June 29, 2008

This entry has no topic

Aku perlu berehat. Letih giler la sejak tuko keja baru ni. Dah le takleh cuti selama 3 bulan. MC pun kena unpaid. Hampeh btol. Mmg la takde byk ke mana gaji aku sehari tu, tapi sebab tak banyak tu la takleh monteng. Isk...

Relationship pun macam dalam kapal. Kejap2 goyang2. Kejap2 macam nak tenggelam. Kejap2 plak berlayar kencang. Aku ke yg semakin emo sbb terlebih tido siang, atau dia yg terlebih hormon? huhu... Tapi selagi kekuatan utk bersama tu masih ada, cinta masih utuh, apa lah sangat goyang2 mabuk2 naik kapal tu kan..? teruskan je la pelayaran. Kot2 berlayar punya berlayar jumpa harta karun, makcik kayoo! Takyah keroje! Yahuu..

Tersangatlah scattered pemikiran aku skrg nih. Mmg takleh nak fokus kat satu benda. Hasilnya, satu benda pun takleh nak siap. Shush...

Waktu tanah masih belum diterangi cahaya matahari, aku sampai depan rumah. Keluar dari kereta, anak betina aku yg menjadi mangsa paedophiliac itu tanpa gagal menunggu aku di tepi kereta. Membongkok aku seketika mengucapkan selamat pagi kepadanya. Kepalanya menggesel manja ke kasut bermulutku. Aku berjalan mendekati pintu rumah, terjengol dua kepala kecil dari celah longkang. Aku hentak kasutku di tepi longkang. Mencicit mereka berdua lari. Lawak giler. Sekurang2nya mereka boleh menghiburkan aku yang sesungguhnya sangat letih dan kengantukan.

Sampai di muka pintu, aku seluk2 poket seluar, tiada langsung mampu ku raba kelibat kunci rumah. Ah.. tertinggal dalam kereta la pulak. Cis cis. Bergegas aku ke kereta kembali untuk mengambil kunci. Sejenak pengembaraan aku dari pintu ke kereta, si kecil yg mencicit lari tadi sudah mendongak di depan pintu. Sedih la pulak tengok muka diorang.

Maka aku letak la segala kunci, beg dan kasut ke tepi, untuk memberikan makanan kepada mereka bertiga. Macam kucing puasa tiga bulan, semua menerjah. Masa tu kaki aku pun siap boleh kena langgar. Kaki diorang pun siap boleh tercelup dalam makanan, tapi diendahkan pun tidak semua itu. Yang penting.. mereka mahu makan! Aku juga yang belum makan.

Masuk ke rumah... si jantan very lovely plak mengiau tak sudah. Aku pun kena la jugak melayan kerenah anak aku yg paling peramah ini untuk makan. Sedang dia seronok makan, aku pulak yang tak seronok tengok keadaan dapur. Pinggan yang masih tak berbasuh di dalam sinki. Sampah yang belum berbuang sejak siang semalam. Aku basuh dulu. Kalau dibiarkan, harus sampai tiga hari tak berbasuh.

Lepas basuh pinggan yang langsung tak mengeluarkan peluh itu, aku pegi minum air. Pintu peti sejuk renggang. Aduh. Habis la makanan dalam tu terjejas. Aku ambil botol air kosong... gelas pulak takde. Pandang kiri kanan, takde sesapa yang nampak, aku togok je la dari dalam botol. Sapa minum lepas ni, kalau nak terjatuh cinta pun, nasib la. Aku cinta boo aku sahaja. Mungkin selama ni dia pun yang banyak minum air dari botol itu. Hu hu hu... Patut lah...

Selesai minum, aku tutup pintu peti sejuk. Aik? Renggang jugak. Aku tutup lagik. Masih takmau lekat pintu tu. Aku hempas manja. Degil jugak. Lepas tu aku buka pintu besar-besar, aku hempas dengan kuasa mr muscle. Hampeh. Lagi besar nganga dia. Maka aku pun tendang2 pintu peti sejuk sambil menyumpah seranah di waktu pagi. Last2 pintu tu tak tahan kena maki, tertutup juga dia seperti yang sepatutnya.

Naik ke bilik, mandi, gosok gigi, sedia untuk tidur. Aku sms boo, bagitau dia aku nak tidur. Itu pun nasib baik teringat. Kalau tidak, merasa la dia membaca sms yang ditulis dalam keadaan tanpa sedar. Ye, aku sangat beruntung dikurniakan minda separa sedar (subconscious mind) yang agak kuat. Sambil tidur aku boleh bersms, sambil tidur juga aku boleh menjawab panggilan telefon. Tapi apabila sedar, semuanya luput dari ingatan aku. Memang seronok. Rasanya seperti melakukan one night stand. Boleh commit dengan menjawab sms/call, tapi kemudian boleh berlalu tanpa sebarang rasa tanggungjawab.

