 setakat... aku pegi sekolah/keja, aku makan kat futkot, aku pegi tgk wayang, aku beri makan kucing, aku tido, aku mandi, aku bangun lambat... aku itu, aku ini... aku aku aku... heish... terasa macam takde pelakon tambahan la plak kan. Asyik cerita pasal akuuu je.

Cuba kalau aku makan dgn gelpren. Gelpren suka makan ini, aku suka mkn itu. At least ada dua isi cerita yg boleh diceritakan. Itu tak masuk lagi kes cinta sini sana. COntohnya; aku pegi tgk wayang dgn gelpren no. 1, pastu dlm masa yg sama, gelpren no.2 pulak asyik call... Aku plak terpaksa la kaber2 line pegi toilet utk jawab call. Ataupun, aku cinta kekasih gelapku, tapi aku tak mampu hidup tanpa kekasih terang. Kerana kekasih gelap ni seronok di raba. sbb tak nampak dlm gelap. Kekasih terang plak leh pegang2, geget2, lepuk2, blasah2... sbb dia terang. huhu...

Nescaya blog yg menceritakan perihal kecurangan dalam rumahtangga ni macam lebih best di baca. Byk konflik gituuu... Sbb tu jugak la, sesapa kengkawan kita yg baru clash, hit dlm blog mencanak2 banyaknye, sbb konflik itu la kan... Di samping ada insan2 yg berbaik hati mendermakan kata2 nesiyat dan pembina semangat. Haih... untung ada blog ni. hehe..

So... dlm ertikata lain. Manusia takboleh hidup tanpa cinta. Samada cinta sendiri ataupun cinta org lain. Dan, ada kalanya, kalau cinta kita tu lebih byk konflik, lebih banyak sandiwaranya... maka lebih banyak la asmaradananya... (ke?)

Memang cinta membuatkan kita menjadi buta. Kadangkala org lain nampak banyak giler flaw dalam relationship kita sendiri. Si dia terkurang itu, si dia terlebih ini, keadaan tak seimbang... Org ramai (termasuk aku jugak la ni) kengkadang bila mendengar sandiwara cinta pasangan lain, mungkin terfikir... kenapa laaa minah ni leh bertahan dgn pasangannya. Bukan takde org lain yg boleh membahagiakan dia...

Itu yg membolehkan terkeluar kata2 acamni...
"Camna la dia boleh bertahan dengan makwe mata keranjang tu?? Bukannya takde org lain nak kat dia!"
ataupun...
"Aku pelik la. Apa lagi yg dia tunggu? Kalau pompuan tu takleh decide nak pilih yg mana satu. Blah je la. Bunga bukan sekuntum..!"
ataupun...
"Awek stret??!!! Gile ke? Tak rasa insecure ke berkapel dgn pompuan stret?!"

Tapi itu kata kita. Kita org luar yg tak tau apa berlaku pada pasangan itu. Mungkin si dia yg kurang meriah di mata masyarakat, boleh memberikan kesenangan dan ketenangan yg tak terhingga kepada pasangannya. Kita tak tau macamana keadaan di sebalik kelambu. Kita tak tau jugak keadaan di dalam dapur... dan juga keadaan di dalam kereta yg sedang bergerak, maupun di atas kerusi lepak kat tasik Shah Alam...

Kesimpulannya... memang best baca kisah rumahtangga org ni. Sebab kita kemudian boleh amik iktibar, ataupun boleh mengkomen tentang ke-best-an atau ke-tidak-best-an rumahtangga diorg. Tapi sesungguhnya, tak semua org akan menceritakan perihal sebenar rumahtangga mereka.

Yg terlalu busuk dan yg terlalu wangi; tetap menjadi rahsia peribadi.

Tapi itu semua.. hanyalah pendapat aku sahaja...

January 6, 2009

Azam di tahun baru...

Dah beberapa hari dah masuk ke tahun 2009. Dan aku sesungguhnya tak sabar menunggu hari berlalu dengan cepat, terutamanya untuk mencecah 15hb, kerana itu adalah hari masuknya duit gajiku. keh keh keh... bengkang bengkok dah ni. Gara2 byk sgt makan ayam! haha...
So, apakah azam tahun baru aku? AKu pun sambil menulis ni, sambil nak memikirkannya.

Azam aku bukannya sesukar berhenti merokok. Sebab aku mmg tak merokok. Aku terlalu sayangkan tekak, dado dan jugak bau badan yg aku ada skrg ni. Untuk mereka yg berazam utk berhenti merokok, tahniah aku ucapkan, kerana anda dalam perjalanan untuk menjadi seorang jutawan tak lama lagi. (hmm.. kengkadang terpikir gak, kalau aku isap rokok, pastu aku berenti, mungkinkah aku juga bakal berjaya mengumpul duit? haha... tak merokok pun tak kaya, apatah lagi...)

Anyway, selain berenti merokok, di antara azam2 yg popular apabila menjelang tahun baru ialah untuk menguruskan badan. Huhuh... Yang ni, mmg pun susah, tapi kalau komitmen kuat, dan sanggup tahan risiko, takde la sesusah mana. Suruh je partner korg main kayu tiga, bikin affair dgn org lain. InsyaAllah, boleh la kurus sbb asek makan hati aje. (jgn tak caya, ini terbukti berkesan pada aku dua tahun lepas... wah! 2 tahun lepas, maksudnya dah lebih setahun aku dengan boo. harap2 sumenye dan selesai dan dah move on la yea. Apekah?? Hihihi..)

