May 26, 2006

Kenapa last2 mesti kena makan ayam goreng tu?

Yeahaaa... Mlm tadi aku ditinggalkan oleh partner aku.

Huish! Bukan ditinggalkan selama2nya laa... dia pigi balik kg selama satu hari. hehe... simpang Y, jgn la dia tinggalkan aku, pinsan aku nnt. Baru kena tinggal satu hari je aku dah jadik cam ilang punca. Tido tak lena (guna tilam murah), mandi tak mau (sejuk daa), mkn tak lalu (malas nak gi kuar mkn).. tau2 je cirit birit pg ni.

Meh aku cerita sket kenapa dia blk kg. Alkisahnya parents dia buat kenduri. Kenduri apa, aku pun takde la tanya lelebih. Tapi yg aku seriaunya ialah kenduri tu dibuat di siang hari. Lepas asar klu aku tak silap. Dan waktu tu pun menyebabkan partner aku pun cam pelik2 la. Aku dah cuak gakk. Sbb kecuakan aku, berlakulah perbualan kami yg camni..

Aku:
Apsal wat kenduri ptg ek? entah2 ada org nak meminang awak tak?

Dia:
Heish! takkan la meminang kot. Sapa?

Aku:
Mana la tau *cuak nih!* Tapi kalau betul awak kena pinang, apa awak nak buat? *cuak lagi dan lagi*

Dia:
Saya amik kunci kereta dan terus balik KL...

Aku:
*fuhhh.. lega*

haha.. takut partner kena pinang. Aku tau dia dah bbrp kali dikenenkan oleh sedara mara dia utk dijadikan isteri lelaki2 pilihan diorg la. Iye la, partner aku tu klu pakai kebaya mmg vogdevas, especially klu tgk dr blkg la (itu pandangan aku la, pandangan korg aku tak tau...). Dah tu, ada keja elok, pandai bawak keta, pandai masak, hormat org tua, mmg la makcik2 dia nak mengenenkan je. Aku gak yg pening.

Ha.. korg plak acamna? Apa reaksi korg kalau partner korg bebetul kena pinang? Nak mengamuk? Nak pasrah? Aku bila pikir2 benda acamni mmg ala2 buntu sket. Aku cam taknak la kasi dia kawen. Sbb kalaupun kengkonon kawen sbb nak kaber2 dgn family, tapi lepas tu real2 punya terjatuh chenta, sapa yg melopong? Aku jugakk la.

So, mmg aku takut. Tapi aku skrg ni mmg malas nak pikir. Bila tiba waktunya, aku pikir la. Harap2 takyah la tiba waktu2 yg aku kena pikir camtu. Dlm dunia ni, klu kita pikir semua benda, last2 sendiri yg jadik
mengong. Kalau tak pikir satu benda pun, mengong jugak. So, pikir la bebenda yg ada di atas pinggan anda sahaja.

Atas pinggan aku ada ayam goreng nih, sat aku nak pikir...

*chomppp chommppp*
burppp.. alhamdulillah...

May 23, 2006

Aku yg taknak org jadik bodoh cam aku.

Hmmm... dah berjuta2 jam aku tak mengapdet blog aku nih. Skrg ni kehidupan aku mmg tak keruan. Dlm kontrak keja kata keja seminggu lima hari, sehari lapan jam. Tapi skrg ni keja delapan hari seminggu dan doblas jam sehari.
Dan adalah sepatutnya kalau dah keja teteruk tu patut2nya boleh la kurus sket. Tapi ni hampeh! Bukan kata nak kurus sket, sket pun tak kurus.. ahaha..

Tapi dlm pada sibuk2 tu sempat jugak la aku pegi melepak2 sampai tengah mlm buta pd hari jumaat dan jugak sabtu. Lepak sambil cuci mata dan seperti biasa la, agenda yg takkan dilupakan, iaitu 'makan nasi'. Ataupun dlm bahasa penuhnya 'Melakukan spekulasi'.. (kalau nak cerita panjang, mengumpat org kata menganyam ketupat, maka melakukan spekulasi aku bagi nama makan nasi, supaya takde yg leh paham...) er, paham ke? haha.. blasah!

