September 27, 2006

Byk mkn jgn tak buang plak.. haru jadiknya!

Kalau haritu aku tulis pasal masalah kesihatan akibat terlebih byk buang air beso. Kali ni aku nak tulis plak pasal masalah yg berlawanan iaitu takleh buang air beso, ataupun nama manjernya 'constipation'.

Macamna masalah ni boleh berlaku? Ia akan menyeranggg mereka yg berikut:
  • pemalas nak makan mknn2 yg berserabut tinggi seperti sayur, buah2an dan jugak sabut kelapa.
  • terlalu2 sangat menahan angin2 tak bagus drpd keluar atas alasan, malu, segan, takut dan sebagainya
  • Ada jugak kengkadang masalah ini disebabkan oleh elemen besi dan batu yg ada pada perut sampai perut jadik majal taknak memberi kerjasama kepada sisa2 mknn yg ingin keluar. Utk memastikan kehadiran elemen batu dlm perut korg, silalah rujuk kepada mak bapak dan jugak tok nenek korg (omputeh kata 'ancestor'). Kalau diorg ada masalah yg sama, mmg sah korg pun dah tertelan kromosom 'perut batu'. haha..

Tapi kengkadang kita tak perasan pun yg bahawasanya kita ni dah berhari2 tak mengunjungi toilet. Ye la.. kot2 terlalu khayal tgk vcd, tgk chefwan masak mknn laut, ataupun dok mengunjungi bazaar Ramadhan je dan makan la apa2 yg seronok dibeli seperti murtabak, roti bom, ayam percik dan jugak lecikang (dgn isi2 yg tak dapek dikenalpasti itu). Maka sekiranya korg ada mengalami simptom2 seperti
  • rasa senak dan ketidakselesaan pada perut
  • rasa kekembungan yang melampau
  • macam dah rasa keracunan sampai kepala rasa senoneng.. (jgn tak caya, simptom ni boleh jadik..!)

Ha.. kalau tetiba korg ada rasa camtu, baik ingat balik.. bilakah kali terakhir korg menziarahi tandas. Kalau kira punya kira dah tiga minggu lepas, mmg tak dapek nak nolong la...

Abeh tu? Kalau mmg dah sakit perut tu apa nak buat? mana boleh putar masa kebelakang utk melawat toilet. Mmg la tak boleh putar masa ke belakang. Tapi korg boleh melajukan pengeluaran bhn toksik dalam badan tu dgn menghukur sedikit bantuan kepada para2 usus besar..

Ada byk cara nak menggalakkan pengeluaran sisa toksik tersebut. Cara yang paling cepat dan berkesan ialah dgn menggunakan satu bendaalah yg digelar sebagai 'enema'. Sesapa yg rasa benda ni cam giler2 outer-space, meh aku bagi sedikit maklumat. Enema adalah cecair yg dibubuh dlm tiub plestik yg kecik je. Di hujung plestik tu ada muncung. Obat ni kena digunakan dgn cara memasukkan ke dlm rektum. Mmg dlm beberapa minit je resa utk mengeluarkan sisa toksik akan tiba dan legalah perut anda. tapi jgn ambik masa tgh pose. Batall pose karang.. hehe. Kos utk membeli enema ini juga tidak mahal. Di farmasi ia dijual dgn harga RM1.50 utk dua tiub kecik yg comel.

Tapi ada jugak yg sedikit ngeri utk melakukan aksi memasukkan enema (macam aku laa..) maka terpaksa la pilih obat yg diambil secara oral, iaitu dgn dimasukkan ke dalam mulut, kemudian telann! Tapi obat camni mengambil masa yg agak lama utk bertindak. Agak2 dlm 6-7 jam baru resa utk membuaang tu boleh tiba. Dan kalau org yg tak tahan, resa tu sungguh kuat sehinggakan rasa sakit dan berpeluh2 jadiknya. Tapi bila sisa tu dah kuar, ok dah. Takde la sakit2 lagi. Maka, peringatan bg yg ambik ubat ini, pastikan anda berada berdekatan dgn toilet pada masa sisa dijangka akan dibuang, untuk mengelakkan masalah yg lebih buruk drpd timbul. heh heh...
Obat yg aku biasa guna diberi nama Beacolux. Kat luar botol tu ada gambo saluran pencernaan, dijual pada harga tak lebih drpd RM4 sebotol. Dlm tu ada brp bijik aku tak kira plak. tapi ada byk jugak la. Di samping itu ada jugak obat2 lain yg fungsinya lebih kurang camtu tapi berjenama/harga yg berbeza.

