June 29, 2006

Kita ni pun boleh buat cerita cam TLW jugak tauu!

Lagi saploh menit pukul doblas tengah malam. Aku nih dgn baik hati dan rajin diri sedang berada di opis buahati aku pasal meneman dia buat keja. Ciann cik leen. Tapi takpe, kampeni dia suda bagi gaji bebanyak lagi ada hati mau malas2?? Tak patut... tak patut.

haha.. kira2 dah berapa lama aku tak apdet blog. Lamer giler rasanya. Sampai ada jugak yg bertanya..'Sekapal tu mmg selalu takde ek?' hehe.. padahal aku ada je gi minum2 tey tarik. kan kan? adehhh. Beberapa minggu dan hari kebelakangan ni mmg ada terbz dgn hal keja la, bz apa lagikk.. Itu yg membuatkan kengkadang ku rasa seperti mau mengaum dan meminum segala apa yg lalu depan mata (kalau yg lalu depan mata awek gerekkk tuu.. nasib diorg ler.. ehehe). Ada gak yg ingat aku dok bz kat forum sengetians. Takde pun sebenarnya. Sampaikan ada bbrp keja2 admin yg aku tak sempat nak buat. Harap mahap je la ye.

Tapi kalau ada yg kata aku bz menonton TLW season 3... sangkaan anda benar belaka. Buat keja kat opis cecepat, pastu balik, pastu pulun.. hehe.. Timacih cik lily kerana sudi mengiraikan bagi pihak saya.. *tunduk tunduk*.

Berdasarkan pemerhatian aku sepanjang penontonan cerita ini, season 3 ini sarat dgn emosi yg membuak2. Sampaikan tak terlarat rasanya menahan rasa bergelocak di dada.. haha poyo! Dan sebagai peminat fanatik Bette/Tina, aku sungguhhhh sungguhhh hampa pasal season ni takde scene 'orgasama' diorg berdua. Cis! Mementang Jennifer Beals mengandung, takmo la plak makcik ilene chaiken memberi makan kepada peminat diorg ni. Dah la Bette tak pakai baju stylo mylo kali ni.. Takpe ler, aku sabar menunggu season seterusnya.

OK, bagi aku la, kenapa hati rasa meruntun2 bila menonton siri ini adalah sebab isu yg diketengahkan sungguh menyentuh rasa realiti kehidupan seorang lesbian. Dan mmg aku percaya kita para2 sengetians ni mmg penuh dgn kehidupan yg berpancaroba, w/pun di luar kita kelihatan poyo cam tak makan nasik sebulan. Ini dikuatkan lagi dgn proses perkenalan aku dgn geng2 sengetians yg dtg ke micro gathering haritu.. yeabbaaaa!

Berbalik kepada TLW tadi, meh sini la aku tetiba nak tulis pasal konflik yg dialami oleh watak2 di dalam siri itu, yg aku rasa mempunyai kaitan dgn diri aku, diri korg yg membaca blog aku, maupun yg berkait mait dgn lesbian yg dok sebelah umah korang tu. Haa.. yg tu la, yg naik keta kaler biru tuu.. kan kan..Sesapa yg rasa sesungguhnya tak hingin membaca spoiler utk S3 nih, aku cadangkan berenti la membaca di sini, pegi buat teh pastu sambung keja, takpun pi baca forum.. haha

orait... here goes.. huh.

Konflik cam-Bette
Bersama selama 7 tahun lebih. Menanggung kehidupan bersama dgn pasangan yg disayangi. Dah pernah cam nak pecah rumahtangga, namun akhirnya bercantum kembali. Dan la ni dah ada anak pun. Tapi lepas je anak lahir dah la diberentikan keja. Pastu pasangan plak yg kena keja menyara kehidupan.. Dah la selama ni menjadi ketua rumah, terpaksa lak tukar role drpd yg lebih byk bercakap, kepada yg lebih banyak menurut. Konfiden takde, hidup tak keruan. Lagi mengharukan apabila sang partner kata..'Saya sukakan lelaki..' Aduhhhhh bisaaaa!
Camna nak buat tu? Pasrah ke? Pergi bertapa? Carik keja? Lepak kat umah buat bodo? Perlukah berpisah terus dgn pasangan hidup tu? Ataupun tunggu masa menentukan?
haha.. tunggu la season depan