Ye.. aku akan terus tidur. Dengan harapan tidurku tak terganggu. Dengan harapan malam yang mendatang memberikan aku kekuatan untuk menyengkang mataku dengan lebih luas, dan juga menajamkan mindaku setajam pensel yang tajam.

Tersedar apabila matahari sudah pun terbenam, aku dibebani dengan kepala yang berdengung. Bakul baju semakin menimbun, habuk2 masih melepak2 atas lantai. Aku pula membazirkan masaku dengan tidur yang berlebihan. Mandi, makan magi, gosok baju dan bersiap. Aku terus pergi ke pejabat semula.

Aku perlu lari dari rutin yang menjengkelkan ini. Aku perlu pergi. Aku perlu cari masa untuk bertenang. Masa di mana proses kejar mengejar itu sangatlah berkurangan. Masa untuk aku mampu membelai mesra rambutnya, dan menghidu harum kulitnya. Masa untuk dia genggam erat tanganku sewaktu kami melangkah dengan tenang sambil merasai kelembutan pasir yang mengelus jemari kaki kami. Aku perlu kamu...


Weh.. aku nak pi cuti la!! Tensennyaa!!

June 18, 2008

"Bila pendapat yang diterima sebenarnya bukanlah yang terbaik.." (Apo2lah kapal...)

Huh... Aku dah gila nak menulis semula. dah lah website yg biasa aku baca macam takbleh bukak je dr opis nih. Lagi la membosankan. Huargh...

Question!
Siapa saja dalam dunia ni yang tak pernah berselisih pendapat? Walaupun manusia paling introverted dalam dunia ni pun sure pernah tak sependapat dengan org lain. Its just a matter of meluahkannya atau menyimpan di dalam hati.

Dan kita takde la semestinya berselisih pendapat dgn org yg kita tak suka je... dgn org yg paling kita cintai pun... sah2 la lagi selalu terjadi. Tapi kalau perselisihan pendapat yg membina minda, apa salahnya.

Macam aku dgn dia. Kitorg mmg banyak perkara serius yg langsung tak sependapat. Dari segi politik, aku loyalist UMNO-Johor. Dia plak jenis yg pandang dan lihat. Kes gaji dua kali sebulan.. aku setuju, tapi dia tak. Itu tak termasuk lagi kes pasal sembahyang kat surau dan kat masjid. Satu hari suntuk boleh berdebat, sampai kepala kami masing2 sakit. Last2 tido terlangak dedua keletihan. Cis...

OK... berselisih pendapat tu satu hal. Tapi mencapai kata sepakat atas sesuatu perkara itu satu hal yang lain. Dan sesungguhnya pencapaian kata sepakat ini bukan bererti kesemua org bersetuju dengan apa yg telah dicapai. Ia hanyalah satu consensus di mana, yang tidak bersetuju menjadi diam, akibat yang bersetuju berjaya menutup mulut orang lain supaya menerima cadangannya. Sebab tu la kalau satu keputusan di ambil, ada yg pendapatnya diterima, ada jugak yg kena rejek.

Kenapa satu pendapat itu diterima? Adakah kerana pendapat itu yang terbaik? Aku tak rasa macamtu. Bagi aku, satu pendapat itu diterima, kerana tiada siapa yang sudi nak lawan balik.
Kenapa takde sesapa yang sudi/berani/sanggup nak lawan balik? Ada banyak sebab...
  • Mungkin disebabkan personaliti seseorang yang sangat introvert dan lebih suka menerima daripada memberi. So, malas nak pepanjangkan cerita, terima je lah...
  • Mungkin juga disebabkan oleh status. Ye la.. bukannya senang2 kita boleh argue dengan pendapat CEO, maupun manager sendiri, sebab secara status, dia lebih tinggi daripada kita. Walaupun pada hakikatnya, betul sangat ke pendapat dia. Cuma.. siapalah kita utk melawan.
  • Mungkin jugak satu pendapat itu diterima sebab trend... go with the flow. Tak gerek la plak kan kalau tak ikut trend. huahaha... org nak pakai kasut Timberland, kita pun nak jugak. (erkk tetiba...)

Contohnya kes harga minyak naik. Sebagai pengguna yang mengikut trend, kita mesti marah sebab duit kita akan banyak habis kat petrol. Maka reramai la boikot Petronas sambil angkut sepanduk kat stesen minyak.

Tapi sebenarnya, kalau tak abis kat minyak, duit tu ke mana? Derma kat rumah kebajikan? Bagi kat parents? Belikan awek henpon baru? Shopping kasut Timberland sampai 600 (oopss! sapa tuu?? hahaha)

Then again bila belanjawan keluar naikkan cukai rokok, cukai arak.. takde plak sesapa yg berpiket tepi signboard rokok. Hmmm....