Seperti biasa spekulasi2 yg dibuat ialah...
- betul ke artis tu senget?
- sejak bila dia menyenget?
- siapakah ex2 mereka?
- ada tak org buat kenduri kawen baru2 ni?
- siapa bebudak senget yg tak tau nak cover diri sampai kena interbiu tu?

haaa, sebenarnya part yg last tu aku nak komen sket. Aku tau benda ni mmg dah lama dan dah lepas, tapi sebagai manusia yg taknak la nampak cam poyo sesangat kat luar (w/pun sebenarnya kepoyoan aku dah melampaui had kenyal...), aku nak cerita sket benda yg pernah di lihat dek mata kepalo partner aku sendiri...
Mari kita bercerita..

Pada suatu hari, di shopping kompleks yg berjarak dua jam dr plaza tol PLUs sungai besi, berjalanlah partner aku ni dgn seorang stret yg dirahsiakan identitinya. Dalam shopping kompleks ni, ada tangga bergerak dan jugak ada food court.
Dan seperti biasa, dekat futkot tu mmg lah ramai org yg dtg dgn family, mak bapak, budak2, tok nenek dan jugak makcik jual nasik ayam. Sewaktu partner aku ni naik tangga yg bergerak sendirik tu menuju
ke futkot, tiba2 dia dikejutkan oleh bunyik yg sungguh tidak sedap didengar.

Gaya dan style macam lelaki, tapi suara sungguh halus, sehalus rambutku. ahaha. (pompuan la tuuu)Apa yg didengar? Mari aku tulis balik. korg baca la dgn intonasi yg terlebih seswai.

Budak 1: "Wei.. pehal lu lambat?"
Budak 2: "Biasak aa.. ni ha makwe baru gua ni. Org pompuan, kena mekap dulu!"
Budak 1: "Fuiyooo, best aah lu, makwe baru! Lu pekabo skrg?"
Budak 2: "Gua sehat beb. Dgn awek2 gua pun sihat."
Makwe Budak 2: "er.. eh.. hai hai. Ini la buifren i.. ehehehe"

Dan bukan sahaja ada bebudak tu, malahan ada sebanyak penumpang bas ekspres di hari raya gamaknya geng2 diorg tu. Di samping bercakap, tangan juga merayap.. ayamaa... baguss!

Er.. aku bukan nak tego, nak nesiyat ataupun nak jaki. Tapi dekat kawasan org ramai tu, kalau ye pun nak berbangga dgn awek baru ke cakap pempelan boleh tak? Bebisik ke. Takpun dok kat bumbung soping kompleks tu, dan bukannya di kawasan yg penuh dgn org2 biasa yg dtg utk melepak2 dgn keluarga.

Aku paham... ada rasa nak bangga, nak tunjuk dgn semua org. Tapi dgn wat camtu apa yg korg dapat? Pingat emas olimpik ke, piala FA? Lagi best awek tu kena kebas org. Baru padan muka! Tayang lagi!
Dan terus terang partner aku yg sah2 dah berkapel sesama pompuan selama berbelas tahun ni pun naik berbulu hidung menengoknya. Adeh hai.

Sebenarnya, disebabkan oleh kerana taknak nampak obvious di mata masyarakat lah ada disediakan chatroom, bloghost, forum host dan jugak komuniti di alam siber ni yg membolehkan perkara2 yg kita
tak patut tunjuk depan khalayak ramai, boleh di uar2kan dgn gumbira dan bangga. Tak payah la menyakitkan mata masyarakat yg tak suka tgk bebenda yg dianggap tidak normal bagi mereka. Belakang kita kena kutuk, kita gak yg marah.

Apa2pun, sebenarnya mmg seronok kalau leh jenjalan dgn gelpren di soping komplex sambil berpegangan tangan dan minum dr gelas yg sama. Tapi kita kena pandai buat bebenda camtu tanpa menyakitkan
mata masyarakat.

Aku pernah jadik manusia yg menyakitkan mata masyarakat masa aku berkapel dgn my first gelpren dulu. Berkepit ke sana ke mari dan bercinta tak pandang kiri kanan. Kebodohan aku mengakibatkan kehidupan aku tak keruan, aku hilang kawan, dan aku kehilangan respek dr masyarakat sekeliling. Aku jugak kena panggil dek
warden sepanjang hari. Takde satu pun benda yg aku buat nampak cam betul di mata diorg.
Ye la.. dah aku pun dungu sangat tak hiraukan mata pandangan diorg. Sure sakit mata diorg tgk aku masa tu.
Itu pasal laa..

Oleh sebab itu, aku taknak ada di antara korg jadik bodoh macam aku. Sbb kebodohan seorang akan menyebabkan seluruh persatuan penyamun akan mengambil tindakan.. Eh bukan, akan menyebabkan
seluruh masyarakat senget akan terjejas.