Bagi mereka yg ala2 takut nak mengambik bahan kimia bebanyak masuk dlm badan, sure la takut nak amik obat2 yg ala berkimia ni kan. Org camtu, kalau mengalami masalah constipation nih aku sarankan supaya ambik la obat2 yg ala2 naturale gitu. Obat2 naturale ni biasanya adalah fiber/serat yg telah dibuat dlm bentuk pil ataupun serbuk yg boleh diminum. Contohnya cam Fybogel, Senokot ataupun yg lelain dan sewaktu dgnnya. Teh2 kuruskan badan pun boleh jugak mengaruh pengeluaran sisa toksik, tapi kalau yg perut batu tu payah sket la..

Apa2pun, ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar aku yg sememangnya pembeli setia ketiga2 jenis obat yg aku dah tulis kat atas. Kepada sesapa yg rasa2 tak caya cakap aku, takpe gak. Boleh tanya kat doktor korg. Tapi sebenarnya tanya kat ahlul farmasi pun boleh jugak. Empat tahun diorg belajar, kalau tak reti2 tu boleh suruh diorg keja kat kaunter je la. OK.. dah, pasni kalau sudah tau ada masalah2 sebegini, sentiasalah bawa obat kemana sahaja utk mengelakkan yg kurang teruk menjadi parah.

Ingat! cegah sebelum parah.. huahaha..
Selamat berbuka pose..

September 22, 2006

Mlm ini tgk anak bulan.. Nampak atau tidak kena gak pose..

Selamat semua. hari ni hari tgk anak bulan. Dah nak masuk Ramadhan lagi. heheh... Kalau korg perasan setiap kali menjelang Ramadhan aku akan buat entry kat dlm blog. Entry utk Ramadhan tahun lepas klu aku tak silap la.. mengimbau kenangan2 di Ramadhan aku bersama dgn ChefDku. Tahun ini insyaAllah kami akan menyambut Ramadhan bersama dlm rumah kami sendiri.

Cam biasa la kalau time bulan pose aku akan jadik domestic goddess (huahuahua.. ayat tak hengat). Sebagai seorang yg 'addicted to domesticity', bulan pose ni lah masanya aku nak tido dan melingkor atas katil. Kiranya masa2 pose ni kalau korg nak samakan aku dgn kain buruk pun boleh gak la. Sbb ada masa melepak depan pintu, pastu depan tv pun ada, cuma yg aku blum try ialah melepek depan peti sejuk. haha.. masa kekecik dulu ada gak rasa nak buat camtu, tapi takut mak marah. hehe

Masa kecik2 dulu rasanya waktu berpuasa adalah menyeronokkan. Abah aku masa dulu akan reward anak2nya yg berposa. Kiranya sapa dapat pose penuh boleh dapat 50 hengget duit raya. Aku yg mata duitan ni apa lagi, musti lah pose. Kalau teryangyok satu hari pun dah kira kensel duit raya yg RM50 tu. Ikut dia la nak bagi byk mana, biasanya paling byk pun 20 hengget je dia bagi. Camtu sekali abah bagi galakan kat aku dan adik badik soh kitorg pose.

Satu lagi galakan utk berpose yg parents aku bagi kpd kitorg ialah.. sesiapa yg dah layak berpose, tetapi tak sudi nak pose, maka dia tidak akan dibenarkan utk mkn bersama2 dgn org lain yg pose apabila tiba waktu berbuka. Pada aku mmg giler tak best la kalau tak dapat mkn sesama. Mana taknya, bbrp minit sebelum buka, mak akan bagi sepinggan mknn yg utama, pastu kena pegi mkn sorg2 depan TV. Mmg la mkn depan tv tu best, tapi bagi aku berbuka bersama2 dgn yg lain2, sambil mkn mknn yg berpinggan2 atas meja tu lebih bermakna drpd terkulat2 sensorang mkn hanya SATU pinggan sambil tgk transformers.

Aku ingat lagi masa aku tak terpose dan telah di hantar ke ruang mkn org tak pose. Sakit giler hidung aku bau mknn yg byk dan sedap tu. Pastu dok la terteleng2 dr depan tgk mak abah dan adik aku yg mmg tak harus pun pose lagi dok mkn sesama. Mmg stressed!! Dan adik aku pun ada jugak mengalami kes kena mkn sensorang. Aku giler kembang la bila tgk muka dia dok sesedih pandang kitorg mkn dr jauh. hahaha.. Sapa suruh tak pose??!! huhuu.