Konflik cam-Tina
Memula mmg pompuan stret. Tapi lepas terjatuh chenta dgn pompuan, mmg tak dapek nak ditahan2 rasa bestnya. Dan mula lah bersusah payah mempertahankan rumahtangga, tak pernah bersama dgn pompuan maupun lelaki lain. Sekali tu monogamous partner buat hal. Hantu betol. Pastu bila dah pregnant, berbaik la plak semula. Sekali anak dah lahir, partner pulakkk kena buang keja. Dah la nak susukan anak, nak keja lagi. Sang partner plak mementang dah lama jadik ketua rumah, asyik laaa besar kepala. Dah la dok melangut tak keja kat umah.. Cheh!
Pulak tu, mmg org cam Tina ni selalu mengimpikan hidup sebagai seorang isteri yg menjaga partnernya (tak kisah la suami ke isteri ke...). kemas umah, masak, menghiasi diri, lepak2 minum kopi dgn kengkawan. Sekali tu kena plak mencari rezeki. Ini macam sudah ala2 tak best. Cenggitu kalu, baik berbalik pada lelaki. Sah2 laaa akan dijaga. Almaklumla.. org pompuan.. huhu.
Tapi hakikatnya mampukah seorang lelaki 'melayan' dia sebaik seorang perempuan? Adakah ini satu perubahan sementara ataupun satu jalan lurus menuju keinsafan? Camna dgn anak yg diusahakan sesama tu? Kalau la si lelaki plak pasni buat hal.. nak carik lelaki ke.. atau nak berbalik pada pompuan? hmmm hmmm...


dah la tu, dua konflik cukup la buat apdet kali ini. Karang pepanjang kang korg main skrol je taknak baca kan. Tak teruja la aku kalu camtu. Kita jumpa di hari berikutnya yea.. ehehe babaiii..
dr aku, Sekapal -speku- Duasen...

June 16, 2006

Hikayat Hang-tak-Setia

Aku nak bercerita . Rasanya mcm dah pernah cerita tapi aku nak tulis jugak. Ingatkan nak tulis cerpenget tapi tak pandai la plak. Tulis blog takde sape kisah apa style bahasa aku guna, ayat aktif, ayat pasif maupun ayat mengayat.

Pada satu masa dahulu di zaman awal semilan pulohan, ada seorang budak pompuan yg baru berumur 17 tahun. Ini budak sangat gatal kerana kecik2 lagi dah ada gelpren.
Kisahnya bermula apabila dia menyertai satu kursus yg jauh lebih best dr Khidmat Negara. Dapat duit, dapat makan dan jugak dapat keluar dr umah mak bapak buat sementara waktu.

Nak dijadikan cerita, budak ni tak dapat berkursus bersama gelprennya. Kalau tidak, sah2 la diorg ni berketontel berdua2 sahaja tanpa budak ini hingin nak berkawan dgn org lain. Maka oleh sebab takde gelpren, dia ni terpaksa la berkwn2 dgn kengkawan yg lain sbb taknak la plak digelar kera sumbang.

Apabila dah mula berkawan2 ni, ada la sorg pompuan yg rapat dgn dia, sehingga tahap bespren. Ntah cemana, lama kelamaan dia ni cam dah ala2 terjatuh hati dgn si bespren. Tapi sbb gatal tak hengat, dia masih lagi ala2 berchenta dgn sang gelpren dan dlm masa yg sama sudah pandai bersayang2 dgn si bespren.

Si gelpren pulak sudah terbau itu kes sayang2. Apalagi, si gelpren pun hangin la dan menghalang budak poyo itu berkawan dgn si bespren. Tapi budak ni pun namanya dah poyo, dia buat bodo je, dedua dilayannya, atas alasan... 'ala, si gelpren tu jauh, bukannya dia tau punnn'...

Maka hidup la budak ini dgn perasaan riak dan takabbur mementang ada dua org yg suka kat dia. Nasib baik dua, buatnya ada delapan org yg suka, sah2 budak ni belagak tak hengat!