Anyway, ini hanyalah aku dengan ilmu cetek aku yang tak bijak menegakkan pendapat sendiri seperti Raja Petra, maupun Anwar Ibrahim. Aku mmg manusia yg sedikit gedik dan suka menggatal berfikir dr arah yang bertentangan, walaupun ada masanya kelihatan seperti menegakkan benang yg basah. Then again, betul ke benang yg kering itu boleh tegak? hahaha..

June 10, 2008

What's the four? Where's the forty?

GLEE! the great storm is over!
Four have recovered the land;
Forty gone down together
Into the boiling sand.

Ring, for the scant salvation!
Toll, for the bonnie souls,—
Neighbor and friend and bridegroom,
Spinning upon the shoals!

How they will tell the shipwreck
When winter shakes the door,
Till the children ask, “But the forty?
Did they come back no more?”

Then a silence suffuses the story,
And a softness the teller’s eye;
And the children no further question,
And only the waves reply.

Emily Dickinson

Beware! Volatile zombie...

Dia kata aku lebih mudah naik angin sekarang. Hehe... Aku pun mengaku kot. Memang skrg ni mudah giler aku menjadi hangen... dan menurut kuiz pasal angen yg aku buat kat magazine Women's Weekly bulan nih, angin aku adalah dalam jenis 'angin'... bukannya api punya jenis. Mmg padan la dgn nama 'Wind' yg aku suka dok cedok tuh...

Baru sat2 tadi, aku anto dia pi klinik, pastu doc tu cakap macam melalut2 pasal ubat post-surgery yg tak seswai la, apa la. Cara cakap macam taknak bagi ubat kat dia... Member tu dah la sakit. Boleh lecture pplak dulu sblm nak clerk. Mmg saje je la tu kan.. tak pepasal suara aku terangkat.

Dia ada jugak tanya soklan yang agak munasabah, adakah angin aku itu disebabkan oleh ada beberapa perkara yang aku tak dapat. Itu buat kening aku terangkat. Apa yg aku tak dapat? Semuanya macam okey je. Cuma agaknya mcm2 yg aku kena pikir. Pasal tidur aku, pasal perangai malas aku yg tak abih2, kucing yg makin bertambah, risaukan keadaan dia yg masih tak berapa sihat, dgn adik aku lagi ada kat umah. Ergh... Nasib baik kat opis takde hal yg melampau2 sgt. Almaklumlah, skrg ni aku masih takde boss lagik. Semuanya kena blasah ikut inisiatif sendiri.

Hmmm... senang kata aku nak simpulkan, masalah masa yang aku tak reti nak manage masa yg membuatkan aku menjadi cranky. Plan nak tido, terpikir nak buat itu, nak buat ini. ke sana, ke mari... dan rasanya, sekarang ni, aku rasa kenaikan harga minyak tu macam masih manageable lagi la kalau nak dibandingkan dgn masa aku. So.. skrg ni aku berada dalam zon yg volatile. Temperature mmg tak sampai 100 darjah celcius, tapi aku ni macam anytime je boleh mengalami proses pemejalwapan, menjadi hangen.

Tapi.. thanks to si dia, after a blissful short nap in her arms ptg tadi, tiba2 tadi cakap satu perkara yang sangat2 aku hargai...

"Esok, you tak payah masak atau carikan apa2 barang untuk I. Takpe, take your time. I nak you settlekan apa2 urusan you yang tertangguh, lepastu, spend masa untuk diri you sendiri. I tahu u letih..."

It was like... a complete breath.
Jadi, aku menerima cadangan dia, dan menyarankan kepada diri aku sendiri utk masuk ke rehab centre yang menyuruh aku membuat kerja2 kebajikan untuk diri aku sendiri, dengan memikirkan pasal diri sendiri. It's not like aku tak selfish sebelum ni, I am, in fact, a big one. Tapi skrg ni... I just need to be more selfish than ever; curling alone in my cold empty room...

And only after I finished my rehab, and then join a 12-steps program for those addicted to domesticity (if there is any), maybe then only I can face the world... Or maybe I like it in there.


Life is like an onion: You peel it off one layer at a time, and sometimes you
weep.

Carl Sandburg

And now is my turn to weep...

June 3, 2008

Kenapa aku masih susah nak tido siang...

Wah.. skrg ni dah kol 1 pagi. Aku melangut kat opis. Kehidupan aku kat opis ni dah macam roda. Asyik pusing2. Dua minggu training dgn tipon. Dua minggu lagi training dgn org yg sebenar2nya. Pastu ada budak batch baru masuk. Budak batch yg masuk sensaing dgn aku pun kuar dr bilik ni. Aku masih lagi tersadai kat dlm bilik training.. meneruskan empat minggu training yang seterusnya. Hu hu hu... bestnyaaa. Mmg saling tak tumpah macam dejavu. Cuma yang tak dejavunya.. tetiba aku rasa macam banyaknyaaa kerja yg akan aku buat. Sampai terasa takut pun ada jugak. hahaha...