Tapi skrg ni aku enjoy berpuasa. Bukan sbb ada duit raya yg banyak, bukan jugak sbb taknak mkn sensorang (hello... time puasa pun aku pernah kena berbuka sensorang tau!), bukan sbb apa2 reward yg akan aku dapat physically. Tapi aku suka berpuasa sbb perkara2 berikut:

  • dapat meningkatkan apresiasi aku terhadap makanan,
  • membuatkan aku rasa seronok apabila menunggu azan maghrib di hadapan juadah berbuka bersama2 dgn org2 yg penting dlm hidup aku.
  • aku tak payah pening2 kepala nak dtg awal dan bersarapan kat kedai mamak pepagi buta,
  • time lunch break, aku boleh isi dgn perkara2 yg berpekdah seperti tido.. huahahah.. best best
  • Pastu boleh balik awal dr opis dan boleh pegi bazaar ramadhan utk beli mknn berbuka
  • Ada byk giler bazaar ramadhan kat malaysia nih. Kalau takmo pose, pastu menggatal2 nak gi beli mknn sesama dgn org yg puasa.. er.. cam tak seswai je. Baik beli mknn tghari je. haha..
  • Time puasa boleh berhibernat sambil bertido2 kat umah. Yeahooooo!

Huahaha.. Selamat berpuasa semua! Setahun, hanya sekali merayakan Ramadhan mulia ini.. jeng jejeng jejeng!

Lepas pose kita jingle bells! haha..

September 18, 2006

Thanks to all !!!!!

Kepada semua kawan2 yg menghadirkan diri utk gath sabtu dan ahad,

Terima kasih byk…It was a terrific one and super awesome.

Special thanks kepada:

  • Ina (yg drive sensorang) yg sesat byk kali tetapi tetap tak giveup. I mmg tabik kat you… dan TQ so much for the tempeyek …sedap ina …
  • Effie yg sungguh jauh drive sensorang utk dtg, pun I tabik you. Semlm I drive pun minta tukar dgn kapal sbb I dah giler tak larat.
  • Cool, TQ ..tak tahu nak ckp mcm mana atas support yg tak berbelah bagi, walaupun you tak dpt join sesi game mlm.
  • JHY dan chidori, korang TQ so much sbb mlm mlm pun korang dtg jugak dan pukul 6:15 pagi korang dah balik. Sorry sbb tak dapat lambai korang sbb mmg serius tak sedar biler dah masuk ke bilik tu. Comforter korang kami dah bawakkan.

Thanks byk byk jugak kepada:

  • zorro, blue, tanpa u guys berdua, kami dah selamat masuk sepital bahagia gamakknyer. Zorro, TQ sbb menjadi cameraman yg sungguh berdedikasi. Blue, kwn mcm u mmg susah nak cari. We really really appreciate your support. Bak kata org melayu …sayang awak!!!
  • uL dan partner, TQ byk sbb membolehkan diri anda hadir dan membawa adik payid kiter tu lagi. Nasib kau dtg uL, kalau tidak aku mmg merajuk dgn kau ..rajuk hati …ehehehe. Nnt dtg lagi …
  • isrockstar, you dtg jugak… timasih byk byk walaupun ala ala berkejar dan kena drive sorang jugak
  • annette, yg juga berkejar, TQ TQ TQ TQ … dan dpt kan L word…nnt kem slm kat partner you
  • payid, TQ sbb you tak byk soal, u la yg paling mudah masa nak pegi, very determine dan u ni mmg menyenangkan hati kpl
  • budak nakal dan partner, u both dtg jugak walaupun tak stay utk permainan mlm dan berkejar jugak sbb partner u keje …
  • lumix dan partner, guys TQ for coming but so sorry sbb tak dpt borak byk dgn u all, nak kacau lelebih pun I takut sbb lumix mcm serious, but I know you guys best … nnt dtg rumah I kiter citer citer lagi OK
  • along berempat (anda tahu siapa anda), korang TQ sgt sgt sbb dtg jugak dan very sporting morting nak main main dan citer citer… nnt kiter jumpa lepak2 smpi pagi walaupun sesi bola kiter dah tamat K…
  • sekutz dan yati, korang berdua, TQ sgt sbb korang dtg jugak ikut kami…ekekeke..sekutz, take care of your health, yati …. Kau mmg adik yg best, sentiasa ada di sisi kami … korang …TQ byk
  • awak dan saya, TQ sbb dtg jugak korang. Seronok dpt jumpa both of you guys and TQ for liking the souvenir so much.. ekekeke

I hope I tak missed out sesapa. Korang, nnt ada kelapangan kiter lepak lagi reramai. BBQ and games session perhaps? Tgk la nnt OK?

