July 9, 2008

Sepi dan Sunyi

Sepi...

Akhirnya aku dapat jugak tengok cerita ni. Nasib baik ada cuti panjang, kalau tak, jangan la harap. hehe..

Entahlah... bagi aku, cerita ni macam sangat memberi kesan kepada aku, dan secara tak langsung membuatkan aku terfikir banyak perkara.

Aku sangat tertarik dengan kesepian yang dialami oleh Sufi. Sikap acuh tak acuhnya terhadap keluarga, dan terlalu mementingkan kerjaya, akhirnya membuatkan dia sendiri jadi merana. Isterinya mati dalam kemalangan jalanraya, yang juga disebabkan oleh perasaan tidak mengambil endah. Mungkin kerana orang itu terlalu biasa dengan kita, sehinggakan kita sentiasa rasa..

It's ok. She will be there for me.
It's ok. She is mine, there will be time for us.
It's ok. This relationship is here to stay, so what's the rush.

Langsung bila kesunyian dikurniakan dalam sekelip mata, sesal bukan jawapannya, sebab kita tidak mampu mengubah perkara yang telah berlaku. Bukan kuasa kita untuk mengembalikan masa dan mengubah kecuaian yang dah berlaku.

Tapi Sufi kemudiannya dianugerahkan dengan cinta kedua. Cinta yang hadir dengan nama Marya. Mungkin itu anugerah dari Tuhan di atas kesabarannya menempuh dugaan kesepian. Atau mungkin juga Marya hadir untuk mengajar Sufi bahawa cinta yang tidak mungkin dimiliki secara fizikal, mampu mengajarnya untuk lebih menghargai cinta.

Cinta tidak semestinya bersatu.

Hatinya mungkin milik kita,
tapi kehidupannya milik mereka.
Cintanya mungkin satu,
tapi perhatiannya beribu.

Memang sebenarnya dengan segala kelebihan yang ada pada Sufi, dia mampu memiliki Marya, namun pemilikan itu mampu dilakukan dengan mengorbankan hati dan kehidupan orang lain. Tapi sekali hati lain terkorban, rentetan daripada kejadian itu mungkin maha hebat dan mampu mengorbankan lebih banyak hati.

Jadi apa pilihan yang ada?
Kenapa perlu korbankan hati yang berjuta, hanya untuk menjaga hati yang satu ini?
Kenapa harus dihalang kebahagiaan insan lain hanya kerana kita tak mampu merasa bahagia?

Mungkin ada yang kata, kita perlu berusaha untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Determination, sweat and blood.
Tapi mungkin mereka lupa, kekuatan diri untuk kekal bersendiri, ketahanan untuk membenarkan diri gembira dengan kebahagiaan orang lain. Itu bukan calang-calang determination.

Pokok pangkalnya, hubungan seharusnya diasaskan dengan perasaan saling cinta mencintai. Namun kalau hanya kita yang merasa cinta itu, tapi bukan dia... Adilkah untuk terus melihat si dia merana bersama kita?

Memiliki satu kejayaan, tapi kejayaan melepaskan pergi itu lebih perit untuk dicapai.

Namun Tuhan maha adil. Dia sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kita. Dan kelak yang tiba mungkin lebih indah dari yang dilepaskan. Mungkin kita juga dikurnai Marya yang sanggup menunggu sehingga ke hujung waktunya.


Tapi, benarkah cinta seterusnya yang terbaik untuk kita?

Sekiranya inilah ketentuan
Di saat ku pasrah bersendirian
Kau beri aku ketenangan...
Biarkanlah diri ini
Sepi.


p/s:
Takziah kepada boo dan keluarga di atas pemergian sepupu yang sangat disayangi.
Takziah kepada uL dan keluarga di atas pemergian bapa yang dihormati
Semoga roh mereke dicucuri rahmatNya dan pemergian mereka menjadikan kita yang masih di sini, insan yang lebih baik dari sebelumnya.
Amin...