Nak seronok ada gelpren, boleh. Nak tunjuk pun boleh. Tapi kena tunjuk dgn berhikmah.

May 19, 2006

if only life was as simple as algebra

Sekarang ni keadaan di ofis aku agak tegang. Dgn new structure that has been implemented and the new things sort of added to my job description. Phewww…
The issue that we are facing now among ourselves now is “unhappy” issues.
Yeah, I myself was not happy previously (now I am a bit happier). In my struggle to understand this new system, they gave me big products to clear. It was an accident they said. I believe so, because they wont intentionally do that to me. Mestilah tak sengaja punyer. Takper la, this week is nice though. I have time to understand my sub-editors work and check my production editors work as well. I don’t like to do things the “cincai” way. I like to do things properly. I manage to see how my team is doing. I manage to get to know AFT (the highest income generator and most important product in this tax line). I quite like this week. I don’t minds a busy week ahead because at least I already plan my future task. Ehhehhehehhe

Satu lagi issue yg kami thg hadapi skrgn ialah percanggahan pendapat dan “how you treat your friends” stuff. Dgn implementednyer this new structure, everyone is struggling to master everything. Keje ni stress giler, deadline tak tahu nak ckp ler, ada yg due daily, weekly, fortnightly, monthly. Semua org kerja mcm giler. Jadi perkara kecik pun sometimes become so big, too big sometimes (errr too big could be overrated). A small spark manages to create a storm. But above everything I notice, there’s no one here is bad eventhough sometimes mmg nampak so nasty. Everyone has good intention, just a little bit stressed out. I really hope that all these will be over soon. I pray hard to see everyone smiles again and can make jokes among us. Currently I hate this situation, I hate to see people pointing fingers. I know, this is just a phase. A bitter phase, that we have to go through. I keep telling myself that this is temporary and I strongly believe in that.

As “eta_carinae” said, “if only life was as simple as algebra”

May 10, 2006

Apa dah jadi pada aku?

ish ish... mmg beberapa minggu kebelakangan ni aku giler bz. Nak apdet blog pun tak sempat. Keja aku ialah
keja sampai pinsan. Dan keadaan ini akan berterusan sampailah ke hari sabtu ni sbb masa tu produk aku masuk testing. Lega la sehari, pastu klu byk error kena bantai la plak. Alamaktuanaih... nasib badan.
OK, itu satu sebab la aku ala2 tak byk masa free.

Satu lagi ialah sbb aku sibuk mempodeh SengetianS forum tu ler. Semenjak dua menjak keluar laporan khas mengenai kaum2 yg agak meningkat popularitinya di malaysia nih dlm sokkabo, org2 glamer pun mula la ala2 macam kena ketip semut takut ada org2 yg samar2 menyelusup masuk. Dgn aku2 sekali la terasa cam kena gigit semut. Apa2pun isu laporan khas tu dah makin reda. Dan kita tak perlulah nak menghangatkannya lagi di pasaran. Cukuplah yang sedang2 saja..*amende laaa aku mencurat nih!*

Apa2pun aku dapat tau ada jugak la insan2 di luar sana yg ingin sesama join dlm forum SengetianS nih. Dan ada tu kata tak tau nak join cemana. Sonang yo sebenarnya nak join. Lebih2 lagi sekiranya anda rasa anda adalah seorang perempuan yg senget. muehehe. Kalau rasa2 bukan pompuan tu, ini bukanlah tpt yg anda nak masuk. Sbb ia boleh menyebabkan anda ingin menjadi pompuan. Dan sesapa yg tak senget pun tak digalakkan masuk jugak. Untuk mengelakkan anda menjadi senget dan tetiba termengigau dgn kebest'an kami2 yg senget nih. ahaha.. yes lah!

Forum ini bagi aku adalah tempat utk melepak dan melepaskan rasa boring, dan jugak tak pueh hati. tak
kiralah tak puas hati dgn pengharaman CD cetak rompak, tak puas hati dgn kebolehkahwinan sengetians lain
ataupun hangin dgn kedai makan yg selalu caj lebih. Sesapa nak register, pergi kat belah kiri blog aku ni.
Klik kat link 'Sengetians Forumer' tu. Pastu cari tpt utk register. Isi apa2 borang yg patut. Abeh cerita.

Dah, abeh entry utk mengelakkan keboringan tgk bendera pelangi. hehehe..

*entry ini ditaja oleh aku hasil respons yg aku terima dlm forum*