TQ so much for a great time together!

-lin-

September 15, 2006

aku yg katun tak tau nak tulih apa

Hua hua.. Skrg ni aku ala2 takde masa nak mengapdet blog. nak menengok pun takde masa, apatah lagi nak menulis. huhu.. Kesibukan kota aku skrg ni bukan sahaja disebabkan keja kat opis, malahan jugak kesibukan tetiap malam. Ada je appointment yg berlaku. hari ni jumpa org ni, esok org lain plak. Jumaat ni dah nak bersiap2 utk satu event tuh. Adeh.. loteh den.

Haaa.. ada jugak lagi satu perkara yg menyebabkan aku sibuk. Ini semua javabeans punya pasal. Dia dgn baik hatinya meminjamkan aku sekebat komik sailormoon. Aku pun apa lagi. Pantang ada masa terluang je la. Sblm tido, sblm meeting, masa makan, sokmo aku membaca. Dan rasanya kalau aku mmg mengadap benda tu je, tak sampai sehari dah abih. Tapi sbb ala2 takut kena sound dgn makwe aku, makanya berpada2 jugak la aktiviti pembacaan aku itu.

Bukan sbb apa, kalau aku dah membaca tu, apa saja org cakap pd aku, jawapan aku hanyalah sebagaimana yg tersenarai di bawah ini:
"haah"
"ok"
"apa?"
"ntah"
"tu la"
"betul"
"heheh"

haha.. mana tak gelpren aku berbunyik camni..
"Dia ni kalau dah dapat sailormoon, mmg tak pandang kiri kanan"

Bila dah kuar remark ni, maka, aku start la berpada2 dan menumpukan sedikit perhatian kepada kata2 makwe ku.. huhu..

Mmg sebagaimana yg telah diketahui oleh bbrp org rerakanku, kalau org lain ada masalah jiwa kacau, aku ada masalah jiwa katun. Mmg semenjak aku dah jatuh chenta dgn Michiru, masalah kejiwaan ini semakin teruk. Di antara simptom2 masalah jiwa katun selemun yg dialami oleh aku adalah seperti berikut:

  • Tidak menghiraukan gelpren yg bercakap di tepi telinga
  • Sanggup bangun pepagi tetiap hari ahad pd tahun 2000 semata2 nak tgk selemun kat tv
  • Terasa lebih 'teruja' dgn watak2 perempuan anime yg seksi berbanding perempuan2 yg bebetul manusia. Kiranya air liur boleh meleleh bila tgk Michiru tapi tidak terasa apa2 langsung bila tgk Beyonce.
  • Boleh berbicara seorang diri sewaktu membaca manga maupun menonton anime
  • Tetiba boleh tergelak bila tgk satu scene di mana Setsuna makan aiskrim. Lawak sangat ke? Mmg lawak kalau tahu karakter Setsuna itu.
  • Tau apa dia makanan kegemaran, cita2, tarikh lahir, jenis darah dan juga perkara yg ditakuti oleh Michiru
  • Dok hapal lagu Moonlight Densutsu, Tuxedo Mirage, Otome no Policy tanpa sbrg masalah.. Nak dengar aku nyanyi? haha..
  • Frasa 'Dead Scream' disebut dalam bunyi "Det-to Sukurim" dgn menggunakan suara nada yg rendah.
  • Cermin cabut jerawat makwe aku dapat nama 'Cermin Michiru' (dia pun bersekongkol sama bagi nama utk cermin tu)
  • Berpotensi utk bergaduh kalau ada yg kata aku dah terlalu tua utk tgk katun. Helloooo sailormoon tu kalau kat malaysia ni rating dia 18PL tau. premarital sex, superpower yg a-la tahyul, nudity, homosexual portrayal.. apa lagi mau..?
  • Boleh menganalisa nama watak2 sailormoon dan mengaitkan makna nama mereka dgn perangai dan kuasa masing2 satu persatu.. Contohnya, watak Sailor Venus, adalah Minako Aino. 'Ai' membawa maksud 'cinta' sesuai dgn watak Minako yg merupakan 'Senshi of Love'. Segala serangan2 sailor venus pun bernama ala2 cinta jugak, seperti 'Venus Love Me Chain'. Tambahan pulak kalau kita perasan la, ada yg percaya 'women are from venus', so.. boleh la dikira2 perkaitannya, venus-wanita-cinta-ai-minako aino-sailorvenus-senshi of love.. bla bla bla.. Ok itu baru satu je drpd watak sailormoon, tak kira semilan lagi senshi.. wahaha..
  • Boleh tulis giler2 babas ala-detail-macam-bagus pasal watak sailormoon sedangkan korg yg baca pun ntah paham ntah tidak. kan? haha..