Setelah tamat kursus yg best gedebest itu, budak inipun pulang la ke umah mah bapak nya utk menantikan keputusan SPM. Di rumah dia masih lagi hidup bahagia melayan gelpren yg jeles dan bespren yg
best tetapi pasrah. Si gatal tu pun sempat lagi berjejanji dgn gelpren dan bespren utk sesama amik keputusan SPM. Kengkonon nak jumpa2 melepas rindu la nih.

Tapi mlm sebelum dia nak amik keputusan SPM, budak ni rasa sungguh tak sedap perut, dia rasa hidup tersorok2, kaber sana sini, kengkonon nak bagi2 kasih ni cam meletihkan diri sahaja.
Dah la dia pun rasa cam gelprennya makin lama makin lorat, manakala besprennya makin lama makin haibat.

Maka dlm durasi satu malam itu, dia membuat keputusan, barangsiapa yg terlebih awal menelefonnya malam itu, org itu yg akan dipilih menjadi kekasih hati. Beberapa detik selepas itu, telepon pun berdering, dan dengan redhanya dia bertekad utk memilih si-penelefon dan meninggalkan si-tidak-menelefon.

Selepas keputusan SPM diamik, budak poyo ini pun terus mengakui perasaannya terhadap sang bespren yg dgn harapan supaya dia terpilih menjadi kekasih hati si bespren dan bertindak utk langsung tidak mahu berjumpa dgn si gelpren yg sanggup singgah di daerah kediamannya utk berjumpa, semata2 sbb budak poyo ni rasa, dia tau apa yg dia mahu, maka dia perlu tinggalkan apa yg dia tak mahu.

Sekian cerita..

Ulasan aku:
Ini bukan cerita pasal aku. Kalau ada pun kaitannya sikit2 sahaja. Dan aku mmg kenal budak ni sejak dahulu lagi. Sekarang bila aku ingat2 balik cerita dia, aku mula terasa bahawa ada moral di sebalik cerita ini. Di antara moralnya adalah:
  1. Jgn menggatal nak pasang2 dua
  2. Tinggalkan je gelpren tu kalau dia dah tak best, jgn stay for the sake of taknak single
  3. Bespren pun boleh jadik kekasih hati
  4. Telekom malaysia byk membantu mencantumkan dua hati
  5. Jgn bercinta sebelum SPM sbb nanti nak amik result tu hanyalah menjadi objektif kedua sahaja.
  6. Kalau kita boleh tinggalkan org, jgn ingat org takleh tinggalkan kita.. *ish... takuttt!!*

haha...Sekian dr aku yg merapu setelah lama tak menulis.

June 2, 2006

Aku, Dia, Kawan2 kami, dan orientasi seks kami - Part II

Arahan utk pembacaan yg berkesan:
Sila baca entry di bawah dahulu.

OK, aku sambung...

Bbrp minggu yg lepas, aku dapat tau kawan aku yg paling last kawen ni akan menetap di KL selama beberapa lama atas urusan keja. Dgr cerita anak dia akan dijaga oleh husbandnya dan mereka terpisah oleh jarak beratus batu...

Dia contact aku dgn ChefD dan katanya kalau ada free2 tu, boleh la pegi mkn2 bersama. Kitorg bila dia call camtu sebenarnya berada dlm keadaan gembira bercampur cuak...
Cuak sbb takut terkeluar orientasi seks kami yg selama2 ini dibangga2kan bersama kawan2 yg memahami. Macamana kalau aku dgn ChefD terlajak kata, terbuat aksi terlebih2, tercerita kepanassssan Nicole PCD. ish ish ish.. seriau.

Tambahan pulak rumah kami skrg ni byk bhn2 rujukan yg berorientasikan kesengetan. Buatnya dia dtg rumah nnt, takut gak pecah rahsia. Maka kena la sorok bebenda yg membolehkan kesengetan kami terkeluar.
Disebabkan oleh kerana itu, aku dan partnerku kena la membuat sedikit housekeeping kat umah tu, supaya apa yg patut dok dlm gobok tak terkeluar.

Ini menyebabkan aku terpikir pasal isu yg pernah ala hangat di pasaran senget bbrp bulan lepas.."Betul ke org senget ni takde life lain?"