Hmmmm... Sekarang ni dah dekat 2 bulan dah aku keja malam. Honestly, mmg aku masih ada masalah utk menyesuaikan diri dengan bulan dan mentari. Tambahan pulak, skrg ni buahati aku tgh tak sihat, secara tak langsung teknik penyesuaian diri aku masa bulan pertama dulu macam tak berapa menjadi sbb jadual tu macam dah berubah2 gitu. Dan... sbb dia bukan pegi keja, tetaoi duduk kat umah, so.. tuntutan fitrah manusia (seperti tuntutan nafsu makan dan lelain..) macam ada deviation sket la kan. huhuhu..

Masa memula aku nak keja kat sini, aku cuba mengambil pendekatan tukarganti bulan dan mentari. Kiranya.. aku keja masuk kol 10 malam, balik kol 6.30 pagi. So, aku pun anggap la macam kengkonon aku tukarkan je a.m. jadi p.m. Jadi masa tu mmg ngam jugak la... Aku balik keja, aku pegi bfast dulu dgn dia. Lepas tu dia pi opis, aku balik umah, mandi manda, dalam kol 11tghari camtu aku tido la. So, agak2 nam jam tido dah ok la. Bangun balik dlm kol 5-6 petang. Amik dia balik keja, pastu makan malam, dan get ready la nak pi kerja balik.

Tapi... masa dia dlm hospitalization leave nih. Rutin aku cam ala2 kena kejar2 plak. Aku balik je keja, pi belikan dia bfast. Anto bfast. Tido kejap. Pastu kalau aku rajin, aku akan bangun time tghari utk masakkan mkn tghari. Anto jugak ke rumah dia. Pastu baru balik umah. So dlm kol 3 lebih camtu baru aku ala2 free utk tido. Tapi biasanya aku cam takleh nak tido pasal matahari dah tegak giler atas kepala. Pastu kol 6ptg aku lalok la plak. Mula la tertido. Sador2 je dah kol 9mlm. Maka, seperti lipas tercabut kakinya dek ditenyeh dak Saly, aku akan menggelupur mandi dan terus pi opis.

Dan begitulah seterusnya sehingga menyebabkan hari Sabtu aku jadi macam hari tidur. Sabtu yg lepas ni aku tido dr kol 6 petang, saaaampailah kol 9 pagi besoknya. Padahnya... kepala aku berdengung seperti lalat di dalam tong sampah rumah... er... rumah org sebelah (taknak ngaku tong sampah sendiri banyak lalat.. huhu).

Tapi sebenarnya, bukan masalah rutin harian cintahati yg berubah yang membuatkan rutin harian aku berlari2 anak, tapi, ada banyakk lagi hal yg menyebabkan tidur aku di siang hari terpaksa dikorbankan. Di antara sebab2nya ialah...
  1. Adik aku tetiba call... "Akak.. tolong anto pegi pejabat pos bley tak?"
  2. Cintahati tetiba tanya... "Yang, u taknak lunch dgn i ke tghari ni?"
  3. Cintahati tanya lagik..."Yang.. kalau u kuar pi Jusco tolong belikan sabun buku dengan ubat gigi. Oh... dengan roti sekali ek. Kalau ada ikan siakap pun ok jugak... "
  4. Adik yg lain plak call... "Akak... boleh tak tolong anto pi interbiu kat kajang..."
  5. Hati tetiba terdetik... "Aiya.. ramainya budak forum yg aku tak aktifkan lagi. Harus la kena bukak intenet dulu..."
  6. Nafsu tetiba berkata..."Huhu... Aku dah abis donlod game Tekken Resurrection... nak donlod game X-Men la pulok."
  7. Kepala tetiba terfikir.. "Alamak... nak kena pi bank, bayar duit keta, bayar duit rumah... bayar utang si-'ah-long'-ti -bank..."
  8. Time bawak keta balik dr opis, tetiba terasa.. "Apsal lak tayar keta ni? Kena buat alignment lagi ke..? aduss..."
  9. Minda yang kosong dan bengap tetiba minta diisi... "Balik ni kena abiskan baca buku yg dah berminggu tak terhabis2 lagik dibaca.."
  10. Sambil terbaring atas katil, mata asyik termenung pandang siling, pandang sebelah, pandang siling, pandang sebelah... "Kenapa laa aku sanggup pilih keja yg kena tido siang sensorg nih?!! Warghhh.. marah! marah!"

Kesimpulannya... semenjak keja malam ni... aku masih lagi tak dapat pergi karaoke di siang2 hari. Cis!