Begitulah katunnya jiwaku.. hu..

September 1, 2006

Merdeka, merdeka jugak. Cerita pasal diri sendirik jugak.

Waa.. malaysia sudah bertambah satu tahun lagi merdeka. Bila tiba hari kemerdekaan, aku boleh tido kat umah. huahaha.. so unpatriotic. Eh, jgn cakap aku tak patriotik. Aku adalah di antara sekelumit rakyat
malaysia yg senget yg masih ingin menetap di malaysia. Ok la tu kan. Patriotik la tu kot. eheheh.

Di ambang kemerdekaan, di saat org2 lain pegi tgk bunga api. Aku dan kengkawanku yg cool dan lawak poyo ganaz dan jugak makweku yg comei itu pegi makan tosai sardin. Makan punya galak sampai aku sakit perut
keanginan malam itu.

Ada jugak kawan kami yg hebat membeli belah menyambut kemerdekaan di ikea sempena majlis jualan hebat malam merdeka. Er.. jualan hebat? Patutnya diorg bagi nama belian hebat. Sbb tanpa pembeli2 yg hebat, takde la hebatnya jualan tu kan.. *apa aku merapu nih??!* yang penting, utk pembeli memerdekakan diri dr ikea tu, mmg cukup lah lama. Sampai sejuk karipap dibuatnya.

Seawal pagi semalam makweku yg garang berkaki panjang itu berlepas ke kampungnya. Adik dia nak kawen. Cian dia, sure ramai org dok bising2 tanya bila dia nak kawen. Tapi dia yg dah kawen tu sure takleh bgtau
bahawa makwenya yg pipi tembam berkilat, mata terkelip2 ini dah bersama selama sebelas tahun. Maka tiada erti kemerdekaan lah dalam perhubungan kami kerana masih dijajah oleh segelintir manusia normal yg memandang rendah kepada perempuan yg belum bernikah.

Bila dia dah keluar dr rumah, menggelupur lah aku keseorangan. Nasib baik la ada kengkawan yg sudi meneman. Sedikit sebanyak sikap antisosial aku ni terbendung la buat seterika (= seketika).

Masa teman meneman sambil makan jambu depan tv, kitorg berborak pasal satu topik yg mmg aku suka nak gelak, iaitu...
"Apakah pendapat anda tentang Sekapal masa ketika kali pertama berjumpa dgnnya?"

Mari kita lihat contoh2 jawapan yg ada (yg mana susunan bahasanya telah diedit oleh jarijemariku)...

"In denial. Tidak.. Itu bukan Sekapal. Dia tak datang sebenarnya."

"Masa memula dulu ingatkan Sekapal ni suka merendah diri. Dok kata dia gemuk dan pendek. Tapi bila dah jumpa, er, mmg betul pun."

"Memula aku jumpa kau, aku rasa cam, oh.. comel je budak sekapal ni rupanya."

"Masa tunggu kat stesen minyak tu. Ingatkan org lain kot yg ambik. Bukan Sekapal. Sekali tu bila turun keta, dia salam dan perkenalkan diri as Sekapal.. La.. ini ke Sekapal."

".........." <-- sample ni jadik senyap sbb tak tau nak kata apa. hahaha..

Ada sesapa nak menyumbang kepada entry ini silalah bgtau aku ye. heheheh

Apa2pun, aku mmg langsung tak amik hati apa pun pendapat pertama korg terhadap aku. hehehe.. suka lagi sebenaarnya dengar pendapat jujur korg. eeheheh..Sebenarnya, inilah padah nya kalau tak bubuh gambo sendiri kat dlm blog. Maka aku nak pesan pada mereka2 yg bakal berjumpa dgn aku time gathering nnt... expect the unexpected.
huahaha..

Sekian entry selfish dalam kemerdekaan dr aku hari ni.. adeh, rindunya kat makwe aku.