Aku dgn berat hati mengatakan bahawa partially benar bahawa org senget yg ala2 dah proudly closeted nih akan bermasalah apabila terkeluar drpd kepompong komuniti senget. Bermasalah nak mengawal diri, menjaga tuturkata dan tingkah laku. Pendek kata tak boleh lah berkelakuan seperti yg dikehendaki oleh diri sendiri.

Tapi ini takde la bermaksud keseluruhan aspek kehidupan akan menjadi kucar kacir bila tidak berkisar di sekeliling kesengetan. Tak jugak, cuma ada la sedikit rasa lain macam utk bergaul mesra dgn kawan2 yg stret bila dah selalu berkumpul dlm kepompong senget.

Maka moral yg aku nak sampaikan utk diri aku sendrik ialah.. apabila dah ada kawan senget, adalah tak patut utk aku putuskan hubungan dgn kengkawan yg stret dan dah beranak pinak.
Aku selalu nak org stret pandang kesengetan aku bukan penghalang utk aku jadi kawan diorg. Maka aku juga harus terima bahawa kestretan org bukan penghalang utk aku jadi kawan diorg..

Sekian rapuan dr org yg ngantuk teramatsss....

Aku, Dia, Kawan2 kami, dan orientasi seks kami - Part I

Fuh.. Hari jumaat ni mmg takde mood nak bekerja bersungguh2. tak
sabo nak bercuti la gamaknya nih.. huhuuu..Seperti biasa time2 cuti ni kalau tak gi berjalan, mmg tak sah.

Pastu sambil2 berdating, boleh la jugak bersosial dgn kengkawan lain. Paling tidak pun, bersosial la secara pandang memandang ke arah mereka2 yg memandang kembali kepada kita.

Ni bercakap pasal kawan2 nih, aku bukak sket buku sejarah aku masa belajo kat kolej dulu. Alkisah di zaman itu, aku dan chefD ni tergolong dalam satu group yg ahlinya hanya 5 org sahaja. Kiranya kitorg ni ala2 berkawan baik la. Aku ni berkawan baik bukan bermaksud ke sana ke mari berketontel berlima, idok la
cenggitu. Tapi mmg kami selalunya sepakat, saling memahami apa kehendak masing2, dan mempunyai masa utk satu sama lain.

Bila dah tahun tiga, kitorg terpisah. Diorg masuk kampus cawangan lain, manakala kami kekal di kampus lama. Dan lepas tu sorg drpd geng kami telah berbuipren dan sepertinya telah tidak rapatlah dgn kami berempat nih. Ini menyebabkan tinggal kami berempat sahaja.

Bila aku dgn chefD dah abih belajar, diorg tak abih lagi. Tu la kan, amik course pepanjang, nasib diorg la. muahaha. Tapi hubungan tu tak putus lagi la. Kitorg masih saling visit memvisit each other.

Bila habis belajar, salah sorg kawin. Mmg kami bertiga yg lom kawen ni hadir dan spend the night kat umah dia yg nun di utara semenanjung.

Tinggal bertiga yg bujang. Sorg kawan kami tu kemudiannya keja kat pantai timur semenanjung. Kitorg masih rapat sbb aku dgn ChefD pernah la bbrp kali melawat dia kat umah bujangnya. Setelah bbrp tahun bujang, member aku ni kawen tiga tahun lepas.

Aku dgn chefD mmg ralat takleh pegi kawen dia sbb time tu ada masalah bencana alam yg menghalang kami dari boleh menjejakkan kaki ke sana. Skrg member aku ni anak pun dah dua.

Selepas kengkawan yg itu, boleh dikatakan circle of friends aku ddgn ChefD berubah2, dan kami tak pernah ada kawan baik yg lain, sehinggalah kami menceburkan diri dlm arena kesengetan dan berkawan baik dgn geng2 senget. Kami berjaya menerima seksualiti kami dgn bangga bersama2 kawan2 yg memiliki orientasi seks yg
sama.

So, apa masalahnya skrg ni? Bersambung kat atas nun...
(entry yg panjang tak seswai utk pembacaan yg efektif.. huhuhu)