Hmmm.. azam nak memajukan diri, dan nak mengkayakan diri... Ini pun glamer jugak. Sesungguhnya tetiap tahun aku berazam nak mengkayakan diri. Tapi walaupun btukar keja, simpanan dlm kwsp bertambah, terasa diri kaya.. haih... kaya itu sangat lah jauh untuk di kejar. Byk mana pun kemewahan yg ada, tetap tak cukup. So, motivasi mengkayakan diri, kena ditukar dengan meletakkan satu objektif yg tangible. Contohnya, tahun ni aku nak tambah duit simpanan sebanyak sepuluh ribu kat ASB, supaya total sume duit ASB jadik seblas ribu. Ataupun, tahun ni aku akan ada rumah aku sendrik!

Ataupun, tahun ni aku nak kawen, so that tetiap pagi ada insan yg aku sayang dok tercongok kat sebelah aku setiap kali aku bangun tidur. Itu la rasanya yg paling tangible sekali kot bila masuk bab kawen mawen nih. haha..

Apa2pun, di tahun baru ni, aku nak realign kehidupan aku (ye... azam aku takde la tangible mana sebenonya.. hahaha). Aku nak cuba untuk sort out my priorities, dan berikan tumpuan kepada perkara2 yang lebih priority, berbanding yg kurang. Di antara perkara2 yg perlu aku susun semula termasuk lah career, love, family, social life, dan jugak private-properties-no-trespassing punya hal. huahaha... mateila nak main susun2 semula nih... adehh... Oh, dan jugak azam dari tahun2 sebelumnya... aku nak jadi garang. Tetiap tahun tak tercapai2 azam yg ni.. huhu.

Anyway, apa2 pun azam tahun baru diri sendiri, ataupun org lain, kita takleh la perlekehkan. Kalau pun ada yg berazam utk belajar naik beskal dlm umur 35 tahun... apa salahnya? Harus ke nak gelak? Sekecil atau sebesar mana pun kemahuan seseorang itu, yg penting... determination.

Bak kata pepatah... Kalau kail panjang sejengkal, jgn la mancing kat laut, mancing la dalam akuarium. Yg penting, objektif mendapatkan ikan itu tercapai. Dan tak jugak bermaksud sesapa yg takde joran tak boleh dapat ikan... kan? Paham? hehehe...

Selamat merealisasikan azam tahun baru anda!

January 5, 2009

Addicted to the L word, and the overbearing commitments!!

Makin membuak2 rasanya perasaan untuk mnyaksikan kesudahan The L Word. Haih... segala preview aku dah tgk, articles aku dah baca... Tak sampai2 jugak 18hb. huhu... sabar sabar.

Anywhoot! Tadi aku tergatal mata membuat kuiz kat facebook, pasal the L word jugak la kan... Kuiz yg aku buat:

"Who on the L word would you love to date"
Result yg aku dapat:
"Bette - You love being dominated, and love a woman who is in control! Whips and chains anyone?"

haha... whips and chains aside, I do love being dominated. Reasons being...? Aku takyah nak pikir bbnyk. Alang2 dia dah dominate.. tolong la pikir utk aku jugak... bley? hehe. Dasar pemalas. Itu alasan malas nak pikir la tu..

Sebab sebenarnya kenapa aku suka perempuan yg in control? Sbb bagi aku power tu adalah satu benda yg seksi. Dan biasanya power dtg dgn intelligence. That makes it even sexier. And you are willing to bleed, yearning to be hers. Dominated by her. Poised by the energy and intellectuality. Ah... sangat seronok.

Ha ha.. tapi betapa seronok pun melakukan hubungan dgn org yg dominant ni, aku rasa, aku susah la kot nak kekal hidup dgn org sebegini. Sbb, kalau dia yg dominant, itu tak bermaksud dia tak perlu respek aku. Kena la jugak respek apa yg aku buat utk membayar hutang dan membeli beras. Walaupun hakikatnya poket aku tak setebal poket dia... aku cuma nak dia hormat aje.

Dan konflik lagi sbb aku bukan seorg 'wifey' (nyeh nyeh.. tak suke pktn ituuu!). Jgn la harap kalau kau yg dominan, aku yg kena buat keja umah. Jgn harap kalau poket kau lagi beso dan bengkak, aku yg kena jadik pak turut. Jgn pikir kalau kau yg hebat dan dipenuhi recognition keliling pinggang, aku kena succumb dgn kehendak dan keperluan hanya kau sahaja. Reality doesn't really work that way.

So, domineering dominatrix... i'd date u. But i can never be with you. Its just too complicated. We can date and do it, but to be bersama in a sense of a true 'kebersamaan'... Ntah.

Hmmm... Come to think of it... Even skrg ni pun aku cam confuse. Yes I need to be dalam kebersamaan, tapi kadang2 rasa cam lebih selesa bila kita di dalam satu relationship yang tidak mampu dan tidak mahu mengganggu komitmen lain dlm hidup...

Tetiba terasa.. byknye komitmen aku kat diri sendiri, dan bebenda tak bernafas... huhu